Recent Posts

April 11, 2010

Politik Dari Kaca Mata Ibnu Khaldun


Abdurrahman bin Khaldun (wafat 808H) seorang yang dijuluki dengan 'Atsarud Din (peninggalan agama) bagi bangsa Arab walaupun dia sendiri memiliki beberapa penilaian negatif terhadap bangsanya.

Dalam bukunya yang sangat monumental berjudul 'A-Muqadimmah' sebenarnya ia lebih banyak menghina bangsa Arab daripada mengarahkan mereka kepada kebudayaan dan pembangunan yang lebih baik. Walaupun banyak 'menjelek-jelekkan bangsa Arab, tetapi ia memiliki keyakinan bahawa mereka tidak akan pernah dapat berkuasa dengan baik kecuali dengan menggunakan ajaran agamanya, sama ada dengan menggunakan sistem Nubuwwah (Kenabian) atau Wilayah (kepimpinan), ataupun aturan agama lainnya.

Ibnu Khaldun berkata "Mengapa demikian? Sebabnya adalah adanya unsur jahat yang sudah melekat pada diri bangsa Arab. Mereka adalah bangsa yang paling susah diatur kerana watak keras da kasarnya ditambah dengan lemahnya kemahuan dan persaingan yang ketat dalam memimpin , kerana masing-masing mempunyai cita-cita untuk menjadi meminpin. Jika mereka mengikut kemahuan agama, sama ada melalui sistem kenabian ataupun kepimpinan (seorang pemimpin yang dipimpin kerana ketaqwaannya kepada Allah SWT), kemudian mereka mengikuti ketentuan agama tersebut langsung daripada kesedaran dalam hati nuraninya, segala bentuk kesombongan dan persaingan yang tidak sihat akan lenyap begitu sahaja. Jika demikian halnya, bangsa Arab akan menjadi bangsa yang mudah dipimpin dan diatur. Agamalah yang telah mengendurkan kekerasan dan kakasaran mereka, juga yang dapat menundukkan rasa iri dan persaingan. Jika mereka telah memiliki Nabi atau penguasa yang telah diutus untuk menjalankan pemerintahan sesuai dengan ajaran Allah, dengan mudah mereka akan mampu menghilangkan tabiat negatif mereka dan sebaliknya mampu menonjolkan tabiat positif yang dalam diri mereka. Bukan hanya itu, agama juga mampu menyatukan mereka dalam satu kesatuan yang utuh untuk bersama-sama menegakkan kebenaran dan meraih kemenangan dan kekuasaan. Krna, walaupun bangsa Arab yang dikenali dengan sifat-sifat buruk sebagaimana disebut di atas, tetapi mereka adalah bangsa yang paling cepat menerima kebenaran dan petunjuk. Hal tersebut disebabkan tabiat mereka yang bersih daripada benih-benih jahat dan pelbagai akhlak yang buruk kecuali sikap keras mereka yang sering menimbulkan permusuhan. Tetapi mereka sedia menerima kebenaran kerana adanya fitrah pertama yang ada dalam diri mereka dan adanya hati mereka yang jauh daripada tabiat buruk. Bukankah setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah, sebagaimana tertera dalam hadis Nabi.

Sebagaimana dipaparkan oleh Ibnu Khaldun dalam huraiannya, " Kewujudan agama akan menjadikan sebuah negara bertambah kuat kerana kekuatan nasionalisme yang memang sebahagian daripada ajaran agama."

Ibnu Khaldun berkata, "Hal tersebut disebabkan - sebagimana sudah kami sebutkan sebelumnya - sikap fanatisme keagamaan akan menghilangkan persaingan dan rasa iri hati yang umumnya melekat pada diri orang-orang yan fanatik, dan selanjutnya mengarahkan kepada kebenaran. Apabila mereka sudah mengetahui apa yang menjadi poko permasalahanya, mereka tidak lagi berselisih, kerana tujuannya satu.

Sedangkan negarawan-negarawa yang mencari kedudukan-iaitu mereka yang lemah imannya-tujuannya buruk dan berbeza satu sama lain. Mereka takut pada kematian sehingga tidak dapat menegakkan negara, meskipun jumlah mereka sangat ramai. Mereka mudah dikalahkan. Dan, mereka menggesa kesenangan dan kemewahan sebagaimana yan telah saya sebutkan sebelumnya.

Sebagaimana terjadi pada masa permulaan Islam ketika kaum Muslimin sedang dalam masa Futuhat (Penaklukan kawasan lain). Suatu ketika, tentera Islam sedang berada di Qadisiyah dan Yarmuk. Setiap pasukan terdiri daripada 30 000 tentera lebih, sedangkan jumlah keseluruhan tentera Muslim yang berada di Qadisiyah sekitar 120 000 tentera. Sementara jumlah tentera Heraclius- sebagaimana disebutkan leh al-Waqidi - mencapai 400 000 tentera! Pada ketika itu, bangsa Arab bukan Islam, tersepit oleh dua pasukan perang yang kemudian dengan mudah mengalahkan mereka dan merampas semua kekayaan milik mereka.

Perhatikan juga peristiwa yan sudah menimpa negara Lamtunah dan negara al-Muwahhiddin. Dikala itu di kawasan Maghribi terdapat banyak kabilah yang saling bersaing untuk memperbanyakkan jumlah rakyat sekali gus memperbesarkan rasa fanatisme rakyatnya. Anenya, dengan fanatisme agama (yang ada dalam negara al-Muwahhiddin) melipatgandakan semangat mereka terhadap negaranya dengan cara mengetahui permasalahan yang sebenarnya dan cinta kematian - sebagaimana sedah kami sebutkan sebelumnya-sehingga mereka tidak mengalami kendala apapun.

Ibnu Khaldun banyak bergelut dalam politik terapan dan tidak hanya berada di belakang utopia-utopia sahaja seperti 'Republik Plato' atau 'negara al-Farabi'. Dia juga banyak menemukan bagaimana rumusan hukum alam yang dijadikan rujukan bagi banyak bangsa dan masyarakat sosial yang kemudian ia disebut dengan istilah 'Thaba'iul Umran' (filsafat sosiologi tamadun). Ibnu Khaldun dikenal sebagai 'Bapa Sosiologi Politik' atau 'Ilmu Sosiol Politik'. Orang-orang barat pun mengakui bahawa Ibnu Khaldun adalah orang pertama yang menulis tentang ilmu sosial tidak hairanlah jika kemudian Rifa'ah ath-Thahthawi menceritakan dalam bukunya yang berjudul 'Takhlis al-Ibriz ila Takhliz Bariz bahawa ketika dia singgah ke Paris pada awal abad ke-19, dia banyak mendengar cendekiawan-cendekiawan menyebut Ibnu Khaldun sebagai 'Montesque Timur' atau 'Montesque Islam', sementara Montesque disebut sebagai 'Ibnu Khaldun Eropah'. Dengan demikian Ibnu Khaldun sangat layak disebut sebaga Pelopor Ilmu Sosial Politik Kontemporari.

April 10, 2010

Politik Dalam Perspektif Filosof-filosof Pelbagai Bidang Ilmu

Assalamualaikum wbt, Insyallah kali ini kita cuba membincangkan sedikit apa yang difahami tentang politik.

Ibnu Miskawaih melalui kitabnya 'Tahzib al-Akhlaq wa Tathir al-A'Raq' menyatakan tentang al-mulk (kekuasaan/politik)seperti berikut :

'Seorang yang bertugas menjaga sunnah dan segala peringkat syariah agar tidak tergelincir dari kedudukannya yang benar adalah pemimpin. Seorang pemimpin mempunyai kuasa untuk menjalankan kekuasaan atau politiknya. Orang-orang zaman dahulu tidak menyebut politik, melainkan untuk menjaga agamanya, memperhatikan ajaran, perintah dan larangan agama. Sedangkan politik yang tidak dapat digunakan sebagai sarana untuk menjaga agamanya, mereka sebut sebagai mutaggallib (yang berkuasa dengan kekerasan), dan sama sekali tidak layak disebut dengan politik. Hal ini disebabkan agama merupakan hukum Allah yang dapat menghantar manusia untuk mencapai puncak kebahagiaan, dan politik adalah penjaga hukum Tuhan tersevut sekali gus menjaga ajaran agama yang menjadi pegangan manusia.'
Seorang filosof dan raja Parsi yang bernama Azdasyir berkata " Agama dan politik adalah seperti dua orang saudara kembar, keduanya tidak dapat dipisahkan. Jika salah satunya tiada, maka yang lain tidak akan berdiri secara sempurna. Agama adalah asas manakala politik adalah penjaganya. Segala sesuatu tanpa adanya asas akan rosak dan jika tidak dijaga , ia akan hilang"

Al-Imam al-Hassan bin Muhammad bin al-Mufadhal yang lebih dikenali dengan nama ar-Raghib al-Asfihani, penulis kitab 'Mufradat al-Quran". Beliau menyatakan

"Politik ada dua jenis, Pertama : Politik manusia untuk dirinya sendiri, sama ada hubungan dengan keperluan jasadnya atau keperluan lainnya. Kedua : Politik manusia terhadap pihak lain, sama ada terhadap kerabatnya ataupun masyarakat secara umum. Seseorang yang perilaku politik terhadap dirinya tidak baik, maka perilaku politik terhadap pihak lain juga tidak baik. Oleh itu , Allah SWT mencela orang yang berani berpolitik kepada orang lain, menganjurkan orang lain untuk berbuat kebaikan dan melarang mereka melakukan kemungkaran, sedangkan dia tidak boleh memperbaiki dirinya sendiri."

Menurut Morganto, "Politik adalah pertarungan untuk mendapatkan kekuatan dan kekuasaan!"

Menurut Harold Lasswell, "Politik adalah kekuasaan atau wibawa yang dapat menentukan, orang yang berhak mendapatkan apa? Bila? Dan bagaimana?

Menurut William Robinson, "Ilmu politik berguna untuk mempelajari tentang kekuasaan dalam masyarakat. Juga berguna untuk mengetahui dasar-dasar kekuasaan, tujuan, sasaran dan hasil yang akan diperoleh."

Jeanne Pierre Duncan dalam bukunya berjudul "Ilmu as-Siyasah" beliau menyimpulkan dengan beberapa definisi antaranya :

  • Politik dapat difahami sebagai pentadbiran atau pengaturan dan biasanya digunakan untuk hal yang bersifat khusus .
  • Politik bermakna strategi, seperti politik (strategi) perang, politik organisasi, politik pemerintahan dan sebagainya.
  • Politik secara jelas mengandungi makna suatu norma yang kotor kerana selalu berfikir mengikut pola fikir Machiavelli yang buram dan menyesatkan. Ia melihat politik sebagai sesuatu yang kotor dan menjijikkan. Secara umum, politik sudah difahami sebagai taktik kotor. Kerana itu, jika ada diungkapkan 'ini urusan politik', sebenarnya hanyalah ungkapan penghinaan, bukan definisi yang sebenarnya.
Perkara ini sudah cukup untuk menjadi peringatan bagi semua bahawasanya kita tidak akan mampu menjadi pemmpin sebelum mengetahui feqah dan politik umum. Kerana, rakyat akan mengikut politik pemimpinnya seperti bayangan yang sentiasa mengikuti pemilik bayangan tersebut. Tidak mungkin ada sesuatu yang bengkok sedangkan bayangnya lurus, sebagaimana pemimpin tidak mungkin dapat memimpin dan memberikan jalan kepada rakyatnya, sedangkan dia tersesat.