Recent Posts

December 31, 2010

Family Outing..

Kenangan sekeluarga di Gayang Seafood Restaurant

Nampaknya, tirai tahun 2010 M disimpulkan dengan Family Outing. Bertolak dari rumah ke Gayang Seafood Restaurant, Tuaran, Sabah. Mungkin Family Outing ini juga sebagai menyambut kepulangan adik saya yang akan pulang ke kampus Universiti Teknologi Malaysia pada 2 Jan 2011 ini. Ini adalah pertama kali saya ke Gayang Seafood ini, dan tertanyata tempat sebegi berjaya menambat hati saya yang sukakan suasana alam flora dan fauna. Sementara menunggu tempahan makanan sampai, seperti biasa saya mencuci mata sambil menangkap gambar menggunakan DSLR kakak saya. Ditambah dengan cuaca yang agak baik, menyerikan lagi suasana Family Outing kami. Saya sedikit kaget melihat seekor buaya yang disimpan dalam sebuah kurungan kecil berdekatan dengan restorang itu. Walaupun harga tempahan sedikit mahal, tetapi ianya berbaloi dengan kebersamaan kami sekeluarga yang susah untuk berkumpul sekeluarga kerana saya dan adik saya yang masih melanjutkan pelajaran di semenanjung.

'Gendang Gendut Tali Kecapi, Kenyang Perut Senang Hati.' Selepas itu, kami ke 1Borneo untuk aktiviti seterusnya iaitu bermain Bowling di 1Borneo. Persaingan hebat juga di antara kami. Namun selepas memerah keringat dan peluh, akhirnya saya berjaya memenangi perlawanan itu dengan kelebihan satu mata daripada Abang saya. ALHAMDULILLAH.

Setelah penat bermain, akhir sekali kami singgah makan malam di Restoran Getaran Jiwa. Pertama kali juga saya ke restoran tersebut yang menampilkan suasana 60-an dengan suasana muzik dan lagu-lagu Allahyarham Tan Sri P Ramlee.

Ternyata setiap dari kami gembira dengan outing yang singkat ini. Semoga kebahagiaan yang ada sekarang berpanjanganhingga ke hujung hayat.
Hasmadi (saya) dan Hairul (adik)
Mama yang disayangi
Hasnizah (kakak) dan Lucy (Kakak Ipar)
Bergambar di pintu masuk restoran
Bapa dan Mama
Di pintu gerbang restoran.
Laluan ke restoran
Soft Shell Crab
Vegetable

Butter Prawn
Post sekeluarga sebelum makan.
Gelagat abang ketika di 1Borneo
Adik sedang mengajar kakak bermain bowling
Muka gembira dalam keletihan selepas bermain bowling.
Makan malam di Restoran Getaran Jiwa.

December 29, 2010

TAHNIAH!! Malaysia Juarai Piala AFF Suzuki!!

Skuad Harimau Malaya

Assalamualikum wbt, pertama sekali. TAHNIAH kepada pasukan Harimau Malaya (Walaupun sebagai anak jati Sabah, sedikit tersinggung dengan gelaran tersebut, seperti dipinggirkan..) kerana berjaya menjuarai Piala AFF Suzuki dengan kemenangan agregat 4-2. Sebenarnya susah saya ingin mengambil isu semasa untuk ditaakul dan ditelaah dalam blog ini, tetapi akhirnya saya memutuskan untuk meminjam berita tentang kemenangan skuad bola sepak ini sebagi satu daripada entri saya. Walaupun banyak isu dan kontroversi timbul dalam penganjuran perlawanan bola sepak Piala AFF Suzuki ini, namun masih banyak perkara positif yang boleh diambil daripada kemenangan sulung Malaysia ini.

Mungkin bagi sesiapa yang selalu mengikuti blog saya, mereka boleh menyedari, saya banyak mengenengahkan pendapat dari perspektif sebagai orang dan golongan muda. Mungkin satunya, kenalah tema dan address blog saya madi2mudamudi.blogspot.com (dibaca dari Madi kepada ["to,2"] pemuda & pemudi). Ternyata percaturan berani jurulatih skuad bola sepak negara K Rajagobal membariskan muka-muka baru dan muda membuahkan hasil yang mungkin saya boleh katakan tidak pernah terfikir di fikiran kita bahawa arena bola sepak kita sehangat pasukan-pasukan gergasi dunia. Namun Piala AFF Suzuki membuktikan situasi itu telah berubah.

Saya teringat kata-kata salah seorang pensyarah saya yang mengajar subjek "Dalam sejarah dunia, ada tiga golongan yang berjaya menghasilkan revolusi dunia, iaitu golongan Ulama, golongan pekerja buruh dan akhir sekali golongan Mahasiswa (Orang Muda)." Malaysian Studies di UTP, Dr Raja Iskandar, beliau pernah mengatakan "Dalam sejarah dunia, ada tiga golongan yang berjaya menghasilkan revolusi dunia, iaitu golongan Ulama, golongan pekerja buruh dan akhir sekali golongan Mahasiswa (Orang Muda)." Kejayaan anak muda yang telah memberi nafas baru kepada arena bola sepak nasional seolah-olah telah mengiyakan pernyataan pensyarah saya itu walaupun skopnya mungkin hanya terhad dalam bidang bola sepak sahaja. Namun ianya ternyata menjadi buah perbualan di kalangan rakyat Malaysia. Mana tidaknya, sejurus selepas kemenangan pasukan nasional kita, komen-komen di Facebook, Twitter, blog-blog amatur dan peribadi, siaran-siaran TV, Dj-Dj radio, surat-surat khabar, hatta melihat ribuan penyokong Malaysia yang memenuhi Dataran Merdeka serta kedai-kedai Mamak dan Maplay yang menyaksikan perlawanan akhir pusingan kedua pada malam perlawanan bagaikan Histeria meraikan kemenangan pasukan negara yang dicintai.

Saya membayangkan anak muda yang digelar dengan 'Generasi abad 21' dan ada juga menggelarkan 'Generasi Y' , terus bangkit membawa agenda revolusi dalam banyak lagi penjuru yang mendahagakan muka-muka orang muda, seperti dalam bidang akademik, perusahaan hatta ke bidang politik sekalipun. Kita sama-sama menoreh bakat dan kemampuan idea dan fizikal yang kita miliki dan kita serapkan dalam agenda pemutihan dan pembugaran ke arah masyarakat, bangsa dan ummah yang lebih baik dan hebat.

Untuk entri yang berkaitan boleh tekan link di bawah :


"Hidup Orang Muda untuk semua."

Kuliah Fekah - 28 Disember 2010

Ustaz Hj Muchlish Ali Kassim sedang menyampaikan kuliah

Assalamualaikum, kali ni saya ingin berkongsi tentang kuliah Fekah pada 28 Disember 2010 lalu di Bilik Kuliah 2, Masjid Negeri Sabah. Kuliah disampaikan oleh Ustaz Hj Muchlish Ali Kassim mengupas tentang Zakat dengan menggunakan Kitab Fekah Mazhab Syafie sebagai rujukan. Alhamdulillah, kali ini, sesuatu yang menarik dapat dilihat iaitu kehadiran hadirin yang agak ramai daripada biasa. Hinggakan saya terpaksa duduk di tepi bilik kuliah. Selain itu, banyak juga muka-muka muda memenuhi ruang bilik kuliah tersebut. Baru semangat sedikit mendengar kuliah ada golongan seangkatan. Bukanlah menjadi masalah mendengar kuliah dengan golongan yang dah berumur, cuma terasa lebih bersemangat bila berada dengan orang-orang muda.

Antara khulasoh kuliah beliau ialah, Ibnu Abbas pernah mengatakan, di dalam Al-Quran, ada ..Dirikanlah solat dan keluarkanlah zakat (Nafkahkan harta).. Taatlah kepada Allah,dan taatlah kepada Rasul .. Bersyukurlah kepada Allah, dan taatlah kepada kedua Ibu Bapa..tiga kalimah yang pasti akan digandingkan dengan pasangannya masing-masing. Yang pertama, "Dirikanlah solat dan keluarkanlah zakat (Nafkahkan harta)" yang disebut sebanyak 32 kali di dalam Al-Quran. Yang kedua, "Taatlah kepada Allah, dan taatlah kepada Rasul" , maka seharusnya kita menjadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai panduan tanpa mengenepikan salah satu daripanya. Dan yang ketiga, "Bersyukurlah kepada Allah, dan taatlah kepada kedua Ibu Bapa." Maka, signifikanlah satu Hadith Rasulullah SAW yang berbunyi, "Redha Allah bergantung pada redha kedua-dua Ibu Bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua Ibu Bapa".

Ustaz juga membawakan ayat dari Surah Al-Humazah yang antara lain ..antara golongan yang akan dilemparkan ke dalam Neraka Hutamah ialah orang mengumpulkan dan menghitung-hitung harta yang menyebabkan dia menjadi kikir dan tidak mahu menginfakkannya di Jalan Allah..menyatakan antara golongan yang akan dilemparkan ke dalam Neraka Hutamah ialah orang mengumpulkan dan menghitung-hitung harta yang menyebabkan dia menjadi kikir dan tidak mahu menginfakkannya di Jalan Allah. Sungguh dahsyat balasan bagi golongan ini, sebab itu kita diminta untuk mengeluarkan zakat, kerana ianya boleh menghilangkan rasa takabbur, kedekut dan menjauhkan dari rasa hasad dengki dan iri hati. Ustaz turut membangkitkan satu sifat umat yang menganggap dengan banyak bersedekah, harta akan berkurang. Sifat ini wujud kerana kurangnya tawakal kita kepada Allah dalam banyak perkara. Firman Allah dalam Surah Ali Imran, ayat 159 "Jika engkau telah berazam, maka bertawakallah kepada Allah. Sungguh Allah sangat mencintai orang-orang yang bertawakal".
Petikan Surah Al-Humazah

Ustaz ada membangkitkan tentang Usul Tasawuf berkenaan dengan Rezeki. Ada 4 jenis orang iaitu:
  1. Orang yang mencari rezeki dan mereka mendapat rezeki.
  2. Orang yang mencari rezeki, mereka mendapat rezeki tetapi maruah mereka jatuh.
  3. Orang yang mencari rezeki, tetapi tidak dapat.
  4. Orang yang tidak mencari rezeki, tetapi rezeki yang mengejar mereka.
Ustaz mengaitkan Usul Tasawuf tersebut dengan satu hadith yang berbunyi "Sebaik-baik tempat adalah masjid dan seburuk-buruk tempat adalah pasar". Maka awallah sampai ke masjid dan lewatlah keluar dari masjid, serta akhirlah sampai ke pasar dan awallah keluar dari pasar.

Ustaz menambah dengan satu peribahasa Cina iaitu, "Jangan diberi orang miskin ikan, tapi berilah mereka joran".. Fikir-fikirkanlah..
Antara hadirin yang memenuhi dewan kuliah
Ustaz Muchlish meminpin bacaan doa sebelum menamatkan kuliah.

Ziarah Nenek di kampung..

Bersama Ibu tersayang di depan rumah nenek.

Assalamualaikum wbt, rindu rasanya ingin melawat nenek sebelah emak di kampung. Khabarnya kondisi kesihatan nenek kurang sihat dengan batuk-batuk, selsema dan kadang-kadang demam. Rasanya kali terakhir jumpa nenek pada bulan Jun yang lepas, ketika perkahwinan abg saya. Nenek tinggal di rumah kampung, Menumbok, Sabah. Alhamdulillah, beru-baru ini, pada 29 Disember 2010, saya, adik dan emak berpakat untuk balik menziarahi nenek di kampung. Perjalanan dari rumah kami di Putatan, Sabah ke kampung memakan masa lebih kurang 2 jam 30 minit. Perjalanan pergi agak baik kerana keadaan lalu lintas yang kurang kenderaan melancarkan lagi perjalanan.

Setelah sampai di kampung, nampaknya nenek baru selesai mandi. Setelah beberapa ketika berborak dengan nenek, kelihatan nenek dalam keadaan letih dengan kondisi kesihatan yang kurang baik. Maka saya pun ingin memberi ruang kepada nenek untuk merehatkan badan. Tiba-tiba ingatan saya terimbau saat ketika mana saya masih kecil lagi, nenek selalu keluar rumah menziarahi sahabat-sahabat, dan jiran-jirannya di kampung itu. Nenek juga seorang yang sangat rajin membuat kuih terutama Kuih Sepit dan Bahulu. Saya selalu mengambil kesempatan untuk menolong nenek membuat Kuih Sepit. Orang kampung selalu membuat tempahan kuih terutama ketika musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri. Nampaknya kemahiran membuat kuih juga diturunkan kepada anak-anaknya termasuk emak saya selaku anak sulung dalam keluarga itu. Nenek juga mempunyai sifat keibuan yang sangat tinggi. Nenek pasti akan menelefon anak-anaknya untuk menanyakan khabar mereka. Sekarang nenek ditemani Pak Cik saya yang bongsu bersama isteri dan dua orang anaknya.

Saya pernah juga teringat nenek berkata kepada saya , "Ming (panggilan saya di kalangan keluarga terdekat),"Dan setiap umat mempunyai ajal (batas waktu). Apabila ajalnya tiba, mereka tidak dapat meminta penundaan atau percepatan sesaat pun" - Surah Al-A'raf, ayat 34 nanti kalau nenek meninggal, Aming jangan lupa bacakan nenek bacaan Quran dengan Yassin k. Nenek pun dah macam-macam penyakit ni, rasa macam tak lama lagi.." , tiba-tiba saya terkedu dan terpaku mendengar kata-kata yang terpancul dari mulut nenek itu. Urusan bila ajal kita akan tiba bukan urusan kita, bahkan Ayah Rasulullah SAW meninggal sebelum Rasulullah SAW sempat melihat bulan dan matahari. Ingatlah Allah berfirman "Dan setiap umat mempunyai ajal (batas waktu). Apabila ajalnya tiba, mereka tidak dapat meminta penundaan atau percepatan sesaat pun"- Surah Al-A'raf, ayat 34. Dan Rasulullah selalu berpesan tentang umur, antaranya dalam satu hadis yang selalu kita dengar, ingat lima perkara sebelum lima perkara, antaranya, rebutlah waktu muda sebelum waktu tuamu". Dalam hadith ke-40, karangan Imam Nawawi pun ada mengingatkan tentang rebutlah peluang masa hidupmu sebelum matimu.

Semoga nenek dikurniakan kesihatan yang baik, dan dipanjangkan usia. Amiinn..
Singgah sekejap rumah di Kota Klias,Beaufort, Sabah
Bergambar bersama sepupu yang nakal.
Berhati-hati di jalan raya. Ingatlah orang yang tersayang. Ingatlah Mati.

December 27, 2010

Liqo' Bersama Al-Habib Syed Abd Qadir Al-Joofre

Al-Habib Ustaz Syed Abdul Qadir bin Syed Husain Al-Joofre

Assalamualaikum wbt, baru teringat, pada 19 Disember 2010 yang lepas, saya sempat bertemu dengan Al-Habib Ustaz Syed Abdul Qadir bin Syed Husain Al-Joofre di Surau Riyadhus Solihin, Taman Austral, Kota Kinabalu, Sabah. Beliau merupakan Pegawai di Majlis Syura Ulama dan AJK Pengurusan Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA). Beliau juga merupakan ulama muda ASWJ, Ahlul Bait, Sufi dan Haraki. Orangnya masih muda tetapi sudah mempunyai PhD.

Dari apa yang saya dengar, walaupun Habib berada di Kota Kinabalu selama 48 jam, namun Alhamdulillah, 7 program berjaya dirancang dan mendapat sambutan yang cukup memberansangkan dari masyarakat. Semoga bumi Sabah sentiasa mendapat rahmat dengan kunjungan para Ulama' Ahlul Bait/Habaib (ASWJ).. Insyaallah..

Sebenarnya pada hari yang sama, ISC 2010' baru sahaja melabuhkan tirainya, dan sebagai AJK sememangnya penat dengan kerja-kerja mengemas tapak program dan menghantar pulang peserta-peserta program ke tempat tinggal masing-masing. Namun kepenatan hilang seketika apabila mendapat tahu tentang kehadiran Habib melalui kiriman sms Abg Amir Fadhli pada petangnya. Setelah selesai solat Isyak dan makan malam bersama keluarga, saya bergegas ke surau berkenaan dengan menaiki Myvi kepunyaan kakak saya yang acapkali menemani saya ke tempat-tempat program yang saya hadiri. Mujur perjalanan tidak memakan masa yang panjang hanya dalam 10 minit perjalanan, saya selamat sampai ke surau tersebut.

Antara intipati pengisian ilmu yang disampaikan oleh Habib adalah mengenai ayat dari Surah At-Taubah ayat 39-42. Pesannya, bersyukurlah kita kerana kita tercalon menjadi hambanya yang Islam dan mengislamkan orang lain. Kalau kita tidak berusaha untuk menyampaikan dakwah ini, maka tunggulah azab Allah di akhirat nanti. Dan beliau turut berpesan kepada semua abnaul harakah supaya mengemudi gerak kerja dakwah ini dengan bersungguh-sungguh dan penuh iltizam. Bukan hanya sekadar melakukannya seperti melepaskan batuk di tangga. Dan habib turut menambah, melalui ayat ke 42, sememangnya kerja dakwah ini tidak senang. Andai jalan dakwah ini mudah, sudah tentu ramai yang memilih jalan ini.

Dalam hal yang lain, habib juga menyentuh budaya masyarakat yang suka menilai sesuatu isu setiap isu yang timbul dalam masyarakat itu perlu dilihat dari segi Maqasid Syar'iyah dahulu sebelum melihatnya dari segi Maqasid Akliyyah.yang timbul dengan akal dahulu. Seharusnya, setiap isu yang timbul dalam masyarakat itu perlu dilihat dari segi Maqasid Syar'iyah dahulu sebelum melihatnya dari segi Maqasid Akliyyah. Apa yang terjadi sekarang orang melihat dari segi akal dahulu kemudian baru disesuaikan dengan Syar'iyah. Jangan menjadi seperti Mu'tazilah moden.

Alangkah tenangnya melihat wajah Ahlul Bait. Menambahkan rindu kepada Rasulullah SAW melihat mereka. Marilah sama-sama kita mendampingi ulama dan semoga hidup kita mendapat pimpinan ulama. Semoga keberadaan mereka di negeri kita membawa rahmat kepada kita semua.

Entri tentang kedatangan Habib ke Sabah juga boleh dibaca melalui link ini..

Kuliah Akhlak & Tasawuf - 27 Disember 2010

Ustaz Hj Mohd Mursal Mokhtar sedang menyampaikan kuliah

Assalamualaikum wbt, Alhamdulillah, pada 27 Disember 2010 (Tarikh yang sama tahun 537 M - Bangunan Aya Sophia dirasmikan) yang lalu, saya berkesempatan mengikuti kelas pengajian Akhlak dan Tasawuf bertempat di Bilik Kuliah 2, Masjid Negeri Sabah. Kuliah ini bermula pada pukul 8.30 hingga 9.30 malam. Kuliah pada malam tersebut telah disampaikan oleh Ustaz Hj Mohd Mursal Mokhtar yang membawa tajuk tentang Nafsu Lawwamah dan Nafsu Mutmainnah dengan menggunakan buku Bimbingan Mukminin karangan Imam Ghazali.

Sebelum saya masuk ke dewan kuliah, saya sempat bertemu dengan sahabat baik saya Azizul Julirin yang juga bersolat Isyak di Masjid itu. Panjang juga perbualan kami. Kami berkongsi masalah dan solusi tentang beberapa perkara, tentang masalah peribadi, masalah sahabat-sahabat, ahli keluarga dan kerjaya. Alangkah indahnya kalau masjid menjadi tempat untuk kita bertemu dengan saudara sesama Islam dan bertanya khabar. Namun sekarang kita lebih suka bertemu sahabat-sahabat kita di tempat-tempat selain dari Masjid. Sepatutnya Masjid menjadi pusat penyatuan Ummah dan tempat bertukar pandangan sesama ummah. Kalau kita mengintai sirah nabawiyyah pun, hatta sebelum Rasulullah menegakkan Negara Islam yang pertama iaitu Madinah, Rasulullah SAW dan para sahabat telah menghabiskan masa selama 20 malam untuk membina masjid yang pertama dalam Islam iaitu Masjid Quba' itu. Dalam Al-Quran, Allah menyebut Masjid Quba' dibina atas dasar taqwa. Energi dan sinergi umat Islam mula dicas dengan pengimarahan Masjid. Sebab itu umat terdahulu hebat kerana masjid menjadi bekas yang menyatukan hati-hati umat Islam atas dasar taqwa.

Setelah panjang lebar perbualan kami, saudara Azizul meminta diri kerana ingin bergegas kerana mempunyai temujanji dengan sahabat-sahabat lain. Kami pun melambaikan lambaian ukhuwwah. Nampaknya kuliah telah bermula 15 minit yang lalu, saya pun mengambil tempat di Dewan Kuliah. Saya cuba menjenguk kerusi yang kosong di barisan hadapan, tapi ternyata semua telahpun penuh.

Seperti yang saya jangkakan, hadirin yang hadir didominasi oleh golongan 'beliau-beliau' (Bahasa orang Sabah bermaksud golongan berumur). Mana pergi golongan belia? Adakah berada di kompleks membeli-belah? Atau hanya ber'Uzlah' di rumah sahaja? Hanya beberapa orang "Anak-anak yang dilahirkan itu suci, bersih umpama kain putih, dan ibu bapanyalah yang menjadikan dia Nasrani, Yahudi atau Majusi." yang yang boleh dikategorikan sebagai belia hadir menghadiri majlis ilmu pada malam tersebut. Tiba-tiba pandangan saya terarah pada seorang budak muslimin yang pada pengamatan saya berumur dalam lingkungan 12 tahun berada disebelah saya sedang khusyuk mendengar kuliah yang disampaikan oleh ustaz. Selepas beberapa ketika, saya terpandang seorang lagi adik muslimat yang pada firasat saya berumur dalam lingkungan 7 tahun turut bersama ibunya mendengar kuliah tersebut. Entah faham atau tidak apa yang disampaikan oleh ustaz, namun yang pasti, tidak sedikit kekok di wajah mereka setia untuk terus melekat berada di Dewan Kuliah itu sehingga ke akhir pengajian. Saya tiba-tiba teringat dengan satu hadith popular yang lebih kurang berbunyi "Anak-anak yang dilahirkan itu suci, bersih umpama kain putih, dan ibu bapanyalah yang menjadikan dia Nasrani, Yahudi atau Majusi."
Seorang adik muslimin yang turut hadir.
Seorang adik muslimat berada di sebelah ibunya.

Antara beberapa intisari pengisian ilmu pada malam itu, ustaz berpesan, "dengan banyak berzikir, kita akan lebih mudah ikhlas. Kalau kita kurang berzikir, kita susah nak ikhlas." Ustaz juga menambah, antara contoh Nafsu Lawammah ialah Riya', Ujub dan sifat suka minta dipuji."dengan banyak berzikir, kita akan lebih mudah ikhlas. Kalau kita kurang berzikir, kita susah nak ikhlas." Manakala antara sifat Nafsu Mutmainnah pula ialah seperti Taqwa, Syukur, Tawakal dan baik akhlak dengan manusia. Ustaz juga mengenengahkan beberapa contoh orang yang kuat berzikir seperti Hassan Basri. Beliau adalah orang Iraq dan selalu memikirkan tentang kehidupan. Selain itu, ustaz juga memberi contoh Nabi Ayub sebagai hamba Allah yang banyak berzikir, Nabi Ayub walaupun ditimpa pelbagai dugaan seperti kemiskinan yang pada mulanya baginda adalah kaya, kemudian ditambah dengan permintaan cerai oleh semua isteri-isterinya (dikatakan 15 orang isterinya), tidak cukup dengan itu, kematian semua anak-anaknya, kebunnya yang terbakar, dijangkiti penyakit kulit yang hebat, tetapi tetap bersyukur, kerana Allah masih memberi nikmat hidup kepadanya.

Akhirnya, kuliah diakhiri dengan sedikit bacaan doa yang diketuai oleh Ustaz Mursal sendiri memohon keberkatan ilmu. Marilah sama-sama kita jadikan masjid sebagai pusat ilmu dan penyatuan ummah dan janganlah kita jadikan masjid sebagai Masjid Dirar Moden (At-Taubah ayat 107) yang dibina atas dasar ingin memecahbelahkan umat Islam yang akhirnya diperintahkan Rasulullah untuk diruntuhkan atas arahan wahyu dari Allah selepas kembali dari Perang Tabuk.
Antara Muslimat yang hadir mendengar majlis ilmu.
Ustaz Mursal mengakhiri kuliah dengan bacaan doa yang dipimpinnya.

December 26, 2010

Ziarah KML 2010' ..

Berada di Jeti Menumbok berlatarbelakangkan Feri.

Assalamualaikum wbt, segalanya berlaku dengan tidak disedari, pada 25 Disember 2010, 11 pagi, di sekitar Sepanggar,Sabah ketika itu tengah mesyuarat PSS KK, tiba-tiba Abg Fezri mengajak saya menziarahi adik-adik di Kolej Matrikulasi Labuan (KML), saya tanpa memikir panjang terus memberikan persetujuan untuk menemaninya ke Labuan. Padahal, mengikut perancangan, sejurus selepas mesyuarat tu, saya telah berjanji untuk membantu seorang sahabat saya untuk pindah ke rumah barunya. Saya pun menyatakan hasrat saya untuk ke Labuan kepadanya, dan dia memberi lampu hijau kerana dia boleh meminta tolong sahabatnya lain untuk membantunya memindahkan barang-barang ke rumah barunya.

Selepas habis mesyuarat kira-kira pukul 12 tengah hari, saya bergegas balik ke rumah, solat Zohor, makan dan bergerak terus ke Menumbok dengan kereta bersama dengan Abg Fezri."Inilah umat Islam sekarang, hanya Islam pada nama, tetapi tidak pada pengamalan." Setelah sampai di Menumbok, kami singgah di Masjid Menumbok sebentar untuk solat Asar dan terus membeli tiket bot laju ke Pulau Labuan. Sedang menunggu bot bertolak, Abg Fezri sempat menegur sekumpulan perempuan yang sedang rancak berborak sesama mereka. Pada mulanya, Abg Fezri ingat mereka bukan Islam, dan hendak ke Labuan hendak menyambut Hari Natal yang kebetulan hari itu adalah Hari Natal kerana dari raut wajah dan cara pemakaian mereka seolah-olah mereka bukan Islam. Mereka terkedu dan terpaku dengan anggapan Abg Fezri itu. Dengan tersipu-sipu mereka menjawab, "Kami Islam, ramai yang ingat kami bukan Islam". Dalam hati saya bermonolog, "Inilah umat Islam sekarang, hanya Islam pada nama, tetapi tidak pada pengamalan."

Berada di Masjid Menumbok,Sabah

Selepas lebih kurang setengah jam menunggu, akhirnya, kami bertolak dari Menumbok, dan setelah sampai di Labuan, Abg Hafiz, sahabat Abg Fezri menyambut kami, dan menumpangkan kami ke KML. Selepas solat Jamak Qasar Maghrib di Terminal Labuan, kami ke satu restoran yang terkenal situ untuk makan malam pula. Tempatnya cantik tetapi servis kurangnya baik. Tempahan makanan lambat siap. Untuk menghilangkan lapar dan penat sementara menunggu tempahan makanan siap, kami bertanya khabar dan iman. Rupanya Abg Hafiz akan melangsungkan perkahwinan dalam bulan Februari tahun depan (2011) dengan seorang serikandi dari orang seberang iaitu orang Terengganu. Pertunangan telah dibuat, dan sekarang sedang melangsaikan apa-apa yang tertinggal. Makin berdebar dan berminat pula saya mendengar perkongsian pengalaman Abg Hafiz itu.
Sedang menunggu tempahan makanan di sebuah restoran.

Setelah asyik berborak, tiba-tiba baru teringat dengan temu janji dengan pimpinan Surau Al-Irfaan pada pukul 8.00 malam. Kami pun bergegas makan dan ke KML. Sesampai ke KML, suasana KML dan Surau Al-Irfaan lengang sahaja, rupanya, ramai pelajar yang balik ke kampung masing-masing sempena cuti Hari Natal. Namun ramai juga pimpinan surau yang dapat bersama dalam liqo'(perjumpaan) tersebut. Abg Fezri memulakan bicara dengan berkongsi tentang 'Fiqh Awlawiyyat' (Fiqh Keutamaan). Dengan memberi contoh-contoh yang relevan dan praktikal, ia membuka kepada interaksi dua hala antara kami dan mereka secara ilmiah dan berkesan. Selepas itu, Abg Fezri memberi peluang kepada saya untuk memberi sedikit Taujihat tentang 'Jihad dan Pengorbanan'. Dengan persediaan yang kurang dan sedikit penat, saya kuatkan semangat juga atas dasar perkongsian ilmu dan pengalaman tentang tajuk yang diberi. Dengan memberi rangsangan daripada ayat-ayat Quran seperti Surah An-Nisa, ayat 95, Surah At-Taubah ayat 111 dan surah At-Taubah ayat 41 ditambah dengan contoh sirah kisah Kaab bin Malik dan Mus'ab bin Umair, ternyata dapat membuka sedikit ruang perbincangan yang aktif di antara kami.
Liqo' bersama pimpinan Surau Al-Irfaan,KML

Masa berlalu terlalu pantas, keesokkan harinya sudah mahu balik. Rasa tidak puas berada di KML yang dicintai. Walaupun pertemuan yang sekejap, namun ianya tetap memberi banyak pengalaman dan pengajaran. Mudah-mudahan, KML mampu melahirkan lebih ramai produk-produk rabbani dan kompeten untuk kemaslahatan umat.

Berikut beberapa gambar yang sempat dikongsikan :

Berada di Terminal Feri Antarabangsa Labuan
Gerbang KML
Bersiar-siar di sekitar Labuan
Pemandangan indah KML
Sarapan pagi di cafe KML
Pusat kegiatan pelajar KML
Bergambar dengan cermin surau yang cantik
Kenangan bersama Shahfieq (Bendahari AJK Surau & Pengerusi KRU KK)
Sedang menunggu saya.
Illal Liqo'

Untuk gambar yang lebih banyak, sila tekan di sini.

Seminar Pemantapan Dakwah 2010'

Dari Kiri : Azizul, Insyirah, Haslinah & Hasmadi (saya) wakil dari PSS

Assalamualaikum wbt, nampaknya tiada masa renggang untuk berehat cuti ini. Alhamdulillah saya berpeluang untuk mengikuti satu lagi seminar iaitu Seminar Pemantapan Dakwah 2010' yang bertempat di Hotel Taha (Tabung Haji) D'Bayu, Kota Kinabalu pada 23-24 Disember 2010 yang lalu. Seminar dua hari ini mengumpulkan banyak NGO Islam seperti Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi-institusi Pengajian Tinggi Malaysia (HALUAN), CONCERN, Persatuan Siswazah Sabah (PSS), ABIM, YaPEIM, Yayasan Amal, SAHABAT, Persatuan Ibu-ibu tunggal, IKRAM, JIM dan banyak lagi. Saya bersama tiga lagi sahabat saya menghadiri program ini atas kapasiti wakil kepada PSS.

PSS diwakili oleh Hasmadi Hasbi, Azizul Julirin, Insyirah dan Haslinah. Antara objektif seminar ini adalah untuk mewujudkan suasana interaksi antara pendakwah di Sabah, meningkatkan pengetahuan serta pengalaman berdakwah khususnya di Sabah, serta memugar dan memantapkan peranan yang perlu dimainkan oleh para pendakwah di Sabah.

Empat kertas kerja telah dibentangkan oleh empat orang penceramah yang telah diundang dan pakar dalam bidang masing-masing.

Kertas kerja pertama bertajuk 'Dakwah dan Tarbiyyah asas pemantapan para Daie' yang telah disampaikan oleh Dr Abdullah Sudin bin Abdul Rahman, Presiden Rahman.
Kenangan bersama Dr Abdullah Sudin Abd Rahman (Batik Ungu)
& Ustaz Mohd Zamree Kautis Abdullah (Batik Hijau berkaca mata)

Kertas kerja kedua pula telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Zamree Kautis bin Abdullah, Penolong Pengarah Operasi j-QAF, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Negeri Sabah yang bertajuk 'Ciri-ciri Pendakwah Abad ke-21'.

Kertas kerja ketiga pula mengupas tentang 'Peranan Para Daie dalam Kegiatan Dakwah di Malaysia' oleh Ustaz Abu Hurairah Abdurrahman, Pengarah Dakwah, Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA).
PSS bersama Ustaz Abu Hurairah Abdurrahman

Manakala, kertas kerja keempat bertajuk 'Cabaran,Permasalahan dan Penyelesaian kegiatan dakwah di Sabah' telah dibentangkan oleh Tuan Hj Awaluddin bin Nasution, Penolong Pengarah, Bahagian Dakwah (JHEAINS).

Pada sebelah malam (23 Disember 2010), satu forum telah diadakan dengan membawa tajuk 'Dakwah di Sabah : Ke Mana Hala Tujunya?' yang telah menampilkan Dr Azizan bin Ahmad (HALUAN) sebagai moderator, Tuan Hj Awaluddin bin Nasution (JHEAINS) dan Tn Hj Sainuri bin Yahmin (Pengerusi CONCERN) sebagai ahli panel.
Dari Kiri : Dr Azizan bin Ahmad ,Tuan Hj Awaluddin bin Nasution
& Tn Hj Sainuri bin Yahmin

Sebelum majlis perasmian penutupan, satu bengkel tentang analisis SWOT Pemantapan Dakwah di Sabah telah dibuat. Para peserta seminar telah dibahagikan kepada kumpulan dan pembentangan dari kumpulan yang terpilih dilaksanakan. Banyak isu-isu telah dibangkitkan oleh para peserta yang membuka minda semua orang.
Seminar berehat untuk makan tengah hari
Peserta seminar.
SAHABAT, PSS, ABIM, Yayasan Amal
Saudara baru dari SAHABAT
Alfi Kautsar (YaPEIM), Hasmadi (PSS), Sharrizal
Azizul, Ustaz Jumat (Jabatan Mufti Negeri), Hasmadi

Untuk melihat lebih banyak gambar sila tekan di sini.