Recent Posts

December 25, 2011

Islamic Summer Camp (ISC) G5

Alhamdulillah, satu lagi program tahunan mega Persatuan Siswazah Sabah (PSS), iaitu Islamic Summer Camp (ISC) 2011 baru sahaja melabuhkan tirainya. Pada tahun ini, ISC telah diberi nafas baru dengan memperkenal dan memperkenangkan bilangan batch ISC iaitu batch ke-5. Justeru, nama yang digunakan adalah ISC Generasi 5 (G5). Program ini telah diadakan pada 16-18 Disember 2011 bertempat di KK Adventure Park, Papar, Sabah.

Antara pengisian dalam program ini adalah seperti perkongsian lmu oleh penceramah-penceramah jemputan, LDK, Malam Satu Bintang, Jelajah Dakwah, Qiamullail, Explrace dan banyak lagi.

Bertepatan dengan tema program iaitu 'Remaja Hari Ini, Pemimpin Hari Esok', program ini berjaya memberi kefahaman kepada para peserta tentang perihal persediaan untuk mewarisi kepimpinan di masa akan datang terutama dari aspek Ilmu, sahsiah, jasmani dan rohani.

Diharapkan para peserta dalam mengaplikasi segala input-input yang diberikan sepanjang program ini.
Koleksi Gambar di sini.

November 21, 2011

Usrah Pertama KRU Beaufort

Alhamdulillah, empat hari seusai penubuhan Kelab Remaja Ukhuwwah (KRU) Beaufort, Allah berikan kekuatan dan kesempatan untuk mengadakan usrah pertama. Usrah bermula pada 1.30 pm hingga 4.00 pm. Pada paginya, sempat berjumpa dan mengadakan mesyuarat pertama bersama Majlis Tertinggi KRU Beaufort untuk berbincang dan merancang gerak kerja KRU Beaufort seterusnya.

Kehadiran memberansangkan daripada adik-adik KRU Beaufort dengan bantuan tiga orang ahli Persatuan Siswazah Sabah (PSS) iaitu Ustaz Syahriul Ismail, Kak Azlinah Awang dan Hasmadi Hasbi sebagai Nuqaba' pada usrah kali ini.

Yang menariknya, usrah pada kali ini diadakan di bawah Jambatan Gergasi Beaufort. Antara pengisian dalam usrah kali ini ialah membincangkan tentang pengenalan kepada usrah seperti definisi Usrah, sirah, rukun, matlamat dan adab usrah. Ianya dilaksanakan dalam format yang sangat santai.

Semoga usrah ini akan terus menjadi tunjang tarbiyyah dalam melahirkan generasi Rabbani.


November 16, 2011

Kem Remaja Islam (KRIS) Beaufort 2011

Alhamdulillah, setelah tamat Kem Transformasi Remaja, nampaknya, marathon program masih belum tamat, Kem Remaja Islam (KRIS) Beaufort 2011 pula menyusul. Menariknya, KRIS kali ini merupakan julung-julung kalinya diadakan di daerah Beaufort, Sabah. KRIS Beaufort diadakan pada 11-13 November 2011 di SMK Beaufort.

Seramai lebih kurang 60 orang peserta telah mengikuti KRIS. Banyak aktivit menarik telah dijalankan sepanjang kem ini. Antaranya, perkongsian ilmu, LDK, riadah, Qiamullail, Explorace dan banyak lagi.

Ahli Persatuan Siswazah Sabah (PSS) juga turut padang untuk menjayakan kem ini yang bertindak sebagai fasilitator. Sebelum penutupan kem pada hari terakhir program, Kelab Remaja Ukhuwwah (KRU) cawangan Beaufort telah berjaya ditubuhkan

Berikut merupakan organisasi KRU Beaufort :

Pengerusi : Mohd Aiman Aliming
Timb Pengerusi : Siti Nor Nabila Nadila Hassan
Setiausaha : Khadijah Hj Abdul Jais
Bendahari : Asraf Aziz
Timbalan Bendahari : Rahmah Ibrahim

Semoga KRU Beaufort terus MAJU!!
Tekan di sini & sini untuk koleksi gambar.

Kem Transformasi Remaja.

Alhamdulillah, setelah lama tidak berprogram dengan adik-adik sekolah, akhirnya pada 9-10 November 2011 yang lepas, berkesempatan untuk mengendalikan program Kem Transformasi Remaja, anjuran SMKA Tun Datu Mustapha, Kawang,Papar, SABAH dengan kerjasama Persatuan Siswazah Sabah (PSS) bertempat di Hutan Hilir Kawang, Papar, SABAH.

Peserta kem ini terdiri daripada lebih kurang 60 pelajar=pelajar tingkatan tiga yang baru sahaja menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Antara modul menarik yang diramuankan dalam kem ini adalah seperti Langkah Senada, Aeroplane, Di mana ku berdiri? , Slot Muhasabah, Kembara Malam dan banyak lagi..

Pada hari kedua, salah seorang fasilitator iaitu Abg Amin dikejutkan dengan nyanyian Doa Selamat sempena tahun kelahirannya yang ke-25 tahun.

Semoga adik-adik dapat manfaat dari program seringkas dua hari, tapi padat dengan galian ilmu ini. Semua fasilitator mendoakan semoga adik-adik menjadi Muslim yang berjaya. Amin..


Tekan di sini untuk Koleksi Gambar.

November 01, 2011

Slot Penutupan SMKP Likas

October 23, 2011

Forum : 'Baju Kurung bertemu Baju Melayu'

Alhamdulillah, 22 Oktober 2011 lepas, sempat bersama dalam satu Forum Cafe Cinta yang menampilkan seorang novelis Islami terkenal, Ustazah Fatimah Syarha dengan tajuk 'Baju Kurung bertemu Baju Melayu' di Universiti Malaysia Sabah (UMS). Alhamdulillah, sambutan memberangsangkan dengan dewan kuliah yang 'Full House'. Satu perkongsian & motivasi ilmu yang menarik dari para panelis..


October 19, 2011

My Convocation Day..

October 11, 2011

Induksi & TOT QS Training & Consultancy

September 15, 2011

Civillianz 06/07 UTP..

Graduating Sabahan in UTP.

Aidilfitri 1432 H (2011 M).

Walimah Ustaz Razlie.

"Jalan inilah yang telah menyebabkan Rasulullah SAW, menikahi isteri-isterinya, para Ummahatul Mukminin. Jalan ini yang menyebabkan Ummu Sulaim menerima pinangan Abu Thalhah. Jalan yang menyebabkan bertemunya Ali r.a dan Fatimah Az-Zahra dalam sebuah keluarga. Di jalan itu pula para sahabat Nabi menikah. Di jalan dakwah itulah orang-orang soleh membina Baitul Muslim yang Haraki.."
"Di jalan Dakwah dan Taqwa aku menikah, Moga Allah SWT memberikan keberkatan kepada pernikahan ini."
Alhamdulillah 2 & 3 September 2011 yang lepas, berkesempatan menghadirkan diri ke Majlis Perkahwinan Ustaz Razlie & Kak Hernawati di Telipok Ria, Sabah. Satu majlis yang ringkas tetapi penuh kelainan dari mana-mana kenduri kahwin yang pernah saya hadiri.

Seusai, akad dilafazkan, kedua-dua mempelai menunaikan solat sunat berjemaah untuk memohon keberkatan atas pernikahan ini.

Dalam walimah ini, diselitkan bacaan Tarannum oleh Sahabat Baik saya Saudara Jubair Juhinin, persembahan nasyid oleh adik-adik PSS & KRU, dan Ceramah Nikah oleh penceramah yang tidak asing lagi di bumi Sabah, Ustaz Akmal.

Semoga walimah juga akan menjadi wadah untuk kita mengajak manusia untuk mengenal penciptanya.

"Selamat Pengantin Baru"



August 28, 2011

Sumbangan Beras sempena Ramadhan.


Alhamdulillah, sehari seusai sampai di bumi Negeri Di Bawah Bayu, Sabah, saya berkesempatan, bersama-sama sahabat-sahabat dari Persatuan Siswazah Sabah (PSS) dan Kelab Remaja Ukhuwah (KRU) menyampaikan sedikit sumbangan sekampit beras sekeluarga ke Kampung Sambah dan beberapa kampung sekitar Tuaran,Sabah.

Perjalanan ke kampung tersebut memakan masa lebih kurang 40 minit dengan menaiki bot dengan meredah sungai dan kawasan bakau. Pemandangan sepanjang perjalanan sangat menginsafkan dan menenangkan hati.

Banyak kenangan yang diterima, antaranya, terasa sebak melihat seorang mak cik yang tidak dapat menahan air matanya dek kunjung kami ke rumahnya dengan sedikit sumbangan yang diberi.

Walaupun penat, namun tidak terbayar dengan sambutan yang diberikan oleh penduduk kampung yang sangat ramah dengan kunjungan kami. Walaupun kadang-kadang kurang faham dengan dialek mereka, yang kebanyakkan berbangsa Bajau, namun, kemesraan jelas terbina di antara kami dan penduduk kampung.

Semoga kita ketemu lagi di waktu akan datang..