Recent Posts

February 27, 2011

Ziarah Pak Cik Wahab dan Mak Cik Zaleha.

Duduk dari kiri : MatPa, Madi, Pak Cik Wahab, Mak Cik Zaleha
Berdiri dari kiri : Faris, Nik Akmal Afif

Selepas tamat UTP Leadership Program 2011, sempat menziarahi Pak Cik Abd Wahab dan Mak Cik Zaleha yang tinggal di Kampung Sungai Gelang, Kamunting, Perak sebelum pulang ke kampus UTP. Pak Cik Wahab dan Mak Cik Zaleha merupakan keluarga angkat seorang sahabat saya melalui satu program keluarga angkat. Kami sempat solat jamak di rumah mereka. Sambil bertaaruf, dan berborak tentang beberapa perkara, sempat juga mengambil beberapa gambar sebagai kenangan. Mereka sangat mesra melayan kehadiran kami walaupun kehadiran kami tanpa dirancang dari awal. Semoga dapat bertemu lagi mereka di lain waktu.

UTP Leadership Program 2011.

Nampaknya, berkesempatan sekali lagi menghadiri UTP Leadership Programme 2011 yang berlangsung pada 25-27,Feb,2011 bertempat di Suria Service Apartment, Bukit Merah, Perak. Kali terakhir saya menghadiri program ini pada dua tahun yang lepas di Cameroon Highland, tetapi sebagai peserta iaitu wakil Majlis Perwakilan Pelajar UTP 2009/2010. Pada kali ini, saya menghadiri atas kapasiti sebagai ketua fasilitator. Seramai 65 pemimpin-pemimpin kelab dan badan pelajar telah menghadiri program selama tiga hari dua malam ini. Objektif program ini dianjurkan ialah untuk menyediakan kemahiran-kemahiran yang tertentu sebagai pemimpin yang hebat. Saya mewakili semua fasilitator mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pimpinan kelab dan badan pelajar yang telah menghadiri program ini kerana telah memberikan kerjasama yang sangat hebat sepanjang program berjalan. Semoga kehadiran anda membawa kemajuan dan kebaikan kepada masyarakat di UTP dan kepada agama, bangsa dan negara. Kami juga memohon maaf atas kekurangan dan kecacatan sepanjang kami mengemudikan program ini.

Allah berfirman :
"Sesungguhnya, Kami telah menawarkan amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung, tetapi semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khuatir tidak akan melaksanakannya (besar), lalu dipikullah amanat itu oleh manusia. Sungguh, manusia itu sangat zalim dan sangat bodoh"
Surah Al-Ahzab, ayat 72

Kalau nak mandi yang pertama pilihlah Teluk,
Yang kedua barulah Pantai,
Kalau nak pilih pemimpin yang pertama pilihlah yang elok,
Yang kedua barulah pandai.

Official Montaj di sini.


February 21, 2011

Iftar Jamaie' Bersama Sahabat Foundation..

Sempat meraihkan ulangtahun kelahiran sahabat foundation, Azahari.

Assalamualaikum wbt, memang nikmat bertemu sahabat-sahabat itu satu nikmat yang sangat indah. Lebih-lebih lagu dapat berbuka puasa dengan sahabat Foundation. Dengan kehadiran sahabat-sahabat dari pelbagai tingkatan umur daripada sahabat semuda 18 tahun hinggalah seusia 23 tahun, tanpa mengira umur dapat beriftar, satu suasana yang meninggalkan kesan kepada semua yang turut serta dalam iftar tersebut. Selepas selesai iftar, kami bersama-sama menunaikan solat Maghrib secara berjemaah. Pertemuan itu dihiasi dan diisi dengan pengisian rohani oleh salah seorang sahabat tahun akhir yang menekankan perihal pentingnya amalan yang dipandu dengan ilmu. Dikesempatan itu juga kami meraihkan sambutan kelahiran salah seorang sahabat foundation yang ke-19 tahun. Semoga dimurahkan rezeki dan istiqomah dalam mencari keindahan Islam.
Kehadiran sahabat tidak henti-henti walaupun dah masuk waktu Maghrib.
Suasana meriah sementara menunggu waktu berbuka.
Sama-sama bermunajat selepas solat Maghrib berjemaah .
Solat Maghrib berjemaah menguatkan hati-hati kami.

February 20, 2011

Forum Perdana LIVE from UTP.

Kenangan Bersama Ustaz Zahazan dan sahabat-sahabat UTP.

Alhamdulillah , pada 17,Feb,2011 yang lalu, rakaman siaran dan siaran langsung Forum Perdana Hal Ehwal Islam berjaya dilangsungkan dengan jayanya di Dewan Cancelor, Universiti Teknologi PETRONAS. Bermula pada pukul 8.30 malam, siaran rakaman yang menampilkan Tun Mahathir yang juga merupakan Cancelor UTP bersama Prof Madya Dr Hafidzi bin Mohd Noor, Pensyarah Jabatan Perlindungan Tumbuhan Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia, yang telah dimoderatorkan oleh Ustaz Mohd Erfino bin Johari, Penolong Pengarah, Bahagian Pembangunan Dasar Kementerian Pengajian Tinggi. Forum ini telah membincangkan tentang isu Palestin. Kehadiran yang memberansangkan daripada hadirin menghangatkan lagi forum pada malam tersebut. Forum ini buat kali pertama kalinya dikendalikan dalam bahasa English.
Forum sedang rancak berlangsung
Tun Mahathir sedang mengupas isu Palestin
Prof Hafidzi melontarkan idea-idea bernas kepada audien.
Penonton dari pelbagai bangsa dan agama turut hadir.
Hadirin yang memenuhi ruang dewan Cancelor , UTP
Ahli panel dan moderator di atas pentas.
Salah seorang penonton sedang mengutarakan soalan kepada ahli panel.
Penyampaian cenderahati kepada panelis.
Ustaz Erfino mengendali forum dengan gaya bersahaja dan santai.

Pada pukul 10.oo malam, Forum diteruskan lagi dengan siaran langsung Forum Perdana ke TV1 RTM. Kali ini, panel hebat telah mengambil tempat iaitu Dr Zahazan bin Mohamed,Pengarah eksekutif Telaga Biru Sdn Bhd, Prof Dato' Dr Zaleha binti Kamaruddin, Timbalan Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dan Prof Madya Dr Fakhruldin bin Mohd Hashim, Pensyarah Kanan & Ketua Penyelidik Teknologi Laut Dalam, UTP. Forum ini sekali lagi telah dimoderatorkan oleh Ustaz Mohd Erfino yang membawa tajuk Kasih Al-Amin.
Suasana sebelum siaran langsung bermula.
Ustaz Zahazan menjawab soalan moderator dengan hujah-hujah yang baik.
Saudara Zayinul sedang bertanya kepada panelis.
Selawat bersama-sama selepas forum tamat.

Saksikan Video dengan menekan link berikut :