Recent Posts

August 28, 2011

Sumbangan Beras sempena Ramadhan.


Alhamdulillah, sehari seusai sampai di bumi Negeri Di Bawah Bayu, Sabah, saya berkesempatan, bersama-sama sahabat-sahabat dari Persatuan Siswazah Sabah (PSS) dan Kelab Remaja Ukhuwah (KRU) menyampaikan sedikit sumbangan sekampit beras sekeluarga ke Kampung Sambah dan beberapa kampung sekitar Tuaran,Sabah.

Perjalanan ke kampung tersebut memakan masa lebih kurang 40 minit dengan menaiki bot dengan meredah sungai dan kawasan bakau. Pemandangan sepanjang perjalanan sangat menginsafkan dan menenangkan hati.

Banyak kenangan yang diterima, antaranya, terasa sebak melihat seorang mak cik yang tidak dapat menahan air matanya dek kunjung kami ke rumahnya dengan sedikit sumbangan yang diberi.

Walaupun penat, namun tidak terbayar dengan sambutan yang diberikan oleh penduduk kampung yang sangat ramah dengan kunjungan kami. Walaupun kadang-kadang kurang faham dengan dialek mereka, yang kebanyakkan berbangsa Bajau, namun, kemesraan jelas terbina di antara kami dan penduduk kampung.

Semoga kita ketemu lagi di waktu akan datang..



















August 11, 2011

'Shopping' di Madrasah Ramadhan.

1.Petang nie pergi surau kat kampung tue sebab makanan die sedap. Esok kita pergi surau kampung tue pula, makanan dia banyak. Wah!! Bestnyer dapat makan free!!

2.Malam pula kita terawikh kat Masjid nie. Masjid nie best, ada air-cond. Sejuk sket!! Solat pun khusyuk. Malam esok kita kita terawikh kat masjid tue pula, imam die baca merdu dan syahdu. Baru Feel!! Malam esoknya pula, Masjid situ pula, imam die baca surah pendek, laju pula tue. Cepat habis!! Lagi satu, awal-awal nie, best sket, ramai orang, MERIAH..

3.Bazar mana yang syok? Situ murah.. Sini banyak jenis makanan dijual.. Nak dekat ke jauh?Jangan ketinggalan, bulan nie jer, bulan len takde dah. Kita dah puasa satu hari, inilah masa kita nak melepaskan geram.. Grr!!

4.Sekarang dah masuk fatrah atau fasa ke-2 Ramadhan, orang bilang, fatrah ke-2 nie fasa pengampunan dosa. Wah!! Bestnyer, dah penat buat dosa, akhirnya, senang-senang gitu je ampun dosa. Terima kasih Allah!!

5.Selamat membeli-belah di Madrasah Ramadhan. Jangan ketinggalan tawaran istimewa Ramadhan.. Tawaran sah sehingga 29 Ramadhan.. Siapa cepat dia dapat!! Jumpa anda di sana!!

August 09, 2011

Authoriti yang Tidak Berkuasa..

Bekas Penjara Mandela dikurung.

1.Ramai orang anggap, bila dia punya 'authoriti' , dia punya 'kuasa'. Betulkah?

2.Kalau betul, bagaimana Mahatma Gandhi yang pernah disifatkan oleh Winston Churchill sebagai seorang fakir yang berbadan setengah telanjang menjejak kaki ke Istana Viceregal, berjaya memberukkerakan British untuk memberikan kemerdekaan kepada India pada tahun 1947.

3.Kalau benar, bagaimana Nelson Mandela yang pernah dikencing dan diludah dalam keadaan digantung kepala di kaki, kaki di kepala dalam penjara , natijahnya menjadi satu figura hebat yang dilantik menjadi presiden Afrika. Jasadnya memang dikurung dalam penjara yang gelap dan pengap, namun, jiwanya bebas.

4.Bagaimana Martin Luther King yang hanya seorang aktivis muda yang tidak punya apa, hanya mempunyai seakan satu kuasa magik yang mampu meniupkan satu domain anti-keganasan dan hak sama rata di Amerika Syarikat.

5.Jangan tertipu dengan bayang-bayang sendiri.

6. Mana satu yang dikejar? Authoriti atau Kuasa?