Recent Posts

November 21, 2011

Usrah Pertama KRU Beaufort

Alhamdulillah, empat hari seusai penubuhan Kelab Remaja Ukhuwwah (KRU) Beaufort, Allah berikan kekuatan dan kesempatan untuk mengadakan usrah pertama. Usrah bermula pada 1.30 pm hingga 4.00 pm. Pada paginya, sempat berjumpa dan mengadakan mesyuarat pertama bersama Majlis Tertinggi KRU Beaufort untuk berbincang dan merancang gerak kerja KRU Beaufort seterusnya.

Kehadiran memberansangkan daripada adik-adik KRU Beaufort dengan bantuan tiga orang ahli Persatuan Siswazah Sabah (PSS) iaitu Ustaz Syahriul Ismail, Kak Azlinah Awang dan Hasmadi Hasbi sebagai Nuqaba' pada usrah kali ini.

Yang menariknya, usrah pada kali ini diadakan di bawah Jambatan Gergasi Beaufort. Antara pengisian dalam usrah kali ini ialah membincangkan tentang pengenalan kepada usrah seperti definisi Usrah, sirah, rukun, matlamat dan adab usrah. Ianya dilaksanakan dalam format yang sangat santai.

Semoga usrah ini akan terus menjadi tunjang tarbiyyah dalam melahirkan generasi Rabbani.


November 16, 2011

Kem Remaja Islam (KRIS) Beaufort 2011

Alhamdulillah, setelah tamat Kem Transformasi Remaja, nampaknya, marathon program masih belum tamat, Kem Remaja Islam (KRIS) Beaufort 2011 pula menyusul. Menariknya, KRIS kali ini merupakan julung-julung kalinya diadakan di daerah Beaufort, Sabah. KRIS Beaufort diadakan pada 11-13 November 2011 di SMK Beaufort.

Seramai lebih kurang 60 orang peserta telah mengikuti KRIS. Banyak aktivit menarik telah dijalankan sepanjang kem ini. Antaranya, perkongsian ilmu, LDK, riadah, Qiamullail, Explorace dan banyak lagi.

Ahli Persatuan Siswazah Sabah (PSS) juga turut padang untuk menjayakan kem ini yang bertindak sebagai fasilitator. Sebelum penutupan kem pada hari terakhir program, Kelab Remaja Ukhuwwah (KRU) cawangan Beaufort telah berjaya ditubuhkan

Berikut merupakan organisasi KRU Beaufort :

Pengerusi : Mohd Aiman Aliming
Timb Pengerusi : Siti Nor Nabila Nadila Hassan
Setiausaha : Khadijah Hj Abdul Jais
Bendahari : Asraf Aziz
Timbalan Bendahari : Rahmah Ibrahim

Semoga KRU Beaufort terus MAJU!!
Tekan di sini & sini untuk koleksi gambar.

Kem Transformasi Remaja.

Alhamdulillah, setelah lama tidak berprogram dengan adik-adik sekolah, akhirnya pada 9-10 November 2011 yang lepas, berkesempatan untuk mengendalikan program Kem Transformasi Remaja, anjuran SMKA Tun Datu Mustapha, Kawang,Papar, SABAH dengan kerjasama Persatuan Siswazah Sabah (PSS) bertempat di Hutan Hilir Kawang, Papar, SABAH.

Peserta kem ini terdiri daripada lebih kurang 60 pelajar=pelajar tingkatan tiga yang baru sahaja menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Antara modul menarik yang diramuankan dalam kem ini adalah seperti Langkah Senada, Aeroplane, Di mana ku berdiri? , Slot Muhasabah, Kembara Malam dan banyak lagi..

Pada hari kedua, salah seorang fasilitator iaitu Abg Amin dikejutkan dengan nyanyian Doa Selamat sempena tahun kelahirannya yang ke-25 tahun.

Semoga adik-adik dapat manfaat dari program seringkas dua hari, tapi padat dengan galian ilmu ini. Semua fasilitator mendoakan semoga adik-adik menjadi Muslim yang berjaya. Amin..


Tekan di sini untuk Koleksi Gambar.

November 01, 2011

Slot Penutupan SMKP Likas