Recent Posts

December 04, 2012

Usrah KRU Putatan 2.12.12

2 Disember 2012, Masjid Ketiau, Putatan - Alhamdulillah, meneruskan rutin mingguan, mencetak fikrah Islam kepada ahli Usrahku. Merasa tempat baru, iaitu di Masjid Ketiau, cantik masjidnya.

December 02, 2012

Bowling with KRU Putatan


November 25, 2012

Bengkel Pengurusan Organisasi (BPO) KRU Putatan


Alhamdulillah, program sehari nie, dapat juga dijayakan dengan lancar sekali. Program santai tetapi padat dengan slot-slot yang menarik ini merupakan buat julung-julung kalinya dilaksanakan bersama KRU Putatan.

Alhamdulillah, nampaknya, pengalamanku mengikuti banyak seminar, kursus, bengkel dan program-program kepimpinan dan pengurusan organisasi serba sedikit memberi surplus untuk mencorak pengisian bengkel supaya mesej dapat disampaikan kepada para peserta dengan mudah dan menarik.

Sesi Taaruf

Peserta Muslimat

Practice make perfect.

Modul 'Ini Cerita Kami'

Modul 'Pemberita Berkepala Tiga'

Modul Pengucapan Awam

Pemidato Pertama

Malu pla.

Bersemangat.

Wakil pemidato Muslimin.

Usrah KRU Putatan 24.11.2012

Walaupun ada panggilan Jihad pada sebelah petangnya, namun, ku gagahkan juga untuk merobek sedikit masaku untuk mencari rongga-rongga waktu yang boleh kumanfaatkan untuk mencetak fikrahku bersama adik-adik KRU Putatan.

Alhamdulillah, hari nie, membincangkan tentang tajuk pertama dalam buku Maza Yakni, 'Apa Ertinya Saya Menganut Islam' yang berkisar tentang Akidah. Perbincangan semakin hangat tatkala membincangkan ideologi-ideologi yang wujud masa kini.

November 22, 2012

Iftar bersama KRU Putatan 22.11.12


"Bang, bila lagi kita ma buat Iftar KRU Putatan?". Bertitik tolak dari panggilan telefon seorang adik usrahku inilah ku gagahkan untuk menjayakan Iftar KRU Putatan. Tiba-tiba terngiang bait-bait lirik lagu Tomboh Hati yang antara lain menyatakan, untuk jaga hati hendaklah berpuasa, selain daripada baca Quran dan maknanya, Qiamullail bangunkan, berhimpun dengan orang-orang soleh.

Alhamdulillah, aku boleh berbangga dan bersyukur kerana dipertemukan dengan mujahid-mujahidah muda yang mampu berdikari disamping mempunyai semangat yang kental. Aku boleh katakan, dari A-Z mereka melakukan untuk merealisasikannya.

Aku dan sahabat-sahabat dari PSS Putatan hanya menyokong dan memberi tunjuk ajar untuk melaksanakan. Seusai habis waktu bekerja, terus ku menginjak 'pedal' minyak keretaku ke lokasi Iftar yang telah ditetapkan. Alhamdulillah, sedap juadahnya.

Terima kasih adik-adik KRU Putatan. Insyaallah, kita akan lazimkan Iftar nie pada masa akan datang ok.









November 21, 2012

Badminton bersama KRU Putatan


21 November 2012, Dewan Belia & Sukan, Putatan, SABAH - PADAT. Itulah perkataan yang mampu ku lafazkan untuk menerangkan aktivitiku sepanjang minggu ini. Alhamdulillah, sekali-sekala bersukan untuk menzahirkan kesyumulan Islam. 

Sebenarnya, sudah 'booking' dewan untuk dua jam, tetapi ada sedikit kekeliruan menyebabkan kami hanya dibenarkan bermain badminton selama sejam sahaja. Namun, ada hikmah disebaliknya, sementara menunggu pukul 9.00pm untuk memulakan permainan, Usrah dahulu. Dapatlah juga bertaaruf dan mengenal minat sukan sahabat-sahabat yang lain.

Lepas tu, para 'Lee Chong Wee' Putatan pun beraksi..

Usrah sementara menunggu permainan bermula.

Warming-up

Bila mau mula nie?

Bersedia semua..


November 19, 2012

Qiamullail Perdana PSS & KRU Putatan November 2012

Betullah kata ulama, antara cara untuk menjaga hati adalah dengan melazimkan Qiamullail. Berkat Istiqomah menganjurkan Qiamullail khususnya kepada para remaja di sekitar daerah Putatan, SABAH , semakin ramai yang tertarik dengan program ini dan dapat memahami Islam yang syumul.

Banyak muka-muka lama yang Istiqomah mengikuti program bulanan ini, tetapi tidak kurang juga muka-muka baru yang diajak oleh sahabat-sahabat diorang. Semoga kehadiran anda semua menjadi asbab untuk kita semua mendapat redha Allah.
Lagi Koleksi Gambar di sini.