Recent Posts

October 02, 2009

Faces of Legend..


Assalamualaikum,
Alhamdulillah, 2 Oktober 2009 yang lepas , semua sekretariat ConvoFair 2009 baru sahaja mengadakan Malam Apreasiasi di Hotel Swiss Garden Golf Resoft. Lumut. Banyak aktiviti diadakan termasuk makan-makan, cabutan tiket bertuah, permainan 'spontan' , sesi mengambil gambar dan banyak lagi. Saya sebagai Penyelia (Supervisor) untuk Convofair 2009 mengucapkan jutaan terima kasih kepada kesemua 139 orang komiti yang bertungkus-lumus menjayakan Convofair ini. Semoga kenangan kita bersama akan terus berkekalan.

Akar Nibong meresap,
Akar mati di atas perahu,
Terbakar kampung nampak asap,
Terbakar hati siapa yang tahu.

Saya juga memohon maaf atas segala khilaf dalam tutur kata, perbuatan dan halalkan makan minum. You all the BEST!!






































September 21, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri..


Dari Kiri : Hasmadi, Hairul(Adik), Hasbi(Bapa),
Noraini(Ibu), Norhasnizah(Kakak), Hamizul(Abang)

Assalamualaikum wbt..

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin....
Alhamdulillah, akhirnya dapat juga menggunakan kesempatan cuti raya ni untuk mengemaskini blog. Mudah-mudahan Ramadhan yang berlalu melakarkan jutaan keinsafan dan Syawal ini mengundang kebahagiaan kepada kita. Kesempatan cuti ini juga Madi ingin manfaatkan untuk melawat sahabat-sahabat yang lama tidak jumpa. Ucapan Hamdalah juga kerana Ramadhan dan Syawal tahun ini berlalu dengan lancar sekali. Sedikit perkongsian atau peringatan kepada kita, dalam keghairahan kita menyambut Syawal yang meriah ini, ada baik kiranya kita melihat beberapa amalan yang boleh kita amalkan, antaranya :
  1. Bertakbir
  2. Lafaz ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri
  3. Meneruskan Qiamulail
  4. Mandi pada pagi Hari Raya
  5. Makan sebelum Solat Sunat Hari Raya
  6. Memakai pakaian yang indah
  7. Berjalan kaki ke tempat menunailan solat Hari Raya
  8. Melalui tempat yang berbeza ketika pergi dan balik dari tempat menunaikan solat Hari Raya
  9. Solat sunat di tempat yang lapang
  10. Mengerjakan Solat Aidilfitri
  11. Bergembira pada Hari Raya Aidilfitri
  12. Puasa sunat enam hari dalam bulan Syawal















Semoga Ramadhan dan Syawal ini bermakna kepada kita..

Salam..

August 06, 2009

Asean Build & Break Competition 2009

Assalamualaikum wbt.. Lama tak post,sedikit gambar ketika Asean Build & Break Competition 2009 kat UNITEN, 1 Ogos 2009 yang lepas. UTP telah menghantar dua kumpulan iaitu kumpulan UTP 1 (Nadia,Amalina,Amirah,Azimah) dan UTP 2 (Hasmadi,Fitri,Razif,Rashid). Dua orang pensyarah turut hadir iaitu Assoc prof Dr. Shamsul Rahman B Mohamed Kutty dan Mr Mohamed Mubarak B Abdul Wahab sebagai pensyarah pengiring. Dalam pertandingan ini, sebanyak 36 kumpulan telah berentap untuk mencipta rekaan prototaip struktur masing-masing. Masa selama tiga jam diberikan untuk menyiapkan prototaip masing-masing. Peserta dikehendaki menyiapkan struktur masing-masing berdasarkan bahan-bahan yang telah diberikan (2 gulung dawai, 60 batang kayu satay, 2 pita selafon, pembaris, gunting, pemotong dawai,pencangkuk) dan berdasarkan beberapa kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur. Kami dikehendaki mencipta kren dengan berpandukan dimensi minima yang telah ditetapkan. Setelah berhempas pulas selama hampir 3 jam, akhirnya, kumpulan kami berjaya menyiapkan struktur kami. Selepas itu semua struktur perlu melepasi penyaringan pertama ujian dimensi iaitu memastikan prototaip yang dicipta menepati dimensi dan kriteria yang telah ditetapkan untuk melayakkan mereka ke peringkat seterusnya iaitu ujian ketahanan dan berat. Sebanyak dua puluh kumpulan berjaya melepasi saringan pertama dan selebihnya dikira batal kerana tidak menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan. Kumpulan UTP 1 tidak layak untuk ke perinkat kedua dan kumpulan UTP 2 berjaya melepasi saringan pertama dan layak ke peringkat seterusnya. UTP 2 berjaya mencipta struktur seberat 300 gram, dan berjaya mengamkat beban seberat 109 gram. Setelah semua 20 kumpulan diuji, akhirnya pengadil mengumumkan UKM sebagai pemenang pertama, Curtin University(Johan 2008) tempat kedua, dan USM tempat ketiga.


Gambar kami(Hasmadi,Fitri,Razif.Rashid) selepas pertandingan tamat.

Kenangan di hadapan pintu masuk Dewan Seri Sarjana, UNITEN.

Kumpulan UTP 1 bergandingan UTP 2 selepas tamat majlis penutupan.

Kumpulan UTP 2 di hadapan pentas dewan.

Prototaip kumpulan UTP 2 setelah siap.

Kumpulan lain yang turut serta.

Kumpulan UTP 2 (Nadia,Amalina,Amira, Azimah) bergaya dihadapan prototaip struktur mereka.

Seorang peserta sedang menguji kekuatan prototaip mereka dengan meletakkan beban pada cangkuk di hujung struktur mereka.

Fitri tengah kusyuk meletakkan beban ke dalam bekas yang digantung pada cangkuk kren kami.

Meletakkan beban dengan penuh perasaan.

Pengadil sedang meletakkan bekas ke cangkuk prototaip kami.

Prototaip ditimbang terlebih dahulu sebelum diuji dengan beban.

Post di meja tempat kami menyiapkan prototaip kami.

July 04, 2009

Siapakah Kita?

Assalamualaikum, Insyallah beberapa persoalan untuk kita renungkan, siapakah diri kita sebenarnya...

Siapakah orang yang Sombong?
Orang yang sombong adalah orang yang diberi penghidupan tapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan kehidupan itu iaitu Allah Rabbul Alaamin, Tuhan Sekalian alam. Maka bertasbihlah segala apa yang ada di bumi dan langit pada Tuhannya kecuali jin dan manusia yang sombong diri.

Siapakah orang yang telah mati hatinya?
Orang yang telah mati hatinya adalah orang yang diberi petunjuk melalui ayat-ayat Quran, Hadith dan cerita-cerita kebaikan namun merasa tidak ada apa-apa kesan di dalam jiwa untuk bertaubat.

Siapakah orang dungu kepala otaknya?
Orang yang dungu kepala otaknya adalah orang yang tidak mahu lakukan ibadat tapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyiksanya dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.

Siapakah orang yang kuat?
Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya ketika ia dalam kemarahan.

Siapakah orang yang lemah?
Orang yang lemah adalah orang yang melihat akan kemaksiatan di depan matanya tidak sedikitpun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu.

Siapakah orang yang bakhil?
Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yang berat lidahnya untuk membaca selawat ke atas junjungan Rasulullah SAW.

Siapakah orang yang buta?
Orang yang buta adalah orang yang tidak mahu membaca dan meneliti akan kebesaran Al-Quran dan tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya.

Siapakah orang yang tuli?
Orang yang tuli adalah orang yang diberi nasihat dan pengajaran yang baik namun tidak diendahkannya.

Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengembil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman AS.

Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna Lillahi Wainna Illaihi Rajiuun". Lalu sambil berkata, "Ya Rabbi aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang menangis airmata mutiara?
Orang yang menangis airmata mutiara adalah orang-orang yang sedang bersendiri lalu mengingat akan kebesaran Tuhan dan menyesal akan dosa-dosanya lalu mengalir airmatanya.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak tamak akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang yang tidak berpuas dengan nikmat yang ada.

Siapakah orang yang pandai?
Orang yang pandai adalah orang yang bersiap-siap untuk hari kematiannya kerana dunia ini berusia pendek sedang akhirat kekal abadi.

Siapakah orang yang bodoh?
Orang yang bodoh adalah orang yang beriya-iya berusaha sekuat tenaga untuk dunianya sedangkan akhiratnya diabaikan.

Siapakah orang yang maju dalam hidupnya?
Orang yang maju dalam hidupnya adalah orang-orang yang senantiasa mempertingkatkan ilmu agamanya.

Siapakah orang yang mundur hidupnya?
Orang yang mundur dalam hidupnya adalah orang yang tidak memperdulikan akan halal dan haramnya akan sesuatu perkara itu.

Siapakah orang gila itu?
Orang yang gila itu adalah orang yang tidak sembahyang kerana hanya dua syarat saja yang memperbolehkan seseorang itu meninggalkan sembahyang, pertama, sekiranya ia haid dan kedua ketika tidak siuman akalnya.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikkan.

Siapakah orang yang selalu ditipu?
Orang yang selalu ditipu adalah orang muda yang menyangka bahawa kematian itu berlaku hanya pada orang tua.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang mati membawa amal kebaikan di mana kuburnya akan diperluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dhimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah menggunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

June 28, 2009

Le Tour De Sabah..


Tip Of Borneo

Mengkabong

Yayasan Sabah

Kota Kinabalu

Pantai Kelambu

Pantai Kelambu

Pantai Kelambu

Esplaned, Kudat

Kota Belud

Kudat

Kinabalu Park

Nabalu, Kundasang