Recent Posts

October 02, 2009

Faces of Legend..


Assalamualaikum,
Alhamdulillah, 2 Oktober 2009 yang lepas , semua sekretariat ConvoFair 2009 baru sahaja mengadakan Malam Apreasiasi di Hotel Swiss Garden Golf Resoft. Lumut. Banyak aktiviti diadakan termasuk makan-makan, cabutan tiket bertuah, permainan 'spontan' , sesi mengambil gambar dan banyak lagi. Saya sebagai Penyelia (Supervisor) untuk Convofair 2009 mengucapkan jutaan terima kasih kepada kesemua 139 orang komiti yang bertungkus-lumus menjayakan Convofair ini. Semoga kenangan kita bersama akan terus berkekalan.

Akar Nibong meresap,
Akar mati di atas perahu,
Terbakar kampung nampak asap,
Terbakar hati siapa yang tahu.

Saya juga memohon maaf atas segala khilaf dalam tutur kata, perbuatan dan halalkan makan minum. You all the BEST!!






































September 21, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri..


Dari Kiri : Hasmadi, Hairul(Adik), Hasbi(Bapa),
Noraini(Ibu), Norhasnizah(Kakak), Hamizul(Abang)

Assalamualaikum wbt..

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin....
Alhamdulillah, akhirnya dapat juga menggunakan kesempatan cuti raya ni untuk mengemaskini blog. Mudah-mudahan Ramadhan yang berlalu melakarkan jutaan keinsafan dan Syawal ini mengundang kebahagiaan kepada kita. Kesempatan cuti ini juga Madi ingin manfaatkan untuk melawat sahabat-sahabat yang lama tidak jumpa. Ucapan Hamdalah juga kerana Ramadhan dan Syawal tahun ini berlalu dengan lancar sekali. Sedikit perkongsian atau peringatan kepada kita, dalam keghairahan kita menyambut Syawal yang meriah ini, ada baik kiranya kita melihat beberapa amalan yang boleh kita amalkan, antaranya :
  1. Bertakbir
  2. Lafaz ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri
  3. Meneruskan Qiamulail
  4. Mandi pada pagi Hari Raya
  5. Makan sebelum Solat Sunat Hari Raya
  6. Memakai pakaian yang indah
  7. Berjalan kaki ke tempat menunailan solat Hari Raya
  8. Melalui tempat yang berbeza ketika pergi dan balik dari tempat menunaikan solat Hari Raya
  9. Solat sunat di tempat yang lapang
  10. Mengerjakan Solat Aidilfitri
  11. Bergembira pada Hari Raya Aidilfitri
  12. Puasa sunat enam hari dalam bulan Syawal















Semoga Ramadhan dan Syawal ini bermakna kepada kita..

Salam..

August 06, 2009

Asean Build & Break Competition 2009

Assalamualaikum wbt.. Lama tak post,sedikit gambar ketika Asean Build & Break Competition 2009 kat UNITEN, 1 Ogos 2009 yang lepas. UTP telah menghantar dua kumpulan iaitu kumpulan UTP 1 (Nadia,Amalina,Amirah,Azimah) dan UTP 2 (Hasmadi,Fitri,Razif,Rashid). Dua orang pensyarah turut hadir iaitu Assoc prof Dr. Shamsul Rahman B Mohamed Kutty dan Mr Mohamed Mubarak B Abdul Wahab sebagai pensyarah pengiring. Dalam pertandingan ini, sebanyak 36 kumpulan telah berentap untuk mencipta rekaan prototaip struktur masing-masing. Masa selama tiga jam diberikan untuk menyiapkan prototaip masing-masing. Peserta dikehendaki menyiapkan struktur masing-masing berdasarkan bahan-bahan yang telah diberikan (2 gulung dawai, 60 batang kayu satay, 2 pita selafon, pembaris, gunting, pemotong dawai,pencangkuk) dan berdasarkan beberapa kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur. Kami dikehendaki mencipta kren dengan berpandukan dimensi minima yang telah ditetapkan. Setelah berhempas pulas selama hampir 3 jam, akhirnya, kumpulan kami berjaya menyiapkan struktur kami. Selepas itu semua struktur perlu melepasi penyaringan pertama ujian dimensi iaitu memastikan prototaip yang dicipta menepati dimensi dan kriteria yang telah ditetapkan untuk melayakkan mereka ke peringkat seterusnya iaitu ujian ketahanan dan berat. Sebanyak dua puluh kumpulan berjaya melepasi saringan pertama dan selebihnya dikira batal kerana tidak menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan. Kumpulan UTP 1 tidak layak untuk ke perinkat kedua dan kumpulan UTP 2 berjaya melepasi saringan pertama dan layak ke peringkat seterusnya. UTP 2 berjaya mencipta struktur seberat 300 gram, dan berjaya mengamkat beban seberat 109 gram. Setelah semua 20 kumpulan diuji, akhirnya pengadil mengumumkan UKM sebagai pemenang pertama, Curtin University(Johan 2008) tempat kedua, dan USM tempat ketiga.


Gambar kami(Hasmadi,Fitri,Razif.Rashid) selepas pertandingan tamat.

Kenangan di hadapan pintu masuk Dewan Seri Sarjana, UNITEN.

Kumpulan UTP 1 bergandingan UTP 2 selepas tamat majlis penutupan.

Kumpulan UTP 2 di hadapan pentas dewan.

Prototaip kumpulan UTP 2 setelah siap.

Kumpulan lain yang turut serta.

Kumpulan UTP 2 (Nadia,Amalina,Amira, Azimah) bergaya dihadapan prototaip struktur mereka.

Seorang peserta sedang menguji kekuatan prototaip mereka dengan meletakkan beban pada cangkuk di hujung struktur mereka.

Fitri tengah kusyuk meletakkan beban ke dalam bekas yang digantung pada cangkuk kren kami.

Meletakkan beban dengan penuh perasaan.

Pengadil sedang meletakkan bekas ke cangkuk prototaip kami.

Prototaip ditimbang terlebih dahulu sebelum diuji dengan beban.

Post di meja tempat kami menyiapkan prototaip kami.