Recent Posts

December 26, 2010

ISC 2010' : Berkumpulnya Mujahid Setia.

Assalamualaikum, Alhamdulillah, pada 17-19 Disember 2010 yang lalu, Islamic Summer Camp 2010' berjaya diadakan bertempat di Batangan Baru Lagoon, Tuaran, Sabah. Lebih daripada seratus orang peserta telah mengikuti program cuti sekolah yang sangat menarik ini. Program seumpama ini merupakan kali keempat diadakan setelah penganjuran julung-julung kalinya diadakan pada tahun 2007 buat kali pertamanya. Peserta terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah seluruh Sabah seperti dari Daerah Tuaran, Kundasang, Kota Belud, Bongawan, Papar, Sipitang dan banyak lagi. Program ini dianjurkan dengan kerjasma daripada Persatuan Siswazah Sabah (PSS) dan Kelab Remaja Ukhuwwah (KRU).

Program yang santai dan kasual ini menghidangkan kepada para peserta dengan pelbagai modul yang menarik. Antaranya Latihan Dalam Kumpulan (LDK), Malam Muhasabah, Jelajah Dakwah, Jalan Malam, Eksplorace dan banyak lagi.

Program kali ini juga mencatatkan rekod terbaik dengan menyaksikan penyertaan terbanyak sejak penganjurannya. Perkembangan yang positif ini menjadi indikasi bahawa golongan muda seawal usia sekolah rendah lagi mempunyai minat untuk memahami Islam yang sebenar dan memahami bahawa setiap dari mereka tidak mengira usia memikul tanggungjawab sebagai pendakwah mengikut lapangan masing-masing.

Ternyata dengan persiapan awal yang telah dibuat oleh AJK penganjur, ditambah dengan komitmen yang hebat dari para fasilitator dan diserikan lagi dengan penglibatan aktif para peserta dalam setiap slot aktiviti mewarnai lagi program ini dan sudah pasti ianya membekaskan satu kenangan dan pengalaman yang tidak mungkin dapat dilupakan oleh semua orang yang terlibat secara langsung atau tidak langsung lebih-lebih lagi AJK, fasilitator dan peserta program.

Program seumpama ini juga sebagai satu wadah terbaik kepada pelajar sekolah khususnya untuk memanfaatkan cuti sekolah mereka dengan perkara-perkara yang berfaedah. Mereka berpeluang untuk berkongsi inspirasi dan aspirasi dengan para fasilitator yang kebanyakkan mereka merupakan mahasiswa-mahasiswa ataupun lepasan siswazah yang berjaya. Program ini bukan sahaja memberikan pemahaman tentang konsep dan teori semata, tetapi para peserta juga berpeluang untuk turun kepada masyarakat di sekitar tapak perkhemahan untuk mendengar sendiri denyut nadi kehidupan dengan mengadakan perkongsian bahasa dan rasa melalui aktiviti seperti Jelajah Dakwah.
Selain itu, elemen-elemen kekuatan fizikal juga turut diasah melalui aktiviti seperti Jalan Malam dan Eksplorace. Ternyata, semangat dan tenaga org muda berjaya ditonjolkan oleh para peserta.

Melalui aktiviti LDK, para peserta diterapkan untuk sentiasa bekerja di dalam satu jemaah ataupun kumpulan. Sekali lagi, kombinasi dan kompilasi idea-idea bernas mereka mampu melontarkan cadangan dan pandangan yang matang dalam memberi reaksi kepada tugasan dan isu-isu yang diberikan kepada mereka.
Saya sangat berbangga dan kagum dengan komitmen, kerjasama, dan fokus mereka sepanjang program ini berlangsung. Mereka sanggup mengorbankan sedikit wang ringgit, masa cuti sekolah mereka, tenaga dan berjauhan dengan keluarga tercinta demi mencari satu pengembaraan pengalaman hidup dan ilmu yang berguna untuk mereka.

Cuba bayangkan lebih ramai anak muda yang komited dalam program-program kemasyarakatan seumpama ini, sudah pasti, masa depan bangsa kita semakin cerah dan melahirkan masyarakat yang berilmu dan mempunyai sahsiah yang terpuji.

Saya mendoakan semoga adik-adik terus berjaya dan Istiqomah dalam perjuangan ini. Jadilah manusia yang bermanfaat kepada orang lain. Berikut beberapa potret gambar yang sempat diabadikan, semoga gambar-gambar ini mendekatkan lagi ukhuwah sesama kita :
Azizul Julirin (Ketua Fasi) dgn DSLR nya..
Sungguh berdisiplin mereka.
Abg Amir Fadhli sedang memerhatikan kumpulan Muslimat yang berjaya menegakkan panji.
Fasilitator sedang memberikan panduan dan semangat kepada para peserta untuk menyelesaikan tugasan yang diberi.
Kayak juga disediakan.
Pemandangan menarik di tapak program.
Pantai di kawasan program.
Seseorang sedang mendayung perahu.
Jeti berhampiran tapak program.
Kenangan saya bersama ketua fasi, Azizul Julirin (Berkaca mata)
Gerbang ke tapak program.
Saudara Fanshuri Badaruddin dengan gaya bersahajanya.
Antara fasilitator yang bertungkus lumus menjayakan program ini.
Tapak perkhemahan Muslimin.
Laluan Muslimin untuk melicinkan perjalanan program
Setiap detik bermakna untuk diabadikan.
AJK yang menjaga PA System.
Bergambar di hadapan khemah.
Peserta yang bersemangat kental di tapak perkhemahan.
Tetap ceria walaupun letih.
Usia bukan penghalang untuk berukhuwah.
Bangga dengan kumpulan sendiri.
Ukhwah yang terjalin walaupun berasal dari tempat yang berbeza.
Perkongsian ilmu di tepi tasik.
Perbincangan sambil menikmati keindahan alam.
Bertaaruf asas dakwah.
Terus bersemangat walaupun penat.
Azizul, Abg Fezri & Abg Pai antara orang kuat ISC 2010' & PSS
Bersemangat membentangkan hasil perbincangan kumpulan.
Berkeyakinan di hadapan sahabat-sahabat dari kumpulan lain.
Pembentangan dengan idea-idea yang segar.
Muslimat tidak kurang hebatnya melontarkan idea-idea yang bernas.
Hasil perbincangan disampaikan oleh wakil kumpulan.
Ustaz Akmal dengan gaya santainya berkongsi ilmu dengan peserta.
Peserta juga terdiri daripada pelbagai kaum & bangsa.
Umi turut turut padang untuk memberi inspirasi kepada golongan muda.
Hadiah turut disediakan kepada pemenang.
Saudara Fanshuri (Pengarah) tenang memotivasikan adik-adik jagaannya.
Saudara Azizul memberi semangat kepada peserta.
Fasilitator setia mendengar luahan hati para peserta.
Peserta berpuas hati dan gembira dengan program ini.
Kemesraan jelas terpancar di antara peserta dan fasilitator
Para peserta khusyuk mendengar nasihat daripada fasilitator.
Sesi luahan perasaan sebelum berpisah.
Amanat terakhir fasilitator sebelum program tamat.
Ruangan pameran turut disediakan.
Suasana syahdu menyelebungi sebelum berpisah.
Azizul Julirin menurunkan tandatangan di atas baju salah seorang peserta sebagai tanda kenang-kenangan.

p/s : Untuk gambar yang lebih banyak boleh tekan link di bawah :


Untuk menyaksikan video-video berkaitan dengan ISC 2010' , boleh tekan link di bawaj :



December 24, 2010

Bermusafir ke Pitas..

Assalamualaikum wbt, bila melihat kembali tarikh post yang terkini adalah 14 Oktober 2010, terasa sudah terlalu lama tidak mengemaskini blog peribadi ini. Memang banyak yang ingin dikongsikan terutamanya aktiviti-aktiviti sepanjang cuti semester yang panjang ini. Ini kali pertama saya dapat balik ke Sabah untuk satu jangka masa yang panjang iaitu lebih satu bulan semenjak melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi PETRONAS pada tahun Julai 2007. Selalunya, saya hanya berkesempatan berada di Sabah sekurang-kurangnya satu atau dua minggu sahaja sebelum balik ke semenanjung untuk komitmen yang lain.

Teringat satu Hadith dalam Kitab Riyadus Solihin karangan Imam Nawawi dalam Bab Mujahadah yang menyatakan :

'Ada dua nikmat yang kebanyakkan manusia tertipu kerananya iaitu kesihatan dan kesempatan.' - Riwayat Bukhari

Alhamdulillah pada 15-16 Disember 2010 yang lepas, saya berkesempatan bermusafir ke Pitas bersama Ustaz Akmal. Tujuan ke Pitas adalah untuk menemani Ustaz yang akan menyampaikan ceramah sempena sambutan Maal Hijrah 1432 H peringkat Daerah Pitas di Dewan Serbaguna Pitas. Seperti pepatah Melayu, 'Sambil menyelam minum air' , ustaz diminta untuk menyampaikan sedikit kuliah Maghrib pada 15 Disember 2010 di masjid baru Pekan Pitas. Alhamdulillah, ramai juga qariah masjid yang mendengar kuliah Maghrib yang disampaikan oleh Ustaz Akmal.

Cuma, kebanyakkan yang menhadiri kuliah tersebut adalah golongan tua dan berumur. Hanya beberapa kerat sahaja orang muda yang kelihatan sedangkan satu hadith ada menyatakan antara tujuh golongan yang mendapat naungan Allah di hari yang tidak ada satu naungan pun ialah Pemuda yang hatinya mencintai Masjid. Ke manakah pemuda-pemuda lain di Pitas ini?? Satu persoalan yang harus kita insafi.

Selepas kuliah di Masjid, kami pun Check-in di salah sebuah hotel di Pitas. Kebetulan pada malam tersebut adalah perlawanan bola separuh akhir pertama piala Suzuki yang menemukan pasukan Malaysia dan Vietnam ditambah lagi dengan penat perjalanan yang memakan masa lebih kurang tiga jam serta perut yang agak lapar, maka kami memutuskan untuk makan di satu restoran berhampiran dengan hotel kami. Seorang pelayan restoran perempuan yang pada pengamatan saya berumur 18 tahun mengambil tempahan makanan dan minuman. Seolah-olah dia baru bekerja sebagai waiter di restoran itu melihatkan gelagatnya yang sedikit kekok dan gelabah ketika mengambil tempahan kami. Tapi xpa, Practise makes Perfect, Insyallah dengan usaha yang gigih dan iltizam yang kuat, semuanya dapat diatasi.

Keesokkan harinya, 8.30 pagi saya dan Ustaz Akmal telah berada di Dewan Serbaguna. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Saya tidak duduk diam menjadi pemerhati setia di tempat duduk hadirin, tetapi saya seolah-olah menjadi reporter kerana menjadi photographer sepanjang majlis itu berlangsung. Satu pengalaman yang menarik. Hinggakan ada AJK majlis yang fikir saya adalah wartawan dari mana-mana media. Namun, ternyata keramahan penduduk Pitas membuatkan saya tidak berasa kekok berada di situ. Majlis tamat lebih kurang pada pukul 12.00 tengah hari. Setelah selesai makan tengah hari, kami balik ke hotel dan check-out sebelum meneruskan perjalanan balik ke Sabah.


Walaupun ziarah kami sesingkat dua hari satu malam ke Pitas, namun banyak pengalaman yang dapat diambil dari musafir singkat ini. Antaranya, taraf kehidupan di tahap kemiskinan hampir kesemua penduduk di Pitas seharusnya menginsafkan kita yang mempunyai sedikit kelebihan harta dan kemampuan ini untuk membantu mereka dengan kemudahan infrastruktur yang daif. Cuba bayangkan mesin ATM yang terdekat dengan Pitas adalah di Kota Marudu yang memakan masa 1 jam perjalanan. Ini belum lagi disebut keadaan rumah-rumah usang, hatta masih kelihatan kelibat rumah-rumah yang masih beratapkan Nipah.

Entri berkaitan boleh tekan di sini & sini..