Recent Posts

January 11, 2011

Qiam Perdana Jan 2011.

Para Peserta Program Qiam Perdana Jan 2011

Assalamualaikum, Alhamdulillah pada 8 dan 9 Januari 2011 yang lepas, Qiam Perdana Jan 2011 anjuran Persatuan Siswazah Sabah berjaya diadakan bertempat di Masjid UMS, Sabah. Seramai lebih kurang 50 orang peserta telah mengikuti program tersebut. Peserta-peserta terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah berdekatan Kota Kinabalu yang juga kebanyakkannya ahli Kelab Remaja Ukhuwwah. Qiam Perdana kali ini dimuatkan dengan beberapa modul menarik untuk membentuk sikap profesionalisme dalam bergerak kerja dan mereka juga didedahkan dengan cara-cara komunikasi yang berkesan kepada masyarakat. Antara modul menarik yang dimasukkan dalam program ini ialah berlakon, Melodi Fitrah, aktiviti mempertahankan diri, dan banyak lagi. Peserta juga berpeluang untuk bercakap di hadapan peserta yang lain melalui LDK. Seperti biasa peserta akan bangun awal sebelum subuh untuk bersama-sama Qiamulail. Peserta dapat memahami tips dan teknik pengucapan awam sebelum, semasa dan selepas pengucapan dengan fasilitator-fasilitator yang turut hadir membantu. Semoga amalan Qiamulail dapat dibudayakan dalam hidup kita dan para peserta dapat mempraktikkan teknik berkomunikasi yang berkesan di dalam kehidupan kalian.
Abg Amin sedang memberi ulasan.
Peserta sedang khusyuk mendengar.
Adik Hanafi sedang membentangkan pengucapannya.
Tenang berkongsi pengalaman kepada peserta lain.
Perkongsian Pengalaman oleh Adik Nik.
Tidak gentar di hadapan sahabat lain.
Seorang peserta sedang membuat perkongsian dengan sahabat sahabiah.
Amir sedang berbicara sesuatu kepada Hanafi.
Peserta Muslimat sedang beriadah pagi.
Beriadah dalam suasana dingin pagi.
Peserta setia mengikuti setiap slot yang disediakan.
Akh Azizul sedang mempamerkan seni mempertahankan diri kepada para peserta.
Selepas lakonan.
Sedang mendengar komen dari pengkritik selepas selesai berlakon.
Membuat ulasan selepas berlakon.
Mendapat pujian daripada pengkritik.
Menarik nafas lega selepas mempersembahkan lakonan mereka.
Pengkritik yang memberi kritikan membina kepada para peserta.
Berdebar menanti ulasan dari pengkritik.
Memilih angka giliran untuk membuat persembahan.
Peserta dibantu oleh para fasi untuk membuat persiapan sebelum persembahan dibuat.
Abg Arif memberi idea untuk gaya persembahan kepada peserta.
Peserta Muslimat yang diuji minda oleh fasilitator.
Peserta Muslimin yang tetap gembira mengikuti program.

January 06, 2011

[VIDEO] Program 'Homestay' ke Universitas Sriwijaya, Palembang, Indonesia.


[VIDEO] Cuti-cuti Sabah.

January 05, 2011

[VIDEO] Lawas, Sarawak.


Sehari Ke Sarawak.

Arca Menyambut Ketibaan Pengunjung ke Bandar Lawas.

Kali nie, dapat lagi bermusafir ke Negeri Sarawak, Negeri Bumi Kenyalang. Destinasi seterusnya adalah Lawas, Sarawak. Sebenarnya menemani emak untuk mendapatkan rawatan dari seorang yang pakar urut. Bak kata orang, sambil menyelam, minum air (Jangan sampai lemas dah r..). Bertolak dari Putatan, Sabah pukul 6.45 pagi dan sampai di Lawas pada pukul 10.30 pagi. Satu perjalanan yang agak jauh juga namun satu perjalanan yang menarik. Seingat saya kali terakhir saya ke Lawas pada tahun 1998. Dah banyak berubah Lawas. Betullah bak kata pepatah 'Jauh perjalanan, luas pengalaman', sebab itu Rasulullah SAW berpesan kepada kita 'Tuntutlah ilmu hingga ke Negeri China.' Pengambaraan untuk mencari ilmu sangat diseru oleh Rasulullah SAW.Inilah Tarbiyyah Jasaddiyyah yang merupakan antara komponen penting dalam juzuk-juzuk Tarbiyyah yang kadang-kadang pejuang-pejuang Islam kurang mengendahkannya sehinggakan mereka seolah-olah 'demam' di dalam perjuangan.

Saya kongsikan beberapa gambar :
Masjid Baru Lawas yang masih dalam pembinaan.
Masjid Baru Lawas yang besar.
Feri Lawas.
Arca Buah Jagung berdekatan dengan Pasar Lawas.
Terminal Bas Lawas.
Taman di tengah-tengah Bandar Lawas.
Masjid Lama Lawas.
Pasar Besar Lawas.
Hotel Seri Malaysia Lawas.
Ala-ala Esplaned Lawas.
Sungai Lawas.
Lapangan Terbang Lawas.
Selamat Tinggal Lawas.. Illal Liqo'.
Singgah Sebentar untuk Makan Tengah hari.

January 03, 2011

[VIDEO] Kenangan ke PASTI Nur Mawaddah, Papar, Sabah.


January 02, 2011

Selamat Kembali Ke Sekolah!!

Semua pelajar PASTI Nur Mawaddah gembira
memulakan sesi persekolahan mereka.

Assalamualaikum wbt, nampaknya, hari nie 3 Jan 2011, hari bekerja pertama di tahun baru 2011 terutama bagi kakitangan kerajaan, dan begitu juga dengan pelajar-pelajar sekolah termasuklah kebanyakkan IPTA yang memulakan sesi persekolahan dan pengajian pada hari ini. Jalan-jalan raya mulai sesak. Alhamdulillah, saya sempat menziarahi salah satu Pusat Asuhan Tunas-tunas Islam (PASTI) yang terletak di Papar, Sabah ,"..Dan hendaklah takut (kepada Allah) orang-orang yang sekiranya mereka meninggalkan keturunan yang lemah di belakang mereka yang mereka kuathir terhadap kesejahteraannya.." iaitu PASTI Nur Mawaddah. Seawal 6.30 pagi lagi guru PASTI telah terpacak di depan pagar PASTI menanti dan meraihkan anak-anak murid untuk sesi pendaftaran. Seramai enam orang guru PASTI menjadi tunjang utama yang menggerakkan PASTI ini. Saya sempat meluangkan masa bersama mereka pada hari pertama. Secara peribadi, memang bukan senang menjadi seorang guru dan pendidik. Pening dan penat melayan ragam murid yang pelbagai, yang pemalu, yang nakal, yang rajin bercerita, seribu satu dugaan dan cabaran buat insan yang bernama guru. Namun, mereka tetap tabah demi melahirkan satu generasi yang hebat di masa akan datang. Teringat satu firman Allah , "Dan hendaklah takut (kepada Allah) orang-orang yang sekiranya mereka meninggalkan keturunan yang lemah di belakang mereka yang mereka kuathir terhadap kesejahteraannya. Oleh sebab itu, hendaklah mereka bertaqwa kepada Allah, dan hendaklah mereka berbicara dengan tutur kata yang benar."- Surah An-Nisa, Ayat 9.

Lawatan seketika itu, mengimbau banyak kenangan silam. Kerana Guru, Aku menjadi Aku sekarang. Terima kasih guru. Kepada adik-adik, semoga belajar bersungguh-sungguh, dan jadilah manusia yang bermanfaat kepada manusia lain.

Beberapa gambar yang sempat dikongsikan :
PASTI Nur Mawaddah,Papar, Sabah
Sempat menunjukkan ibu jari tanda gembira di hari pertama persekolahan.
Kenapa adik seorang tue menangis?
Sedang mewarna lukisan.
Tidak kekok dengan kawan baru.
Adik-adik PASTI yang hebat!!
Sama-sama menadah tangan dan membacakan doa makan.
Adik Akmal menunjukkan makanan yang dibekalkan ibunya.
Adik nie seronok apabila waktu makan.
Salah seorang Guru PASTI yang sangat prihatin dengan anak muridnya.
Adik Daniel menangkat tangan ketika Cikgu sedang mengambil kehadiran murid.
Adik Amir menunjukkan beg barunya.
Adik Daniel gembira dengan beg barunya.
Ada juga adik baru yang menangis kerana pertama kali berpisah dengan Ibu Bapanya.
Tidak sabar memulakan kelas.
Gembira bertemu kawan setelah cuti sekolah yang panjang.
Nakalnya adik nie..
Dari kiri : Adik Syah, Akmal dan Farhan

Entri berkaitan boleh tekan di sini.
Sila saksikan video ini.

Kembara Hamba.

Bergambar di hadapan pintu pagar Balai Cerap Al-Biruni Sabah.

Segalanya berlalu tanpa dirancang, tidak terdetik pun di hati untuk keluar ke mana-mana pada waktu siang hari kedua dalam tahun baru 2011 M ini. Segalanya berlaku apabila ayah saya mengajak untuk keluar berjalan-jalan. Saya pun menyatakan hasrat saya untuk turut serta keluar berjalan-jalan di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu dan berkemas.

Destinasi utama kami adalah Tamu Minggu di Gaya Street,Kota Kinabalu, Sabah. Memang sudah lama saya tidak ke sana. Untuk sesiapa yang tidak tahu apa itu Tamu Minggu, ia seperti Pasar Malam Mega, tetapi ianya diadakan pada waktu siang. Diadakan setiap hari ahad dari pagi hingga tengahari. Bermacam-macam barang dijual termasuklah, barangan kraftangan, binatangan ternakan, bunga-bungaan, barangan dapur, baju, makan, minuman dan banyak lagi. Pendek kata, memang tidak menang tangan dan mata melihat semua barang yang dijual.
Berada di tepi papan tanda projek Balai Cerap al-Biruni.

Sebelum kami ke Tamu Minggu, kami sempat singgah ke beberapa tempat iaitu, tiga buah projek yang berada di sekitar Kota Kinabalu. Secara kebetulan ayah saya bekerja di Jabatan Kerja Raya, dan saya sendiri sedang melanjutkan pengajian dalam bidang Kejuruteraan Awam,"Tidak berlaku (terjadi) Hari Qiamat sehingga umat-Ku, bermegah-megah (dengan binaan) masjid." maka informasi tentang projek dan juga bangunan merupakan kecenderungan kami. Projek pertama yang kami singgahi adalah satu masjid baru di Pekan Putatan, K. Kinabalu. Masjid itu hampir siap tetapi belum siap sepenuhnya kerana mengikut perancangan akan siap pada 7 Jun 2011. Masjid dua tingkat itu mampu menampung kapasiti yang lebih besar dan lebih banyak aktiviti boleh dilakukan. Mudah-mudahan masjid ini menjadi masjid yang didirikan di atas dasar taqwa sepertimana Masjid Quba' . Teringat satu hadis Rasulullah SAW, yang bersabda, "Tidak berlaku (terjadi) Hari Qiamat sehingga umat-Ku, bermegah-megah (dengan binaan) masjid." Umat manusia sekarang hanya berbangga hanya dengan bangunan dan keindahaan masjid sahaja, tidak kepada dengan ibadat, solat berjemaah dan pengisian ilmu, dan lain-lain.

Berada di tepi papan tanda projek Masjid Putatan.

Di hadapan Masjid Putatan

Persinggahan kami yang seterusnya pula ialah ke Balai Cerap Al-Biruni Negeri Sabah. Di sinilah bulan dicerap terutama bagi menentukan tarikh bermulanya Bulan Ramadhan dan Hari Raya Aidilfitri bagi Negeri Sabah. Tempatnya Inilah masjid yang kita mahu, pengimarahan dengan program-program ilmu dan ibadah.cantik di tepi pantai dan di atas bukit. Bersebelahan dengan Balai Cerap tersebut terdapat sebuah masjid yang nampak seakan-akan bukan masjid. Sekali pandang, seperti surau pun bukan, hanya nampak seperti sebuah pondok usang sahaja. Masjid itu ialah Masjid Al-Hilal. Tetapi sempat saya mengintai banner-banner dan poster-poster yang digantung dan ditampalkan di sekitar masjid itu, banyak program yang telah disusun untuk mengimarahkan masjid tersebut. Inilah masjid yang kita mahu, pengimarahan dengan program-program ilmu dan ibadah. Saya baru perasan, rupa-rupanya, di sebelah masjid itu ada satu projek merekabentuk dan membina semula masjid tersebut, kita doakan semoga masjid itu selamat siap dan dapat menggerakkan ummah ke arah pengislahan.
Di hadapan Masjid Al-Hilal, Pantai Gorongon, Petagas.
Projek Membina Semula Masjid.

Persinggahan terakhir kami sebelum ke Tamu Minggu adalah ke Tapak Projek Kompleks Penyiaran RTM K. Kinabalu. Besar sungguh kawasan dan projek tersebut. Mengikut papan tanda projek itu, projek itu dijangka siap pada 31 Disember 2010. ..agar bidang penyiaran dan kewartawanan ini dapat bekerja secara telus dan profesional.Sekarang kita telah melangkah ke tahun 2011, tetapi saya melihat projek itu masih banyak yang belum disiapkan. Di manakah salahnya, saya tidak mahu menuding jari kepada mana-mana pihak, cuma saya selaku rakyat, sentiasa menagih kewajaran supaya projek ini disiapkan mengikut jadual yang telah ditetapkan. Penyiaran memainkan peranan penting dalam menyampaikan maklumat kepada rakyat. Maklumat yang disampaikan akan membentuk fikrah atau pemikiran masyarakat dan rakyat. Oleh itu, saya berdoa agar bidang penyiaran dan kewartawanan ini dapat bekerja secara telus dan profesional.
Berada di tepi papan tanda projek Kompleks Penyiaran.
Kompleks Penyiaran K. Kinabalu sedang dalam pembinaan.

Akhirnya, kami sampai ke Tamu Minggu, sesampai sahaja kami di Gaya Street, kami dikejutkan dengan dua ekor ular besar yang dijadikan bahan pameran kepada khalayak. Saya secara peribadi memang takut dengan ular, hatta melihat pun meremang bulu roma, apatah lagi memegangnya. Melihat ular yang besar sebesar paha itu teringat satu hadith panjang yang berbunyi , "Seorang mukmin jika diletakkan dikubur maka diperluaskan kuburnya itu hingga 70 hasta ..dikirimkan kepadanya ular segemuk leher unta, maka makan dagingnya sehingga habis dan sisa tulang semata-mata..dan ditaburkan padanya bunga-bunga dan dihamparkan sutera, dan bila ia hafal sedikit dari Al-Quran cukup untuk penerangannya, jika tidak maka Allah memberikan kepadanya nur cahaya penerangan yang menyerupai penerangan Matahari, dan di dalam kubur bagaikan pengantin baru, jika tidur maka tidak ada yang berani membangunkan kecuali kekasihnya sendiri, maka ia bangun dari tidur itu bagaikan masih kurang masa tidurnya dan belum puas. Adapun orang kafir maka akan dipersempit kuburnya sehingga menghancurkan tulang rusuknya dan masuk ke dalam perutnya lalu dikirimkan kepadanya ular segemuk leher unta, maka makan dagingnya sehingga habis dan sisa tulang semata-mata, lalu dikirimkan kepadanya Malaikat yang akan menyiksa iaitu yang buta tuli dan bisu dengan membawa puntung dari besi yang akan dipukulkannya, sedang Malaikat itu tidak mendengar suara jeritannya dan tidak melihat keadaannya supaya tidak dikasihinya, selain itu lalu dihidangkan siksa neraka itu setiap pagi dan petang." Empat perkara yang harus dilakukan untuk selamat dari siksa kubur iaitu menjaga solat lima waktu, banyak bersedekah, banyak membaca Al-Quran dan banyakkan bertasbih. Dan empat perkara yang harus ditinggalkan iaitu dusta, khianat, adu-adu dan menjaga kencing.

Suasana sesak di Tamu Minggu juga mengingatkan saya keadaan di Padang Masyhar kelak. Manusia yang hidup dari zaman Nabi Adam sehinggalah yang hidup ke hari Kiamat akan dihimpunkan dan menerima buku amalan masing-masing. Suasana sesak, panas dan berhimpit di Tamu Minggu itu cukup mengundahkan apatah lagi di Padang Masyhar nanti. Semoga ianya menginsafkan kita.

Berikut beberapa potret yang sempat dikongsikan :
Jinaknya ular.
Ular sedang tidur.
Keadaan sesak di Tamu Minggu.
Kucing Comel yang dijual.

Video yang berkaitan sila tekan di sini.