Recent Posts

November 06, 2012

Kem Remaja Islam (KRU) SMK Putatan 2012

2-4 November 2012, SMK Putatan, SABAH - Alhamdulillah, Allah memberi ruang waktu kepadaku menginfaqkan masa, diri, sedikit wang, buah fikiran dan tenagaku bersama lebih kurang 120 peserta dari SMK Putatan. Bagaikan doa yang termakbul kerana saya secara jujur dan ikhlas dari lubuk hati yang kecil ini telah lama mengimpikan satu program yang berskala besar kepada para remaja di sekitar tempat tinggalku iaitu Putatan.

Bersinergi dengan lebih kurang 30 orang fasilitator yang merupakan sahabat sahabiah yang terdiri daripada para sukarelawan dan aktivis PSS dari beberapa kawasan berdekatan menjanjikan satu pengalaman yang manis dan hebat.

Ingin saya nyatakan bahawa, saya berbangga dengan para peserta program pada kali ini yang 'happening' & 'spoting'. Perkenalan selama 3 hari 2 malam bagaikan sudah lama berkenalan. Tidak ada rasa kekok langsung antara fasilitator dan peserta program. Mungkin, ditambah dengan waktu yag sangat sesuai iaitu, di ambang cuti sekolah. Justeru, para peserta dapat memberi fokus kepada pengisian program yang sedia disajikan oleh para fasilitator.
Slot Pengenalan Para Fasilitator
Fasilitator Muslimin sedang memperkenalkan diri.
Para Peserta khusyuk bersama fasilitator
Fasilitator Muslimat
Ustaz Don pun ada???
Taklimat sebelum LDK 1
LDK 1 : Taaruf
Kumpulan Muslimat
Gembira berkenalan dengan kakak fasilitator
Adik Muslimin gembira bertaaruf dengan abang-abang fasi
Fokus!!!
Nasyid ker nie?
Al-Mulk sebelum tidur
LDK 1
Tak habis lagi???
Poster Program di sekitar sekolah.
Sebelum Post-Mortem fasilitator
Sembang Subuh oleh abang Amin
Pengisian tentang mandi junub oleh Abang Fezri
Sebelum Sarapan
Legend Muhasabah
Slot Tidur???
Tawaddu'nya...
Diskusi kumpulan
Persediaan Malam Kesenian Islam
Bincang.. Jangan tak bincang..
Intai-intai adik..
Aku pun menyebok..
Macam best je idea diorang nie...
Sesi latihan
Mamam
Fasi pun makan
Kita teruskan program..
Kuliah Ilmiah tentang Akhlak oleh Ustaz Syazwan Japlus.
Peserta berkongsi fikiran.
Cergas-cerdas
Syura..
Bina struktur
Teruskan usaha adik-adik
Sikit lagi..
Jom kita uji
Nyanyi lagu tema
Malam Kesenian Islam
Persembahan yang mantop
Persiapan sebelum slot Tadabbur Alam
Peserta dah sampai
Slot Muhasabah
Ucapan oleh Ustaz Zaki, Pengarah Program
Fasilitator Muslimin
Pengetua Cemerlang SMK Putatan, Datin Hajjah Azar sedang memberi ucapan
AJK Teknikal & Pengerusi Majlis
Penyampaian cenderakenangan kepada wakil PSS
Isi borang kaji selidik
Amanat terakhir fasilitator
Kata-kata akhir fasilitator muslimat
Doa Wehdah
Lambaian Ukhuwwah
Ya Allah, kau tautkan hati-hati kami.
Tidak dapat menahan sebak di hati.
Sedih berpisah
Kenangan bersama fasi
Potret Kumpulan
Sabar k dek..

December 25, 2011

Islamic Summer Camp (ISC) G5

Alhamdulillah, satu lagi program tahunan mega Persatuan Siswazah Sabah (PSS), iaitu Islamic Summer Camp (ISC) 2011 baru sahaja melabuhkan tirainya. Pada tahun ini, ISC telah diberi nafas baru dengan memperkenal dan memperkenangkan bilangan batch ISC iaitu batch ke-5. Justeru, nama yang digunakan adalah ISC Generasi 5 (G5). Program ini telah diadakan pada 16-18 Disember 2011 bertempat di KK Adventure Park, Papar, Sabah.

Antara pengisian dalam program ini adalah seperti perkongsian lmu oleh penceramah-penceramah jemputan, LDK, Malam Satu Bintang, Jelajah Dakwah, Qiamullail, Explrace dan banyak lagi.

Bertepatan dengan tema program iaitu 'Remaja Hari Ini, Pemimpin Hari Esok', program ini berjaya memberi kefahaman kepada para peserta tentang perihal persediaan untuk mewarisi kepimpinan di masa akan datang terutama dari aspek Ilmu, sahsiah, jasmani dan rohani.

Diharapkan para peserta dalam mengaplikasi segala input-input yang diberikan sepanjang program ini.
Koleksi Gambar di sini.

November 21, 2011

Usrah Pertama KRU Beaufort

Alhamdulillah, empat hari seusai penubuhan Kelab Remaja Ukhuwwah (KRU) Beaufort, Allah berikan kekuatan dan kesempatan untuk mengadakan usrah pertama. Usrah bermula pada 1.30 pm hingga 4.00 pm. Pada paginya, sempat berjumpa dan mengadakan mesyuarat pertama bersama Majlis Tertinggi KRU Beaufort untuk berbincang dan merancang gerak kerja KRU Beaufort seterusnya.

Kehadiran memberansangkan daripada adik-adik KRU Beaufort dengan bantuan tiga orang ahli Persatuan Siswazah Sabah (PSS) iaitu Ustaz Syahriul Ismail, Kak Azlinah Awang dan Hasmadi Hasbi sebagai Nuqaba' pada usrah kali ini.

Yang menariknya, usrah pada kali ini diadakan di bawah Jambatan Gergasi Beaufort. Antara pengisian dalam usrah kali ini ialah membincangkan tentang pengenalan kepada usrah seperti definisi Usrah, sirah, rukun, matlamat dan adab usrah. Ianya dilaksanakan dalam format yang sangat santai.

Semoga usrah ini akan terus menjadi tunjang tarbiyyah dalam melahirkan generasi Rabbani.


November 16, 2011

Kem Remaja Islam (KRIS) Beaufort 2011

Alhamdulillah, setelah tamat Kem Transformasi Remaja, nampaknya, marathon program masih belum tamat, Kem Remaja Islam (KRIS) Beaufort 2011 pula menyusul. Menariknya, KRIS kali ini merupakan julung-julung kalinya diadakan di daerah Beaufort, Sabah. KRIS Beaufort diadakan pada 11-13 November 2011 di SMK Beaufort.

Seramai lebih kurang 60 orang peserta telah mengikuti KRIS. Banyak aktivit menarik telah dijalankan sepanjang kem ini. Antaranya, perkongsian ilmu, LDK, riadah, Qiamullail, Explorace dan banyak lagi.

Ahli Persatuan Siswazah Sabah (PSS) juga turut padang untuk menjayakan kem ini yang bertindak sebagai fasilitator. Sebelum penutupan kem pada hari terakhir program, Kelab Remaja Ukhuwwah (KRU) cawangan Beaufort telah berjaya ditubuhkan

Berikut merupakan organisasi KRU Beaufort :

Pengerusi : Mohd Aiman Aliming
Timb Pengerusi : Siti Nor Nabila Nadila Hassan
Setiausaha : Khadijah Hj Abdul Jais
Bendahari : Asraf Aziz
Timbalan Bendahari : Rahmah Ibrahim

Semoga KRU Beaufort terus MAJU!!
Tekan di sini & sini untuk koleksi gambar.

Kem Transformasi Remaja.

Alhamdulillah, setelah lama tidak berprogram dengan adik-adik sekolah, akhirnya pada 9-10 November 2011 yang lepas, berkesempatan untuk mengendalikan program Kem Transformasi Remaja, anjuran SMKA Tun Datu Mustapha, Kawang,Papar, SABAH dengan kerjasama Persatuan Siswazah Sabah (PSS) bertempat di Hutan Hilir Kawang, Papar, SABAH.

Peserta kem ini terdiri daripada lebih kurang 60 pelajar=pelajar tingkatan tiga yang baru sahaja menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Antara modul menarik yang diramuankan dalam kem ini adalah seperti Langkah Senada, Aeroplane, Di mana ku berdiri? , Slot Muhasabah, Kembara Malam dan banyak lagi..

Pada hari kedua, salah seorang fasilitator iaitu Abg Amin dikejutkan dengan nyanyian Doa Selamat sempena tahun kelahirannya yang ke-25 tahun.

Semoga adik-adik dapat manfaat dari program seringkas dua hari, tapi padat dengan galian ilmu ini. Semua fasilitator mendoakan semoga adik-adik menjadi Muslim yang berjaya. Amin..


Tekan di sini untuk Koleksi Gambar.

November 01, 2011

Slot Penutupan SMKP Likas