Recent Posts

September 15, 2011

Civillianz 06/07 UTP..

Graduating Sabahan in UTP.

Aidilfitri 1432 H (2011 M).

Walimah Ustaz Razlie.

"Jalan inilah yang telah menyebabkan Rasulullah SAW, menikahi isteri-isterinya, para Ummahatul Mukminin. Jalan ini yang menyebabkan Ummu Sulaim menerima pinangan Abu Thalhah. Jalan yang menyebabkan bertemunya Ali r.a dan Fatimah Az-Zahra dalam sebuah keluarga. Di jalan itu pula para sahabat Nabi menikah. Di jalan dakwah itulah orang-orang soleh membina Baitul Muslim yang Haraki.."
"Di jalan Dakwah dan Taqwa aku menikah, Moga Allah SWT memberikan keberkatan kepada pernikahan ini."
Alhamdulillah 2 & 3 September 2011 yang lepas, berkesempatan menghadirkan diri ke Majlis Perkahwinan Ustaz Razlie & Kak Hernawati di Telipok Ria, Sabah. Satu majlis yang ringkas tetapi penuh kelainan dari mana-mana kenduri kahwin yang pernah saya hadiri.

Seusai, akad dilafazkan, kedua-dua mempelai menunaikan solat sunat berjemaah untuk memohon keberkatan atas pernikahan ini.

Dalam walimah ini, diselitkan bacaan Tarannum oleh Sahabat Baik saya Saudara Jubair Juhinin, persembahan nasyid oleh adik-adik PSS & KRU, dan Ceramah Nikah oleh penceramah yang tidak asing lagi di bumi Sabah, Ustaz Akmal.

Semoga walimah juga akan menjadi wadah untuk kita mengajak manusia untuk mengenal penciptanya.

"Selamat Pengantin Baru"



August 28, 2011

Sumbangan Beras sempena Ramadhan.


Alhamdulillah, sehari seusai sampai di bumi Negeri Di Bawah Bayu, Sabah, saya berkesempatan, bersama-sama sahabat-sahabat dari Persatuan Siswazah Sabah (PSS) dan Kelab Remaja Ukhuwah (KRU) menyampaikan sedikit sumbangan sekampit beras sekeluarga ke Kampung Sambah dan beberapa kampung sekitar Tuaran,Sabah.

Perjalanan ke kampung tersebut memakan masa lebih kurang 40 minit dengan menaiki bot dengan meredah sungai dan kawasan bakau. Pemandangan sepanjang perjalanan sangat menginsafkan dan menenangkan hati.

Banyak kenangan yang diterima, antaranya, terasa sebak melihat seorang mak cik yang tidak dapat menahan air matanya dek kunjung kami ke rumahnya dengan sedikit sumbangan yang diberi.

Walaupun penat, namun tidak terbayar dengan sambutan yang diberikan oleh penduduk kampung yang sangat ramah dengan kunjungan kami. Walaupun kadang-kadang kurang faham dengan dialek mereka, yang kebanyakkan berbangsa Bajau, namun, kemesraan jelas terbina di antara kami dan penduduk kampung.

Semoga kita ketemu lagi di waktu akan datang..