Recent Posts

Showing posts with label Nasional. Show all posts
Showing posts with label Nasional. Show all posts

April 20, 2011

April 17, 2011

March 28, 2011

February 20, 2011

Forum Perdana LIVE from UTP.

Kenangan Bersama Ustaz Zahazan dan sahabat-sahabat UTP.

Alhamdulillah , pada 17,Feb,2011 yang lalu, rakaman siaran dan siaran langsung Forum Perdana Hal Ehwal Islam berjaya dilangsungkan dengan jayanya di Dewan Cancelor, Universiti Teknologi PETRONAS. Bermula pada pukul 8.30 malam, siaran rakaman yang menampilkan Tun Mahathir yang juga merupakan Cancelor UTP bersama Prof Madya Dr Hafidzi bin Mohd Noor, Pensyarah Jabatan Perlindungan Tumbuhan Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia, yang telah dimoderatorkan oleh Ustaz Mohd Erfino bin Johari, Penolong Pengarah, Bahagian Pembangunan Dasar Kementerian Pengajian Tinggi. Forum ini telah membincangkan tentang isu Palestin. Kehadiran yang memberansangkan daripada hadirin menghangatkan lagi forum pada malam tersebut. Forum ini buat kali pertama kalinya dikendalikan dalam bahasa English.
Forum sedang rancak berlangsung
Tun Mahathir sedang mengupas isu Palestin
Prof Hafidzi melontarkan idea-idea bernas kepada audien.
Penonton dari pelbagai bangsa dan agama turut hadir.
Hadirin yang memenuhi ruang dewan Cancelor , UTP
Ahli panel dan moderator di atas pentas.
Salah seorang penonton sedang mengutarakan soalan kepada ahli panel.
Penyampaian cenderahati kepada panelis.
Ustaz Erfino mengendali forum dengan gaya bersahaja dan santai.

Pada pukul 10.oo malam, Forum diteruskan lagi dengan siaran langsung Forum Perdana ke TV1 RTM. Kali ini, panel hebat telah mengambil tempat iaitu Dr Zahazan bin Mohamed,Pengarah eksekutif Telaga Biru Sdn Bhd, Prof Dato' Dr Zaleha binti Kamaruddin, Timbalan Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dan Prof Madya Dr Fakhruldin bin Mohd Hashim, Pensyarah Kanan & Ketua Penyelidik Teknologi Laut Dalam, UTP. Forum ini sekali lagi telah dimoderatorkan oleh Ustaz Mohd Erfino yang membawa tajuk Kasih Al-Amin.
Suasana sebelum siaran langsung bermula.
Ustaz Zahazan menjawab soalan moderator dengan hujah-hujah yang baik.
Saudara Zayinul sedang bertanya kepada panelis.
Selawat bersama-sama selepas forum tamat.

Saksikan Video dengan menekan link berikut :


December 29, 2010

TAHNIAH!! Malaysia Juarai Piala AFF Suzuki!!

Skuad Harimau Malaya

Assalamualikum wbt, pertama sekali. TAHNIAH kepada pasukan Harimau Malaya (Walaupun sebagai anak jati Sabah, sedikit tersinggung dengan gelaran tersebut, seperti dipinggirkan..) kerana berjaya menjuarai Piala AFF Suzuki dengan kemenangan agregat 4-2. Sebenarnya susah saya ingin mengambil isu semasa untuk ditaakul dan ditelaah dalam blog ini, tetapi akhirnya saya memutuskan untuk meminjam berita tentang kemenangan skuad bola sepak ini sebagi satu daripada entri saya. Walaupun banyak isu dan kontroversi timbul dalam penganjuran perlawanan bola sepak Piala AFF Suzuki ini, namun masih banyak perkara positif yang boleh diambil daripada kemenangan sulung Malaysia ini.

Mungkin bagi sesiapa yang selalu mengikuti blog saya, mereka boleh menyedari, saya banyak mengenengahkan pendapat dari perspektif sebagai orang dan golongan muda. Mungkin satunya, kenalah tema dan address blog saya madi2mudamudi.blogspot.com (dibaca dari Madi kepada ["to,2"] pemuda & pemudi). Ternyata percaturan berani jurulatih skuad bola sepak negara K Rajagobal membariskan muka-muka baru dan muda membuahkan hasil yang mungkin saya boleh katakan tidak pernah terfikir di fikiran kita bahawa arena bola sepak kita sehangat pasukan-pasukan gergasi dunia. Namun Piala AFF Suzuki membuktikan situasi itu telah berubah.

Saya teringat kata-kata salah seorang pensyarah saya yang mengajar subjek "Dalam sejarah dunia, ada tiga golongan yang berjaya menghasilkan revolusi dunia, iaitu golongan Ulama, golongan pekerja buruh dan akhir sekali golongan Mahasiswa (Orang Muda)." Malaysian Studies di UTP, Dr Raja Iskandar, beliau pernah mengatakan "Dalam sejarah dunia, ada tiga golongan yang berjaya menghasilkan revolusi dunia, iaitu golongan Ulama, golongan pekerja buruh dan akhir sekali golongan Mahasiswa (Orang Muda)." Kejayaan anak muda yang telah memberi nafas baru kepada arena bola sepak nasional seolah-olah telah mengiyakan pernyataan pensyarah saya itu walaupun skopnya mungkin hanya terhad dalam bidang bola sepak sahaja. Namun ianya ternyata menjadi buah perbualan di kalangan rakyat Malaysia. Mana tidaknya, sejurus selepas kemenangan pasukan nasional kita, komen-komen di Facebook, Twitter, blog-blog amatur dan peribadi, siaran-siaran TV, Dj-Dj radio, surat-surat khabar, hatta melihat ribuan penyokong Malaysia yang memenuhi Dataran Merdeka serta kedai-kedai Mamak dan Maplay yang menyaksikan perlawanan akhir pusingan kedua pada malam perlawanan bagaikan Histeria meraikan kemenangan pasukan negara yang dicintai.

Saya membayangkan anak muda yang digelar dengan 'Generasi abad 21' dan ada juga menggelarkan 'Generasi Y' , terus bangkit membawa agenda revolusi dalam banyak lagi penjuru yang mendahagakan muka-muka orang muda, seperti dalam bidang akademik, perusahaan hatta ke bidang politik sekalipun. Kita sama-sama menoreh bakat dan kemampuan idea dan fizikal yang kita miliki dan kita serapkan dalam agenda pemutihan dan pembugaran ke arah masyarakat, bangsa dan ummah yang lebih baik dan hebat.

Untuk entri yang berkaitan boleh tekan link di bawah :


"Hidup Orang Muda untuk semua."