Recent Posts

Showing posts with label Politik. Show all posts
Showing posts with label Politik. Show all posts

August 09, 2011

Authoriti yang Tidak Berkuasa..

Bekas Penjara Mandela dikurung.

1.Ramai orang anggap, bila dia punya 'authoriti' , dia punya 'kuasa'. Betulkah?

2.Kalau betul, bagaimana Mahatma Gandhi yang pernah disifatkan oleh Winston Churchill sebagai seorang fakir yang berbadan setengah telanjang menjejak kaki ke Istana Viceregal, berjaya memberukkerakan British untuk memberikan kemerdekaan kepada India pada tahun 1947.

3.Kalau benar, bagaimana Nelson Mandela yang pernah dikencing dan diludah dalam keadaan digantung kepala di kaki, kaki di kepala dalam penjara , natijahnya menjadi satu figura hebat yang dilantik menjadi presiden Afrika. Jasadnya memang dikurung dalam penjara yang gelap dan pengap, namun, jiwanya bebas.

4.Bagaimana Martin Luther King yang hanya seorang aktivis muda yang tidak punya apa, hanya mempunyai seakan satu kuasa magik yang mampu meniupkan satu domain anti-keganasan dan hak sama rata di Amerika Syarikat.

5.Jangan tertipu dengan bayang-bayang sendiri.

6. Mana satu yang dikejar? Authoriti atau Kuasa?

June 26, 2011

Ada Apa Dengan Pilihanraya Kampus (PRK) UTP?? Siri III

Oleh : Hasmadi Hasbi

Ada Apa Dengan Pilihanraya Kampus (PRK) UTP?? Siri III

Pada tahun 2010, seakan sudah menjadi trend, akan ada calon dari pelajar tahun akhir yang bertanding untuk kerusi umum. Saingan pada tahun 2010 dilihat menarik kerana buat pertama kalinya, seorang calon non-Malaysian masuk ke gelanggang untuk bersaing dengan enam (6) calon Malaysian yang lain untuk merebut lima kerusi Majlis Tertinggi MPP UTP. Namun padah menimpanya apabila beliau gagal untuk mengatasi populariti calon-calon jenama Malaysia. Bagi kerusi program, seperti biasa menang tanpa bertanding.

Walaupun beliau dilihat calon yang agak kredibel dari segi pengalaman dan pengetahuannya, namun, mungkin ianya belum dapat meruntuhkan tembok kenegaraan di kalangan minda pengundi kampus. Natijah PRK UTP 2010 sekali lagi melambungkan calon pelajar tahun akhir sebagai Presiden MPP UTP. Apa-apapun disebabkan lambakan peristiwa sepanjang bulan PRK seperti NGC, Music Pursuit, Convofair dan ditambah lagi dengan kesibukan akademik mencartakan PRK UTP pada tahun 2010 antara PRK yang hambar.

Secara analitikalnya, faktor calon memainkan peranan yang sangat penting dalam mencaturkan perjalanan sesuatu PRK. Namun, sedar tak sedar, sebenarnya, kekosongan Kerusi Umum lebih mengiur dan menggoda calon-calon yang hendak bertanding. Natijahnya, kerusi program hanya dipandang sepi dan seringkali sunyi dari sambaran politikus kampus. Faktor lain, seperti pemilihan waktu yang sesuai juga amat perlu supaya fokus pelajar tidak lari dari terarah kepada PRK. Ianya sedikit sebanyak akan menentukan kekuatan gravitinya untuk menarik pengundi melangsaikan tanggungjawab mereka menentukan siapakah yang layak ditauliahkan sebagai yang mengisi takhta tertinggi dalam organisasi mahasiswa kampus.

-TAMAT-

June 19, 2011

Ada Apa Dengan Pilihanraya Kampus (PRK) UTP?? Siri II

Oleh : Hasmadi Hasbi

Ada Apa Dengan Pilihanraya Kampus (PRK) UTP?? Siri II

Ironinya, pada tahun 2007, ledakan kesedaran politik kampus UTP berada dalam keadan hibernasi apabila kedua-dua kerusi umum dan program dimenangi mudah tanpa pertandingan. Walaupun pada awalnya enam calon menghantar nama untuk beradu kerusi umum, namun pasca penamaan calon menyaksikan seorang daripada mereka telah di’MatJenin’kan kerana angan-angannya untuk bertanding dalam PRK pada tahun ini hanya tinggal angan-angan dek kerana pencalonannya ditolak. Ada yang menyifatkan kemenangan calon-calon dalam PRK pada tahun 2007 adalah kemenangan dalam kekalahan.

Pada tahun 2008, nampaknya, lena PRK UTP tersedar dari hibernasinya. Letusan supernova pengundi pada tahun 2005 nampaknya kembali lagi pada PRK kali ini. Sebelas (11) calon telah menamakan diri dan layak bertanding untuk merebut lima kerusi Majlis Tertinggi dan enam kerusi program dipertandingkan iaitu daripada program BIS, Kejuruteraan Petroleum dan Kejuruteraan Kimia, manakala enam kerusi program lagi menang tanpa bertanding iaitu daripada Kejuruteraan Awam, Elektrical dan Elektronik, Mekanikal dan ICT.

Kerencaman latarbelakang dan idelisme calon-calon memberi kesan Domino kepada bilangan keluar mengundi dan undian calon yang meningkat. Tempoh kempen juga menyaksikan beberapa insiden tegang seperti mengoyak poster dan banner calon lain, serta beberapa siri insiden provokasi antara calon. Atas beberapa kesilapan teknikal juga, SPR telah mengambil keputusan yang berat untuk memanjangkan tempoh kempen daripada satu minggu kepada dua minggu. Ini sudah tentu mencabar imuniti calon untuk mengekalkan momentum sokongan pengundi kepada mereka. Sudah tentu pencapaian PRK pada tahun ini sinonim dikaitkan dengan PRK pada tahun 2005 yang dilabel antara PRK UTP yang berjaya dengan kemenangan bergaya calon-calon yang bertanding.


Nuansa PRK UTP dibandingkan dari satu tahun dengan tahun yang lain menyajikan impresionistiknya yang tersendiri. Stanza PRK UTP masih lagi meneruskan perenggannya pada tahun 2009 , dengan pertandingan enam (6) penjuru merebut lima kerusi umum. Walaupun hanya kerusi umum yang menyaksikan pertandingan dengan enam penjuru, namun, kematangan calon-calon mencatur strategi untuk mencandu sokongan pengundi dilihat matang. Pelbagai sentimen dimainkan untuk mengekstasi pemikiran pengundi untuk menyokong para calon. Antara sentimen yang dimainkan adalah seperti sentimen batch, jantina, dan juga sentimen senior/junior dalam MPP. Ramai calon yang disifat Heavy Weight tampil dengan kekuatan, kredibiliti dan pengaruh masing-masing.

Wajah PRK pada tahun ini juga diserikan lagi dengan kehadiran seorang calon Non-Malay berbangsa India yang pertama sepanjang sejarah PRK UTP, yang akhirnya menyaksikan kemenangannya menduduki satu tempat dalam Majlis Tertinggi MPP UTP. Uslub kempen juga dilihat lebih sofistikated berbanding sebelum ini iaitu kempen yang menembusi gentian-gentian maya seperti Blog-blog, Facebook, Twitter dan lain-lain tanpa meninggalkan kaedah kempen yang konvesional seperti perang poster, banner dan kempen ke bilik-bilik.

Bersambung...

June 14, 2011

Ada Apa Dengan Pilihanraya Kampus (PRK) UTP?? Siri I

Oleh : Hasmadi Hasbi

Ada Apa Dengan Pilihanraya Kampus (PRK) UTP?

Menyingkap babak-babak Pilihanraya Kampus (PRK) UTP tahun-tahun sebelum ini, ianya tidak dapat lari dari mengalami pasang surut yang membadai padang politik kampus UTP. Acapkali kedengaran banyak pandangan dan cadangan daripada politikus dan pencinta politik kampus UTP seawal pra sehinggalah pasca PRK UTP. Ianya juga tidak dapat lari dari terus dikejar gosip-gosip, khabar-khabar angin, kritikan, pujian, kejian serta bermacam persepsi dan pandang sisi yang rencam dengan pendapat tersendiri. Dek kerana UTP mengamalkan sistem akademiknya yang unik, maka waqi’ (suasana) politik kampusnya sedikit unik berbanding kampus-kampus lain.

Jika diteliti perkembangan PRK UTP, bermula pada tahun 1997 yang menyaksikan PRK UTP yang pertama sehinggalah pada tahun 2003, proses penamaan calon akan berakhir dengan kemenangan mudah tanpa pertandingan.

Walaubagaimanapun, kehambaran PRK UTP yang kian sugul dari tahun ke tahun akhirnya berjaya dirobek menerusi PRK UTP pada tahun 2004 dengan penglibatan dua belas (12) orang yang menamakan diri sebagai calon untuk beradu merebut lima kerusi emas Majlis Tertinggi MPP UTP.

Setahun kemudian, pada tahun 2005, nampaknya, darjah kehangatan PRK UTP terus menyengat dengan penampilan sengit di antara calon yang bertanding. Dek kerana masalah teknikal di pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) UTP, akhirul kalam hanya enam (6) orang calon sahaja yang berjaya melepaskan diri untuk saringan pertama iaitu tapisan penamaan calon untuk melayakkan mereka bertanding dalam PRK UTP. Ternyata, suasana PRK UTP pada tahun itu disifatkan havoc dengan perang poster yang menghujani kampus. Jarum meter kesedaran politik kampus pada tahun ini dikira pada tahap klimaks.

Episod-episod cemas PRK tahun 2004 dan 2005 nampaknya meneruskan legasinya pada tahun 2006 dengan penglibatan sembilan (9) calon untuk merebut sekali lagi lima kerusi keramat dalam Majlis Tertinggi MPP UTP yang telah dibubarkan. Menelusuri kronologi PRK pada tahun itu, diamati kurang menonjolkan detik-detik suspens walaupun agak menarik untuk diperhati dan diamati pertembungan antara calon veteran (bekas) MPP dan juga calon-calon muda yang dilihat kurang berpengalaman dalam aktiviti-aktiviti kampus. Kehambaran juga sedikit terasa dek kerana pembawaan calon-calon yang lahir dari spesies yang low profile. Skema keputusan pengundian seolah-olah bocor kerana, jangkaan dapat dibuat dengan tepat siapakah yang bakal dinobatkan sebagai pemenang untuk mengisi lima kerusi Majlis Tertinggi MPP UTP yang menjadi igauan setiap calon yang bertanding, hatta seawal penamaan calon lagi walaupun tempoh berkempen belum berakhir. Salute perlu diberikan kerana ada pihak yang berkempen bagai nak rak untuk menarik perhatian masyarakat kampus.

Bersambung...

June 08, 2011

Teka-teki Pilihanraya Kampus UTP 2011.


Oleh : Hasmadi Hasbi

Teka-Teki Pilihanraya Kampus UTP

Sejak kebelakangan ini, ramai di kalangan pemerhati politik dan politikus-politikus menabalkan diri mereka sebagai ahli nujum yang cuba meramal bila tarikh sebenar PRU ke-13. Masing-masing hadir dengan teori dan sifir tersendiri sebagai dalil kepada tekaan mereka. Ada yang menjangkakan PRU akan berlaku pada bulan Julai, September atau November tahun 2011, dan tidak kurang juga ada meramalkan bulan April 2012. Sedang itu, Perdana Menteri Malaysia juga menghangatkan lagi peraduan teka-teki bilakah berlakunya PRU dengan memberi hint nombor sebelas (11) yang menurutnya memberi beberapa signifikan dalam hidupnya.

Dari kiri : Nizam (Presiden MPP UTP 05/06), Mudzil (Presiden MPP UTP 06/07), Syahmi (Presiden MPP UTP 07/08), Farouqi (Presiden MPP UTP 08/09) , Hanif (Presiden MPP UTP 09/10), Hamzah (Presiden MPP UTP 10/11)

Nampaknya, teka-teki tentang keabsahan tarikh sebenar PRU ke-13 menyerap masuk ke kampus Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) berkenaan bilakah berlakunya Pilihanraya Kampus (PRK) 2011. Teka-teki ini disabitkan dengan rombakan sistem akademik baru yang juga dikenali sebagai Trimester.

Merujuk kepada terma dan syarat yang terkandung dalam buku panduan PRK UTP menyatakan Penamaan Calon hendaklah dilakukan dalam tempoh enam belas (16) hari selepas notis dikeluarkan yang juga merupakan hari pembubaran MPP dan Hari Pengundian hendaklah dilaksanakan dalam tempoh sepuluh (10) hari selepas penamaan calon.

Mengintip dan mengintai intipati semester Mei 2011 yang penuh dengan peristiwa penting seperti bulan Ramadhan dan Hari Raya Aidilfitri, tidak ketinggalan dengan kekayaan event nya seperti Ramadhan Discovery (RD), Euphonius dan banyak lagi, sudah tentu ianya menjadi satu parameter dan kompas dalam menentukan bilakah tarikh yang sesuai untuk diadakan PRK.

Apabila ditaakul dari segi perbandingan komposisi pelajar yang akan berada di kampus antara semester Mei 2011 dan September 2011, sudah tentu margin antaranya terlalu besar kerana akan hanya ada tiga batch yang akan berada di kampus pada semester September 11 iaitu Jan 07, July 07 dan Mei 10 termasuklah pelajar-pelajar tahun asas (Foundation) berbanding semester Mei 2011 yang mana semua pelajar berada di kampus ketika itu. Ini memberi sedikit kredit jika PRK diadakan pada semester Mei 2011 dari segi bilangan pengundi yang akan menjadi salah satu punat yang menentukan darjah kehangatan sesuatu PRK.

Selain itu, jika PRK diadakan pada semester ini (Mei 2011), ianya akan memberi sedikit surplus kepada intensiti populariti bakal calon-calon yang akan bertanding dalam PRK akan datang kerana faktor pengundi yang ramai. Secara subsidinya, tempoh kempen PRK merupakan tempoh yang kritikal dengan penampilan uslub kempen yang pelbagai, aktif dan kreatif untuk membeli hati para pengundi.

Dalam hal yang lain, jika PRK tidak diadakan pada semester ini (Mei 2011) dan tempoh khidmat MPP diberikan talian hayat sehingga semester September 2011, bermakna, MPP UTP yang ada sekarang akan sedikit lumpuh kerana beberapa vertebrata nya yang terdiri daripada Majlis Tertinggi dan Exco akan bercempera lantaran cuti semester yang panjang iaitu lebih kurang empat bulan dan ada yang akan berpraktikal. Ini sudah tentu memacetkan gerak kerja MPP untuk menumpahkan sepenuh kudrat dan masa mereka untuk menjaga kebajikan pelajar marhaen. TERIMA KASIH MPP!!.

Secara normanya, satu-satu barisan kepimpinan MPP itu hanya akan menduduki tampuk kepimpinan kurang lebih satu tahun sahaja walaupun tiada peruntukan yang jelas termaktub dalam buku panduan PRK UTP tentang allowable period seseorang menjadi MPP.

Di tambah lagi, dengan implementasi sistem akademik yang dianggap sofistikated aka Trimester, sudah tentu pihak pengurusan terutamanya Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) PRK UTP sedang menghisab tentang perlaksanaan PRK seresam dengan sistem akademik yang baru ini. Secara logika nya, dapatan perlaksanaan PRK akan datang bakal menjadi spesimen pertama kepada SPR untuk menjalankan Research and Development (RnD) mereka terhadap perlaksanaan PRK yang mujarab dalam sistem Trimester.

Kesimpulannya, kendatipun teori atau hipotesis yang diusulkan, kesedaran tentang peripentingnya keterlibatan setiap entiti dalam kampus, dan partisipasi mereka dalam PRK secara optimum, mengikut posisi masing-masing, perlu dimobilisasikan agar objektif PRK diadakan dapat dicapai. TAMAT.

April 20, 2011

April 17, 2011

March 05, 2011

March 02, 2011

February 09, 2011

February 07, 2011

February 05, 2011

Sisi Gelap Kerajaan Uthmaniyyah : Satu Pengajaran Berharga.

Oleh : Hasmadi Hasbi

PENDAHULUAN

Tulisan ini akan menyentuh khusunya tentang sisi gelap, iaitu mengenai dasar, sikap dan amalan-amalan yang jelek (aneh) dan bercanggah sama sekali dengan Islam sebagai al-Din yang benar lagi suci. Kita akan menghayati firman Allah :
"Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka itu (para anbiya') terdapat pengajaran bagi orang yang berfikir (berakal)" - Surah Yusuf : 111
Jelasnya, dalam ayat berkenaan Allah SWT telah mengarahkan kita untuk mengkaji sejarah umat yang lampau dan menggali pengajaran yang baik agar dapat dijadikan panduan dalam kehidupan di dunia ini. Dalam pada itu, Rasulullah SAW pula pernah memperingatkan kita dengan sabdanya :
"Tidak harus bagi orang mu'min itu disengat sebanyak dua kali pada satu lubang" - Al-Hadith.
Peringatan ini juga menganjurkan kita supaya mengkaji sejarah dan tidak mengulangi kesilapan-kesilapan yang lalu yang hanya akan merugikan umat Islam itu sendiri.

ZAMAN KEMEROSOTAN DAN KEJATUHAN DAULAH UTHMANIYYAH

Daulah Uthmaniyyah mulai lemah selepas wafatnya Sultan Sulaiman al-Qanuni pada 1566 M. Walau bagaimanapun bibit-bibit kemerosotan dan kehancuran kerajaan itu telah bermula semasa kejayaan-kejayaan sedang berlaku pada zaman Sultan Sulaiman itu lagi. Antaranya, berkaitan dengan masalah perwarisan takhta kurang teratur dan sifat inginkan kuasa di pihak pembesar dan tentera Yenisari. Contohnya bagaimanaa perebutan kuasa telah berlaku selepas kematian Sultan Beyazid II sehingga hampir menghancurkan kerajaan Uthmaniyyah dan juga pemberontakan Yenisari terhadap Sultan Muhammad II yang memangku jawatan sultan yang ditinggalakan oleh ayahnya.

Faktor paling utama tumbang sama sekali Kerajaan Uthmaniyyah ialah semakin jauhnya pemerintahan Uthmaniyyah daripada Syariah Islam, lebih-lebih lagi peringkat akhir pemerintahan Sultan Sulaiman al-Qanuni. Ditambah lagi, nampaknya soal menasihat pemimpin tertinggi dan perlaksanaan "amar maaruf nahi munkar" lebih diabaikan oleh para pembesar dan ulama. Malah, yang lebih parah, golongan ini pun turut sama melakukan kegiatan-kegiatan maksiat atau songsang dan menganjurkan budaya jahiliyyah. Di akla itu, terdapat amalan tasawwuf songsang seperti Tariqat Bektasyi dan Tariqat Mevlevi yang menghasut pemikiran rakyat sehingga meeka menjadi lemah dan melupakan pembangunan duniawi yang diperlukan manusia.

PEMIMPIN YANG LEMAH DAN TIDAK BERKELAYAKAN

Dalam Islam, soal kepimpinan adalah amat penting. Oleh sebab itulah Rasulullah SAW telah bersabda,"Sekiranya amanah (tugas kepimpinan) diberi kepada bukan ahlinya (orang yang tidak layak, yakni tidak berkemampuan), tunggulah saat (Kehancuran)." - al-Hadith "Sekiranya ada tiga orang daripada kamu sedang dalam pengembaraan, maka hendaklah dipilih salah seorang daripada kamu sebagai amir (pemimpin)". Rasulullah juga mengingatkan tentang kepimpinan yang maksudnya lebih kurang, "Sekiranya amanah (tugas kepimpinan) diberi kepada bukan ahlinya (orang yang tidak layak, yakni tidak berkemampuan), tunggulah saat (Kehancuran)." Jelasnya, pemimpin itu mestilah dipilih dan ia sepatutnya diberi kepada seorang yang benar-benar layak dari segi agama dan berkemampuan untuk mengurus masyarakat dengan baik.

Malangnya,pihak Dinasti Uthmaniyyah tidak mengikut garis panduan Syariah iaitu menjalankan syura yang lebih bebas pihak Dinasti Uthmaniyyah tidak mengikut garis panduan Syariah iaitu menjalankan syura yang lebih bebas dan tidak memilih sesiapa sahaja daripada keturunan Uthmani semata-mata sebagai sultan. Apa yang terjadi ialah pada awalnya Daulah Uthmaniyyah mengikut tradisi yang disebut oleh orang Barat sebagai "fraticide", yakni pihak Sultan membunuh sahaja saudara-saudaranya seperti yang diamalkan oleh pihak raja-raja Byzantine.

Sementara itu, kerap juga kita dapati bahawa calon sultan itu dipilih daripada individu yang terlalu calon sultan itu dipilih daripada individu yang terlalu muda hingga tidak dapat menjalankan tugasnya dengan baikmuda hingga tidak dapat menjalankan tugasnya dengan baik, apalagi ketika negara sedang diancam musuh sama ada dari pihak Byzantine, negara-negara Eropah yang lain seperti Empayar Hapsburg (Kerajaan Austria-Hungary), Venice, Perancis, Syi'ah Safawi dan sebagainya. Akibatnya, kerajaan Uthmaniyyah dikawal oleh orang lain daripada kalangan pembesar, iaitu Wazir Besar (Perdana Menteri atau Sadrazam) sendiri, pihak harem (permaisuri atau wanita-wanita lain dalam istana), golongan pegawai istana, termasuk sida-sida (eunuch) atau golongan Yenisari. Misalnya,
  1. Sultan Muhammad IV yang menggantikan ayahnya Sultan Ibrahim menaiki takhta ketika umurnya hanya 7 tahun tidak dapat memerintah kerana usianya terlalu muda. Waktu itu, keadaan negara menjadi kucar-kacir disebabkan berlakunya perebutan kuasa, terutama terhadap jawatan Wazir Besar.
  2. Permaisuri-permaisuri istana telah mengambil alih kuasa kerana Sultan Muhamad terlalu muda.
Ketika itu perpecahan politik telah berlaku dan menyebabkan sering terjadi pertukaran Wazir Besar.Sebelum terlantiknya Koprulu Muhamad Basha pada tahun 1656M, tidak kurang 13 orang Wazir Besar yang dilantik dan dipecat. Krisisnya berlarutan melibatkan dua wanita iaitu :
  1. Walide Qasem
  2. Walide tarkhan
Ibu Sultan Muhammad IV pada satu pihak dan antara kerajaan dengan Yenisari pada pihak yang lain. Krisis ini dapat diselesaikan oleh Koprulu Muhammad kerana beliau merupakan seorang wazir yang cekap dan bijak. Walaubagaimanapun, keadaan kembali menjadi genting kemudiannya apabila Siyawush Basha memberontak di Aleppo,Syria dan hal ini merebak hingga ke Istanbl. Kali ini, Sultan dituduh tidak mempedulikan hal rakyat dan asyik berhibur serta memburu sahaja. Hasil suatu mesyuarat yang diadakan di Masjid Aya Sofya pada November 1687M, sultan telah dipecat atas nasihat Qaim Maqam dan Timbalan Wazir Besar. Jelasnya di sini, sultan yang tidak cekap dan bertanggungjawab menyebabkan berlakunya krisis yang menggangu ketenteraman awam dan baginda terpaksa dipecat.

Dalam sistem pemilihan sultan, kuasa yang tertinggi dalam Empayar Uthmaniyyah,Sultan telah menciptakan suatu mekanisme untuk menghapuskan para pesaingnya dengan melakukan apa yang dinamakan oleh orang Barat sebagai "fratricide", yakni membunuh penentangnya seorang demi seorang sehingga tiada pencabar lagi. ialah putera diraja dipilih daripada individu yang paling berpengaruh dan disukai oleh golongan pembesar, khususnya Wazir Besar atau golongan Yenisari. Namun, Sultan Uthmaniyyah mempunyai isteri yang ramai, di samping gundik-gundik di istana. Hasilnya, apabila seseorang sultan meninggal dunia, maka ramailah putera-puteranya menanti peluang untuk berkuasa. Adakalanya, seorang bakal sultan itu terpaksa menghapuskan para pesaingnya yang terdiri daripada saudara-saudaranya sendiri atau sanak saudaranya yang terdekat. Sultan telah menciptakan suatu mekanisme untuk menghapuskan para pesaingnya dengan melakukan apa yang dinamakan oleh orang Barat sebagai "fratricide", yakni membunuh penentangnya seorang demi seorang sehingga tiada pencabar lagi. Contohnya,
  1. Sultan Muhammad III mengarahkan supaya 19 orang adik-beradiknya dibunuh dengan cara dicekik bagi memastikan kuasanya tidak dicabar di kemudian hari.
  2. Muhammad I pula telah menaiki takhta setelah beliau berjaya menewas dan menghapuskan saudaranya Isa.
Menurut sesetengah penulis, proses "fratricide" sebenarnya dipelajari oleh para sultan Uthmaniyyah daripada tradisi yang diamalkan oleh Kaisar (Maharaja) Byzantine. Sebelum itu, mereka tidak pernah mengamalkannya.

Pada abad ke-17M, Sultan Ahmad I, yang menggantikan ayahnya,Sultan Ahmad I memperkenalkan amalan mewujudkan sangkar (The Cage) atau bilik kurungan bagi mengurung dan mengasingkan putera-putera raja di istana Sultan Muhammad III, pada 1603M, telah menukardasar imi dalam menyelesaikan masalah perebutan yang berlaku antara putera di raja Uthmaniyyah apabila mangkatnyaseseorang sultan yang memerintah. Tetapi formula yang dicarinya juga sama parah dan merosakkan seperti amalan "fratricide" itu. Kali ini, Sultan Ahmad I memperkenalkan amalan mewujudkan sangkar (The Cage) atau bilik kurungan bagi mengurung dan mengasingkan putera-putera raja di istana yang berhampiran dengan harem agar tidak berlaku usaha merebut atau merampas kuasa seperti yang lalu dan pembunuhan sesama keluarga.

Amalan pengasingan dan pengurungan itu juga ada buruknya terhadap kepimpinan Uthmaniyyah dan membawa kesan yang menggugat negara serta rakyat. Melalui sistem ini, sultan yang menaiki takhta biasanya lemah kerana tiada langsung pendedahan dan latihan mengenai soal politik, ketenteraan dan sebagainya sebelum dia dipilih memimpin negara. Antara implikasi daripada pendekatan ini :
  1. Daulah Uthmaniyyah peringkat ini terpaksa berkompromi dengan musuh luar dari Eropah dan tidak dapat mempertahankan wilayahnya yang jauh.
  2. Sultan terperangkap dengan pengaruh sama ada harem atau pegawai pentadbir yang lain mahupun Yenisari.
  3. Adakalanya, kurungan yang terlalu lama menyebabkan setengah sultan menjadi gila apabila dia memegang kuasa.
Misalnya Sultan Mustafa I yang menggantikan Ahmad I telah meghabiskan lebih daripada 10 tahun dalam kurungan menunjukkan kesan-kesan kurang siuman.
  1. Baginda melantik dua orang pengasuhnya (page) yang muda di istana yang beliau sukai untuk menjawat jawatan Gabenor di Kaherah dan Damsyik.
  2. Baginda juga memecat seorang pegawai tinggi supaya dia dapat memberikan jawatan itu kepada seorang petani yang memberikannya air ketika beliau keluar memburu.
Selepas 3 bulan, baginda pun diturunkan dari takhta. Jika pada peringkat awal hinggahlah Zaman keemasan Uthmaniyyah semua sultan adalah ghazi. Namun, pada pada peringkat kemunduran itu, kebanyakkan sultannya, melainkan Murad IV,Mustafa III dan Abdul Hamid II, tidak mempunyai kemampuan untuk memimpin. Sebelum menaiki takhta, mereka hidup terkurung dan tiada pengalaman langsung tentang pentadbiran mahupun latihan ketenteraan.

Contohnya, Sultan Salim II yang menggantikan ayahnya, Sultan Sulaiman al-Qanuni, bukanlah seorang pemimpin tentera yang berkebolehan. Oleh itu, baginda tidak melakukan penaklukan-penaklukan seperti yang dilakukan oleh ayahnya.
  1. Baginda terpaksa mengadakan gencatan senjata yang baru dengan Raja Perancis, Charles iX dan menambahkan juga keistimewaan yang diberikan kepada konsulat Perancis yang bermula pada zaman ayahnya. Dalam keadaan itu, Perancis telah menggunakan kesempatan untuk mengirimkan missionari mengapi-apikan orang kristian agar memberontak terhadap pemerintahan Uthmaniyyah.
  2. Kedudukan rakyat juga tidak aman lagi, malah dirundung kebimbangan akan diserang oleh pihak musuh. Mujurlah wujudnya seorang mujahid agung dan ahli politik ulung yakni Muhammad Basya al-Shuqlali (Sokolli), yang bertindak sebagai seorang menteri yang memberi bantuan kepada kerajaannya.
  3. Salim II juga tidak berkuasa mengawal tentera Yenisari. Baginda terpaksa tunduk kepada tuntutan pihak Yenisari semasa mula mengambilalih kuasa di Istanbul dengan membayar wang yang banyak sebagai cukai sebelum baginda dibenarkan untuk memasuki kota tersebut.
Dalam pada itu, Abdul Majid I (1839-1861) yang menggantikan ayahnya, Mahmud II, pada usianya hanya 16 tahun,Abdul Majid I (1839-1861) yang menggantikan ayahnya, Mahmud II, pada usianya hanya 16 tahun,lebih minat kepada corak kehidupan yang mewah, membazir dan berfoya-foya. lebih minat kepada corak kehidupan yang mewah, membazir dan berfoya-foya. Baginda telah membina sebuah istana yang besar lagi cantik mengikut gaya senibina Eropah. Istana ini dibina oleh seorang arkitek berketurunan Armenia bernama Balian dengan bajet yang tidak terhad. Istana ini dinamakan Dolmabache (Taman yang berhias penuh lagi indah). Dalam dihiaskan dengan perabot yang indah dari Eropah, bilik berdansa (ballroom), berlantai marmar dan dikelililngi taman yang cukup indah. Bagi menghilangkan penat lelah mengerjakan program pembahrauan (tanzimat), baginda juga membina sebuah theatre (panggung) bagi menghiburkan dirinya dan para pembesar serta hartawan di Istanbul. Baginda juga mengimpotkan para pelakon Eropah, penari Ballet, pelawak dan sebagainya yang memang terkenal di Eropah.

Ada juga sultan yang tamak dan rakus. Antaranya Abdul Aziz merupakan seorang pengagum Barat yang boros dan banyak menghabiskan harta negara, meskipun baginda juga merupakan seorang pengamal tariqat sehingga daulah Uthmaniyyah diisytiharkan bankrup (muflis).
  1. Baginda banyak berhutang kepada pihak pemodal dan tokoh bank dari Britain dan Perancis. Hal ini meletakkan Uthmaniyyah dalam keadaan kebergantungan kepada Barat dari segi ekonomi dan mudah untuk dikuasai. Malangnya, teras ekonomi itu adalah Riba!!.
  2. Baginda juga menghabiskan wangnya dengan berfoya-foya. Baginda terlalu gilakan seorang jariyah berbangsa Circassia (berkulit putih dan cantik) yang bernama Mihri hanoum, telah memberikan hadiah kepadanya sebanyak satu juta pound sebagai upah hanya untuk menemaninya sambil berhibur-hibur. Akibatnya, baginda terpaksa digulingkan berdasarkan fatwa yang dikeluarkan oleh seorang Syeikh Al-Islam (Mufti) ketika itu.

Satu lagi penyakit ialah campurtangan dari pihak harem (permaisuri, bonda sultan atau gundik-gundik kesayangan sultan) dalam hal ehwal pemerintahan negara.campurtangan dari pihak harem (permaisuri, bonda sultan atau gundik-gundik kesayangan sultan) dalam hal ehwal pemerintahan negara. Harem membawa erti bahagian atau sebahagian daripada rumah yang dikhaskan untuk kediaman wanita, dan lelaki, selain si suami, tidak dibenarkan untuk memasuki kawasan ini kerana menjaga tuntutan syara' bersabit dengan soal aurat, maksiat dan sebagainya.

Sisi gelap yang lain ialah wujudnya amalan menyimpan sida-sida (eunuch) sebagai para pengawal di istana. wujudnya amalan menyimpan sida-sida (eunuch) sebagai para pengawal di istanaAmalan ini tidak pernah diizinkan dalam Islam sama sekali. Menurut para sejarawan Turki, amalan menyimpan para sida itu bermula di Empayar pada peringkat suku pertama abad ke-15M di bawah Muhammad I atau Murad II. Dalam sistem ini, biasanya seorang yang menjadi sida itu dikasi sejak dia masih kanak-kanak dan ada juga kes hamba yang ditawan dalam sesuatu peperangan itu dikasi sebaik sahaja dia dipilih untuk berkhidmat dalam harem.

Sementara itu, amalan rasuah menjadi begitu ketara dan meluas pada peringkat kelemahan dan amalan rasuah menjadi begitu ketara dan meluas pada peringkat kelemahan dan kejatuhan kerjaan Uthmaniyyah.kejatuhan kerjaan Uthmaniyyah. Misalnya, semasa zaman pemerintahan Ahmad III telah berlaku suatu pengkhianatan terhadap negara akibat amalan rasuah oleh Perdana Menterinya sendiri. Dalam satu peperangan dengan Rusia, para mujahid Uthmaniyyah telah mengepung Kaisar Rusia, Peter The Great dan isterinya, Permaisuri Catherine. Tentera Rusia yang bersama kedua raja bersuami isteri itu sudah hampir jatuh. Tetapi, sayang bak rasuah, iaitu tawaran wanita dan harta oleh Catherine sendiri telah mendorong Perdana Menteri Uthmaniyyah ketika itu untuk mengkhianati negara. Beliau menarik balik kepungan itu, jika tidak Rusia pasti hancur dengan mudahnya.

Perkara lain yang merupakan sisi gelap Uthmaniyyah ialah mengizinkan nepotisme dan kronisme.Uthmaniyyah mengizinkan nepotisme dan kronisme. Kita dapati bahawa jawatan-jawatan boleh dijual dan dibeli antara sesama mereka. Satu contoh yang jelas mengenai nepotisme melibatkan Mufti Faizallah. Beliau diserahkan tugas untuk memerintah negara oleh Sultan Mustafa II apabila baginda berundur dari takhtanya kerana malu disebabkan tenteranya kalah dan dengan Perjanjian Carlowitz pada 1699M terpaksa menyerahkan kembali Hungary kepada Maharaja Hapsburg. Mufti itu mengambil kesempatan untuk menyingkirkan Perdana Menteri Husain Koprulu dan memberi peluang kepada kaum keluarganya sendiri untuk mengisi jawatan-jawatan kerajaan.

Tidak terkecuali, masalah berkaitan dengan pihak Yenisari. Hal ini melibatkan syarat mereka yang berkhidmat sebagai Yenisari dikenakan syarat hidup membujang (celibracy).perkhidmatan yang dikenakan kepada para anggota Yenisari pada peringkat awal pemerintahan Uthmaniyyah. Misalnya, mereka yang berkhidmat sebagai Yenisari dieknakan syarat hidup membujang (celibracy). Ini bercanggah dengan apa yang ditentukan Islam, iaitu apabila cukup syarat, seseorang itu digalakkan berkahwin bagi mengelakkan maksiat. Islam tidak pernah menerima amalan celibracy seperti yang diamalkan paderi Katolik. Namun, peraturan ini kemudiannya dilonggarkan perlahan-lahan dan dihapuskan.

Satu lagi perkara,telah memberikan hak-hak keistimewaan (capitulations) kepada negara Perancis dalam keadaan terlalu bermurah hati dan tidak sepatutnya. iaitu berlaku sejak zaman Sultan Sulaiman al-Qanuni, iaitu baginda telah memberikan hak-hak keistimewaan (capitulations) kepada negara Perancis dalam keadaan terlalu bermurah hati dan tidak sepatutnya. Walaupun baginda melayan mereka atas statusnya sebagai Ahl al-Dhimmah (ahli kitab) yang diberi perlindungan dalam Islam,namun sikap yang kurang berwaspada menyebabkan kedudukan umat Islam tergugat.
  1. Melaluinya, pada peringkat akhir pemerintahan Sulaiman al-Qanuni dan terlebih lagi pada masa penggantinya, Salim I, pihak Kristian dan Yahudi menjadi penasihat kepada Sultan.
  2. Luigi Gritti, anak di luar nikah kepada seorang ketua hakim Venetia, menjadi penasihat kepada Sulaiman.
  3. Pihak Yahudi Sephardic pula menjadi penasihat kepada Sulaiman dan anaknya dan membantu membentuk dasar kerajaan Uthmaniyyah.
  4. Yang termasyhur antara mereka ialah Joseph Nasi yang dikenali di kalangan orang Eropah sebagai "The Great Jew". beliau pernah menasihati Salim I supaya menyerang Venice semata-mata kerana beliau hendak rampas harta rampasan yang banyak untuk dirinya.
Dengan cara ini, masalah negara turut terdedah kepada bahaya dan mengancam kedudukan kerajaan serta umat Islam pada jangka panjang.

Begitu juga dalam masalah pendidikan. Akibat pengaruh Barat yang meluas semasa Tanzimat dan zaman Turki Muda, maka dualisme telah melebar atau meningkat dalam masyarakat Uthmaniyyah. Berbagai-bagai sekolah sekular ala Barat seperti Rushdiye (Sek Men Akademik), Mulkiye (Sek Bagi pagawai kerajaan), Harbiye (Sek Latihan ketenteraan) dan kemudiannya Universiti Istanbul (1900) diuruskan mengikut sistem pendidikan sekular Barat dan tentu sekali bercanggah dengan Islam. Semua sistem ini berteraskan akal (logik).

Peranan ulama dihapuskan sama sekali dalam sistem latihan dan segala pengurusan ketenteraanDari segi ketenteraan pun sama juga, Peranan ulama dihapuskan sama sekali dalam sistem latihan dan segala pengurusan ketenteraan sejak zaman Tanzimat dan selepasnya. Tentera seperti juga rakyat semakin hilang semangat agama, termasuk roh jihad. Amalan jahiliyyah seperti arak dan hidup berpeleseran jelas kelihatan seperti contoh yang jelas melalui amalan Mustafa Kamal (Atartuk) sendiri. Hanya latihan kawat, pentadbiran dan persenjataan tentera diperbaiki. Itu pun dengan mengharapkan bantuan dari Barat dalam semua aspek ini dan tidak bebas daripadanya sehinggalah kini.

Tetapi, yang mengejutkan sikap Sultan Abdul Hamid II yang keras terhadap hak rakyat,sikap Sultan Abdul Hamid II yang keras terhadap hak rakyat iaitu ulama yang menegur dan memperkatan yang hak serta kegiatan dakwah bagi menyebarkan Islam, meskipun baginda amat berjasa membina landasan keretapi Hijaz untuk kemudahan umat Islam menunaikan haji dan menegakkan perpaduan sesama Islam, mempertahankan Uthamniyyah dari tipu muslihat kuasa-kuasa besar, Zionis dan Freemasonri dan sebagainya. Ini jelas terbukti dalam tindakannya terhadap Ustaz Badi'uzzaman Said Nursi yang ditahan dan dianggap gila kerana menegur sultan supaya jangan memerintah secara kuku besi dan memperluaskan fungsi Khalifah bukan sekadar memimpin solat jumaat sahaja serta membantu usaha dakwah yang dijalankan oleh Abdul Rasyid Ibrahim, seorang pendakwah dari Turkistan. Tokoh ini telah memohon bantuan daripada sultan bagi menyebarkan dakwah di negeri China dan Timur Jauh. Sepatutnya, sebagai seorang Sultan-Khalifah dan pejuang pan-Islamisme, baginda menghormati pandangan Sa'id Nursi dan menukarkan apa yang tersalah atau terkurang dalam dasarnya serta membantu apa juga kegiatan dakwah sekadar yang termampu olehnya.

PENUTUP

Rasanya sudah cukup pengajaran berharga yang telah kita perolehi daripada mengkaji sejarah Uthmaniyyah dan melihat akan sisi gelap yang melibatkan kerajaan itu pada kes-kes tertentu. tetapi bagaimana pula halnya dengan keadaan di Malaysia kini yang juga merupakan sebuah negara yang diterima banyak pihak sebagai Negara Islam dan juga bersifat majmuk dengan rakyatnya yang terdiri pelbagai agama dan bangsa seperti dalam Empayar Uthmaniyyah.

February 04, 2011

Sejarah Ringkas Kebangkitan & Kejatuhan Kerajaan Islam Uthmaniyyah.

Oleh : Hasmadi Hasbi

Assalamualaikum wbt, saya terpanggil untuk membedah sedikit buku yang saya dapat ketika menghadiri Seminar Baldatun Toyyibah (II): Model Uthmaniyyah yang lalu. Buku ini mengandungi lapan subtopik yang mengulas dan mengupas tentang Kerajaan Uthmaniyyah dari pelbagai pandang sisi seperti ekonomi, undang-undang, pentadbiran dan sebagainya.

PENDAHULUAN

Pemerintahan Islam pernah menjadi kuasa besar yang mencorak lanskap pentadbiran dunia selama hampir 14 abad semenjak zaman Rasulullah SAW. Islam tersebar dengan agak pantas, menguasai seluruh Jazirah Arab, seterusnya meluas ke Al-Syam (Jordan,Lubnan,Palestin & Syria), Utara Afrika, Iraq, Parsi, Eropah dan juga Asia termasuklah Alam Melayu.

Kerajaan Uthmaniyyah mula terkenal dan bertambah kukuh apabila Kota Constantinople telah ditakluk oleh Muhammad al-Fatih (1432-1481). Penaklukan kota ini oleh umat Islam telah membawa erti sebuah kejayaan yang besar iaitu menewaskan pihak yang menjadi seteru kepada Islam. Ia menjadi lambang kejatuhan empayar yang terkenal iaitu Empayar Byzantine (Rome) yang berteraskan Kristian. Empayar Rome Byzantine dan Empayar Parsi adalah antara empayar yang berjaya ditakluk oleh Islam. Kejatuhan Empayar Byzantine juga telah membuka ruang dakwah yang luas untuk Islam terus tersebar di Eropah, terutama Eropah Timur.

Pemerintahan kerajaan Islam Uthmaniyyah bermula pada akhir abad ke-13. Pemerintahan ini boleh dibahagikan kepada beberapa fatrah, seperti berikut :
  1. Peringkat awal penubuhan (1299-1453)
  2. Perkembangan dan pengukuhan (1453-1682)
  3. Perkembangan mendatar, kebangkitan nasionalisme dan cabaran pihak Barat (1683-1827)
  4. Kemerosotan dan kejatuhan (1828-1908)
  5. Pembubaran pemerintahan (1908-1924)
Buku Baldatun Toyyibah : Model Uthmaniyyah

BERMULANYA PEMERINTAHAN UTHMANIYYAH

Pada peringkat awal, penubuhan kerajaan Islam Uthmaniyyah telah diasaskan oleh Osman I (Osman Ghazi Khan). Beliau pada awalnya telah memimpin pasukan tenteranya untuk membebaskan diri daripada kerajaan Saljuk (1299). Bermula itulah beliau membentuk sistem pemerintahan tersendiri yang menjadi pewaris kepada kekhalifahan yang memerintah Turki. Beliau mengisytiharkan diri sebagai sultan yang berkuasa ke atas pemerintahan dinasti tersebut.

Golongan Byzantine mengambil pendirian untuk meninggalkan kependudukan mereka menuju ke perkampungan countryside dalam negara seperti Anatolia. Byzantine cuba sedaya upaya menghalang Osman meluaskan kekuasaannya ke Barat tetapi, Osman berjaya menguasai beberapa wilayah barat sepertii Eupheses (Berhampiran Laut Aegen). Pasukan beliau juga turut bergerak untuk menguasai sebelah timur Anatolia, di mana mereka telah berjaya menguasai Laut Hitam, kawasan startegik bagi Byzantine.

Misi terakhir Osman sebelum kematiannya telah menentang tentera Byzantine di Bursa (1324). Kemenangan Islam membuktikan Islam boleh menewaskan pasukan bukan Islam di kawasan kubu kuat mereka. Anak yang mewarisi kepimpinan Osman ialah Orhan, telah menjadikan Bursa sebagai pusat utama pemerintahan mereka.

PERKEMBANGAN DAN PENGUKUHAN

Semasa era ini, perkembangan kerajaan Uthmaniyyah boleh dibahagikan kepada dua kategori :
  1. Kejayaan penaklukan Kota Constantinople (1453) sehinggalah Sultan Sulaiman Al-Qanuni meninggal pada 1566.
  2. Kelemahan struktur pentadbiran pasca 1566 sehinggalah kegagalan menguasai Vienna pada tahun 1683.
Kota Constantinople menjadi jambatan penghubung di antara Islam dan Barat, Asia dan Eropah. Sebelum ianya ditakluk, pihak Uthmaniyyah telah menguasai beberapa wilayah penting di rantau Balkan. Antaranya ialah kejayaan dalam peperangan Kosove (1389). Kejayaan tersebut menandakan berakhirnya kuasa Serbia yang merupakan salah satu dari kuasa Eropah yang ada. ia merupakan kemenangan yang strategik bagi membuka jalan ke atas pembukaan Kota Constantinople.

Pada Peperangan Nicopolis (1396), yang dianggap sebagai peperangan berskala besar, pihak tentera salib menentang Uthaminyya, tidak dapat menyekat kemaraan Uthamniyyah menguasai wilayah-wilayah yang berada di bawah Byzantine. Pihak Byzantine agak lega sedikit kerana Kerajaan Uthmaniyyah di sebelah Anatolia mengalami pergolakan di mana Timur (Juga dikenali sebagai Tamerlane, sebuah kuasa dari sebelah Timur yang wujud pada abad ke-14 di Asia Tengah. Mereka mempunyai kaitan jalur yang panjang dengan Dinasti Mughal) telah menjajah Anatolia dalam peperangan Ankara (1402), menyaksikan Sultan Beyazid I telah dipenjara. Ini menyebabkan sebahagian wilayah yang dikuasai Uthmaniyyah jatuh buat sementara, antaranya Macedonia dan Kosovo. Pergolakan itu menyebabkan perancangan penguasaan ke atas Constantinople mengalami gangguan.

Pasukan tentera Uthamniyyah turut bersaing dengan kuasa Eropah lain di Lautan Hindi. Mereka pernah menghantar pasukannya melalui jalan laut Afrika dan juga ke Aceh di Indonesia untuk mempertahankan wilayah tersebut dari serangan pihak yang tidak bertanggungjawab.

Dari aspek pemerintahan, Sultan Murad I dalah sultan Uthmaniyyah pertama yang menggunakan gelaran 'sultan' , manakala mulai tahun 1517, sultan di kalangan pemerintah Uthmaniyyah turut menjadi khalifah kepada umat Islam dengan pelbagai gelaran yang digunakan bagi menunjukkan kekuasaan mereka dalam pentadbiran.

Zaman kegemilangan Utmaniyyah berterusan di bawah pemerintahan Sultan Sulaiman Al-Qanuni (1520-1566), beliau merupakan :
  1. Pemerintah paling lama dalam sejarah kesultanan Uthmaniyyah. Beliau banyak melakukan perubahan terutama dari aspek perundangan sehingga beliau mendapat gelaran al-Qanuni,pembuat undang-undang.
  2. Beliau turut berjaya memimpin pasukan Uthmaniyyah menguasai wilayah Byzantine seperti Hungary, Balgrade dan Rhodes.
  3. Beliau berjaya memperkasa armada laut dengan menguasai Laut Mediterranian, Laut Merah dan teluk Parsi.
Perkembangan pada zaman kedua iaitu zaman kemunduran bermula apabila pihak Uthmaniyyah tidak berjaya menawan Vienna (1683) di Zaman Sultan Sulaiman al-Qanuni yang menyebabkan mereka terpaksa berundur dari sebahagian wilayah di Eropah tersebut. Kekalahan itu juga membuka jalan kepada Kristian untuk merencana tindakan baru bagi berdepan dengan Uthmaniyyah. Antaranya Paus yang memimpin kelompok Kristian Katolik di Rome dalam usaha membentuk pasukan tentera salib baru bagi tujuan menentang tentera Uthmaniyyah. Beliau mencetuskan kebangkitan semangat anti Islam agar golongan salib bengun menentang penguasaan islam dan Kerajaan Uthmaniyyah tersebut.
Kawasan Taklukan Kerajaan Uthmaniyyah

ZAMAN MENDATAR DAN KEBANGKITAN NASIONALISME

Antara faktor yang menjadikan pengembangan yang dilakukan oleh Uthmaniyyah tidak aktif ialah :
  1. Kekalahan menguasai Vienna (1683).
  2. Penglibatan mereka di dalam peperangan yang menelan belanja besar.
Mereka turut mengalami kekalahan dalam siri-siri peperangan di Eropah seperti :
  1. Peperangan menentang Poland-Lithuania.
  2. Rusia & Autria-Hungary
  3. Peperangan Kerajaan Uthmaniyyah dengan Rusia berlangsung selama 3 abad (kurun 17,18 & 19)
Kemenangan yang didambakan tetapi kekalahan yang terpaksa diharungi amat memeritkan pemerintahnnya lantaran kos persenjataan yang amat tinggi.

Pada awal abad ke 18, pihak Uthmaniyyah membuat satu perjanjian yang dikenali sebagaiPerjanjian Passarowitz , di mana ia telah mewujudkan suasana yang aman pada tahun suasana yang aman pada tahun 1718-1730 (selama 12 tahun). Melalui perjanjian ini, mereka berupaya mendirikan benteng pertahanan di sekitar negara Balkan bagi menyekat serangan pihak Eropah ke atas wilayah Uthmaniyyah. Mereka mula menukar pendekatan pemerintahan dengan mengemukakan polisi mesra rakyat dengan mengambil kira pandangan masyarakat umum, mengurangkan cukai, meningkatkan taraf infrastruktur awam, dan bermacam-macam lagi.

Pihak Uthmaniyyah juga melakukan pembaharuan terhadap sistem pendidikan dengan memperkenalkan institusi kemahiran seperti Universiti Teknikal Istanbul dan lain-lain. Namun begitu, mereka tidak dapat menandingi kemajuan teknologi yang telah meletus di Barat. Rentetan dari itu, banyak wilayah Uthmaniyyah yang telah tewas kepada Barat terutama kepada Rusia dan Austria pada abad ke-18.

Selain itu kerajaan Uthmaniyyah turut mempunyai masalah dalaman wilayah-wilayah Islam lain yang berada di bawah pemerintahannya, mereka menghadapi kebangkitan umpamanya dari Egypt dan Algeria, tetapi kedua-dua negara ini telah dijajah pula oleh British dan Perancis.

Mereka turut terpaksa berhadapan dengan kebangkitan di negara-negara Balkan seperi Revolusi Serb (1804-1815. Revolusi ini menjadi pengasas kepada kebangkitan menentang Uthmaniyyah. Pada tahun 1821, mereka terpaksa pula berdepan dengan pengisytiharan perang terhadap Sultan oleh Greek. Mereka berjaya menjadi wilayah pertama di bawah Empayar Uthmaniyyah yang dibebaskan.

Kebangkitan nasionalisme berteraskan bangsa telah menyebabkan Kerajaan Uthmaniyyah tidak mampu untuk mengendurkan ketegangan satu demi satu wilayahnya menuntut untuk bebas dan keluar dari pemerintahan Uthmaniyyah. Ini termasuk dalam kes negara Saudi Arabia di mana pemimpinnya pada waktu tersebut Sharif Husin ditawarkan dengan pemerintahan sebagai ganti kepada pemberontakan untuk bebas dari Uthmaniyyah. Namun diskusi Sharif Husin dengan Mc Mohan di Egypt hanya menjadi bahan ketawa setelah kelicikan pihak British telah mempersendakan intelek masyarakat Arab. Golongan Arab ini mudah dipermainkan oleh musuh yang suka memberi janji palsu.

ERA KEJATUHAN DAN PROSES MODENISASI (TANZIMAT)

Dalam era ini, empayar Uthmaniyyah terpaksa berhadapan dengan cabaran hebat untuk berdepan dan menghadapi tentangan, serangan dan penjajahan dari kuasa luar. Uthmaniyyah juga banyak terlibat dalam kerjasama membentuk pasukan pertahanan dengan kuasa-kuasa lain dari sebelah Eropah seperti kerjasama dengan Perancis, Belanda, Britain dan Rusia. Contohnya, ketika Peran Crimea (1853), Uthmaniyyah membentuk pasukan bersama dengan Britain dan perancis dalam menentang Rusia.

Ada sebahagian penduduk Crimea ini yang juga dikenali sebagai Crimean Tartar, berhijrah ke Turki untuk mendapatkan perlindungan. Mereka terus berada dan tinggal di situ. Mereka turut terlibat di dalam membangunkan Turki dan membantu dalam proses modenisasi pendidikan yang dilakukan pada akhir abad ke-19.

Proses penyusunan semula dan pembaharuan (tanzimat) sekitar tahun 1839-1876, bermula dengan satu polisi rasmi yang dikenali sebagai The Imperial Rescript of The Rose Chamber of 1839. Ia merupakan permulaan kepada reformasi di bawah proses tanzimat ketika pemerintahan Sultan Abdulmecid I dari tahun 1839-1861. Ia juga penanda penting perubahan sistem pentadbiran kepada sistem yang lebih sekular.Polisi ini menghapuskan cukai pertanian. ia menjadikan para askar mengawal sesuatu wilayah berdasarkan jumlah penduduk. Secara ringkasnya ia telah membentuk kehidupan sosial baru dalam kalangan masyarakat.

Mereka turut memasukkan jaminan hak-hak asasi seperti jaminan samarata (equality) kepada semua penduduk Uthmaniyyah tanpa mengambil kira soal bangsa dan kepercayaan agama. Polisi ini menghapuskan sistem millet dalam empayar Uthmaniyyah. Sistem Millet adalah sistem sosial yang berteraskan kepada agama seseorang., di mana setiap komuniti agama diberi kebebasan autonomi untuk bergerak, adakalanya mendapat perhatian istimewa, berdasarkan rumah ibadat yang mereka anggotai.

Proses ini dicetuskan oleh Sultan Mahmud II yang memerintah dari tahun 1808-1839, diteruskan oleh Sultan Abdulmecid I, dengan harapan dapat membawa kebaikan dan faedah daripada pengurusan yang cekap ke seluruh wilayah di bawah kerajaan Uthmaniyyah. Antaranya :
  1. Pihak Uthmaniyyah berjanji menjaga penduduknya dengan jaminan keselamatan, kesejahteraan diri dan harta.
  2. Memperkenalkan wang kertas pertama Uthmaniyyah (1840).
  3. Menyusun semula ketenteraan, kaedah pengambilan, gaji dan penentuan tempoh khidmat (1843-1844)
  4. Memperkenalkan lagu kebangsaan dan bendera negara (1844)
  5. Menyusun semula sistem kewangan berdasarkan model Perancis.
  6. Menyusun semula Undang-undang sivil dan jenayah mengikut model Perancis
  7. Mewujudkan Meclis-i Maarif-i Umumiye (1845) yang menjadi dasar penubuhan Parlimen Uthmaniyyah Pertama (1876)
  8. Mendirikan universiti moden yang pertama (1848)
  9. Menghapuskan Jizyah ke atas non-Muslim, dengan memperkenalkan sistem cukai bersepadu (1856)
  10. Mewujudkan Bursa Saham di Istanbul pada 1866
  11. Mendirikan jalan-jalan keretapi, pemodenan kilang industri, pelbagai penambahbaikan dalam perkhidmatan awam dan kemajuan perdagangan.
Perlembagaan Pertama Uthmaniyyah ini ditulis oleh 'golongan muda Uthmaniyyah' pada tahun 23 November 1876 sehingga 13 Februari 1878. Ia tidak melibatkan sistem parti. Pada masa tersebut, parlimen dilihat sebagai tempat untuk menyuarakan pandangan dan hasrat rakyat, bukan tempat untuk parti politik atau pertubuhan untuk berbahas. Sebab itulah dalam sistem demokrasi moden, apa yang dibuat oleh Uthmaniyyah ini mirip kepada Monarki Berpelembagaan, bukan sistem perwakilan rakyat.
Idea-idea kumpulan ini tidak disenangi sesetengah pihak sehingga kewujudan Young Ottomans terpaksa diharamkan. Sultan Abdul Hamid II yang pada awalnya menerima idea Perlembagaan Pertama, menolak kembali idea-idea tersebut. Selepas dari itu, kumpulan intelektual ini terus mencari idea untuk membantu Kerajaan Uthmaniyyah, di mana terbentuknya kumpulan yang dikenali sebagai Young Turks. Mereka memikirkan polisi-polisi untuk negara sehinggalah kerajaan Uthamniyyah menyertai Perang Dunia I.

AWAL ABAD KE 20 : ZAMAN TENAT DAN PEMBUBARAN PEMERINTAHAN

Kebangkitan Arab (Arab Revolt) yang berlaku pada tahun 1916, menyaksikan kerajaan Uthmaniyyah kehilangan kawalan ke atas wilayahnya di negara Arab terutama di Jazirah Arab (Saudi) . Ketika perjanjian pembahagian wilayah kepada kuasa-kuasa besar dilakukan pada 30 Oktober 1918, sebahagian wilayah di Semenanjung Arab yang masih berada di bawah Uthmaniyyah hanyalah Yaman, Asir, Mdinah, sebahagian kecil Syria dan sebahagian kecil Iraq.

Perjanjian ini seakan-akan suatu paksaan ke atas Kerajaan Uthmaniyyah untuk mengiktiraf satu perjanjian sulit yang dilakukan oleh United Kingdom, Perancis dan Rusia pada tahun 1916, iaitu Perjanjian Sykes-picot. ia adalah perjanjian sulit untuk membahagi-bahagikan wilayah di bawah Uthmaniyyah kepada kuasa-kuasa tersebut, termasuklah Palestin. Ia dibuat ketikamana Sir Mc Mohan, wakil British di Mesir menghubungi Sharif Hussain di Mekah untuk menjayakan Arab Revolt, dengan menjanjikan wilayah pentadbiran Jazirah Arab untuk beliau. Namun, sebaliknya berlaku kerana British terlibat dalam perjanjian rahsia tersebut. hasilnya, selepas Arab Revolt, Sharif Hussain pula yang terpaksa keluar dari negaranya ke Jordan.
Lakaran Wajah kesemua 36 Sultan Kerajaan Uthmaniyyah

Secara ringkas, kejatuhan Kerajaan Uthmaniyyah boleh digambarkan berpunca daripada beberapa perkara, antaranya seperti berikut :
  1. Masalah ekonomi di mana kerajaan Uthmaniyyah berhadapan dengan kesukaran untuk membayar kembali hutang mereka dengan bank-bank Eropah.
  2. Kebangkitan nasionalis wilayah-wilayah tadbiran Uthmaniyyah termasuk di Negara Arab dengan tercetusnya Kebangkitan Arab pada tahun 1916.
  3. Perjanjian Sykes-picot 1916 yang dibuat secara rahsia telah menjadi plan strategik pihak kuasa barat untuk memecahbelahkan kerajaan Uthmaniyyah. Ini juga berlaku disebabkan kuasa-kuasa Barat ini beranggapan Uthmaniyyah akan jatuh apabila tercetusnya Perang Dunia Pertama pada tahun 1914.
  4. Penyertaan Uthmaniyyah dalam Perang Dunia Pertama. Mungkin mereka tidak mempunyai pilihan untuk tidak terlibat kerana desakan untuk mempertahankan wilayahnya yang cuba dirampas. Selepas Uthmaniyyah menandatangani persetujuan pada bulan Oktober 1914 untuk menyokong Jerman menentang Rusia dengan sokongan dari United Kingdom.
Sultan Abdulmecid II menjadi sultan terakhir dari dinasti pemerintahan Uthmaniyyah. Beliau sempat memerintah selama 17 bulan bermula 19 November 1922-3 Mac 1924. Ketika itu, tiada apa yang mampu dilakukan setelah Republik Turki diisytiharkan dalm polisi negara mereka juga telah berubah kepada mengadaptasikan sistem yang lebih terbuka, liberal dan mengamalkan sekular. Agama tidak lagi menjadi perkara penting di dalam pertimbangan sebarang polisi negara.

PENUTUP

Seperti membenarkan 'teori kitaran' Ibn Khaldun, Kerajaan ini mengalami kitarannya yang tersendiri. Setelah mengalami beberapa masalah, di samping kesukaran menjaga wilayah mereka yang luas tersebut, Uthmaniyyah mengalamai kemerosotan. Zaman tersebut telah diambil kesempatan oleh pihak kuasa Barat untuk bertindak semula mendapatkan wilayah-wilayah yang pernah jatuh ke tangan Uthmaniyyah. Kejatuhan Uthmaniyyah ini menandakan berakhirnya penguasaan empayar islam ke atas dunia. Cuma pengharapan kita agar kejatuhan ini adalah sementara, bukan 'syahid' yang tidak boleh bangkit lagi. Kebangkitan seterusnya perlukan perencanaan. ia mungkin sahaja berbeza bentuknya dengan penguasaan ke atas teknologi, perdagangan,pendidikan dan seumpamanya. Apa yang penting, sejarah ini perlu diambil iktibar, bukan semata-mata menjadi catatan yang tersemat di dalam buku.

September 17, 2010

Menerobosi Budaya Politik Baru..

MENEROBOSI BUDAYA POLITIK BARU
Oleh Hasmadi Hasbi

Assalamualaikum wbt..

Nampaknya media massa sekarang sibuk melaporkan banyak kes jenayah seperti pembunuhan kejam Datuk Sosilawati dan 3 mangsa yang lain selepas dilaporkan hilang pada 30 Ogos 2010 yang lepas , pembunuhan kejam Ustazah Ishak bersama anaknya Amirul Ayman pada 3 Sept 2010, kematian Noraini Ahmad yang telah dirogol dan dibunuh kejam setelah ditemui dalam keadaan kepalanya cedera parah dan tangannya diikat dengan dawai pada 12 Ogos 2010 dan beberapa kes lagi dalam masa kurang 2 bulan.

Selain itu, media-media massa juga dipakejkan dengan perkembangan di sekitar Pemilihan 2010 Parti Keadilan Rakyat (PKR). Pemilihan 2010 ini akan menyaksikan pemilihan pimpinan di peringkat Cabang dan Majlis Pimpinan Pusat (MPP). Satu perkembangan yang menarik untuk ditaakul bersama. Sesuai dengan aspirasi parti tersebut yang ingin menjadi sebuah parti yang lebih demokratik, ditambah lagi dengan kehadiran muka-muka muda yang dicalonkan untuk menduduki kerusi-kerusi yang dianggap kritikal dan panas.

Pemerhati-pemerhati politik mula menjadi ahli nujum dan tukang tilik membuat perkiraan siapakah yang bakal mengisi beberapa jawatan penting terutama dalam MPP. Tidak kurang juga ada tukang sihir amatur yang menggunakan pena ajaib mereka untuk membuat analisis dan spekulasi tersendiri dari sekitar proses pencalonan lagi. Ada yang berpendapat apa yang berlaku ini terutama kehadiran pemain muda bertanding bersama pemain yang dianggap lebih senior dan veteran dianggap satu krisis dan konflik sedang berlaku dalam PKR. Namun ianya hanyalah satu proses yang perlu kita lihat sebagai satu perubahan yang bersifat pragmatik, dan bukan perubahan yang didorong dengan tiupan sentimen feudalisme dan kronisme yang sudah out-to-date untuk disuaipakaikan dalam sistem masyarakat kita sekarang.

Masyarakat sekarang bukan lagi bacul, bahalul dan bangang seperti orang-orang yang primitif. Bezanya dulu yang lemah akan diperhamba dan mungkin hidup dalam sangkar besi yang gelap dan pengap, dan sekarang yang lemah, pemikiran mereka pula akan dirantai dan dipasung dgn pemikiran-pemikiran kolot dan kunoh seperti fahaman rasis dan perkauman, serta fahaman yang lain seperti komunisme, sosialisme, kapitalisme dan banyak lagi fahaman yang songsang dengan sekularisme sebagai ibunya.

Islam terbina dengan kekuatan hujah dan dalil. Kekuatan hujah (Matinul Hujjah) memberi kekuatan kepada umat Islam untuk mendokong Islam atas dasar aqidah. Manakala golongan sekular pula menggunakan kekuatan sebagai hujah (Hujjahtul Matin) untuk menjawab persoalan-persoalan dalam permasalahan kehidupan. Kekuatan polis dan tentera dijadikan hujah untuk menutup mulut para pejuang Islam. Berapa ramai pejuang Islam yang berdepan ancaman dan siksaan daripada pihak pemerintah yang menjadi barua musuh-musuh Islam. Contohnya Ayatollah Khomeini yang dipenjara pada tahun 5 Jun 1963 sebagai reaksi kepada pengisytiharan beliau yang menyatakan Shah Iran telah memulakan proses kehancuran Islam di Iran. Revolusi Iran yang berlaku pada tahun 1979 bukanlah berlaku kerana kekalahan dalam peperangan, krisis kewangan ataupun pemberontakan golongan bawahan mahupun tindakan ketenteraan seperti revolusi-revolusi lain. Revolusi ini berlaku dengan pantas dan berjaya menjatuhkan sebuah rejim yang dilengkapi dengan kuasa tentera yang kuat dan hebat yang akhirnya diganti dengan sistem teokrasi yang diundi berdasarkan tahap kemuliaan seseorang itu.

Di sekitar Pemilihan 2010 ini, saya cukup tertarik dengan idea yang berani dan berseni untuk membuka gelanggang debat di kalangan calon-calon untuk merebut beberapa jawatan penting dalam PKR. Pentas debat ini menjadi medan kepada calon untuk berkongsi aspirasi, fikrah serta agenda perjuangan mereka. Berbanding kaedah sebelum ini yang hanya berkempen secara satu sisi yang akhirnya akan menambah jurang diantara calon-calon. Sekurang-kurangnya, dengan pertemuan empat mata ini mampu membincang, mencadang dan akhirnya merancang perkara yang boleh membawa manfaat kepada semua pihak walau siapapun yang dinobatkan sebagai pemenang.

Rakyat dan masyarakat perlu dididik dengan kefahaman tauhid dan bukanlah dengan habuan duit. Mereka perlu ditarbiyyah dengan budaya politik baru yang lebih telus dan terurus, dan menekan kepentingan politik di dalam membentuk sebuah masyarakat yang lebih harmoni. kita tidak perlu terlalu mengagungkan pemimpin, kerana ianya tidak berkekalan, namun , dengan berbekalkan kefahaman fikrah dan pemahaman tentang kepentingan politik dalam kehidupan, kita mampu mencipta satu masyarakat yang lebih dihormati dan dirahmati.

July 01, 2010

Perubahan Iklim Politik Dunia..


Jika kita melihat perkembangan politik di seluruh dunia kini, terbukti kuasa rakyat melalui proses pendemokrasian jelas menjadi senjata untuk menguburkan penguasaan parti pemerintah negara yang dipenuhi rasuah, penyelewengan kuasa, diktator, pemerintahan dimonopoli kroni dan sebagainya. Rakyat mula berubah angin memberi kepercayaan kepada parti-parti baru untuk menerajui negara mereka, yang mana ianya dilihat lebih mendengar keluhan dan rintihan rakyat bawahan secara keseluruhannya.

John McCain

Bermula dengan Turki pada November 2002, AKP Turki (Parti Keadilan dan Pembangunan Turki) telah mencipta sejarah sebagai parti politik Islam pertama yang berjaya membentuk pemerintahan di Turki. Di Amerika Syarikat juga pada November 2008, mencipta sejarah apabila calon Presiden Parti Demokratik berkulit hitam, Barack Obama menewaskan calon Presiden Parti Republikan, John McCain, yang mana Parti Republikan adalah parti yang memerintah Amerika Syarikat sebelum ini seperti diketahui umum ianya diterajui George W. Bush.

Di Jepun, Liberal Democratic Party (LDP), yang telah memerintah negara Jepun sejak sekian lama, namun ia akhirnya telah tumbang kepada parti pembangkang, setelah rakyat sudah muak dengan dasar kerajaan yang tidak dapat memenuhi aspirasi rakyat. Angin perubahan terbaru, ianya juga berlarutan hingga ke Britain dan Filipina. Di Britain,selepas pilihan raya, pecahan kerusi yang dimenangi ialah; Parti Konservatif meraih 306 kerusi, Parti Buruh 258, Parti Liberal Demokrat 57, dan lain-lain parti 29.

Parti Lib-Dem pimpinan Nick Clegg yang memegang kunci kepada penyelesaian kemelut politik Britain itu, membayangkan ia mungkin sanggup berkompromi terhadap beberapa dasar utama demi mencapai persetujuan dengan Konservatif.

Nick Clegg dan pemimpin Konservatif, David Cameron yang muncul sebagai Perdana Menteri baru menggantikan Gordon Brown dari Buruh, memegang pandangan berbeza dalam beberapa isu utama seperti Kesatuan Eropah, pertahanan dan imigrasi.

Clegg dipetik berkata, beliau berminat menyaksikan Lib-Dem memainkan peranan membina ketika negara berdepan suasana ekonomi yang tidak menentu.

Beliau berkata, parti Lib-Dem hanya mahu menyaksikan perjuangannya untuk merombak sistem politik Britain menjadi kenyataan. Manakala Jurucakap Hal-Ehwal Luar Konservatif, William Hague, berkata kedua-dua parti menghormati pandangan masing-masing. Malah mereka akan mengutamakan kepentingan negara dari kepentingan parti sendiri.

Benigno Simeon Aquino III

Manakala di Filipina, kira-kira 50.1 juta rakyat Filipina akan menunaikan tanggungjawab mengundi memilih Presiden baru bagi menggantikan Gloria Macapagal Arroyo yang tamat tempoh jawatan bulan depan.

Selain itu pilihan raya ini bagi mengisi kekosongan lebih 17,000 jawatan termasuk Naib Presiden, 12 kerusi senator, 57 kerusi wakil parti, 230 ahli kongres, 80 gabenor dan naib gabenor, 766 wakil rakyat wilayah tempatan, 137 kerusi datuk bandaraya, 1,497 ahli majlis bandaraya, 1,524 bagi jawatan ketua majlis perbandaran dan naib serta 11,980 jawatan ahli majlis perbandaran.

Tempoh kempen berjalan sejak 90 hari lalu bagi peringkat nasional dan 45 hari untuk peringkat wilayah, jutaan Peso ditaburkan calon, ejen calon, penyokong calon kepada rakyat Filipina untuk mendapatkan undi. Pilihan raya kali ini adalah pertama kali kertas undi dikira menggunakan mesin berkomputer - seperti mesin pemeriksa jawapan kertas objektif dalam peperiksaan utama di Malaysia.

Sebanyak 76,347 mesin mengira undi disediakan Suruhanjaya Pilihanraya (Comlec) Filipina bagi memastikan kelancaran pengiraan kertas undi, sekali gus mempercepatkan pengumuman keputusan pilihan raya.

Walaupun Suruhanjaya Pilihanraya (Comlec) Filipina memberi jaminan keputusan akan diketahui lebih awal iaitu dalam tempoh 48 jam, penganalisis politik dan akhbar di Filipina menganggap ia hanya `indah khabar dari rupa'.

Joseph Estrada

Dua calon pilihan menggantikan Arroyo adalah Benigno Simeon Aquino III atau lebih dikenali sebagai Noynoy dari Parti Liberal dan bekas Presiden, Joseph Estrada dari parti Pwesa ng Masang Pilipino (PMP).

Namun, pada pilihanraya bersejarah 10 Mei lalu, menyaksikan Senator Benigno "Noynoy" Aquino III dipilih menjadi presiden baru negara tersebut menewaskan pencabar terdekatnya seperti bekas presiden Joseph Estrada, ahli perniagaan bergelar jutawan Senator Manny Villar dan bekas menteri pertahanan di kabinet Arroyo, Gilbert Teodoro. Ini mungkin dilihat dari aspirasi rakyat yang mahu kesungguhan Aquino membanteras gejala rasuah yang berleluasa di zaman Arroyo.

Kemenangan anak lelaki tunggal kepada Benigno "Ninoy" Aquino dan bekas presiden Corazen "Cory" Aquino ini sebenarnya, sememangnya telah dijangkakan berdasarkan undian dan tinjauan yang dijalankan oleh beberapa badan. Kesemua dapatannya menyaksikan Noynoy mengungguli carta teratas.

Sebagai contoh, tinjauan terakhir yang dilakukan oleh Pulse Asia menunjukkan Noynoy Aquino memenangi 39 peratus undi popular berbanding 20 peratus yang diperolehi oleh Manny Villar dan Joseph Estrada.

Kesimpulannya, apa yang jelas dari pelbagai situasi di negara-negara ini, rakyat mahukan perubahan. Mahu kepentingan dan keperluan rakyat diberi keutamaan. Kerana itulah mereka memilih pemimpin tika pilihanraya, bukan sekadar habuan pilihanraya yang bermusim, 4 atau 5 tahun sekali!!