Recent Posts

October 26, 2009

Di Sekitar Kempen PRK UTP 2009

Assalamualaikum wbt..

Nampaknya, kehangatan perang poster antara calon jelas kelihatan di sekitar kampus UTP, pelbagai jenis kempen poster ditonjolkan untuk memenangi hati para pengundi.
































October 25, 2009

Pandang Sisi PRK UTP 2009/10 (to be updated)


Assalamualaikum wbt,

Catatan ini hanyalah sekadar mencernakan perasaan dan sedikit post-mortem kendiri tentang Pilihan Raya Kampus Universiti Teknologi PETRONAS (PRK UTP) 2009/10.

Tarik PRK UTP yang dilewatkan
Berdasarkan sumber yang sahih, tarikh PRK UTP yang asal dijadualkan lebih awal berbanding tarikh yang digunapakai sekarang iaitu pembubaran MPP 08/09 dijadualkan sebelum cuti Hari Raya Aidilfitri lagi. Natijah kepada penangguhan ini, jumlah calon yang berkurang secara mendadak iaitu hanya 6 calon berbanding sebelas calon pada tahun lepas (2008) untuk merebut takhta Majlis Tertinggi Majlis Perwakilan Pelajar UTP 2008/09. Antara yang faktor lain yang menyumbang kepada situasi ini adalah, pengurangan bilangan hari untuk 'Study Week' daripada tujuh hari kepada hanya tiga hari berikutan cuti H1N1 selama seminggu yang menyebabkan pelajar lebih memilih untuk tidak bertanding dan fokus dengan akademik mereka.

Kelewatan notis PRK dikeluarkan
Menyebabkan pelajar UTP kurang cakne dengan PRK UTP. Notis dikeluarkan dikala marhaen UTP sedang hangat dengan bahang Test, Assignment, Project dan yang paling penting Final Exam . Pihak MPP UTP 08/09 telah mengambil inisiatif sendiri untuk membantu pihak HEP menghebahkan dan membantu dalam mempromosikan PRK pada kali ini. Malangnya, MPP sendiri menghadapi kesukaran dan mendapat kengkangan untuk mengetahui bilakah tarikh-tarikh penting PRK, sehinggakan membantut usaha-usaha mempromosi PRK dikalangan pelajar. MPP hanya mengetahui tarikh peletakkan jawatan mereka sejurus selepas notis dipampangkan di dinding-dinding bangunan.

Larangan Untuk Memasuki Pusat Penamaan Calon
Polisi baru yang dianggap lapok yang diperkenalkan ini menyebabkan suasana penamaan yang kurang meriah seperti tidak ada apa berlaku di tempat penamaan calon. Perkara ini dingerikan lagi dengan pertindihan program EDX yang berjaya menarik lebih ramai pengunjung pada hari yang sama dengan penamaan calon.

Masa bantahan yang dipendekkan
Masa bantahan yang diperuntukkan lebih singkat iaitu selama 30 minit sahaja berbanding satu jam pada tahun-tahun sebelum ini. Ianya, mengurangkan peluang pelajar untuk membuat semakan dan bantahan. Perkara ini perlu untuk memastikan kesahihan pengakuan calon dalam borang pencalonan calon bagi memastikan calon betul-betul layak bertanding dalam sesuatu pilihanraya.

Tempoh Kempen yang singkat
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) merupakan satu badan tertinggi dan teratas dalam satu hierarki organisasi Mahasiswa, kempen merupakan nadi kepada calon-calon untuk terus hidup dalam satu gelombang transisi peralihan jawatan daripada MPP lama kepada barisan kepimpinan MPP yang baru. Justeru, dengan jangka masa kempen yang singkat , menyebabkan calon-calon tidak cukup masa untuk menyampaikan manifesto mereka kepada para pengundi.

Promosi yang kurang menyengat
Secara spontannya, apa yang saya boleh katakan dari segi promosi pihak SPR untuk mewar-warkan PRK ini sangat mendukacitakan. Tidak ada banner-banner besar yang menghiasi halaman UTP. Ada!! Tapi hanya satu. Itupun direcycle kembali dengan menampalkan tarikh yang lama kepada tarikh yang baru. Sangat memalukan, seolah-olah tiada peruntukan untuk tujuan promosi. Bangunan dan struktur bangunan kampus umpama kristal, tetapi peruntukan untuk sekurang-kurangnya membuat banner yang baru pun tiada, apatah lagi untuk menambah bilangan banner di sekitar UTP.

Cadangan SPR untuk mengaplikasikan e-Undi
'e-Undi' bukanlah satu perkataan yang asing sejak kebelakangan ini terutama di kalangan aktivitis mahasiswa di IPTA-IPTA tempatan. Satu sistem yang diperkenalkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi, untuk menggantikan sistem undi lama yang secara tradisinya diwarisi dari dahulu lagi untuk setiap PRK. Baru-baru ini Gabungan Mahasiswa Bantah E-Undi (BANTAH) menganjurkan pentas perdebatan antara mahasiswa dan Datuk Khaled Nordin, Menteri Kementerian Pengajian Tinggi untuk berdebat tentang isu ini. BANTAH yang menggabungkan 18 organisasi mahasiswa membantah penggunaan e-Undi dalam pilihanraya-pilihanraya kampus. Tidak ketinggalan UTP juga terkena tempiasnya, pihak SPR UTP,yang juga berniat dan berminat untuk menggunakan sistem keramat ini untuk menggantikan sistem lama yang dianggap lapok. Disebabkan kengkangan masa, dan peruntukan kewangan untuk sistem ini,ianya tidak sempat digunakan untuk PRK 2009/10 ini. Tetapi kita perlu bersedia untuk berhadapan dengan sistem ini, kerana terdapat kemungkinan sistem ini akan digunakan untuk PRK yang akan datang. Pihak SPR telah mengadakan mesyuarat dengan pihak IPTA yang lain untuk membuat kajian tentang sistem ini.

October 24, 2009

Kronologi Pilihan Raya Kampus UTP 2009/10



Assalamualaikum wbt..

21,Oktober,2009 (Rabu)
H ari Penamaan Calon
9.00 am - 2.00 pm : Sekitar pukul 9-12am, masih belum ada sebarang pencalonan. Pusat penamaan calon (Bilik 9, Ground floor, Pocket D) dikawal ketat oleh pengawal keselamatan. Orang awam tidak dibenarkan masuk termasuk MPP UTP 08/09 sendiri. Hanya calon dan juga 2 orang (pencadang atau penyokong) yang dibenarkan masuk ke pusat penamaan calon. Kelibat calon yang menghantar borang pencalonan hanya kelihatan seawal pukul 12pm dan menjadi klimaks pada setengah jam terakhir. Suasana di luar pusat penamaan calon lengang berikutan pertindihan acara dengan EDX ke-24 (Engineering Design Exhibiton) yang berlangsung pada hari yang sama di kompleks Chancellor.

2.00 pm - 3.00 pm : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berehat sebentar sementara menunggu proses bantahan. Setelah proses penamaan tamat, pilihan raya kali ini menyaksikan persaingan enam segi di kerusi umum untuk merebut lima kerusi. Tiada pertandingan untuk di kerusi program. Tidak ada calon dari program ICT dan juga Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (EE).

3.00 - 3.30 pm : Proses bantahan bermula, kelihatan orang ramai, memerhati dan meneliti borang-borang calon yang dipamerkan di salah satu ruang pusat penamaan calon tersebut.

3.30 - 4.00 pm : Penamaan calon kali ini menyaksikan pencalonan tanpa bantahan. Senario ini kontra dengan apa yang berlaku dalam proses penamaan calon tahun lepas selepas semua sepuluh bantahan, hanya dua bantahan yang diterima, tetapi masih melayakkan kesemua sebelas calon untuk bertanding dalam pilihanraya pada tahun lepas.


24,Oktober,2009 (Khamis)
Malam Manifesto Calon - Seawal pukul 8 malam, semua kelab penyokong bersama kain-kain rentang mereka mula memenuhi kelompongan tempat duduk di Dewan Chancellor UTP untuk menzahirkan tanda sokongan mereka kepada calon masing-masing. Semua calon kerusi Umum seramai enam orang menyampaikan manifesto mereka dengan cara tersendiri. Perjalanan majlis dihangatkan lagi dengan kehadiran dan sokongan kelab penyokong setiap calon. Pelbagai bentuk sokongan dan sorakan dilontarkan untuk menterjemahkan sokongan mereka kepada calon pilihan mereka. Sesi soal jawab dibuka selepas calon diberi masa lebih kurang 7-10 minit untuk menyampaikan manifesto. Pelbagai bentuk soalan dilontarkan, ada yang berbentuk pujian, provokasi, cadangan dan tidak kurang juga soalan yang berbentuk skeptik kepada calon. Ternyata kesemua calon mempunyai cara tersendiri untuk menjawab soalan-soalan yang diberikan.