February 09, 2011
February 07, 2011
Ziarah Mak Cik Zaharah.

February 05, 2011
Sisi Gelap Kerajaan Uthmaniyyah : Satu Pengajaran Berharga.

"Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka itu (para anbiya') terdapat pengajaran bagi orang yang berfikir (berakal)" - Surah Yusuf : 111
"Tidak harus bagi orang mu'min itu disengat sebanyak dua kali pada satu lubang" - Al-Hadith.
- Sultan Muhammad IV yang menggantikan ayahnya Sultan Ibrahim menaiki takhta ketika umurnya hanya 7 tahun tidak dapat memerintah kerana usianya terlalu muda. Waktu itu, keadaan negara menjadi kucar-kacir disebabkan berlakunya perebutan kuasa, terutama terhadap jawatan Wazir Besar.
- Permaisuri-permaisuri istana telah mengambil alih kuasa kerana Sultan Muhamad terlalu muda.
- Walide Qasem
- Walide tarkhan
- Sultan Muhammad III mengarahkan supaya 19 orang adik-beradiknya dibunuh dengan cara dicekik bagi memastikan kuasanya tidak dicabar di kemudian hari.
- Muhammad I pula telah menaiki takhta setelah beliau berjaya menewas dan menghapuskan saudaranya Isa.
- Daulah Uthmaniyyah peringkat ini terpaksa berkompromi dengan musuh luar dari Eropah dan tidak dapat mempertahankan wilayahnya yang jauh.
- Sultan terperangkap dengan pengaruh sama ada harem atau pegawai pentadbir yang lain mahupun Yenisari.
- Adakalanya, kurungan yang terlalu lama menyebabkan setengah sultan menjadi gila apabila dia memegang kuasa.
- Baginda melantik dua orang pengasuhnya (page) yang muda di istana yang beliau sukai untuk menjawat jawatan Gabenor di Kaherah dan Damsyik.
- Baginda juga memecat seorang pegawai tinggi supaya dia dapat memberikan jawatan itu kepada seorang petani yang memberikannya air ketika beliau keluar memburu.
- Baginda terpaksa mengadakan gencatan senjata yang baru dengan Raja Perancis, Charles iX dan menambahkan juga keistimewaan yang diberikan kepada konsulat Perancis yang bermula pada zaman ayahnya. Dalam keadaan itu, Perancis telah menggunakan kesempatan untuk mengirimkan missionari mengapi-apikan orang kristian agar memberontak terhadap pemerintahan Uthmaniyyah.
- Kedudukan rakyat juga tidak aman lagi, malah dirundung kebimbangan akan diserang oleh pihak musuh. Mujurlah wujudnya seorang mujahid agung dan ahli politik ulung yakni Muhammad Basya al-Shuqlali (Sokolli), yang bertindak sebagai seorang menteri yang memberi bantuan kepada kerajaannya.
- Salim II juga tidak berkuasa mengawal tentera Yenisari. Baginda terpaksa tunduk kepada tuntutan pihak Yenisari semasa mula mengambilalih kuasa di Istanbul dengan membayar wang yang banyak sebagai cukai sebelum baginda dibenarkan untuk memasuki kota tersebut.
- Baginda banyak berhutang kepada pihak pemodal dan tokoh bank dari Britain dan Perancis. Hal ini meletakkan Uthmaniyyah dalam keadaan kebergantungan kepada Barat dari segi ekonomi dan mudah untuk dikuasai. Malangnya, teras ekonomi itu adalah Riba!!.
- Baginda juga menghabiskan wangnya dengan berfoya-foya. Baginda terlalu gilakan seorang jariyah berbangsa Circassia (berkulit putih dan cantik) yang bernama Mihri hanoum, telah memberikan hadiah kepadanya sebanyak satu juta pound sebagai upah hanya untuk menemaninya sambil berhibur-hibur. Akibatnya, baginda terpaksa digulingkan berdasarkan fatwa yang dikeluarkan oleh seorang Syeikh Al-Islam (Mufti) ketika itu.
- Melaluinya, pada peringkat akhir pemerintahan Sulaiman al-Qanuni dan terlebih lagi pada masa penggantinya, Salim I, pihak Kristian dan Yahudi menjadi penasihat kepada Sultan.
- Luigi Gritti, anak di luar nikah kepada seorang ketua hakim Venetia, menjadi penasihat kepada Sulaiman.
- Pihak Yahudi Sephardic pula menjadi penasihat kepada Sulaiman dan anaknya dan membantu membentuk dasar kerajaan Uthmaniyyah.
- Yang termasyhur antara mereka ialah Joseph Nasi yang dikenali di kalangan orang Eropah sebagai "The Great Jew". beliau pernah menasihati Salim I supaya menyerang Venice semata-mata kerana beliau hendak rampas harta rampasan yang banyak untuk dirinya.
February 04, 2011
Sejarah Ringkas Kebangkitan & Kejatuhan Kerajaan Islam Uthmaniyyah.

- Peringkat awal penubuhan (1299-1453)
- Perkembangan dan pengukuhan (1453-1682)
- Perkembangan mendatar, kebangkitan nasionalisme dan cabaran pihak Barat (1683-1827)
- Kemerosotan dan kejatuhan (1828-1908)
- Pembubaran pemerintahan (1908-1924)

- Kejayaan penaklukan Kota Constantinople (1453) sehinggalah Sultan Sulaiman Al-Qanuni meninggal pada 1566.
- Kelemahan struktur pentadbiran pasca 1566 sehinggalah kegagalan menguasai Vienna pada tahun 1683.
- Pemerintah paling lama dalam sejarah kesultanan Uthmaniyyah. Beliau banyak melakukan perubahan terutama dari aspek perundangan sehingga beliau mendapat gelaran al-Qanuni,pembuat undang-undang.
- Beliau turut berjaya memimpin pasukan Uthmaniyyah menguasai wilayah Byzantine seperti Hungary, Balgrade dan Rhodes.
- Beliau berjaya memperkasa armada laut dengan menguasai Laut Mediterranian, Laut Merah dan teluk Parsi.

- Kekalahan menguasai Vienna (1683).
- Penglibatan mereka di dalam peperangan yang menelan belanja besar.
- Peperangan menentang Poland-Lithuania.
- Rusia & Autria-Hungary
- Peperangan Kerajaan Uthmaniyyah dengan Rusia berlangsung selama 3 abad (kurun 17,18 & 19)
- Pihak Uthmaniyyah berjanji menjaga penduduknya dengan jaminan keselamatan, kesejahteraan diri dan harta.
- Memperkenalkan wang kertas pertama Uthmaniyyah (1840).
- Menyusun semula ketenteraan, kaedah pengambilan, gaji dan penentuan tempoh khidmat (1843-1844)
- Memperkenalkan lagu kebangsaan dan bendera negara (1844)
- Menyusun semula sistem kewangan berdasarkan model Perancis.
- Menyusun semula Undang-undang sivil dan jenayah mengikut model Perancis
- Mewujudkan Meclis-i Maarif-i Umumiye (1845) yang menjadi dasar penubuhan Parlimen Uthmaniyyah Pertama (1876)
- Mendirikan universiti moden yang pertama (1848)
- Menghapuskan Jizyah ke atas non-Muslim, dengan memperkenalkan sistem cukai bersepadu (1856)
- Mewujudkan Bursa Saham di Istanbul pada 1866
- Mendirikan jalan-jalan keretapi, pemodenan kilang industri, pelbagai penambahbaikan dalam perkhidmatan awam dan kemajuan perdagangan.

- Masalah ekonomi di mana kerajaan Uthmaniyyah berhadapan dengan kesukaran untuk membayar kembali hutang mereka dengan bank-bank Eropah.
- Kebangkitan nasionalis wilayah-wilayah tadbiran Uthmaniyyah termasuk di Negara Arab dengan tercetusnya Kebangkitan Arab pada tahun 1916.
- Perjanjian Sykes-picot 1916 yang dibuat secara rahsia telah menjadi plan strategik pihak kuasa barat untuk memecahbelahkan kerajaan Uthmaniyyah. Ini juga berlaku disebabkan kuasa-kuasa Barat ini beranggapan Uthmaniyyah akan jatuh apabila tercetusnya Perang Dunia Pertama pada tahun 1914.
- Penyertaan Uthmaniyyah dalam Perang Dunia Pertama. Mungkin mereka tidak mempunyai pilihan untuk tidak terlibat kerana desakan untuk mempertahankan wilayahnya yang cuba dirampas. Selepas Uthmaniyyah menandatangani persetujuan pada bulan Oktober 1914 untuk menyokong Jerman menentang Rusia dengan sokongan dari United Kingdom.
January 30, 2011
Seminar Baldatun Toyyibah (II) : Model Uthmaniyyah.
- Bagaimanakah para Khalifah kerajaan Uthmaniyyah menerapkan pemerintahan Islam mereka yang meliputi tiga benua yang salah satunya mencetuskan permodenan masakini?
- Bagaimanakah corak kehidupan masyarakat majmuk mereka boleh melestarikan pemerintahan Islam selama ratusan tahun.
- Bagaimana dinamika fiqh dan kodifikasi undang-undang terkembang di empayar Uthamniyyah serta kesesuaian paradigmanya dalam merekonstruksi idea-idea fiqh dan undang-undang di negara kita khasnya.
- Dan banyak lagi..
Kertas 1: Sejarah Ringkas Kebangkitan dan Kejatuhan Kerajaan Islam Uthmaniyyah
Oleh : Dr. Mohd Roslan bin Mohd Nor
Ketua Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya
Kertas 2: Perkembangan Fiqh Semasa Pemerintahan Kerajaan Uthmaniyyah.
Oleh: Prof Madya Dr Hamza Abeed Al-Kareem Hamad
Program Pendidikan Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya
Kertas 3: Kodifikasi Undang-Undang dan Sistem Keadilan Uthmaniyyah
Oleh: Prof. Madya Dr Saim Kayadibi
Fakulti Ekonomi & Sains Pengurusan , Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
Kertas 4: Sisi Gelap Kerajaan Uthmaniyyah : Satu Pengajaran Berharga
Oleh: Prof. Madya Dr. Fadhulah Jamil
Pusat Pengajian Jarak Jauh, Universiti Sains Malaysia (USM)
Kertas 5: Zionisme dan Peranannya Di Dalam Menjatuhkan Kerajaan Turki Uthmaniyyah Di Awal Abad ke 20
Oleh: Mohamad Fauzi Zakaria
Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.
Kertas 6: Kewarganegaraan Dalam Sistem Pemerintahan Uthmaniyyah: Satu Kajian dalam Konteks Kewarganegaraan Negara Islam Moden.
Oleh: Prof. Madya Dr Ahmad Zaki Ibrahim
Jabatan Sejarah Dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya
Kertas 7: Sistem Ekonomi Kerajaan Turki Uthmaniyyah
Oleh: Dr Yasmin Hanani Mohd Safiah
Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia.
Kertas 8: Usaha-Usaha Kerajaan Uthmaniyyah Untuk Menyelamatkan Granada dan Sebab-sebab Kegagalannya
Oleh: Dr. Eeman Muhammad Abbas
Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam,
Universiti Kebangsaan Malaysia
Kertas 9: Kerajaan Islam Uthmaniyyah dan Hubungan Antarabangsa
Oleh: Prof. Madya Dr. Kamaruzaman Yusoff
Pusat Pengajian Sejarah, Politik & Strategi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia.


ETS..

- ETS boleh memuatkan 350 orang dalam satu perjalanan.
- Dilengkapi dengan CCTV bagi setiap gerabak.
- Terdapat kemudahan untuk Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tandas dan lantai rata.
- Soket elektrik untuk penggunaan laptop.
- Kemudahan WiFi utk setiap gerabak.
- Gerabak cafe untuk membeli makanan dan minuman.
January 24, 2011
Minggu Aluan Siswa UTP Jan 2011..

