Recent Posts

June 09, 2009

One Picture Thousands Stories II..







June 08, 2009

One Picture Thousands Stories..







June 04, 2009

Spektrum Politik Baru..


Assalamualaikum..

Nampaknya, perasaan skeptikal terus mendakwat dalam hati saya untuk membincangkan satu lagi terminologi yang akan memberi satu dogma di era globalisasi ini. Entri ini hanyalah satu pandangan tentang satu penjuru kehidupan yang sifatnya dominan dalam mencorak landskap kehidupan manusia madani dan ketamadunan iaitu polarisasi politik lama dan baru.

Pertamanya, kita perlu sedar yang kita sedang berada di abad ke-21. Sudah tentu DNA kehidupan turut berubah seiring dengan peredaran masa. Pengurusan ekonomi, penyusunan demografi penduduk dan tidak ketinggalan spektrum politik yang memerlukan sedikit pembugaran dan nafas baru dalam pemacuannya.

Abad ke-21 adalah abad keintelektualan dan abad pluralisme. Pluralisme adalah satu fahaman bahawa semua hal ehwal yang bersifatkan singular dan individualistik akan gagal.Pluralisme adalah satu fahaman bahawa semua hal ehwal yang bersifatkan singular dan individualistik akan gagal. Para pengkaji futuristik menjangkakan akan berlaku satu kecemperaan yang amat ajaib dan luarbiasa tidak kira dalam sektor politik, ekonomi mahupun sosial dengan bekalan air , dan tenaga buruh yang tidak mencukupi serta kecelaruan ekonomi pada tahun 2012. Dari segi intipati kepada kajian ini menunjukkan bahawa kita perlu kembali kepada politik graviti yang sebenar. Yang dikatakan politik graviti ini ialah, segala dasar-dasar yang dibuat di peringkat langit pimpinan hendaklah membumi ke rakyat dahulu untuk mendapatkan maklumbalas sebelum ianya digazetkan sebagai satu dasar yang sah."...golongan majoriti ianya merujuk kepada rakyat dan bukanlah perwakilan dalam parti." Dalam konteks pimpinan tertinggi sesebuah negara pula, mereka hendaklah dipilih oleh golongan majoriti dan bukanlah golongan minoriti walaupun diangkat oleh sebuah parti yang mendominasi politik sesebuah negara. Sudah tentu bila menyebut golongan majoriti ianya merujuk kepada rakyat dan bukanlah perwakilan dalam parti. Apa yang mencanggungkan saya, format politik yang di amalkan di Malaysia sekarang ini, lebih memihak kepada ahli politik, parti politik dan bukannya masyarakat. Kelemahan sistem ini adalah, apabila berlaku krisis dalam parti yang memerintah itu, ianya akan memberi kebejatan dalam pentadbiran negara.

Kalau kita ingin membuat transisi dalam politik negara kita, perlunya ada kesediaan dari ahli politik itu sendiri untuk mengangkat profesor-profesor ekonomi untuk menyandang jawatan menteri kewangan ,"Kita tidak boleh lagi hidup dalam politik feudal yang mana pemimpin dipilih oleh golongan minoriti." tokoh-tokoh NGO alam sekitar menjadi Menteri Alam Sekitar contohnya, barulah kita dapat mencapai satu politik yang bersifat jauhari dan budiman. Resipi kepada politik jauhari dan budiman ini adalah satu politik yang muhibbah, kebersamaan, kesaksamaan dan sangat jernih dari semua kawanan parti politik. Kita tidak boleh lagi hidup dalam politik feudal yang mana pemimpin dipilih oleh golongan minoriti. Kita perlu belajar daripada negara-negara lain seperti Iraq runtuh kerana mengamalkan sistem ini.

Kita perlu berani berubah untuk meninggalkan politik primitif yang setelah sekian lama kita amalkan. Saya minta maaf dalam hal ini, tetapi kita mengambil pengajaran daripada negara-negara maju seperti Israel, walaupun Kadima iaitu parti yang mendapat majoriti dalam parlimen, tetapi mereka berhati besar mengangkat Benjamin Netanyahu dari parti Likud yang tidak mendapat majoriti untuk menjadi Presiden Israel dan akhirnya lahirlah sebuah negara kecil yang hebat. Mereka kuat kerana mereka mengamalkan perpaduan.

Saya secara peribadi, sedikit bersetuju dengan cadangan Tuan Guru Hadi Abdul Awang, Presiden PAS yang mencadangkan dalam parlimen supaya sudah sampai masanya untuk kita wujudkan sebuah kerajaan perpaduan. Prinsipnya, pemilihan pemimpin tertinggi itu bukan berdasarkan parti yang mendominasi, tetapi pemimpin yang mendapat restu daripada rakyat. Hatta, kalau ada golongan akademik yang berkelayakan, golongan ulama yang mampu mentadbir pun tidak ada masalah untuk diangkat menjadi Perdana Menteri. Austria, Belanda, Iran dan United Kingdom telah mengamal dan membuktikannya, dan ternyata negara-negara ini muncul sebagai negara gergasi yang hebat. Namun, cadangan itu perlu diamati lagi kerana mendapat bantahan daripada pimpinan Pakatan Rakyat sendiri.

"sedangkan buat jarum pun tak mampu, inikan pula mencari kemerdekaan".

Saya juga ingin menderukan pandangan tentang bagaimana pemikiran masyarakat kini dalam pemilihan pemimpin mereka. Pada pandangan saya, golongan pemuda yang berumur 21-40 tahun secara umumnya membuang undi bukan berdasarkan parti tetapi berdasarkan kehebatan tokoh. Mereka menilai kredibiliti dan juga karisma seseorang tokoh itu. Kaum pemuda merupakan 'Desicion Group' dalam konteks politik Malaysia dan global khususnya. Sebenarnya politik baru ini bukanlah perkara baru dalam negara kita, sebelum kemerdekaan Tanah Melayu pun wujud situasi di mana tentangan di antara golongan muda dan juga golongan tua. Angin dari Timur Tengah membawa semangat patriotisme, memperjuangkan kemerdekaan dan kebebasan tanahair kepada golongan muda. Namun ianya ditentang oleh golongan tua yang bersikap pesimis hingga mereka dengan sinis mengatakan 'sedangkan buat jarum pun tak mampu, inikan pula mencari kemerdekaan'. Namun akhirnya, segalanya terbukti, kemerdekaan dicapai namun cabarannya sekarang bagaimana pula kita hendak mengisi kemerdekaan ini mengikut acuan agama dan nilai-nilai ketimuran itu sendiri.

Kaum pemuda seramai lebih kurang 14 juta di negara ini seharusnya bangun khususnya dari golongan akademik dan intelek untuk kita sama-sama merombak ganti semula sistem-sistem di negara ini yang membantut dan membejat pemikiran kita dan yang paling penting demi survival bangsa Malaysia dan Agama Islam. Berdasarkan kajian saya, pasca PRU ke-12 menyaksikan bertambahnya muka-muka baru dari kalangan pemuda menghiasi ruang kerusi di parlimen Malaysia."...inilah bahana politik 'fear' yang didoktrinkan oleh kerajaan sehingga memandulkan golongan remaja." Berbanding sekitar tahun 1980-an dan 1990-an yang hanya diduduki oleh pemimpin veteren yang sama. Pada anggapan saja, inilah bahana politik 'fear' yang didoktrinkan oleh kerajaan sehingga memandulkan golongan remaja. Setelah sekian lama merindui muka-muka muda yang baru menjadi representatif masyarakat berpatisipasi dalam parlimen, akhirnya terubat juga dengan kedengaran suara-suara lantang berhujah di parlimen yang bukan sahaja membawa aspirasi orang muda tetapi masyarakat madani secara holistiknya.

Pada pengamatan saya, kebanyakkan pemimpin hebat yang lahir masakini adalah generasi yang hidup di era 1970-an, dan pemimpin yang hidup di zaman 1980an dan 1990an seolah-olah mati dalam hidup."...ini menyebabkan mahasiswa seolah-olah ditempurung dan diajar dengan definisi-definisi yang sangat sempit dan terbatas sehingga tidak dapat mencernakan segala teori yang ditelaah dalam situasi masyarakat yang sebenar." Pertamanya, dengan pengenalan dasar-dasar seperti Dasar Pelajaran Tun Razak yang memberi sedikit ruang kepada mahasiswa untuk membina jatidiri mereka sebenar. Tetapi selepas itu, dengan pengenalan AUKU yang diperkenalkan pada 27,April,1971 dengan pindaan pada tahun 1975 dan 1995 yang menghalang penglibatan pelajar dalam parti politik dan kesatuan sekerja serta menghalang penggabungan di antara badan-badan pelajar. Perkara ini menyebabkan mahasiswa seolah-olah ditempurung dan diajar dengan definisi-definisi yang sangat sempit dan terbatas sehingga tidak dapat mencernakan segala teori yang ditelaah dalam situasi masyarakat yang sebenar.

Pengenalan dasar-dasar lain seperti Dasar Penswastaan 1983 dan Dasar Pandang ke Timur menyebabkan kerajaan hilang fokus dalam membangunkan modal insan yang sebenarnya menjadi aset utama negara yang perlu dianakemaskan supaya pelaburan hari ini dapat dibayar di hari esok.

Saya secara peribadi sangat meminati aura yang dibawa oleh pemimpin yang kehadirannya bagaikan selebriti iaitu Barrack Obama. Kemeriahan pemasyhurannya sebagai Presiden Amerika dihadiri sehingga 13 juta orang yang tidak pernah berlaku dalam sejarah presiden-presiden sebelum ini yang secara purata seramai sejuta orang sahaja, dan seorang yang menyebabkan seluruh masyarakat dunia seolah-olah histeria menyambut kewujudannya terlabel dalam peta politik dunia. Cara beliau berjalan, penampilan berpakaiannya, cara beliau bercakap, penyusun tona kata dalam ucapannya, cara berbeliau berfikir, di tambah lagi dengan latarbelakangnya yang pernah tinggal, menelaah dan mentarbiyyah diri di bumi asia untuk beberapa lama seperti di Indonesia yang tidak pernah dilatari oleh presiden-presiden sebelum ini. Tambahan lagi beliau dari golongan yang berkulit hitam yang sebelum dianggap golongan picisan dan dilayan seperti hamba abdi yang pernah dihumban dalam Sungai Missisippi beramai-ramai tetapi hari ini, muncul representatif dari legasi ini. Obama yang berumur 47 tahun semasa beliau ditabalkan sebagai presiden Amerika juga menjadi representatif golongan pemuda yang membawa aspirasi untuk melihat dunia ini lebih aman selepas ini.

Akhirnya, kita perlu sedar, masih terlalu banyak vakum atau ruang kosong yang perlu kita isi dalam sistem kehidupan bernegara kita. Belajar dari sejarah, kerana sejarah tidak akan berbohong dan menipu, dan kalau masa depan mengiyakan insyallah dengan rahmat tuhan, negara yang berada di trek yang betul dan berada di atas landasan keredhaan Allah itu dapat kita dirikan.

"Kalau nak mandi yang pertama di pantai,
Yang kedua barulah di teluk,
Kalau nak cari pemimpin yang pertama biarlah pandai,
Yang kedua biarlah elok."

Salam

Hasmadi bin Hasbi
5,Jun,2009
4.50pm
Meja Tulis Rumah,Putatan,
Kota Kinabalu, Sabah.

June 02, 2009

Blog. Satu Demokrasi Atau Hipokrasi??


Assalamualaikum..

Satu topik yang mengundang perasaan skeptis sebelum saya memutuskan untuk melontarkan beberapa terjahan pendapat. Satu isu yang besar dan berat yang memberi satu dampak tsunami modenisasi kepada landskap kehidupan global.

'Blog. Satu Demokrasi Atau Hipokrasi?'

Satu kenyataan yang cukup mengundang kerencaman persepsi tidak kira daripada golongan marhaen rakyat, gengsi blogger, golongan profesional , aktivis masyarakat hinggalah kepada Pak Mat yang menjual kopi di warung pun punya naratif tersendiri tentang isu ini. Saya cuba berdiri di pihak yang transparensi dan tidak condong kepada mana-mana pihak. Satu perkara yang perlu dibincangkan secara telus dan serius.

Secara fundamentalnya, lebih afdal kiranya andai kita berbicara kes demi kes agar intensiti kefahaman kita dapat berkembang secara rasional dan berhujah.

Persoalan pertama, Mengapa kita berblog? Berdasarkan pengamatan saya, pelbagai alasan diberi, sebagai satu diari untuk dikongsi bersama pembaca, wadah tempat berkongsi idea dan banyak lagi kalau kita nak senaraikan. Tetapi kita perlu berbalik kepada graviti sebenar, ke arah manapun entri-entri kita itu dilontarkan, untuk tujuan apapun post-post itu ditulis, akhirnya ia akan jatuh juga kepada pembaca.

"..kita tidak berminat tentang siapa yang salah, tetapi apa masalah yang timbul, dan bagaimana cara menyelesaikannya itu lebih penting."

Ada pepatah mengatakan Bloggers ini seperti 'Baling Batu Sembunyi Tangan'. Mereka kadangkala menggunakan nama samaran untuk menopengkan diri mereka dan berkomentar tentang satu-satu perkara berdekorasikan hujah-hujah mereka yang tersendiri untuk menarik perhatian dan menyakinkan para pembaca. Mereka berhujah berdasarkan dalil dan bukti yang tidak bersifat empirikal, dan kadangkala mereka berbicara berdasarkan hipotesis dan pandangan peribadi semata yang sudah tentu diadunkan dengan unsur-unsur bias dan tidak telus. Untuk meneutralkan keadaan ini, ada kenyataan mengatakan bloggers hadir atas hujah 'Mereka menulis bukan kerana nama'. Tetapi kejengkelan timbul kerana kalau benar mereka telus menulis kerana mengatakan pendapat, memaparkan kebenaran dan keadilan, kenapa mereka perlu berselindung di balik nama samaran. Kroni ini menjawab, kerana bloggers juga manusia, dan manusia juga boleh wujud dalam bentuk Mat Rempit, Mat Buku dan sebagainya, muka dan nama penulis bukan kayu pengukurnya, kerana kita tidak berminat tentang siapa yang salah, tetapi apa masalah yang timbul, dan bagaimana cara menyelesaikannya itu lebih penting.

Pada pandangan saya, berdasarkan pengalaman membaca blog-blog, memang wujud bloggers tegar dan juga tidak. Bloggers yang tegar dan prolifik ini sering memasukkan entri-entri membincangkan topik-topik di blognya."...kadangkala blog juga dijadikan talian hayat untuk memomokkan pihak tertentu dengan cercaan, celahan dan cacian yang tidak bertempat sehingga ini memacetkan perkembangan intelektualan pembaca..." Tetapi yang menjadi kekesalan saya, ialah berlaku terlalu banyak lambakan blog, sehingga kadangkala roh atau manfaat daripada blog itu tidak sampai kepada pembaca. Dan kadangkala blog juga dijadikan talian hayat untuk memomokkan pihak tertentu dengan cercaan, celahan dan cacian yang tidak bertempat sehingga ini memacetkan perkembangan intelektualan pembaca itu sendiri. Kadangkala, genre yang cuba ditampilkan dalam blog mereka terlalu bersifat peribadi sehingga seolah-olah blog tempat untuk mengaibkan orang dan mencari siapa yang salah. Secara prinsipnya, yang paling penting bukanlah kita mencari siapa yang salah, tetapi apa yang salah. Kalau kita cuba berdebat siapa yang salah, sampai bilapun kita tidak akan menemukan jawapannya.

Saya akui, gelombang globalisasi dan modenisasi itu tidak dapat dibendung lagi. Kita tidak akan memandang ke belakang dan kembali ke pangkal sebelum globalisasi bermula. Cumanya sekarang, saya sedikit terkilan dengan budaya baru ini yang kian menjadikan kehidupan manusia sekarang semakin kronik dan kritikal. Saya faham dengan prinsip dan teori demokrasi itu yang memberi kebebasan bersuara kepada semua orang, tetapi janganlah kita gunakan wasilah blog ini sehingga kita menghiraukan dan mengembirikan natijahnya , sehingga kita seolah-olah menerapkan budaya fitnah bukannya budaya hikmah.

Isu-isu yang dibangkitkan pun hanya sekadar propaganda semata tanpa menyediakan satu alternatif yang solid kepada permasalahan tersebut. Hanya tahu menuding jari dan enggan meleburkan dirinya masuk bersama menyelesaikan masalah tersebut. Impaknya, kenyataan itu hanya tergencat di situ tetapi membuatkan masyarakat marhaen bercempera. Seolah-olah blog ini tempat peperangan untuk menyerang seteru masing-masing.

Rasanya tidak cukup tangan membincangkan perihal spesies-spesies blog yang pelbagai yang hidup di bumi internet ini. Kini, saya ingin beralih topik tentang kewajaran berblog. Adakah berblog ini satu interpretasi kepada globalisasi itu sendiri? Mungkin jawapannya jelas dan tuntas 'Ya' tanpa bantahan. Saya belum bertemu kelibat jawapan untuk membantah jawapan ini. Tetapi seperti yang dijangkakan, ianya mudah disalahgunakan bahkan diliwat dan diperkosa oleh sesetengah pihak demi kepentingan sendiri.

Mungkin ada pembaca yang tidak bersetuju dengan saya, kerana bloggers"Kita tidak mahu blog menyebabkan kemuncupan nilai-nilai kemanusiaan dalam diri para pembaca." menulis kerana ingin menyampaikan mesej mereka kepada masyarakat. Itu saya akur dan akui. Tetapi yang saya persoalkan ialah bagaimana cara penyampaian mesej itu sehingga mengkelasduakan nilai-nilai murni yang sepatutnya kita tampilkan dalam setiap post mereka. Kita tidak mahu blog menyebabkan kemuncupan nilai-nilai kemanusiaan dalam diri para pembaca. Bagaimana nasib blog-blog lima atau sepuluh tahun akan datang kalau penerapan norma-norma kemanusiaan dalam penulisan itu tidak dibudayakan dari sekarang. Adakah ianya akan membuahkan kesan negatif semata tanpa sedikit pun manfaat kepada masyarakat?

Akhirnya, kepada bloggers, teruskanlah berkarya dan memberi pendapat tanpa menyudutkan kesannya kepada para pembaca.


'Hidup Blog Untuk Semua'

Wasalam...

Hasmadi bin Hasbi
1.44 pagi
3,Jun,2009
Meja Tulis Rumah Putatan
Kota Kinabalu, Sabah.



May 30, 2009

Dari Lensa Mata...

Gambar dari kiri : (a) Pemandangan bilikku setelah 1 hari dikemas. (b) Dompet ,handphone dan Kamera Digital baruku.

Assalamualaikum,

Wah!! Bahagianya hidup dapat bersama keluarga tercinta di waktu cuti semester ni. Dapat makan di luar bersama-sama, dapat keluar membeli-belah dan banyak lagi. Ternyata kepulanganku mempamerkan sedikit kelainan dalam format dan susunatur rumahku ditambah lagi dengan sedikit komestik tambahan dalam perabot dalam dan luar rumahku. Abangku dengan kereta 'Honda' barunya yang seringkali mencuri perhatianku."Ketaksubanku bertambah apabila ayahku menggantikan almari usang di bilikku dengan satu almari baru yang telah lama ku idam-idamkan." Adikku yang acapkali terpacak di depan kelengkapan 'Home theater' tajaan kakakku yang sering membingitkan telingaku dengan tayangan-tanyangan 'Movie' aksi hebat. Kakak dan Bapaku yang gian menekan punat handphone baru mereka model Nokia E71 seolah-olah memanggil-manggilku untuk melihat apa yang menarik di hanphone mereka itu. Aku juga terhibur dengan telatah keenam-enam anak kucing yang dah besar tapi masih nakal. Ketaksubanku bertambah apabila ayahku menggantikan almari usang di bilikku dengan satu almari baru yang telah lama ku idam-idamkan. Lantas aku mengorientasikan aset-asetku di setiap penjuru almari itu. Namun, ternyata ruang almari itu terlalu besar dan masih banyak ruang yang perlu aku tampung untuk memenuhkannya.


Gambar dari kiri : (a) Ruang tamu yang dilengkapi dengan Home Theatre. (b)Handphone baru Nokia E71 kepunyaan kakakku.

Amplitud kegembiraanku terus melonjak naik setelah ayahku mengumumkan nawaitunya "..nostalgiaku terimbau dengan kenangan-kenangan lalu, melihat 'lanyard-lanyard' program yang pernah ku sertai.."untuk membesarkan sedikit rumah kami. Hari pertama dan kedua kepulanganku, ku habiskan dengan mengemas dan membersihkan bilikku yang berhabuk dan tidak teratur. Sedang aku menyelongkar kotak-kotak lama, nostalgiaku terimbau dengan kenangan-kenangan lalu, melihat 'lanyard-lanyard' program yang pernah ku sertai, berpuluh-puluh keping banyaknya, gambar-gambar yang mengarang seribu penceritaan suasana, dan cenderakenangan yang sempat ku bawa balik dari tempat-tempat yang pernah ku lawati merakamkan beribu cerita.


Gambar dari kiri : (a)Sebahagian koleksi lanyard Madi. (b)Post bersama kereta Honda abang.

Setelah segalanya telah langsai, bibit-bibit kebosanan mula menempah ruang masa hidupku. Aku membuka laptopku, dan mula mencari website-website yang dapat mengisi kelompongan masaku ini. Tetiba tanganku tergerak untuk memeriksa baki duit dalam akaun CIMB ku."..paparan baki duitku dalam akaun terpancar di dada skrin laptopku. Yeah!!! Duit sponsor dah masuk.!! Yeah!! Tetiba hatiku berbisik, apa yang ingin ku gunakan dengan duit ini??" Dengan sekali tekan butang tetikus, paparan baki duitku dalam akaun terpancar di dada skrin laptopku. Yeah!!! Duit sponsor dah masuk.!! Yeah!! Tetiba hatiku berbisik, apa yang ingin ku gunakan dengan duit ini?? Satu persatu pilihan jawapan muncul dalam kotak fikiranku, dan hasilnya, lihatlah, dua tiga hari berturut-turut kelibatku hanya dapat dijejak di pusat-pusat membeli-belah dan berbakul-bakul benda ku beli. Kamera Baru model Sony DSC-S980 12.1 megapixels, dompet baru, dan bermacam-macam lagi benda aku beli termasuk beberapa perkakas laptopku telah menyebabkan digit baki dalam akaun bankku berkurangan. Tapi wang yang hangus digunakan untuk membeli barang-barang tersebut terbayar dengan kepuasan hati.


Gambar dari kiri : (a) Si comel yang nakal. (b) Bergambar sebelum keluar ke bandar membeli-belah bersama kakak.

Rutin hidupku iaitu membaca Al-Quran selepas Maghrib terus memenuhkan diari hidupku, bacaanku bermula dari Surah Ali-Imran ayat 10. Sedang perjalanan bacaanku baru bermula, tetiba bacaanku terhenti ketika membaca ayat ke 14. Ku ulangi dan amati, seperti biasa ku dengar ayat itu, dan setelah mengingati dan menghayati, Sah!! ayat ini pernah ku hafal kerana ada kesan contengan pada ayat ke-14 itu dan sering ku dengar dalam sesi-sesi tazkirah yang pernah ku hadiri. Surah Ali-Imran, ayat 14.


Gambar : Ali-Imran, Ayat 14

Tetiba seolah-olah aku tersentak dari mimpi sedarku. Seolah-olah terjahan ayat ini cukup mengejutkan aku dari permainan hidup yang nan indah."Aku terus sujud syukur dan mengucapkan hamdalah banyak-banyak.." Ayat ini cukup menjadi 'Alarm' kepada hidupku agar tidak terpesona dengan keindahan dunia yang bersifat temporari dan sementara. Aku terus memandang sekeliling dan terintai kamera, dompet , handphone dan barang-barang kepunyaan ku yang lain. Aku terus sujud syukur dan mengucapkan hamdalah banyak-banyak kerana hatiku berbisik, dalam banyak-banyak manusia di rumah ini, Allah membenarkan aku untuk mendapat muhasabah dan motivasi daripada ayat-ayat Allah yang Maha Agung.

Sahabat-sahabat sekalian
Sentiasalah kita meng'audit' dan meng'edit' diri kita, dan berpandukan peta hidup yang telah diterangkan dalam Al-Quran dan Hadith agar pencarian keredhaan Allah akan tercapai.

Salam Mahabbah..

Hasmadi bin Hasbi
Bilik kesayangan, Putatan, Kota Kinabalu, Sabah.
3.11pm
31,Mei,2009

May 16, 2009

Masuk Tiga Keluar Empat...



Assalamualaikum & salam sejahtera...

Alhamdulillah, segala puji & puja hanya untuk Allah Tuhan semesta Alam yang masih memberikan kecergasan, kecerdasan, kecerdikan, dan kecelikan kepada saya untuk mengilhamkan post ini. Sebagai penghias gerbang post, sudi dan suka untuk saya interpretasikan perasaan yang bertonakan penghargaan dan apresiasi kepada pelawat-pelawat yang secara telus dan terus menantikan post-post berikutnya. Sungguh, sokongan dan dorongan itu menjadi vertebrata atau tulang belakang kepada saya untuk terus mengukir nukilan di atas kanvas maya ini.

Genap 69 hari berlalu tanpa post baru di halaman ini. Mungkin taklifan (tugasan) atau kekhilafan (kelemahan) diri memarginisasikan diri dari dunia maya yang bernadi dan bernyawa ini. Beginilah sifir dalam kehidupan, kalau kita terlalu bertolak ansur dengan masa, akhirnya, kita akan ditolak beransur-ansur. Tapi inilah rutin dan ruji hidup saya, disangkuti dengan beban amanah yang tidak pernah putus tiba.

Suatu tidak semestinya satu. Suatu itulah yang berkembang dan membiak menjadi sesuatu. Kita datang dengan tiada, kita pulang dengan berada. Hari ini kita muncul, besok hari kita unggul. Jangan hari ini kita membisu dan besok hari kita terus lesu. Semangat yang tidak luntur dan konsistensi yang tidak pernah kendur menjadi adunan terbaik dalam perjuangan. Kemudian kita gaulkan dengan doa yang terus lentur mengharap kebergantungan kepada Allah menjadi perasa yang memaniskan kek kehidupan. Kemudian, kita bahagikan sama rata kek itu kepada orang lain, supaya kenikmatan perjuangan itu dapat dirasai bersama.

Kalau hari ini SATU, janganlah kita menjadi SATU lagi di hari esok. Jadilah DUA. Tapi sebenarnya DUA pun tak bagus juga, jadi, jadilah esoknya TIGA, hmm.. tapi rasanya EMPAT lagi bagus dari TIGA kowt, so, jadi EMPAT lah. Terus, dan terus menghitung kehidupan dan menghisab peribadi, sebab itu kita ada infiniti. Infiniti tidak akan berhenti. Kita ada positif infiniti sebab kita tidak akan pernah menjadi yang terbaik, tapi kita boleh menjadi yang lebih baik. Kita ada negatif infiniti sebab kita bukanlah yang paling tidak baik, sebab itu kita perlu lebih baik. Kita tidak akan terus menjadi SIFAR, sebab integer itu banyak. Mengapa cikgu mengajar kita mengira dari SIFAR, SATU, DUA, TIGA, EMPAT,... dan tidak habis-habis. Bukan dari 1000, 999, 998, 997, ... dan seterusnya, Skema jawapannya, kita tidak berakhir dengan permulaan, dan kita tidak bermula dengan pengakhiran. Kalau kita berakhir dengan permulaan, kita tidak akan maju dan memacu. Kalau kita bermula dengan pengakhiran ,kita akan menurun dan gerun.

SIFAR bukanlah permulaan dan SERIBU bukanlah pengakhiran. SIFAR itu optimum, dan optimum itu subjektif dan relatif. Dari manapun kita boleh bermula."Rumusnya dah diformulakan, exponensialkan usaha, bahagikan masa, darabkan doa, tolakkan maksiat, tambahkan ibadah, bezakan maksiat dan perkara yang bermanfaat dan natijahnya sama dengan ketaqwaan." Usahlah kita dipandirkan dengan 1000 itu dah cukup, sebab luas lagi ruang di muka bumi ini untuk kita mencipta nombor dan angka yang lebih besar dan lebar. Rumusnya dah diformulakan, exponensialkan usaha, bahagikan masa, darabkan doa, tolakkan maksiat, tambahkan ibadah, bezakan maksiat dan perkara yang bermanfaat dan natijahnya sama dengan ketaqwaan. Julatkan diri dengan orang-orang berilmu dan para ulama. Ingatlah mati, keberangkaliannya tidak pasti, tapi ia pasti menanti. Moduluskan segala amalan dengan keikhlasan mencari keredhaan Allah. Kamirkan diri dengan masyarakat madani. Ikatkan diri dengan sahabat dengan stapler ukhwah fillah. Ingatlah Allah kerana itulah punca kuasa kehidupan dan tempat berlindung kita di dunia ini.

Plotkan graf Iman melawan Masa kita, adakah ia berbentuk kuadratik, log, sin, cos atau graf linear."Ukurlah jangkauan ketaqwaan kita dengan pembaris keikhlasan. Carilah darjah jihad kita dengan protaktor pengorbanan. Ulangkajilah matapelajaran Ad-Deenul Islam dengan buku rujukan Al-Quran dan Hadith. Bertanyalah subjek dengan pensyarah Ulama dan Ilmuan. Pergilah ke dewan kuliah majlis ilmu dan usrah-usrah." Carilah nilai kecerunannya, adakah bernilai positif atau negatif. Bagaimana pula dengan nilai coefficient (pekali/pemberat) Amal Maaruf dan Nahi Munkar kita? Besar atau kecil nilainya. Ukurlah jangkauan ketaqwaan kita dengan pembaris keikhlasan. Carilah darjah jihad kita dengan protaktor pengorbanan. Ulangkajilah matapelajaran Ad-Deenul Islam dengan buku rujukan Al-Quran dan Hadith. Bertanyalah subjek dengan pensyarah Ulama dan Ilmuan. Pergilah ke dewan kuliah majlis ilmu dan usrah-usrah. Adakah kita hanya mahu tahap ilmu dan iman kita hanya sekadar purata ataupun sisihan piawai. Ingatlah di akhirat nanti, amalan kita akan dihitung dengan kalkulator saintifik yang begitu sahih.

"Pada hari ini (akhirat), Kami tutup mulut mereka, tangan mereka akan berkata kepada Kami dan kaki mereka akan memberi kesaksian terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan."
Surah Yasin, Ayat 65

Hidup inilah kuliah, tutor, makmal, ujian, kuiz, assignment, field work dan peperiksaan akhir. Sedarlah, setiap amalan yang diletakkan di atas luas permukaan hidup kita, setiap apa yang diisi dalam isipadu umur kita akan dianalisis, didiskusikan ,dibuat kesimpulan sama ada objektif ekperimen hidup ini tercapai atau tidak dan akhirnya akan difailkan dalam satu laporan eksperimen hidup yang akan diberi markah oleh pensyarah yang Maha Bijaksana. Manualnya sudah diberi dan tunggulah keputusan di hari graduasi hidup nanti.

'Maka barangsiapa mengerjakan kebaikan seberat zarah, nescaya Dia akan melihat (balasan)nya. Dan barangsiapa mengerjakan kejahatan seberat zarah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya.'
Surah Al-Zalzalah, Ayat 7-8

'Do The Best, Allah Do The Rest'
Salam Refleksi..


Hasmadi bin Hasbi
3.10 pagi
17,Mei,2009
Atas meja belajar,UTP

March 07, 2009

Siapa Gatal, Dialah Menggaru...


Assalamualaikum...

Biarlah kerangka post saya kali ini, dimulakan dengan permohonan maaf dari hati kecil saya, kerana pemilihan tajuk post kali ini, yang mungkin sedikit kasar bunyinya, tetapi saya ingin meletakkan pengkonotasian tajuk ini pada premis yang lebih tepat dahulu. Saya ingin menjuzukkan tajuk ini berkenaan segolongan manusia yang merasa lebih senang menjadi hidupan parasit kepada hidupan orang lain. Hidupnya menumpang kesenangan orang lain, bahkan menyusahkan kehidupan orang lain pula.

Siapa yang tidak mahukan kejayaan? Satu pendustaan yang besar siapa yang mengatakan tidak mahu kejayaan. Walau sedikit dan sediskrit manapun kejayaan itu, memberi satu bentuk kepuasan terhadap seseorang. Sebenarnya, post ini sebagai satu unjuran terhadap enigma yang setelah sekian lama berkampung dalam daerah pemikiran saya. Secara konseptualnya, ianya berkenaan dengan sifat segelintir manusia yang suka berhibernasi dalam hidupnya. Lesu ,lembap, tidak bermaya bagaikan tidak diberi makan sebulan. Suka bergantung dengan usaha orang lain untuk mencapai matlamatnya bagaikan monyet-monyet di hutan yang bergayut dari satu dahan ke dahan yang lain untuk pergi ke destinasinya.

Memang fitrah manusia mengharapkan pertolongan orang lain, tapi tidaklah sampai pertolongan itu tiba dalam keadaan kita hanya berpeluk tubuh, bergoyang kaki dan berpangku tangan. Saya ingin mengikat subjek perbincangan ini dengan beberapa contoh kehidupan orang lain , Nelson Mandela seumpamanya, nama seorang pemimpin yang gah namanya di mata dunia. Walau hampir 27 tahun hidupnya dihabiskan di dalam jeriji besi yang kecil, tetapi mempunyai semangat dan personaliti yang besar di mata masyarakat."..pernah dikencing dan diludahi di kepalanya oleh penjaga penjara tersebut.." Siapa sangka seorang yang pernah dianggap perderhaka, dilayan hina di dalam penjara sehingga pernah beliau digantung dengan keadaan kepala di bawah, kaki di atas bahkan pernah dikencing dan diludahi di kepalanya oleh penjaga penjara tersebut, namun pengalamannya itu menjadi minyak tanah yang membakar semangatnya untuk terus menentang amalan Apartheid di Afrika Selatan dan diangkat menjadi Presiden Afrika Selatan pada tahun 1994. Dan dengan sifatnya yang hebat, beliau telah menjemput penjaga penjara yang pernah melayannya dengan hina sebagai tetamu terhormat dalam majlis perlantikkannya sebagai Presiden. Beliau berkata kepada orang itu 'Terima kasih,perlakuan anda beberapa tahun silam telah menguatkan saya memenangkan perjuangan ini' .

Ianya membayangkan betapa kejayaan mereka bukanlah datang dengan hantaran dulang emas melalui laluan kapet merah dan kepada kita yang duduk diatas kerusi bertahtakan berlian dan permata. Tetapi kita sendiri yang perlu melalui sungai kepayahan, yang di dasarnya duri-duri cubaan dan dugaan, dan ditenggelami dengan arus kesempitan. Panahan cabaran itu pasti akan datang dari seantero sudut dan dimensi. BAWAH, ATAS, KIRI, KANAN, DEPAN, BELAKANG, UTARA, SELATAN, TIMUR, BARAT, LUAR & DALAM sekalipun kita kena bersedia untuk segala kemungkinan. Janganlah dengan sewenang-wenangnya, kita menswastakan segalanya-galanya di atas bahu orang lain. Seperkara lagi, biarlah kita mengucapkan 'terima kasih' dan penghargaan atas pertolongan mereka walau sekecil-kecil dan sekerdil-kerdil perkara hinggalah sebesar-besar perkara.

'Dan barangsiapa mengkehendaki kehidupan akhirat dan berusaha ke arah itu dengan bersungguh-sungguh, sedangkan ia beriman, maka mereka itulah orang yang usahanya dibalas dengan baik'
Surah Al-Isra', Ayat 19

Insyaallah, siapa mahu berjaya, dialah kena usaha. Siapa yang bersungguh-sungguh, dialah yang akan dapat. Kejayaan perlu dicari, bukan dinanti. NOKTAH.

Atas meja study,
Isnin, 9 Mac 2009,
3.21am.

March 06, 2009

Tidur Sebantal,Mimpi lain-lain...


Assalamualaikum..

Insyallah, tamsilan kali ini mungkin agak berbeza dengan nukilan-nukilan sebelum ini, nota yang akan dikepil dalam post kali ini lebih bercitrakan pandangan peribadi tentang beberapa episod hidup. Sebenarnya, saya pernah membuat sedikit perkongsian rasa dan bahasa melalui panggilan telefon dengan adik kesayangan saya yang kini sedang menelaah ilmu di Kolej Matrikulasi Labuan. Bukanlah satu perkara yang anomali menelefon adik saya, tetapi panggilan telefon pada malam itu sedikit mencuri ruang hati dan masa saya untuk berbicara lebih lama.


Seperti biasa soalan wajib, iaitu bertanya khabar diri, iman dan akademik membuka tirai diskusi. Kemudian, graf perbualan tiba-tiba meningkat secara eksponensial sejurus selepas adik saya melontarkan beberapa luahan pendapatnya tentang apa yang dilaluinya sejak kebelakangan itu.

Antaranya, sejak kebelakangan itu, beliau mendapat banyak taklifan (tugasan) yang datang mencurah-curah tanpa diundang. Walaupun berat, namun atas dasar tidak mahu menghampakan kepercayaan yang diberikan, beliau menerima dengan hati yang terbuka. Antara taklifan (tugasan) yang diberikan ialah menjadi pengarah Kem Penghayatan Islam, Festival Nasyid ditambah lagi dengan menjadi ahli dalam Lajnah Pustaka & Warisan Masjid, Ketua Mentor Mentee dan beberapa bebanan tugasan yang lain. Yang menjadi konflik diri bukanlah kuantiti taklifan yang dipikul, tapi, kualiti beberapa ahli yang begitu pasif. Inilah antara wabak yang biasa mengekstasikan sesebuah organisasi. Kuantiti yang ramai tidak menjanjikan kualiti yang bagus. Tidak ada segregasi antara pimpinan bawahan dan atasan dalam menjaga kepentingan organisasi, dan mencapai objektif yang telah dicanai dan dicanangkan. Mengapa kita selalu menjuzuk atau merujukkan kepentingan bersama hanya kepada orang atasan yang menjadi pengatucara untuk segalanya. Tidakkah kita dapat melihat dengan pandangan mata hati, sebenarnya ada ruang yang perlu kita tampung bersama pimpinan yang lain untuk terus menyokong tegak, tonggak organisasi supaya tidak senget sedikit walau.

Beliau juga ada mengklusterkan beberapa orang sebagai golongan yang terlalu bersifat stereotaip yang suka bertindak secara konvesional. Kekesalan ini bertambah apabila golongan ini terlalu pesimis terhadap idea-idea baru yang diutarakan oleh ahli organisasi yang lain. Sifat ini menjerebukan paradigma generasi pelapis yang bakal membarisi pimpinan di masa akan datang. Natijahnya, negara yang bakal dipacu akan bersifat rigid, kaku,beku dan lembap dengan lambakan-lambakan pemimpin yang muflis idea dan kebijaksanaan. Justeru, kita perlu membuka ruang berfikir seluas-luasnya kepada generasi sekarang agar generasi sekarang tidak mandul untuk menghasil dan melahirkan generasi yang bersifat dinamik di masa akan datang.

Wabak seterusnya, adalah golongan yang menjadikan organisasi sebagai talian hayat untuk mengejar populariti dan publisiti. Antara simptom-simptom kewujudan golongan ini, adalah petah melontarkan idea-idea ketika mesyuarat tetapi melatah tidak melakukan tugasan yang diberikan. Kalau ada pun, tugasan yang diamanahkan tidak dilakukan secara bersungguh-sungguh. Golongan ini juga seringkali menjawab soalan-soalan licik daripada rakan seorganisasi dengan jawapan yang cerdik namun akhirnya hanya sekadar polemik dan retorik semata. Antara indikator lain yang boleh dijadikan parameter untuk mengesan kerabat ini adalah dengan melihat frekuansi dan momentum gerak kerja mereka yang berkadar songsang dengan masa.

Seterusnya, kurangnya imuniti terhadap ralat persekitaran. Yang dikatakan ralat di sini adalah seperti komitmen terhadap akademik, urus diri, keluarga dan ancaman-ancaman daripada pihak atasan dan bawahan. Mereka seolah-olah diserang AIDS dalam berorganisasi. Kurang daya tahan terhadap ralat-ralat ini, sehingga mereka tersepit dan terkepit tidak mampu bergerak dan hilang arah tuju. Mereka menjadi mangsa keadaan dan menuding jari, menyalahkan organisasi yang menjadi virus, bertanggungjawab menjadikan sistem hidup mereka menjadi tidak menentu. Kurangnya kebolehan untuk menaakul kembali ralat yang diterima dan menggunakan segala kapasiti yang ada untuk membentuk satu sinergi baru yang dapat membetulkan semula ralat tersebut.

Begitulah, apa yang dapat disimpulkan, walau kita berpijak pada dunia yang sama, tapi kita kadangkala hidup dalam alam yang berbeza...

"Interaksi Memaparkan Kematangan"

Dari meja penekan keyboard,
3.12am.

Wassalam.

February 21, 2009

Optimis vs Pesimis..


Assalamualaikum wbt...

Seumpama bulan dan matahari silih berganti menampakkan diri di malam dan siang hari, seumpama lelaki dan perempuan tercipta untuk saling melengkapi, begitu juga pahala dan dosa yang diberi untuk kita sama-sama insafi. Begitu hebat ciptaan tuhan yang menciptakan segalanya dalam keseimbangan untuk sama-sama kita rasai, dengari, perhati dan teliti.

Sungguh, setiap inci penciptaan dunia ini, tidak ada cacat cela dan lompongnya. Ianya hadir dalam pakej dan legasi yang sempurna dan bermakna. Sejak berzaman, Allah telah mengutuskan Rasul-rasul bersama dengan agama Allah itu membawa berita gembira dan kesejahteraan kepada umat manusia.

'Dan tidak kami mengutuskan rasul-rasul melainkan sebagai pembawa khabar gembira dan pemberi peringatan...'
Surah Al-Kahfi, Ayat 56

Diturunkan wahyu yang berintipatikan janji Allah tentang ganjaran pahala yang berlipat ganda, balasan syurga kepada hamba-hambaNya yang taat, tentang darjat kemuliaan yang tinggi dan kehidupan yang bahagia di dunia dan akhirat serta keluasan rahmat Allah yang tidak terhingga ke atas hamba-hambaNya. Ini, mencetuskan rasa harapan dan optimis di kalangan umat Islam.

Namun, Allah menggandingkan juga berita-berita sebaliknya yang mengandungi ancaman dan amaran tentang janji Allah dalam pembalasan azab neraka untuk mencetuskan rasa bimbang dan takut atau pesimis di hati para hambaNya.

Norma ini memangkin dan memungkinkan keseimbangan berlaku di antara dua pengalaman rasa tersebut iaitu optimis dan pesimis. Natijahnya, mereka tidak terlalu optimistik sehingga mereka lupa daratan dan tidak terlalu pesimistik yang menyebabkan mereka kecewa atau putus asa.

Antara dalil kepada kenyataan di atas iaitu Allah mengalun dan mengadunkan kedua-dua unsur berita gembira dan amaran ialah :

'Katakanlah sesungguhnya Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendaki-Nya dan memberi petunjuk ke jalan-Nya sebagaimana kepada orang-orang yang bertaubat'
Surah Ar-Ra'ad, Ayat 27

Tetapi, malangnya, antara wabak yang kian menular di dalam hati-hati orang Islam ialah Terlalu Optimis dengan pertolongan Allah sehingga lupa untuk berusaha dengan bersungguh-sungguh seolah-olah, pertolongan Allah itu akan datang secara bergolek dan tiba secara melayang. Sesungguhnya, fenomena ini telah melanggari konsep tawakal yang sebenar. Konsep tawakal yang digarisbawahkan oleh Islam ialah berusaha bersungguh-sungguh sebagai muqaddimahnya, disusuli dengan doa serta diakhiri dengan redha dan tawakal kepada Allah sebagai pengakhirannya.

Mengambil Ibrah(Pengajaran) daripada apa yang berlaku dalam Perang Hunain, yang mana perasaan terlalu optimis untuk menang telah mengambil posisi dalam hati tentera Islam ketika berhadapan dengan Bani Hawazin dan Bani Thaqif, lantaran kekuatan dari segi bilangan tentera iaitu seramai 12 ribu orang yang akhirnya membuka sedikit ruang kepada pihak musuh untuk mengolah dan mengorak langkah untuk mengalahkan tentera Islam sehingga umat Islam terasa kesempitan. Namun akhirnya, Allah mengirimkan tentera yang tidak kelihatan sebagai satu bentuk pertolongan kepada umat Islam.

'Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu pun, dan Dia memberimu pendengaran, penglihatan dan hati nurani, agar kamu bersyukur.'
Surah Al-Nahl,Ayat 78

Sebenarnya, antara manhaj untuk mendapatkan petunjuk Allah itu adalah dengan menuntut ilmu. Pemahaman dan penginterpretasian ilmu itu perlu dihadam dan dicernakan dalam kehidupan kita. Mata akan dapat melihat dunia dengan lebih jelas dengan kanta mata. Mata hati akan dapat melihat dunia dan akhirat dengan lebih jelas dengan ilmu. Ingatlah kita makhluk yang bermula dengan tidak mengetahui sesuatu pun, dan kita eksploitasikan segala nikmat yang diberikan sebagai cangkul untuk menggali ilmu Allah yang Maha dalam dalam eksplorasi kita mencari keredhaan Allah.

'Genggamlah dunia dengan ilmu, gapailah akhirat dengan ilmu, dan gapailah dunia dan akhirat dengan ilmu'

Tuntutlah ilmu, Pertolongan-Nya perlu dicari, Bukan dinanti.

Salam Jihad...

February 12, 2009

Bergelut Dalam Kemelut.



Assalamualaikum, tidak disangka wacana kehidupan yang cuba dinukilkan dari hari ke sehari kadangkala, tercoret juga kalimah kecewa dan hampa. Namun, apa jua episodnya, kudrat terpaksa juga diperkuat agar tidak tersekat. Azam dan iltizam harus terus ditanam. Walau sekencang manapun prahara dugaan cuba menggoncang iman, walau sekuat dan sehangat manapun ia menyengat ketaqwaan sebenarnya itulah menjadi indikator kepada sejauh manakah tahap keimanan kita.

'Ataukah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) seperti (yang dialami) orang-orang terdahulu sebelum kamu. Mereka ditimpa kemelaratan , penderitaan dan digoncang (dengan pelbagai cubaan), sehingga rasul dan orang-orang beriman bersamanya berkata "Bilakah datang pertolongan Allah?" Ingatlah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat'
Surah Al-Baqarah,ayat 214

Kita bersyukur kerana impak dari jerit perit mujahid-mujahid Islam terdahulu, Islam menjadi citra kehidupan dan Ad-Deen kita sehari-sehari. Setiap langkah kita di atas muka bumi ini, setiap gerak-geri, berjalan dan berlari, berbaring dan mendongak ke langit kita, setiap butir kalimah yang terpancur dari lidah kita, setiap saat ingatan kita, mimpi, kerisauan dan kebimbangan kita, setiap pandangan, pendengaran dan sentuhan kita, setiap butir yang masuk dan keluar dari batang tubuh kita, setiap detik darah yang mengalir dalam badan kita, kegembiraan dan kedukaan kita, walau di mana, ke mana dan bila sahaja kita bergerak, itu adalah manifestasi Islam dalam kehidupan kita. Walau disebat dan dihambat dengan mehnah dan tribunasi sekalipun tidak bisa melukakan keimanan kita secoret walau.

Usah kita bertolak ansur dengan tipu daya dunia sehingga akhirnya kita ditolak beransur-ansur. Tidak boleh tidak, kita terpaksa akur dengan percaturan hidup kita di dunia ini. Islam itu syumul, Islam itu Alamiah, Islam mempatrikan setiap inci kehidupan kita kepadanya, kerna itu kita secara jelas dan tuntas perlu larut dalam masyarakat, dan menelanjangkan kemungkaran dari manusia, dan mewarnainya dengan sinar Islam yang agung. Memang benar ia satu tugas yang berat bagi mereka yang takutkan celaan dan tidak percaya dengan janji Allah.

'Diwajibkan atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu,padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui'
Surah Al-Baqarah, Ayat 216.

Jadilah kita umat yang mobilis, bukan pasif, beku, kaku dan senang dipaku. Adakah kita lupa? Kita pernah memacu hampir dua pertiga dunia suatu ketika dahulu, Insyaallah Allah akan bersama-sama dengan kita dalam perjuangan.

'...jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya yang berputus asa dari rahmat Allah, hanyalah orang-orang yang kafir'
Surah Yusuf, Ayat 87.

Dikala banyak fitnah dilemparkan kepada umat Islam mutakhir ini, tersingkap lompong yang menyerlahkan keindahan Islam yang sebenar. Antaranya, penyebaran karikatur yang menghina Nabi Muhammad SAW yang memarakkan kemarahan umat Islam seluruh dunia sebagai contoh, telah menarik ramai pihak untuk mengenali, siapakah insan mulia yang bernama Muhammad ini sebenarnya berbanding sebelum ini yang mungkin langsung tidak kenal siapa dia Muhammad SAW. Ketika krisis ekonomi yang begitu nazak di Amerika dan terpalit ke seluruh dunia sekarang ini umpamanya, membuka mata pakar-pakar ekonomi dunia untuk mengkaji sistem ekonomi Islam yang dilihat mampu menyelamatkan ekonomi dunia kini.

Kita mahu melahirkan ilmuan tersohor seperti Imam Ghazali dan Saidina Ali bukannya golongan artisan seperti Elvis Presley. Kita mahu melahirkan ulama yang agung seperti Imam Bukhari bukannya seperti Mariah Carey. Kita mahu lahirkan mujahid seperti Imam Hassan Al-Banna bukannya penyayi barat Rihanna. Kita mahu pemimpin yang bertaqwa seperti Al-Farouk bukannya seperti Kamal Altartuk yang terkutuk. Kita inginkan manusia yang tawaduk seperti Al-Razi bukannya seperti Nicolas Sarkozy yang angkuh.

Salam Perjuangan...