Bersama sahabat-sahabat menikmati RFC Ipoh.
Alhamdulillah, berpeluang menikmati makanan di Radix Fried Chicken (RFC) Ipoh. RFC Ipoh ini telah dibuka sejak 28 Februari 2011. RFC Ipoh merupakan RFC yang ke-10 di Malaysia selepas ibu syarikatnya iaitu HPA Industries Sdn Bhd (HPA) membuka cawangan pertamanya di Lagenda heights, Sungai Petani, Kedah. Ternyata, RFC mampu bersaing dengan perniagaan-perniagaan francais yang dengan menghidangkan servis-servis yang bermutu kepada para pelanggannya.
Kepada sesiapa yang ingin merasa RFC Ipoh bolehlah ke alamat nie :
No 13 Bangunan Komas,
Jalan Keledang Raya 22,
Taman Alkaf,
30100 Ipoh Perak.

















