Recent Posts

March 31, 2011

March 28, 2011

March 27, 2011

Ziarah ke Rumah Zulhilmi Zaini.

Kenangan Bersama Keluarga Matin.

Assalamualaikum, nampaknya di sebalik kesibukan akademik, sempat juga menyelak sedikit kesempatan untuk menziarahi rumah salah seorang sahabat , Zulhilmi Zaini aka Matin. Walaupun perjalanan jauh, namun keramahan keluarga dan layanan yang mesra menjadi pelerai keletihan perjalanan. Semoga ziarah ini menguatkan lagi ukhwah antara kita.
Sebelum bertolak balik.
Kenakalan adik Matin meriuhkan suasana.
Suasana riang dengan gurau senda.
Di hadapan rumah Mak Cik Matin

March 05, 2011

March 02, 2011

Forum Baitul Muslim at UTP.





March 01, 2011

Family Outing di Perak.

Bersama Mak, Ayah dan akak di Lumut.

Alhamdulillah, sempat bertemu keluarga tercinta yang datang ke negeri Perak. Walaupun tidak dapat bersama sepanjang tiga hari dua malam di sini kerana terpaksa balik ke kampus untuk mengambil Test, tetapi sempat juga meluangkan masa untuk membawa keluarga berjalan-jalan di sekitar negeri Perak seperti ke Lumut dan Teluk Batik. Semoga pertemuan yang sekejap ini menguatkan lagi kemesraan antara kita.
Bersama ABC untuk membasahkan tekak.
Akak bergaya dengan kelapa jelinya.
Ayah & Mak di hadapan terminal Lumut.
Bersama akak di Esplaned Lumut.
Membeli dan membelah di Lumut.
Akak sibuk memilih makanan laut untuk dibawa balik.
Singgah sebentar di Teluk Batik.

February 27, 2011

Ziarah Pak Cik Wahab dan Mak Cik Zaleha.

Duduk dari kiri : MatPa, Madi, Pak Cik Wahab, Mak Cik Zaleha
Berdiri dari kiri : Faris, Nik Akmal Afif

Selepas tamat UTP Leadership Program 2011, sempat menziarahi Pak Cik Abd Wahab dan Mak Cik Zaleha yang tinggal di Kampung Sungai Gelang, Kamunting, Perak sebelum pulang ke kampus UTP. Pak Cik Wahab dan Mak Cik Zaleha merupakan keluarga angkat seorang sahabat saya melalui satu program keluarga angkat. Kami sempat solat jamak di rumah mereka. Sambil bertaaruf, dan berborak tentang beberapa perkara, sempat juga mengambil beberapa gambar sebagai kenangan. Mereka sangat mesra melayan kehadiran kami walaupun kehadiran kami tanpa dirancang dari awal. Semoga dapat bertemu lagi mereka di lain waktu.

UTP Leadership Program 2011.

Nampaknya, berkesempatan sekali lagi menghadiri UTP Leadership Programme 2011 yang berlangsung pada 25-27,Feb,2011 bertempat di Suria Service Apartment, Bukit Merah, Perak. Kali terakhir saya menghadiri program ini pada dua tahun yang lepas di Cameroon Highland, tetapi sebagai peserta iaitu wakil Majlis Perwakilan Pelajar UTP 2009/2010. Pada kali ini, saya menghadiri atas kapasiti sebagai ketua fasilitator. Seramai 65 pemimpin-pemimpin kelab dan badan pelajar telah menghadiri program selama tiga hari dua malam ini. Objektif program ini dianjurkan ialah untuk menyediakan kemahiran-kemahiran yang tertentu sebagai pemimpin yang hebat. Saya mewakili semua fasilitator mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pimpinan kelab dan badan pelajar yang telah menghadiri program ini kerana telah memberikan kerjasama yang sangat hebat sepanjang program berjalan. Semoga kehadiran anda membawa kemajuan dan kebaikan kepada masyarakat di UTP dan kepada agama, bangsa dan negara. Kami juga memohon maaf atas kekurangan dan kecacatan sepanjang kami mengemudikan program ini.

Allah berfirman :
"Sesungguhnya, Kami telah menawarkan amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung, tetapi semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khuatir tidak akan melaksanakannya (besar), lalu dipikullah amanat itu oleh manusia. Sungguh, manusia itu sangat zalim dan sangat bodoh"
Surah Al-Ahzab, ayat 72

Kalau nak mandi yang pertama pilihlah Teluk,
Yang kedua barulah Pantai,
Kalau nak pilih pemimpin yang pertama pilihlah yang elok,
Yang kedua barulah pandai.

Official Montaj di sini.