Recent Posts

July 01, 2010

Family Day NGC 2010..

Gambar Kenangan semua komiti NGC 2010 selepas 'Green Night'

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah, benar sungguh firman Allah dari Surah Al-Hujurat Ayat ke-13 yang maksudnya

'Wahai manusia! sesungguhnya kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan antara satu sama lain. Sesungguhnya semulia-mulia kamu disisi Allah adalah mereka yang lebih taqwanya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi maha mendalam pengetahuannya."

Pada 6 & 7,Julai,2010 yang lepas, saya bersama 50 orang komiti National Green Convention 2010 (NGC 2010) telah menjayakan hari keluarga yang diadakan di Cameroon Highland. Sesuai dengan temanya iaitu 'Sweet Memory Remains Forever' , memberi 1001 bekas dalam memori saya. Berikut merupakan beberapa potret kenangan yang sempat dirakamkan:

Free style of NGC 2010
Lagi free style NGC 2010
Memulakan aktiviti 'Jungle Treking'

Aksi excited para komiti
Antara keindahan flora yang sempat dirakam
Mendengar taklimat survival drp 'Ranger' kami
'Team Work' yang kuat dipamerkan
Segala kesukaran dihadapi dgn tenang
Susah senang bersama.
Sampai ke puncak Gunung Berinchang.
'Ranger' membuat demonstrasi membuat tali dari tumbuhan.
Kenangan di tengah-tengah ladang teh.
Kenangan bersama 'Assistant Project Manager 1' ,Syafiq Johari

Terima kasih sekali lagi saya ucapkan kepada semua komiti NGC 2010 yang telah menceriakan Hari Keluarga NGC 2010. Semoga kita dapat teruskan momentum ini sehingga berjaya. INSYALLAH..


HASMADI BIN HASBI
PROJECT MANAGER NGC 2010

Perubahan Iklim Politik Dunia..


Jika kita melihat perkembangan politik di seluruh dunia kini, terbukti kuasa rakyat melalui proses pendemokrasian jelas menjadi senjata untuk menguburkan penguasaan parti pemerintah negara yang dipenuhi rasuah, penyelewengan kuasa, diktator, pemerintahan dimonopoli kroni dan sebagainya. Rakyat mula berubah angin memberi kepercayaan kepada parti-parti baru untuk menerajui negara mereka, yang mana ianya dilihat lebih mendengar keluhan dan rintihan rakyat bawahan secara keseluruhannya.

John McCain

Bermula dengan Turki pada November 2002, AKP Turki (Parti Keadilan dan Pembangunan Turki) telah mencipta sejarah sebagai parti politik Islam pertama yang berjaya membentuk pemerintahan di Turki. Di Amerika Syarikat juga pada November 2008, mencipta sejarah apabila calon Presiden Parti Demokratik berkulit hitam, Barack Obama menewaskan calon Presiden Parti Republikan, John McCain, yang mana Parti Republikan adalah parti yang memerintah Amerika Syarikat sebelum ini seperti diketahui umum ianya diterajui George W. Bush.

Di Jepun, Liberal Democratic Party (LDP), yang telah memerintah negara Jepun sejak sekian lama, namun ia akhirnya telah tumbang kepada parti pembangkang, setelah rakyat sudah muak dengan dasar kerajaan yang tidak dapat memenuhi aspirasi rakyat. Angin perubahan terbaru, ianya juga berlarutan hingga ke Britain dan Filipina. Di Britain,selepas pilihan raya, pecahan kerusi yang dimenangi ialah; Parti Konservatif meraih 306 kerusi, Parti Buruh 258, Parti Liberal Demokrat 57, dan lain-lain parti 29.

Parti Lib-Dem pimpinan Nick Clegg yang memegang kunci kepada penyelesaian kemelut politik Britain itu, membayangkan ia mungkin sanggup berkompromi terhadap beberapa dasar utama demi mencapai persetujuan dengan Konservatif.

Nick Clegg dan pemimpin Konservatif, David Cameron yang muncul sebagai Perdana Menteri baru menggantikan Gordon Brown dari Buruh, memegang pandangan berbeza dalam beberapa isu utama seperti Kesatuan Eropah, pertahanan dan imigrasi.

Clegg dipetik berkata, beliau berminat menyaksikan Lib-Dem memainkan peranan membina ketika negara berdepan suasana ekonomi yang tidak menentu.

Beliau berkata, parti Lib-Dem hanya mahu menyaksikan perjuangannya untuk merombak sistem politik Britain menjadi kenyataan. Manakala Jurucakap Hal-Ehwal Luar Konservatif, William Hague, berkata kedua-dua parti menghormati pandangan masing-masing. Malah mereka akan mengutamakan kepentingan negara dari kepentingan parti sendiri.

Benigno Simeon Aquino III

Manakala di Filipina, kira-kira 50.1 juta rakyat Filipina akan menunaikan tanggungjawab mengundi memilih Presiden baru bagi menggantikan Gloria Macapagal Arroyo yang tamat tempoh jawatan bulan depan.

Selain itu pilihan raya ini bagi mengisi kekosongan lebih 17,000 jawatan termasuk Naib Presiden, 12 kerusi senator, 57 kerusi wakil parti, 230 ahli kongres, 80 gabenor dan naib gabenor, 766 wakil rakyat wilayah tempatan, 137 kerusi datuk bandaraya, 1,497 ahli majlis bandaraya, 1,524 bagi jawatan ketua majlis perbandaran dan naib serta 11,980 jawatan ahli majlis perbandaran.

Tempoh kempen berjalan sejak 90 hari lalu bagi peringkat nasional dan 45 hari untuk peringkat wilayah, jutaan Peso ditaburkan calon, ejen calon, penyokong calon kepada rakyat Filipina untuk mendapatkan undi. Pilihan raya kali ini adalah pertama kali kertas undi dikira menggunakan mesin berkomputer - seperti mesin pemeriksa jawapan kertas objektif dalam peperiksaan utama di Malaysia.

Sebanyak 76,347 mesin mengira undi disediakan Suruhanjaya Pilihanraya (Comlec) Filipina bagi memastikan kelancaran pengiraan kertas undi, sekali gus mempercepatkan pengumuman keputusan pilihan raya.

Walaupun Suruhanjaya Pilihanraya (Comlec) Filipina memberi jaminan keputusan akan diketahui lebih awal iaitu dalam tempoh 48 jam, penganalisis politik dan akhbar di Filipina menganggap ia hanya `indah khabar dari rupa'.

Joseph Estrada

Dua calon pilihan menggantikan Arroyo adalah Benigno Simeon Aquino III atau lebih dikenali sebagai Noynoy dari Parti Liberal dan bekas Presiden, Joseph Estrada dari parti Pwesa ng Masang Pilipino (PMP).

Namun, pada pilihanraya bersejarah 10 Mei lalu, menyaksikan Senator Benigno "Noynoy" Aquino III dipilih menjadi presiden baru negara tersebut menewaskan pencabar terdekatnya seperti bekas presiden Joseph Estrada, ahli perniagaan bergelar jutawan Senator Manny Villar dan bekas menteri pertahanan di kabinet Arroyo, Gilbert Teodoro. Ini mungkin dilihat dari aspirasi rakyat yang mahu kesungguhan Aquino membanteras gejala rasuah yang berleluasa di zaman Arroyo.

Kemenangan anak lelaki tunggal kepada Benigno "Ninoy" Aquino dan bekas presiden Corazen "Cory" Aquino ini sebenarnya, sememangnya telah dijangkakan berdasarkan undian dan tinjauan yang dijalankan oleh beberapa badan. Kesemua dapatannya menyaksikan Noynoy mengungguli carta teratas.

Sebagai contoh, tinjauan terakhir yang dilakukan oleh Pulse Asia menunjukkan Noynoy Aquino memenangi 39 peratus undi popular berbanding 20 peratus yang diperolehi oleh Manny Villar dan Joseph Estrada.

Kesimpulannya, apa yang jelas dari pelbagai situasi di negara-negara ini, rakyat mahukan perubahan. Mahu kepentingan dan keperluan rakyat diberi keutamaan. Kerana itulah mereka memilih pemimpin tika pilihanraya, bukan sekadar habuan pilihanraya yang bermusim, 4 atau 5 tahun sekali!!