Recent Posts

November 28, 2008

Emosi vs Polisi

Assalamualaikum,

Jari-jemari terus mengatur gerak, menyusun pencak, mencetus jejak di atas papan kekunci menukilkan satu lagi analisis terhadap satu sintesis kehidupan. Emosi vs Polisi. Satu ungkapan yang sedap pada laungan tetapi padat pada pengkonotasian. Legasi idea hadir untuk menaakul fenomena ini lantaran sedikit terkilan melihat iklim yang berlaku dalam atmosfera umat manusia mutakhir ini. Fenomena penculikan, terrorism, lanun, hedonism dan seribu satu macam fenomena lagi kian menular dan mengelar umat manusia.

Apakah sudah tidak terpalit lagi perasaan walau sedikit pun rasa kemanusiaan dalam hati makhluk yang pelupa ini?

Apakah sudah tidak ada kompas agama lagi yang menjadi pemudahcara penunjuk laluan kehidupan yang betul?

Apakah umat manusia tidak berparameterkan kepada neraca tuan punya dunia yang menerbitkan matahari dari sebelah timur dan terbenam di sebelah barat sebagai panduan lakonan di dunia ini?

Apa? Kenapa? Mengapa? Bagaimana? Bila? Bertanya dan terus bertanya… Lupa Tuhan bermaksud lupa peraturan. Menyubur Kufur samalah dengan mengubur syukur. Berkawan emosi bermakna melawan polisi. Kita hidup menumpang di bumi Tuhan ini, kita patut akur dengan polisi yang ditentukan-Nya. Jangan pula kita berkiblatkan emosi sebagai relatif rujukan kita. Biarlah kita jadikan emosi yang berpolisi.

“Dan berpegang teguhlah kamu semuanya pada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai- berai”

Surah Ali Imran,Ayat 103

Sayang seribu kali sayang, rugi sungguh orang yang tidak menyemai benih kebaikan di dunia ini untuk dituai di akhirat kelak. Ayuhlah sama-sama perbetulkan paradigma, tidak ada segregasi antara dunia dan akhirat. Dunia adalah ladang akhirat. Biar kita ligat mengejar Wawasan 2020 (Dua Kosong Dua Kosong) sebagai wawasan dunia, tapi jangan pula duniawi dan ukhrawi 220(Dua-dua kosong). Duniawi kosong, Ukhrawi pun kosong. Dua-dua kosong.

Salam peringatan…



Kesempatan Dalam Kesempitan

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, masih ada kesempatan dalam kesempitan. Rindu jari menyentuh papan kekunci ini terubat juga akhirnya tatkala berakhir sebentar rentetan peristiwa yang menagih sedikit pengorbanan kesempatan dan kesihatan. Demam Pilihanraya Kampus dan demam Peperiksaan Akhir Semester antara intipati peristiwa yang mengisi segenap kesempatan dan kesempitan diari hidupku sepanjang hampir satu bulan setengah kebelakangan ini. Pelbagai tona dan irama perasaan melagu di hati. PENAT. TABAH. PILU. DICABAR & TERCABAR. Begitulah antara emosi yang merencah dan merempah di hati. Tetapi fitrah kehidupan, kita percaya, setiap perkara itu ada timbal baliknya. Sesungguhnya kerencaman ramuan perasaan inilah yang menampilkan kematangan dalam rasa hidup ini. Anomali sekali hidup ini kalau hanya perasaan suka sahaja yang memprotret landskap hidup. Kalau diimbau sejarah lampau sekalipun, sejarah mana yang tidak dihujani mehnah dan tribunasi. Itulah sebenarnya sifir dalam kehidupan dan perjuangan.

“Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan”

Surah Al-Insyirah, Ayat 5

Sekuat mana pun kita menyusun pencak, sehebat mana pun kita bersilat, setangkas mana pun kita mengatur jejak, akhirnya kita akan dipijak jua. Sedangkan dahan yang kukuh pun bisa rapuh, kerajaan yang pernah muncul dengan unggul pun pernah sugul, inikan pula kita makhluk tuhan yang kerdil yang hanya punya hati yang kecil dan terpencil di lubuk dada. Sungguh, inilah terma dan syarat hidup di dunia. Kita makhluk pelupa yang selalu alpa tatkala kita kaya dan berjaya.Nah!! Adakah kita hanya masih mahu beristighfar semata? AllahuAkhbar..Sabar, sabar..

Jangan kita berkobar-kobar mengejar harta, wanita dan takhta, sehingga iman goyah dikelar dan ditampar hasutan. Gunakanlah kesempatan dan kesempitan yang ada untuk kita semai benih keimanan, untuk kita tuai pucuk ketaqwaan. Ingat lima kesempatan sebelum lima kesempitan :

Sihat sebelum Sakit,

Muda sebelum Tua,

Kaya sebelum Miskin,

Lapang sebelum Sempit,

Hidup sebelum Mati.

Marilah kita yang celik lagi cerdik ini, berfikir, adakah kesempatan yang diberikan Allah SBT kepada kita ini betul-betul kita serikan dengan perkara-perkara yang bermanfaat? Ataupun maksiat? Adakah kita mahu bersyukur? Ataupun kufur? Mampukah kita mencari kesempatan di dalam kesempitan andai kita masih tidak menganggap tidak ada campurtangan Allah dalam urusan hidup kita? Masih mahu membangga diri lagikah kita andai di hadapan hanya kesempitan jauh sekali kesempatan yang berlambakan?

Fikirkan…

November 16, 2008

Abraham Lincoln vs John F Kennedy

Assalamualaikum..

Persoalan, tahukah anda, siapa Presiden Amerika yang paling mencetuskan fenomenal sepanjang sejarah? Jika dibandingkan dengan George Bush yang senior mahupun yang junior, dia tentu bukanlah tandingan. Bill Clinton? Apatahlagi. Dialah Abraham Lincoln. Satu-satunya, Presiden Amerika yang namanya diabadikan pada Kapal Induk Amerika, USS Abraham Lincoln. Dia juga satu-satunya Presiden Amerika yang “dianugerahi” penghormatan diantara para Presiden Amerika di Taman Kenangan Lincoln (Lincoln Memorial Park). Lincoln menderita sepanjang hidupnya.

Lincoln & Kennedy

Clinton & Bush

Nah, Lincoln ternyata mempunyai banyak persamaan dengan John F Kennedy .Presiden Amerika ini juga mengalami banyak peristiwa yang mirip dengan Lincoln. Ini dia fakta-fakta yang menjadi dalil dan justifikasi kepada kenyataan ini:

  1. Abraham Lincoln dilantik menjadi presiden pada tahun 1860.
    John F. Kennedy dilantik menjadi presiden pada tahun 1960.
  2. Kedua-duanya sangat mengambil berat tentang hak-hak kemanusiaan.
  3. Kedua-dua presiden ini ditembak hari Jumaat.
  4. Kedua-dua presiden ini ditembak di kepala.
  5. Setiausaha Lincoln bernama Kennedy .
    Setiausaha Kennedy bernama Lincoln .
  6. Kedua-dua isteri mereka kehilangan anak saat di Rumah Putih.
  7. Kedua-duanya dibunuh oleh orang dari daerah selatan.
  8. Kedua-duanya digantikan oleh orang selatan yang bernama Johnson.
  9. Andrew Johnson, yang menggantikan Lincoln , lahir tahun 1808.
    Lyndon Johnson, yang menggantikan Kennedy, lahir tahun 1908.
  10. John Wilkes Booth, yang membunuh Lincoln , lahir tahun 1839.
    Lee Harvey Oswald, yang membunuh Kennedy, lahir tahun 1939.
  11. Booth dan Oswald terbunuh sebelum diadili.
  12. Kedua-dua pembunuh terkenal mempunyai tiga namanya.
    Nama keduanya terdiri dari 15 huruf.
  13. Lincoln ditembak di teater bernama ‘Ford.’
    Kennedy ditembak di mobil dibuat oleh ‘Ford.’
  14. Lincoln ditembak di teater dan pembunuhnya bersembunyi di sebuah gudang.
    Kennedy ditembak dari sebuah gudang dan pembunuhnya bersembunyi di sebuah teater.
  15. Seminggu sebelum Lincoln ditembak, dia berada di Monroe , Maryland
    Seminggu sebelum Kennedy ditembak, dia bersama Marilyn Monroe.

November 14, 2008

Lima orang terkaya di dunia

Assalamualaikum..
Jom. Mengenali lima orang terkaya di dunia. Maklumat ini dikemaskini pada 11,Februari,2008. Kedudukan tidak termasuk ketua negara, Analisis dibuat berdasarkan jumlah pendapatan bersih dalam nilai matawang Dollar US.

Warren Buffet

Carlos Slim Helu'

Bill Gates

Lakshmi Mittal

Mukesh Ambani

No

Name

Net worth(USD)

Age

Citizenship

Source of wealth

1

Warren Buffett

$62.0 billion

78

United States

Berkshire Hathaway

2

Helú, Carlos SlimCarlos Slim Helú

$60.0 billion

68

Mexico

Telmex, América Móvil

3

Bill Gates

$58.0 billion

52

United States

Microsoft

4

Lakshmi Mittal

$45.0 billion

58

India

Arcelor Mittal

5

Mukesh Ambani

$43.0 billion

51

India

Reliance Industries

Di sini disenaraikan juga beberapa orang yang terkenal di asia tenggara yang termasuk dalam senarai 100 orang terkaya di dunia:

Sultan Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah

Aburizal Bakrie

Robert Kuok

No

Name

Net worth(USD)

Age

Citizenship

Source of wealth

24

Sultan Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah

$20.0 billion

62

Brunei

Brunei Shell Petroleum

96

Aburizal Bakrie

$9.2 billion

61

Indonesia

PT Lapindo Brantas

99

Robert Kuok

$9.0 billion

84

Malaysia

Perlis Plantations Bhd



November 07, 2008

Lambaian Kaabah

Assalamualaikum,

Alhamdulillah mak dan ayah saya baru sahaja berlepas ke tanah suci Mekah pagi tadi (10.15 pagi waktu Malaysia,7 November 2008) dari KLIA. Sebak juga rasa hati kerana tidak berkesempatan menemani mereka di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu tengah malam semalam sebelum berlepas terbang ke KLIA, tetapi rindu terubat juga kerana sempat berchatting menggunakan webcam dan mendengar suara mereka secara langsung melalui lap top. Kemeriahan di rumah dapat dirasa dengan kehadiran saudara mara yang ramai. Hati mula tersentuh bila melihat wajah mak dan ayah dekat skrin lap top dan mendengar suara yang penuh dengan penuh rasa kasih sayang dan nasihat sebelum mereka berangkat terbang ke tanah suci Mekah. Insyallah mereka akan pulang ke tanah air pada 22 Disember 2008. Sepupu sempat menghantar beberapa gambar yang sempat ditangkap sebelum waktu berlepas dari Kota Kinabalu.

Mak & Ayah bersama saudara mara kat rumah.

Wah! Yang hantar org nak naik haji pula posing maut. =)

Tak tau tengah tunggu ape gi tu.

Photogenik sungguh mak cik2 ku ngan sepupu2ku.

Ada barang tertinggal ke?

Kakak ku yang penuh bertanggungjawab.



November 05, 2008

Bebas vs Tindas

Assalamualaikum,

Insyallah pada ruang dan peluang ini, kita akan cuba menghurai dan merungkai dua kalimah yang seakan mirip pada sebutan tetapi berbeza pada pengkonotasian.

Imam Ghazali ada merakamkan, manusia pada fitrahnya di dunia ini akan mengejar empat perkara,iaitu kasih sayang, keamanan, keadilan dan kesempurnaan. Saya ingin mengikat keempat-empat kenyataan tersebut dengan maudu’(topik) kita pada kali ini, Bebas vs Tindas. Stigma kehidupan kita di pentas dunia ini diwarnai dengan kerencaman sifat dan tabiat manusia. Hakikatnya, kunci kepada kejayaan keempat-empat subjek itu adalah kebebasan dari pelbagai dimensi dan paksi kehidupan. Tetapi apa yang pelik dan jeliknya, masih terdapat manusia yang petah berkata kebebasan tetapi melatah melakukan penindasan.

“sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan”

As-Saff, Ayat 3.

‘Ditelan pahit, dibuang sayang’ , begitulah sedikit tasawwur tentang perasaan yang mendarah daging dalam hati ini. Seolah-olah kebebasan yang dilaung-laung selama ini, hanya pergi begitu sahaja ditiup angin. Kebebasan yang ingin kita sama-sama perhati dan teliti ini masih lagi berkisar tentang pilihanraya kampus, di negara kita ini. Mungkin inilah yang dikatakan Kebebasan Dalam Penindasan :

1. Istilah Pilihan Raya Kampus diarah ditukar kepada Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar. Istilah pilihan raya dikatakan adalah setanding dengan Pilihan Raya Umum dan bakal membangkitkan semangat juang mahasiswa.

Oleh itu kalimat ini wajar dihapuskan supaya mahasiswa tidak dapat merasa seperti suasana pilihan raya di luar kampus. Cukuplah dengan kalimat pemilihan, seperti memilih ketua kelas semasa sekolah rendah dan tadika sahaja.

2. Poster-poster calon hanya dikeluarkan HEP. Calon dilarang mencetak poster sendiri. Kreativiti calon tidak perlu dan dilarang. Cukuplah menunggu poster bersaiz A4 dari HEP. Adakah ini cara HEP membentuk kepimpinan dan kreativiti mahasiswa? Semua disediakan, mahasiswa dilayan seperti robot layaknya!

3. Perkataan 'mahasiswa' ditukar kepada 'pelajar' sahaja. Istilah mahasiswa boleh membangkit rasa 'self esteem' yang tinggi di kalangan mahasiswa.

Oleh itu semua universiti menggunakan nama 'Majlis Perwakilan Pelajar' bukan lagi 'Majlis Perwakilan Mahasiswa'.

Perbelanjaan yang besar untuk menganjurkan kursus calon dan jentera Aspirasi Kerajaan sebagai persiapan PRK.

Sebaliknya calon bukan Aspirasi Kerajaan dianaktirikan dan tiada langsung bajet untuk kursus calon apatah lagi untuk jentera mereka. Jelas sekali mahasiswa telah diperbodohkan. Apakah permainan padang yang tidak sama rata ini adil dan 'gentleman'?

4. Semua calon bukan Aspirasi Kerajaan tidak dibenarkan bertanding secara berkumpulan kerana ini akan membentuk kekuatan kepada mereka. Calon bukan Aspirasi hanya dibenarkan bertanding atas kapasiti individu. Begitulah "double standard" kepada mahasiswa bukan Aspirasi Kerajaan.

Sesungguhnya, perkara ini akan mendatangkan celaru dan keliru di kalangan ramai orang dan natijahnya persoalan-persoalan ini perlu dibincang untuk memahami kebejatan ini:

1. Mengapakah PRK tidak diadakan serentak pada tahun ini, sebaliknya dilanjutkan ke bulan Januari 2009? Umumnya, Akta Universiti dan Kolej Universiti jelas menyatakan, "Hendaklah jawatan Majlis Perwakilan Pelajar dipegang selama satu tahun sahaja."

Dalam kaedah tafsiran undang-undang perkataan "HENDAKLAH" membawa maksud mandatori. Tidak dapat tidak, tempoh perjawatan MPP dengan ini WAJIB berakhir apabila tempoh penggal merekacukup satu tahun.

Perkataan "HENDAKLAH" tidak boleh ditafsirkan secara bebas mengikut selera. Tafsiran sebegini hanya boleh dimungkinkan sekiranya ada proviso yang membenarkan kelonggaran peruntukan tersebut dan pemanjangan tempoh MPP dengan memberi kuasa kepada Naib Canselor atau pihak lain untuk membuat demikian.

Namun jawatan MPP dilanjutkan melebihi setahun iaitu Januari 2009.

2. Mengapakah perasaan takut dan bimbang dengan liputan media dan perhatian masyarakat terhadap PRK dan kebangkitan mahasiswa? Sepatutnya kita berbangga kerana mahasiswa menjadi perhatian dan tumpuan media dan rakyat.

Bukankah mahasiswa juga mempunyai hak untuk masyarakat mendengar suara mereka? Bukankah kita juga mahu mahasiswa mampu menjadi juru bicara ummah? Atau sebenarnya hanya ingin melahirkan 'mahasiswa itik gembol-gembol' tukang angguk-angguk dan tukang geleng-geleng?

3. Apakah visi dan misi kita sebenarnya dalam melahirkan mahasiswa yang berketrampilan dan mencapai tahap global? Apakah dirasakan polisi terbaru terutama melibatkan PRK ini bakal melahirkan mahasiswa yang mempunyai kemahiran insaniah seperti yang digembar-gemburkan selama ini?

4. Mengapakah restu diberi dan menggalakkan mahasiswa UiTM mengadakan demonstrasi bila Menteri Besar Selangor mencadangkan supaya sedikit kuota diberi kepada mahasiswa bukan bumiputera?

Ironinya, dalam masa sama mahasiswa dilarang mengadakan demonstrasi dalam isu-isu yang lebih relevan.

5. Mengapa begitu ditekan mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sedangkan mereka juga mempunyai hak dan pendirian untuk tidak menyokong calon Aspirasi Kerajaan?

Tentu kita masih ingat bagaimana pejabat MPP UIAM dikunci berbulan lamanya semata-mata kerana mereka tidak condong kepada Aspirasi Kerajaan. Berlaku adillah kepada semua mahasiswa. Janganlah peralatkan mahasiswa untuk kepentingan politik sempit sahaja.


Jelas, kalau beginilah bentuk peta politik yang cuba dilakar oleh arkitek politik kampungan, tidak syak dan was-was lagi, keanjalan untuk menegakkan impian untuk mencapai empat subjek yang dinukilkan diawal muqadimmah iaitu kasih sayang, keamanan, keadilan dan kesempurnaan seumpama ‘menegakkan benang yang basah’ disebabkan kebejatan sistem yang telah diprogramkan dan kerencatan kesedaran dikalangan golongan sasar.