
Alhamdulillah, satu lagi program tahunan mega Persatuan Siswazah Sabah (PSS), iaitu Islamic Summer Camp (ISC) 2011 baru sahaja melabuhkan tirainya. Pada tahun ini, ISC telah diberi nafas baru dengan memperkenal dan memperkenangkan bilangan batch ISC iaitu batch ke-5. Justeru, nama yang digunakan adalah ISC Generasi 5 (G5). Program ini telah diadakan pada 16-18 Disember 2011 bertempat di KK Adventure Park, Papar, Sabah. Antara pengisian dalam program...