Di Hadapan Rumah Mak Cik Zaharah bersama sahabat-sahabat.
Nampaknya dua minggu pertama selepas semester bermula, banyak kelompongan masa yang perlu digunakan dengan sebaiknya. Maklumlah, dua minggu pertama ada waktu add/drop subjek. Lab, tutorial dll belum bermula lagi. Waktu bertambah lapang dengan kehadiran cuti umum Tahun Baru Cina. Alhamdulillah, di celah kelapangan masa, sempat juga menyelitkan sedikit masa untuk menziarahi Mak Cik Zaharah. Siapa dia Mak Cik Zaharah? Adakah seorang doktot? Lawyer? Atau lecturer? Tidak! Tidak! Tidak! Mak Cik Zaharah bukanlah orang yang ternama dan terkenal. Namun dia adalah seorang yang banyak bekerja kuat dalam memastikan kehidupan saya dan sahabat-sahabat saya lebih baik dan teratur. Mak Cik Zaharah adalah seorang Cleaner rumah saya di UTP. Seorang yang sangat sopan dan lemah lembut. Ramah dan selalu mengukirkan senyuman. Setiap pagi selepas baru balik dari Masjid solat Subuh berjemaah dan membaca Al-Mathurat bersama sahabat, pasti kelibat Mak Cik Zaharah bersama seorang lagi rakannya akan kelihatan di tangga bangunan asrama berborak mesra.
Bila menjejakkan kaki ke rumah Mai Cik Zaharah, teringat kampung halaman di Sabah. Suasana tenang dan damai kampung ternyata mengundang kerinduan kepada keluarga di kampung. Apapun, saya ucapkan terima kasih kepada Mak Cik Zaharah atas kesudian menerima kehadiran kami. Insyaallah, lain masa kami akan menziarahi Mak Cik.
0 comments:
Post a Comment