Recent Posts

April 20, 2011

1 comments:

Salam,
Saya telah layangkan sedikit komen ditujukan kepada pihak pengurusan Proton dan YAB Tun Mahathir di akhbar The Star beberapa hari lalu berkenaan prestasi Proton. Kebanyakkan para pembaca lain amat kecewa dengan prestasi dan kualiti kereta-kereta Proton, setelah lebih 25 tahun beroperasi.Arah tuju Proton agak mengelirukan, dahulu dengan Mitsubishi, sekarang bekerjasama pula dengan Volkswagen.Pengurusan harus dengar baik-baik pandangan rakyat dan pengguna, yang rata-rata mahukan kenderaan yang tidak bermutu rendah, yang selalu dirundung dengan pelbagai masaalah dari sekecil-kecilnya seperti 'central locking' yang selalu rosak dan 'power window' bermasaalah sejak dari mula model Proton keluar 1985 dahulu, hinggalah ke sekarang ini.Mutu kerja juga rendah seperti contoh melibatkan kerja cat pada Proton Perdana yang baru keluar dari kilang.
Proton juga tidak kreatif dalam menghasilkan kepelbagaian jenis kenderaan seperti ute atau pick-up, kenderaan pacuan 4x4 dan kenderaan stationwagen, yang mana jenis kenderaan ini amat popular di salah satu pasaran eksport Proton seperti di Australia ini.Kenderaan pickup juga amat popular di Thailand. Pengguna Malaysia pasti rindu bagi menggunakan kenderaan stationwagon, yang amat jarang terdapat di pasaran Malaysia, seperti model AD Resort Nissan, zaman 90an dahulu.Amat memusykilkan jika setelah sekian lama beroperasi, para perancang Proton tidak peka dengan permintaan dan sensitiviti para pelanggan , contohnya seperti Australia ini yang mana lebih 1/3 kenderaan persendirian adalah kenderaan pacuan 4x4.Patutlah jualan model Proton di Australia ini amat lesu sekali, tiada anika pilihan dalam barisan kereta Proton.Sebagai seorang pengguna kenderaan di Australia inilah sentimen yang saya rasai mengenai citarasa para pengguna , setidak tidaknya bagi pasaran di sebelah Australiasia ini, (sama juga di New Zealand).
Satu lagi isu penting yang tidak diambil berat oleh Proton,iaitu Proton tidak memandang berat mengenai isu keselamatan, kebanyakan kenderaan hanya dijual dengan 1 atau dua beg udara sahaja. Lihat kenderaan model Kia dan Hyundai serta sebuah model kereta Suzuki dipasang di India, paling sedikit jumlah 'air bag' yand menjadi 'standard fitting' pada kenderaan mereka di sini ialah 4 buah dan banyak juga yang ada enam, juga dijual dengan harga berpatutan. Model kompak dari India tersebut mempunyai 6 'airbags' bersaing dengan model Proton Savvy yang hanya ada 2 atau 1, beg udara, kedua-duanya dijual sekitar Au$10,000 sahaja.
Diharapkan Dato' Seri Hj Syed Zainal Abidin dapat memberi sedikit perhatian terhadap komen-komen pembaca dan pengguna. Kepada YAB Tun Mahathir, jika boleh diminta Tun dapat menggunakan 'good office' beliau agar diturunkan harga Proton di Malaysia juga cukai bagi kenderaan import di Malaysia,(serta dikurangkan 'protectionism' keatas Proton) agar rakyat biasa dapat meluaskan pilihan mereka agar mampu bagi membeli kenderan import selain hanya terikat dengan kenderaan Proton sahaja, jika diambil kira dari segi harga.Kami mahukan keperbagaian, 'choices'.Jika betul Proton berdaya saing dipersada antarabangsa, jangan menggunakan 'tongkat' pemberian kerajaan.30 tahun dahulu Hyundai amat dihina dan diperlekehkan produk-produk mereka,namun sekarang mereka 'on par dengan jenama Eropah, meninggalkan Proton jauh kebelakang.Bila lagi Proton akan membuat kenderaan 'rakyat' sebenar, berharga RM18,000, seperti Proton Saga yang baru-baru keluar 1985 dahulu, tanpa mengkompromikan kualiti dan keselamatan.
Wassalam,
westaussiemalay