Recent Posts

November 19, 2012

Usrah Bersama KRU Putatan 19.11.12

"Bang, bila program lagi? Boring betul di rumah nie. Rasa kosong ja tiada program nie." Baru sahaja satu hari Qiamullail Perdana berlalu sudah terima panggilan dari adik-adik KRU Putatan. Alhamdulillah, nampaknya, bila rasa kosong, program kerohanian juga menjadi pilihan untuk mengisi kelompongan masa lapang yang ada. 

Teringat satu hak muslim, bila diminta untuk menyampaikan nasihat kepadanya, maka sampaikanlah. Maka, aku pun memutuskan untuk adakan usrah pada malam itu. Walaupun perancangannya kuran 5 jam, namu Alhamdulillah, kehadiran sangat memberangsangkan. Disiplin yang tinggi di kalangan ahli usrah menaikkan lagi semangat si sang Naqib untuk berkongsi ilmu.

Tajuk pada malam itu ada pengenalan Usrah sahaja. Namun, kupasan dan perbincangan yang menarik di kalangan ahli usrah.

0 comments: