Recent Posts

September 27, 2008

Selamat Hari Raya Aidilfitri












Assalamualaikum..


Pertama dan selamanya.. syukur alhamdulillah, kerana ketibaan Syawal yang bakal tiba ini bukan sahaja membuka lembaran baru kepada keimanan diri ini tetapi mencetuskan pemikiran baru kepada cetusan-cetusan saya selepas ini iaitu dengan penerbitan blog ini sebagai satu channel dan prospek kepada idea-idea bernas anak muda.

Insyaallah, kita akan menggunakan apa juga kapasiti yang ada untuk kita berbincang dan merancang tentang isu-isu yang difikirkan perlu untuk kebaikan bersama. Kita seharusnya sedar anak muda seharusnya menjadi satu entiti yang bukan sahaja menjadi pencetus dan pemikir idea-idea baru, malah menjadi pelaksana kepada agenda-agenda yang telah dicanangkan.

Bila kita menyelak kembali susur galur sirah perjuangan Rasulullah, baginda didokong dan disokong oleh golongan pemuda. Golongan inilah yang mengubah dan mencipta landskap kehidupan yang lebih baik kalau dibandingkan dengan moralis kehidupan sebelumnya yang terbalik. Usamah bin Zaid, Ali bin Abi Talib, Abdullah bin Abbas dan banyak lagi antara nama-nama pemuda di zaman Rasulullah yang berjaya mengukir nama yang seharusnya kita sebagai golongan muda teladani.

Insyaallah, marilah sama-sama kita menampal segala kelompongan yang ada dalam diri remaja zaman sekarang. Jangan sampai ianya menjadi lompong, nanah, kurap dan kudis baru kita tersentak terkapai-kapai mencari penawarnya.

Akhir sekali saya nak mengucapkan
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI ,
MAAF ZAHIR BATIN.

0 comments: