Recent Posts

June 26, 2011

Ada Apa Dengan Pilihanraya Kampus (PRK) UTP?? Siri III

Oleh : Hasmadi Hasbi

Ada Apa Dengan Pilihanraya Kampus (PRK) UTP?? Siri III

Pada tahun 2010, seakan sudah menjadi trend, akan ada calon dari pelajar tahun akhir yang bertanding untuk kerusi umum. Saingan pada tahun 2010 dilihat menarik kerana buat pertama kalinya, seorang calon non-Malaysian masuk ke gelanggang untuk bersaing dengan enam (6) calon Malaysian yang lain untuk merebut lima kerusi Majlis Tertinggi MPP UTP. Namun padah menimpanya apabila beliau gagal untuk mengatasi populariti calon-calon jenama Malaysia. Bagi kerusi program, seperti biasa menang tanpa bertanding.

Walaupun beliau dilihat calon yang agak kredibel dari segi pengalaman dan pengetahuannya, namun, mungkin ianya belum dapat meruntuhkan tembok kenegaraan di kalangan minda pengundi kampus. Natijah PRK UTP 2010 sekali lagi melambungkan calon pelajar tahun akhir sebagai Presiden MPP UTP. Apa-apapun disebabkan lambakan peristiwa sepanjang bulan PRK seperti NGC, Music Pursuit, Convofair dan ditambah lagi dengan kesibukan akademik mencartakan PRK UTP pada tahun 2010 antara PRK yang hambar.

Secara analitikalnya, faktor calon memainkan peranan yang sangat penting dalam mencaturkan perjalanan sesuatu PRK. Namun, sedar tak sedar, sebenarnya, kekosongan Kerusi Umum lebih mengiur dan menggoda calon-calon yang hendak bertanding. Natijahnya, kerusi program hanya dipandang sepi dan seringkali sunyi dari sambaran politikus kampus. Faktor lain, seperti pemilihan waktu yang sesuai juga amat perlu supaya fokus pelajar tidak lari dari terarah kepada PRK. Ianya sedikit sebanyak akan menentukan kekuatan gravitinya untuk menarik pengundi melangsaikan tanggungjawab mereka menentukan siapakah yang layak ditauliahkan sebagai yang mengisi takhta tertinggi dalam organisasi mahasiswa kampus.

-TAMAT-

5 comments:

Sebabnya? Orang tak nampak akan kepentingan ataupun pengaruh programme constituency ni dalam MPPUTP. Ataupun tak tau macam mana nak gunakan peluang yang ada utk kebaikan program masing2. Macam saya sendiri pun, tak tau apa benefit yang program BIS boleh dapat daripada MPPUTP?

Atau, adakah kerusi program ney diwujudkan hanya sekadar perhiasan yang menyemak MPP, yang akan mengaburi mata pelajar yg kononnya, MPP diwakili dr pelbagai course??

MPP perlu tekankan isu ni kepada management. cadangkan apa-apa insentif/advantage kerusi program ni buat student program trsebut.

to anonymous1:

sampah kan blh dikitar semula..
yg buat jd sampah tu siapa lagi kalau bukan kita..
jadi,siapa lagi yg nk kitar semula sampah tu kalau bukan kita..kan2??

huhu