Assalamualaikum...
Biarlah kerangka post saya kali ini, dimulakan dengan permohonan maaf dari hati kecil saya, kerana pemilihan tajuk post kali ini, yang mungkin sedikit kasar bunyinya, tetapi saya ingin meletakkan pengkonotasian tajuk ini pada premis yang lebih tepat dahulu. Saya ingin menjuzukkan tajuk ini berkenaan segolongan manusia yang merasa lebih senang menjadi hidupan parasit kepada hidupan orang lain. Hidupnya menumpang kesenangan orang lain, bahkan menyusahkan kehidupan orang lain pula.
Siapa yang tidak mahukan kejayaan? Satu pendustaan yang besar siapa yang mengatakan tidak mahu kejayaan. Walau sedikit dan sediskrit manapun kejayaan itu, memberi satu bentuk kepuasan terhadap seseorang. Sebenarnya, post ini sebagai satu unjuran terhadap enigma yang setelah sekian lama berkampung dalam daerah pemikiran saya. Secara konseptualnya, ianya berkenaan dengan sifat segelintir manusia yang suka berhibernasi dalam hidupnya. Lesu ,lembap, tidak bermaya bagaikan tidak diberi makan sebulan. Suka bergantung dengan usaha orang lain untuk mencapai matlamatnya bagaikan monyet-monyet di hutan yang bergayut dari satu dahan ke dahan yang lain untuk pergi ke destinasinya.
Memang fitrah manusia mengharapkan pertolongan orang lain, tapi tidaklah sampai pertolongan itu tiba dalam keadaan kita hanya berpeluk tubuh, bergoyang kaki dan berpangku tangan. Saya ingin mengikat subjek perbincangan ini dengan beberapa contoh kehidupan orang lain , Nelson Mandela seumpamanya, nama seorang pemimpin yang gah namanya di mata dunia. Walau hampir 27 tahun hidupnya dihabiskan di dalam jeriji besi yang kecil, tetapi mempunyai semangat dan personaliti yang besar di mata masyarakat."..pernah dikencing dan diludahi di kepalanya oleh penjaga penjara tersebut.." Siapa sangka seorang yang pernah dianggap perderhaka, dilayan hina di dalam penjara sehingga pernah beliau digantung dengan keadaan kepala di bawah, kaki di atas bahkan pernah dikencing dan diludahi di kepalanya oleh penjaga penjara tersebut, namun pengalamannya itu menjadi minyak tanah yang membakar semangatnya untuk terus menentang amalan Apartheid di Afrika Selatan dan diangkat menjadi Presiden Afrika Selatan pada tahun 1994. Dan dengan sifatnya yang hebat, beliau telah menjemput penjaga penjara yang pernah melayannya dengan hina sebagai tetamu terhormat dalam majlis perlantikkannya sebagai Presiden. Beliau berkata kepada orang itu 'Terima kasih,perlakuan anda beberapa tahun silam telah menguatkan saya memenangkan perjuangan ini' .
Ianya membayangkan betapa kejayaan mereka bukanlah datang dengan hantaran dulang emas melalui laluan kapet merah dan kepada kita yang duduk diatas kerusi bertahtakan berlian dan permata. Tetapi kita sendiri yang perlu melalui sungai kepayahan, yang di dasarnya duri-duri cubaan dan dugaan, dan ditenggelami dengan arus kesempitan. Panahan cabaran itu pasti akan datang dari seantero sudut dan dimensi. BAWAH, ATAS, KIRI, KANAN, DEPAN, BELAKANG, UTARA, SELATAN, TIMUR, BARAT, LUAR & DALAM sekalipun kita kena bersedia untuk segala kemungkinan. Janganlah dengan sewenang-wenangnya, kita menswastakan segalanya-galanya di atas bahu orang lain. Seperkara lagi, biarlah kita mengucapkan 'terima kasih' dan penghargaan atas pertolongan mereka walau sekecil-kecil dan sekerdil-kerdil perkara hinggalah sebesar-besar perkara.
Insyaallah, siapa mahu berjaya, dialah kena usaha. Siapa yang bersungguh-sungguh, dialah yang akan dapat. Kejayaan perlu dicari, bukan dinanti. NOKTAH.
Atas meja study,
Isnin, 9 Mac 2009,
3.21am.

'Dan barangsiapa mengkehendaki kehidupan akhirat dan berusaha ke arah itu dengan bersungguh-sungguh, sedangkan ia beriman, maka mereka itulah orang yang usahanya dibalas dengan baik'
Surah Al-Isra', Ayat 19
Insyaallah, siapa mahu berjaya, dialah kena usaha. Siapa yang bersungguh-sungguh, dialah yang akan dapat. Kejayaan perlu dicari, bukan dinanti. NOKTAH.
Atas meja study,
Isnin, 9 Mac 2009,
3.21am.
10 comments:
btol2.....aq anti btol ngan parasit2 nie......teringat plak zaman skool , klu ada kerja group...dorang2 la nie yg selalu bikin semak je group tu....just jd tunggul klu x pown jd diktator....tp habuk pown x dar....hahahahaha
Salam, tue la sy maksdkan, x salah kalau nak mintak tolong, cuma berusaha la jg sket, jgn ingat semua kerja mo cpat dan senang mcm Mee Segera.. Lagi satu sikap x berterima kasih dgn bantuan yg org bg.. Bila siap je, trus lupe mcm xda pape..
btol2.....aq sengal btol klu org yg x pandai say TQ nie....hehehe
Tapi jgnlah kita benci gol nie, mungkin disebabkan kejahilan diorg, diorg jd begitu, kita sama2 doakan semoga diorg berubah dan kt berdoa, semoga kita tidak termasuk dlm gol nie..
x benci....cuma sengal je...heheheh
kita membenci.benci pada sikap..bukan pada tuan kepada sikap..
imam al-ghazali sarankan kita melihat kepada keadaan alam sekeliling kita, lalu membuat penilaian dan timbang tara..melihat apa perkara yang tiada pada kita tetapi baik, dan perkara yang ada pada kita tetapi buruk...
demikian, Allah menciptakan manusia dengan macam2 bentuk pemikiran,..supaya kita saling lengkap-melengkapkan...dalam penilaian kita tidak semestinya betul, tapi dalam kesilapan juga kita tidak semestinya salah...kerana itu, pokok pangkal utama akn kmbali kpd Allah..kerana yang menilai dan melihat hati kita, hanya DIa...
maka, dalam membasmi 'parasit' ni...doa kena kuat tuan2...camne nak doa kuat?
amal kena mantaplah beb...
hehe..
DEFINE AMAL?
Betol tue, kesilapa bukanlah utk kita benci, tetapi utk kt insafi, nak share 1 g, salah satu sifat seorg muslim yang telah digarisbawahkan oleh As-Syahid Imam Hassan Al-Banna, ialah Bermanfaat Kpd Org Lain(Nafiun Lighoirihi). Insyallah jdlah kita seorg yang berguna dan bermakna bk shj kpd dr kt, tp kpd orang d sekeliling kt..
Salam Muhasabah.
Atas meja IRC,UTP,
10.58am
19,Mac,2009
yup2....sebagimana hati nabi s.a.w..diibaratkan umpama 7 lautn yang luas...bermanfaat kepada semua..itulah yang perlu kita usahakan insyaAllah...
DEFINE HATI? hehe...
nak cuti dah...
kim salam family abg ek..
lau abg tak balik, nk ke fik sampaikan salam kat family? heheh
sangt2 stuju
klu nak bejaya, mmg kene buat sumthg dif
yg parasit ni
xtau pasal istilah from nobody to sumbody
sape2 pon ley bjaya
asalkan...keinginan tu ada
Salam & smile..
Wah Joe, sahabat lama ku.. Apa khabar skrng..? he3..
Post a Comment