Recent Posts

May 30, 2009

Dari Lensa Mata...

Gambar dari kiri : (a) Pemandangan bilikku setelah 1 hari dikemas. (b) Dompet ,handphone dan Kamera Digital baruku.

Assalamualaikum,

Wah!! Bahagianya hidup dapat bersama keluarga tercinta di waktu cuti semester ni. Dapat makan di luar bersama-sama, dapat keluar membeli-belah dan banyak lagi. Ternyata kepulanganku mempamerkan sedikit kelainan dalam format dan susunatur rumahku ditambah lagi dengan sedikit komestik tambahan dalam perabot dalam dan luar rumahku. Abangku dengan kereta 'Honda' barunya yang seringkali mencuri perhatianku."Ketaksubanku bertambah apabila ayahku menggantikan almari usang di bilikku dengan satu almari baru yang telah lama ku idam-idamkan." Adikku yang acapkali terpacak di depan kelengkapan 'Home theater' tajaan kakakku yang sering membingitkan telingaku dengan tayangan-tanyangan 'Movie' aksi hebat. Kakak dan Bapaku yang gian menekan punat handphone baru mereka model Nokia E71 seolah-olah memanggil-manggilku untuk melihat apa yang menarik di hanphone mereka itu. Aku juga terhibur dengan telatah keenam-enam anak kucing yang dah besar tapi masih nakal. Ketaksubanku bertambah apabila ayahku menggantikan almari usang di bilikku dengan satu almari baru yang telah lama ku idam-idamkan. Lantas aku mengorientasikan aset-asetku di setiap penjuru almari itu. Namun, ternyata ruang almari itu terlalu besar dan masih banyak ruang yang perlu aku tampung untuk memenuhkannya.


Gambar dari kiri : (a) Ruang tamu yang dilengkapi dengan Home Theatre. (b)Handphone baru Nokia E71 kepunyaan kakakku.

Amplitud kegembiraanku terus melonjak naik setelah ayahku mengumumkan nawaitunya "..nostalgiaku terimbau dengan kenangan-kenangan lalu, melihat 'lanyard-lanyard' program yang pernah ku sertai.."untuk membesarkan sedikit rumah kami. Hari pertama dan kedua kepulanganku, ku habiskan dengan mengemas dan membersihkan bilikku yang berhabuk dan tidak teratur. Sedang aku menyelongkar kotak-kotak lama, nostalgiaku terimbau dengan kenangan-kenangan lalu, melihat 'lanyard-lanyard' program yang pernah ku sertai, berpuluh-puluh keping banyaknya, gambar-gambar yang mengarang seribu penceritaan suasana, dan cenderakenangan yang sempat ku bawa balik dari tempat-tempat yang pernah ku lawati merakamkan beribu cerita.


Gambar dari kiri : (a)Sebahagian koleksi lanyard Madi. (b)Post bersama kereta Honda abang.

Setelah segalanya telah langsai, bibit-bibit kebosanan mula menempah ruang masa hidupku. Aku membuka laptopku, dan mula mencari website-website yang dapat mengisi kelompongan masaku ini. Tetiba tanganku tergerak untuk memeriksa baki duit dalam akaun CIMB ku."..paparan baki duitku dalam akaun terpancar di dada skrin laptopku. Yeah!!! Duit sponsor dah masuk.!! Yeah!! Tetiba hatiku berbisik, apa yang ingin ku gunakan dengan duit ini??" Dengan sekali tekan butang tetikus, paparan baki duitku dalam akaun terpancar di dada skrin laptopku. Yeah!!! Duit sponsor dah masuk.!! Yeah!! Tetiba hatiku berbisik, apa yang ingin ku gunakan dengan duit ini?? Satu persatu pilihan jawapan muncul dalam kotak fikiranku, dan hasilnya, lihatlah, dua tiga hari berturut-turut kelibatku hanya dapat dijejak di pusat-pusat membeli-belah dan berbakul-bakul benda ku beli. Kamera Baru model Sony DSC-S980 12.1 megapixels, dompet baru, dan bermacam-macam lagi benda aku beli termasuk beberapa perkakas laptopku telah menyebabkan digit baki dalam akaun bankku berkurangan. Tapi wang yang hangus digunakan untuk membeli barang-barang tersebut terbayar dengan kepuasan hati.


Gambar dari kiri : (a) Si comel yang nakal. (b) Bergambar sebelum keluar ke bandar membeli-belah bersama kakak.

Rutin hidupku iaitu membaca Al-Quran selepas Maghrib terus memenuhkan diari hidupku, bacaanku bermula dari Surah Ali-Imran ayat 10. Sedang perjalanan bacaanku baru bermula, tetiba bacaanku terhenti ketika membaca ayat ke 14. Ku ulangi dan amati, seperti biasa ku dengar ayat itu, dan setelah mengingati dan menghayati, Sah!! ayat ini pernah ku hafal kerana ada kesan contengan pada ayat ke-14 itu dan sering ku dengar dalam sesi-sesi tazkirah yang pernah ku hadiri. Surah Ali-Imran, ayat 14.


Gambar : Ali-Imran, Ayat 14

Tetiba seolah-olah aku tersentak dari mimpi sedarku. Seolah-olah terjahan ayat ini cukup mengejutkan aku dari permainan hidup yang nan indah."Aku terus sujud syukur dan mengucapkan hamdalah banyak-banyak.." Ayat ini cukup menjadi 'Alarm' kepada hidupku agar tidak terpesona dengan keindahan dunia yang bersifat temporari dan sementara. Aku terus memandang sekeliling dan terintai kamera, dompet , handphone dan barang-barang kepunyaan ku yang lain. Aku terus sujud syukur dan mengucapkan hamdalah banyak-banyak kerana hatiku berbisik, dalam banyak-banyak manusia di rumah ini, Allah membenarkan aku untuk mendapat muhasabah dan motivasi daripada ayat-ayat Allah yang Maha Agung.

Sahabat-sahabat sekalian
Sentiasalah kita meng'audit' dan meng'edit' diri kita, dan berpandukan peta hidup yang telah diterangkan dalam Al-Quran dan Hadith agar pencarian keredhaan Allah akan tercapai.

Salam Mahabbah..

Hasmadi bin Hasbi
Bilik kesayangan, Putatan, Kota Kinabalu, Sabah.
3.11pm
31,Mei,2009