Recent Posts

June 04, 2009

Spektrum Politik Baru..


Assalamualaikum..

Nampaknya, perasaan skeptikal terus mendakwat dalam hati saya untuk membincangkan satu lagi terminologi yang akan memberi satu dogma di era globalisasi ini. Entri ini hanyalah satu pandangan tentang satu penjuru kehidupan yang sifatnya dominan dalam mencorak landskap kehidupan manusia madani dan ketamadunan iaitu polarisasi politik lama dan baru.

Pertamanya, kita perlu sedar yang kita sedang berada di abad ke-21. Sudah tentu DNA kehidupan turut berubah seiring dengan peredaran masa. Pengurusan ekonomi, penyusunan demografi penduduk dan tidak ketinggalan spektrum politik yang memerlukan sedikit pembugaran dan nafas baru dalam pemacuannya.

Abad ke-21 adalah abad keintelektualan dan abad pluralisme. Pluralisme adalah satu fahaman bahawa semua hal ehwal yang bersifatkan singular dan individualistik akan gagal.Pluralisme adalah satu fahaman bahawa semua hal ehwal yang bersifatkan singular dan individualistik akan gagal. Para pengkaji futuristik menjangkakan akan berlaku satu kecemperaan yang amat ajaib dan luarbiasa tidak kira dalam sektor politik, ekonomi mahupun sosial dengan bekalan air , dan tenaga buruh yang tidak mencukupi serta kecelaruan ekonomi pada tahun 2012. Dari segi intipati kepada kajian ini menunjukkan bahawa kita perlu kembali kepada politik graviti yang sebenar. Yang dikatakan politik graviti ini ialah, segala dasar-dasar yang dibuat di peringkat langit pimpinan hendaklah membumi ke rakyat dahulu untuk mendapatkan maklumbalas sebelum ianya digazetkan sebagai satu dasar yang sah."...golongan majoriti ianya merujuk kepada rakyat dan bukanlah perwakilan dalam parti." Dalam konteks pimpinan tertinggi sesebuah negara pula, mereka hendaklah dipilih oleh golongan majoriti dan bukanlah golongan minoriti walaupun diangkat oleh sebuah parti yang mendominasi politik sesebuah negara. Sudah tentu bila menyebut golongan majoriti ianya merujuk kepada rakyat dan bukanlah perwakilan dalam parti. Apa yang mencanggungkan saya, format politik yang di amalkan di Malaysia sekarang ini, lebih memihak kepada ahli politik, parti politik dan bukannya masyarakat. Kelemahan sistem ini adalah, apabila berlaku krisis dalam parti yang memerintah itu, ianya akan memberi kebejatan dalam pentadbiran negara.

Kalau kita ingin membuat transisi dalam politik negara kita, perlunya ada kesediaan dari ahli politik itu sendiri untuk mengangkat profesor-profesor ekonomi untuk menyandang jawatan menteri kewangan ,"Kita tidak boleh lagi hidup dalam politik feudal yang mana pemimpin dipilih oleh golongan minoriti." tokoh-tokoh NGO alam sekitar menjadi Menteri Alam Sekitar contohnya, barulah kita dapat mencapai satu politik yang bersifat jauhari dan budiman. Resipi kepada politik jauhari dan budiman ini adalah satu politik yang muhibbah, kebersamaan, kesaksamaan dan sangat jernih dari semua kawanan parti politik. Kita tidak boleh lagi hidup dalam politik feudal yang mana pemimpin dipilih oleh golongan minoriti. Kita perlu belajar daripada negara-negara lain seperti Iraq runtuh kerana mengamalkan sistem ini.

Kita perlu berani berubah untuk meninggalkan politik primitif yang setelah sekian lama kita amalkan. Saya minta maaf dalam hal ini, tetapi kita mengambil pengajaran daripada negara-negara maju seperti Israel, walaupun Kadima iaitu parti yang mendapat majoriti dalam parlimen, tetapi mereka berhati besar mengangkat Benjamin Netanyahu dari parti Likud yang tidak mendapat majoriti untuk menjadi Presiden Israel dan akhirnya lahirlah sebuah negara kecil yang hebat. Mereka kuat kerana mereka mengamalkan perpaduan.

Saya secara peribadi, sedikit bersetuju dengan cadangan Tuan Guru Hadi Abdul Awang, Presiden PAS yang mencadangkan dalam parlimen supaya sudah sampai masanya untuk kita wujudkan sebuah kerajaan perpaduan. Prinsipnya, pemilihan pemimpin tertinggi itu bukan berdasarkan parti yang mendominasi, tetapi pemimpin yang mendapat restu daripada rakyat. Hatta, kalau ada golongan akademik yang berkelayakan, golongan ulama yang mampu mentadbir pun tidak ada masalah untuk diangkat menjadi Perdana Menteri. Austria, Belanda, Iran dan United Kingdom telah mengamal dan membuktikannya, dan ternyata negara-negara ini muncul sebagai negara gergasi yang hebat. Namun, cadangan itu perlu diamati lagi kerana mendapat bantahan daripada pimpinan Pakatan Rakyat sendiri.

"sedangkan buat jarum pun tak mampu, inikan pula mencari kemerdekaan".

Saya juga ingin menderukan pandangan tentang bagaimana pemikiran masyarakat kini dalam pemilihan pemimpin mereka. Pada pandangan saya, golongan pemuda yang berumur 21-40 tahun secara umumnya membuang undi bukan berdasarkan parti tetapi berdasarkan kehebatan tokoh. Mereka menilai kredibiliti dan juga karisma seseorang tokoh itu. Kaum pemuda merupakan 'Desicion Group' dalam konteks politik Malaysia dan global khususnya. Sebenarnya politik baru ini bukanlah perkara baru dalam negara kita, sebelum kemerdekaan Tanah Melayu pun wujud situasi di mana tentangan di antara golongan muda dan juga golongan tua. Angin dari Timur Tengah membawa semangat patriotisme, memperjuangkan kemerdekaan dan kebebasan tanahair kepada golongan muda. Namun ianya ditentang oleh golongan tua yang bersikap pesimis hingga mereka dengan sinis mengatakan 'sedangkan buat jarum pun tak mampu, inikan pula mencari kemerdekaan'. Namun akhirnya, segalanya terbukti, kemerdekaan dicapai namun cabarannya sekarang bagaimana pula kita hendak mengisi kemerdekaan ini mengikut acuan agama dan nilai-nilai ketimuran itu sendiri.

Kaum pemuda seramai lebih kurang 14 juta di negara ini seharusnya bangun khususnya dari golongan akademik dan intelek untuk kita sama-sama merombak ganti semula sistem-sistem di negara ini yang membantut dan membejat pemikiran kita dan yang paling penting demi survival bangsa Malaysia dan Agama Islam. Berdasarkan kajian saya, pasca PRU ke-12 menyaksikan bertambahnya muka-muka baru dari kalangan pemuda menghiasi ruang kerusi di parlimen Malaysia."...inilah bahana politik 'fear' yang didoktrinkan oleh kerajaan sehingga memandulkan golongan remaja." Berbanding sekitar tahun 1980-an dan 1990-an yang hanya diduduki oleh pemimpin veteren yang sama. Pada anggapan saja, inilah bahana politik 'fear' yang didoktrinkan oleh kerajaan sehingga memandulkan golongan remaja. Setelah sekian lama merindui muka-muka muda yang baru menjadi representatif masyarakat berpatisipasi dalam parlimen, akhirnya terubat juga dengan kedengaran suara-suara lantang berhujah di parlimen yang bukan sahaja membawa aspirasi orang muda tetapi masyarakat madani secara holistiknya.

Pada pengamatan saya, kebanyakkan pemimpin hebat yang lahir masakini adalah generasi yang hidup di era 1970-an, dan pemimpin yang hidup di zaman 1980an dan 1990an seolah-olah mati dalam hidup."...ini menyebabkan mahasiswa seolah-olah ditempurung dan diajar dengan definisi-definisi yang sangat sempit dan terbatas sehingga tidak dapat mencernakan segala teori yang ditelaah dalam situasi masyarakat yang sebenar." Pertamanya, dengan pengenalan dasar-dasar seperti Dasar Pelajaran Tun Razak yang memberi sedikit ruang kepada mahasiswa untuk membina jatidiri mereka sebenar. Tetapi selepas itu, dengan pengenalan AUKU yang diperkenalkan pada 27,April,1971 dengan pindaan pada tahun 1975 dan 1995 yang menghalang penglibatan pelajar dalam parti politik dan kesatuan sekerja serta menghalang penggabungan di antara badan-badan pelajar. Perkara ini menyebabkan mahasiswa seolah-olah ditempurung dan diajar dengan definisi-definisi yang sangat sempit dan terbatas sehingga tidak dapat mencernakan segala teori yang ditelaah dalam situasi masyarakat yang sebenar.

Pengenalan dasar-dasar lain seperti Dasar Penswastaan 1983 dan Dasar Pandang ke Timur menyebabkan kerajaan hilang fokus dalam membangunkan modal insan yang sebenarnya menjadi aset utama negara yang perlu dianakemaskan supaya pelaburan hari ini dapat dibayar di hari esok.

Saya secara peribadi sangat meminati aura yang dibawa oleh pemimpin yang kehadirannya bagaikan selebriti iaitu Barrack Obama. Kemeriahan pemasyhurannya sebagai Presiden Amerika dihadiri sehingga 13 juta orang yang tidak pernah berlaku dalam sejarah presiden-presiden sebelum ini yang secara purata seramai sejuta orang sahaja, dan seorang yang menyebabkan seluruh masyarakat dunia seolah-olah histeria menyambut kewujudannya terlabel dalam peta politik dunia. Cara beliau berjalan, penampilan berpakaiannya, cara beliau bercakap, penyusun tona kata dalam ucapannya, cara berbeliau berfikir, di tambah lagi dengan latarbelakangnya yang pernah tinggal, menelaah dan mentarbiyyah diri di bumi asia untuk beberapa lama seperti di Indonesia yang tidak pernah dilatari oleh presiden-presiden sebelum ini. Tambahan lagi beliau dari golongan yang berkulit hitam yang sebelum dianggap golongan picisan dan dilayan seperti hamba abdi yang pernah dihumban dalam Sungai Missisippi beramai-ramai tetapi hari ini, muncul representatif dari legasi ini. Obama yang berumur 47 tahun semasa beliau ditabalkan sebagai presiden Amerika juga menjadi representatif golongan pemuda yang membawa aspirasi untuk melihat dunia ini lebih aman selepas ini.

Akhirnya, kita perlu sedar, masih terlalu banyak vakum atau ruang kosong yang perlu kita isi dalam sistem kehidupan bernegara kita. Belajar dari sejarah, kerana sejarah tidak akan berbohong dan menipu, dan kalau masa depan mengiyakan insyallah dengan rahmat tuhan, negara yang berada di trek yang betul dan berada di atas landasan keredhaan Allah itu dapat kita dirikan.

"Kalau nak mandi yang pertama di pantai,
Yang kedua barulah di teluk,
Kalau nak cari pemimpin yang pertama biarlah pandai,
Yang kedua biarlah elok."

Salam

Hasmadi bin Hasbi
5,Jun,2009
4.50pm
Meja Tulis Rumah,Putatan,
Kota Kinabalu, Sabah.

8 comments:

salam.....balik sabah dah ke???
bila nak lawat kml.....heheheehe....
o ya....tanggal 13 nie pilihan raya utk jpp.....skrg tgh bengang camna nak fikir manifesto yg sesuai dgn situasi kml skrg nie....
salam ukhwah~ azlan

Salam,owh, insyallah,kalau ada masa ingat nak p KML jg. Teringat time nak bg manifesto dl, ape2 pun gud luck utk calon2 jpp semua. Gunakanlah apa juga ruang yang ada utk bela kebajikan pelajar. 'Kebebasan Perlu Hadir dgn Tanggungjawab'

Owh, 'Kebebasan Perlu Hadir dgn Tanggungjawab' maknanya, Kebebasan maknanya, kita bebas utk bt apa saja, klu mcm Azlan, klu Azlan nak jd JPP, ruang terbuka luas utk Azlan, tapi ia perlu hadir dgn Tanggungjawab, b'coz, ini soal amanah, klu org dh beri kepercayaan kpd kt, tanggungjawab i2lah yang membyr kepercayaan org kpd kt.

salam....

nak tanya ckit.....time abg dulu dorang choose ydp ikut undian ttinggi time election or through meeting antara 20 tu???

then nak tanya.....apa cabaran2 jd ydp nie???

Salam, sy jd YDP by undian antr 20 yg t'tinggi.Regarding cabaran2 menjadi YDP pla... Bnyk gak, YDP nie bagaikan wajah kpd JPP. org akan melihat YDP dahulu br yg len, klu buruk YDP, buruklah JPP, kalau ok, br diorg nilai yg len pla.. That y, YDP should be different from others, kne ade karisma dan kredibiliti dlm semua aspek. Akademik, pergaulan antara org2 atasan dan pelajar2, sahsiah, seimbang dr segi ibadah. Cabaran akademik sdh ten2, memang kna bnyk menguruskan masa. Masa lebih bnyk kpd pelajar berbanding peribadi, tp i2 bukanlah alasan utk tidak perform dlm academc.Sbb kecemerlangan dlm academic pun salah 1 qudwah jg. Tentangan dr management 1 lagi, diorg kengkadang payah nak menerima pandangan dan cadangan kita, kne marah teruk oleh org atasan tue perkr biasala. Cabaran dalaman JPP pun perkara yang sgt pyh utk dielak.. Ahli JPP sendiri yang tdk komited dgn tanggungjawab msng2.. Celahan dr rakan2, pendek kata, cabarannya dari setiap arah, tdk kira umur,agama, bangsa, pangkat dan asal.

This comment has been removed by the author.

btol2.....actually next week baru kami meeting.....tp blom apa2 ramai dah dgr suara2 sumbang kata jpp mcm nie la, mcm tu la.....

then satu lagi nak tanaya pandangan....camna nak berdepan ngan student2 xPDT nie???....iyala coz umur dorang semua lebih tua dari saya.......

Xpdt.. hmm btol. tyme kmi xda pdt g. psl suara2 kritikan tue biasalah.. just prove to them yg JPP nie is not useless.. make them depend to JPP.. bring their voice to management.. for me in this context, communication is very2 important, whatever JPP did suppose tell to stdnts using all medium possible, so, from that, they will respect JPP gradually.. dun against them, but win their hearts.. via ur attitude and achievement..