Recent Posts

June 16, 2009

Wajarkah Chin Peng kembali ke Malaysia?

Assalamualaikum,

Sudah lama rasanya tidak mencernakan pemikiran dalam blog nie, asyik dengan rakaman-rakaman video dan sajian gambar-gambar sahaja. Setelah mencari apakah tajuk yang ingin dicelotehkan pula dalam post kali ini, akhirnya, saya teringat dengan satu figura yang sejak kebelakangan ini menjadi bahan bualan di bibiran mulut marhaen terutama di kalangan rakyat Malaysia iaitu Chin Peng.

Isunya, wajarkah Chin Peng dibenarkan untuk menjejakkan kaki semula ke Malaysia? Dalam persoalan ini, saya cuba untuk tidak memihak kepada mana-mana fraksi atau gengsi. Pada pandangan saya sungguh tidak adil dan bertanggungjawab bagi kita menjawab persoalan itu sebelum kita mengenali, siapa sebenarnya Chin Peng.

Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hwa dilahirkan pada 21 Oktober 1924. Beliau merupakan Ketua Parti Komunis Malaya(PKM). Dilahirkan di sebuah kedai kecil dua tingkat menjual basikal,No 36, Jalan Kampung Koh, Sitiawan. Anak kedua daripada enam beradik yang hidup dalam kemiskinan. Ayahnya datang dari negara China kerana kecewa akibat kemelesetan ekonomi 1930.

Semasa kecil dia minat membaca dan menyoroti perkembangan di negara China. Negara China merupakan tanah kelahiran bapa dan nenek moyangnya di kawasaan Kwantung. "Semasa berumur 15 tahun, dia kagum dengan nasionalis berpendidikan barat Ching Kai Shek tetapi buku kecil 'On Protacted War' karangan Mao Zedong yang banyak mengubah pendiriannya kepada aliran komunisme."Semasa berumur 15 tahun, dia kagum dengan nasionalis berpendidikan barat Ching Kai Shek tetapi buku kecil 'On Protacted War' karangan Mao Zedong yang banyak mengubah pendiriannya kepada aliran komunisme. Tekadnya jelas untuk menentang Jepun yang kemudian menyerang Tanah Melayu pada tahun 1941. Pada tahun 1940, beliau menyertai Parti Komunis Malaya. Beliau juga turut menyertai Force 136, satu pasukan bersenjata yang ditubuhkan perisik British bagi menentang Jepun di Tanah Melayu ketika berumur 18 Tahun. Dia juga memimpin Malayan People Anti Japanese Army (MPAJA) , pasukan gerila bagi menentang Jepun. Tentera British telah memberi pelbagai senjata , kewangan, latihan dan peralatan lain bagi memperlengkapkan Force 136 dan MPAJA. Selepas Perang Dunia II, pihak radikal dalam MPAJA keluar dari hutan untuk membunuh dan menyeksa mereka yang bersubahat dengan Jepun dan British.Mereka membunuh pemimpin tempatan seperti penghulu dan imam kampung serta cuba turut merampas pentadbiran di bahagian selatan Tanah Melayu. Tindakan ini tidak pernah disekat oleh MPAJA, ini sekaligus menunjukkan tindakan tersebut mendapat sokongan dari para pemimpin MPAJA. Tindakan puak radikal telah menimbulkan kemarahan orang Melayu yang bangkit untuk menentang pihak komunis. Akibatnya PKM gagal merampas kuasa malah terpaksa meminta campurtangan Tunku agar mententeramkan orang Melayu yang bangkit ketika itu.

Kembalinya British menyebabkan Bintang Tiga gagal merampas Tanah Melayu dengan gerakan bersenjata, akibatnya MPAJA dibubarkan. Atas jasanya terhadap perjuangan penentangan pendudukan Jepun, Chin Peng dijemput ke London untuk menerima medal 'Order of the British Empire' atas sumbangannya memimpin MPAJA dan Force 136 menentang Jepun. Tapi tekadnya untuk menubuhkan kerajaan di Tanah Melayu dan menyingkirkan British semakin membara.

Chin Peng memimpin PKM ketika berumur 23 tahun. Beliau dilantik menjadi Setiausaha Agung PKM menggantikan Lai Tek yang telah dibunuhnya di Thailand. Lai Tek adalah perisik tiga mata yang telah belot dan melarikan wang PKM. PKM di bawah pimpinannya semakin agresif menyerang ladang, gudang, rumah asap, dan rumah pengurus milik British di Tanah Melayu. Ahli PKM semakin menyanjung keberanian dan wawasannya namun ia membawa padah kerana ia tidak diterima orang Melayu. "PKM juga tidak mengamalkan atheisme sebagaimana prinsip komunisme yang ditulis oleh Karl Marx yang tidak mempercayai Tuhan. Contohnya, beberapa tokoh PKM seperti Rashid Maidin, Abdullah C.D. dan Suraini Abdullah tetap mendirikan solat lima waktu di dalam hutan. Malah, mereka juga menunaikan ibadah haji."PKM juga tidak mengamalkan atheisme sebagaimana prinsip komunisme yang ditulis oleh Karl Marx yang tidak mempercayai Tuhan. Contohnya, beberapa tokoh PKM seperti Rashid Maidin, Abdullah C.D. dan Suraini Abdullah tetap mendirikan solat lima waktu di dalam hutan. Malah, mereka juga menunaikan ibadah haji. Ketika darurat, British dengan kerjasama golongan Melayu elit melancarkan perang saraf mempengaruhi fikiran orang Melayu bahawa PKM kejam dan tidak sesuai diikuti. Pengalaman dan taktik komunis yang membunuh ramai rakyat yang tidak berdosa menyebabkan orang Melayu menentang komunis. Perjuangan orang Melayu mendapatkan kemerdekaan tanpa pertumpahan darah tidak disenangi komunis yang inginkan kuasa politik dengan cara keganasan. Perjuangan komunis tidak boleh dianggap sebagai perjuangan untuk kemerdekaan kerana mereka hanya berjuang untuk kepentingan PKM dan bukan untuk kemerdekaan Malaya. Ini terbukti apabila mereka tetap meneruskan taktik ganas mereka walaupun selepas Malaysia mencapai kemerdekaan.

Akibat kesukaran dan kekurangan sokongan dari masyarakat, Chin Peng telah meminta perundingan diadakan. Rundingan Baling diadakan di Sekolah Rendah Kebangsaan Tunku Putera, Baling pada tahun 1955. Namun, Chin Peng enggan menerima syarat pembubaran PKM dan pilihan raya melalui parti lain sebagai syarat pengampunan. Keengganan PKM berdamai, Tunku Abdul Rahman telah mengisytiharkan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 tanpa PKM.


Chin Peng (Kanan) dan Rashid Maidin sewaktu Rundingan Baling

Setelah keruntuhan komunis di Rusia dan runtuhnya Tembok Berlin di Jerman Timur tahun 1989, PKM semakin goyah. Satu perjanjian damai antara Kerajaan Malaysia, kerajaan Thailand dan PKM telah ditandatangani di Haadyai pada 1989."Perjanjian ini dikenali sebagai perjanjian Haadyai. Selepas 1989, tiada lagi perjuangan bersenjata. Ahli PKM diterima sebagai warganegara Malaysia dan boleh kembali ke Malaysia. Walau bagaimanapun, pemimpin utama seperti Chin Peng dan Rashid Maidin hanya dibenarkan menetap di sebuah perkampungan khas di Yala." Perjanjian ini dikenali sebagai perjanjian Haadyai. Selepas 1989, tiada lagi perjuangan bersenjata. Ahli PKM diterima sebagai warganegara Malaysia dan boleh kembali ke Malaysia. Walau bagaimanapun, pemimpin utama seperti Chin Peng dan Rashid Maidin hanya dibenarkan menetap di sebuah perkampungan khas di Yala. Cubaan kembali ke Malaysia menerima sokongan Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Datuk Dr Teng Hock Nan dan parti DAP. Chin Peng sedang membawa kesnya di mahkamah Pulau Pinang agar dia diterima pulang ke Malaysia. Penerimaan Chin Peng kembali ditentang hebat ramai mangsa kekejaman PKM termasuk polis dan tentera. Ini disebabkan Chin Peng orang yang bertanggungjawab atas kegagalan Rundingan baling dengan berkeras menuntut PKM sebagai parti politik, walaupun telah ditawarkan pengampunan sebelumnya. Bagaimanapun terdapat pihak yang mempersoalkan kenapa Musa Ahmad dan Shamsiah Fakeh diterima kembali ke Malaysia, tetapi tidak tidak Chin Peng.

Setelah mengetahui serba sedikit tentang Chin Peng dan perjuangan komunis, setujukah anda jika Chin Peng dibenarkan kembali ke Malaysia? Saya tinggalkan persoalan ini kepada anda untuk menimbangnya dengan sebaiknya. Saya mempunyai pandangan tersendiri, tapi biarlah ianya dirahsiakan demi meneluskan entri ini. Cuma beberapa isu yang perlu dipertimbangkan antaranya:

  • Impian Chin Peng untuk mewujudkan satu negara komunis yang menjadi dogmanya. Chin Peng tidak pernah kesal memimpin PKM dalam menentang kerajaan Malaysia, malah bangga dengannya sebagaimana yang ditulis dalam bukunya:
"Setiap generasi membina impiannya.. Tetapi anda membayar ke atas impian anda itu. Kami telah membayar harga ke atas impian kami. Saya tidak menyesal berjuang ke atas sesuatu yang saya percaya dan masih mempercayainya sebagai suatu perjuangan.."
  • Sensitiviti rakyat Malaysia terutama marhaen masyarakat atau ahli keluarga serta perajurit-perajurit yang pernah mengalami saat genting penyiksaan dan pembunuhan kejam yang dilakukan oleh PKM.
  • Ideologi Komunisme itu sendiri yang bukan sahaja bertentangan dengan Islam bahkan agama-agama yang lain juga.
  • Hak Chin Peng yang berasal dari Tanah Melayu. Perkara itu telah berlalu lebih separuh abad yang lalu. Mengapa beberapa pemimpin PKM yang lain dibenarkan untuk masuk ke Malaysia tetapi tidak Chin Peng. Pejanjian Haadyai sepatutnya telah meleraikan sengketa lama.

Salam..

0 comments: