Recent Posts

October 24, 2009

Kronologi Pilihan Raya Kampus UTP 2009/10



Assalamualaikum wbt..

21,Oktober,2009 (Rabu)
H ari Penamaan Calon
9.00 am - 2.00 pm : Sekitar pukul 9-12am, masih belum ada sebarang pencalonan. Pusat penamaan calon (Bilik 9, Ground floor, Pocket D) dikawal ketat oleh pengawal keselamatan. Orang awam tidak dibenarkan masuk termasuk MPP UTP 08/09 sendiri. Hanya calon dan juga 2 orang (pencadang atau penyokong) yang dibenarkan masuk ke pusat penamaan calon. Kelibat calon yang menghantar borang pencalonan hanya kelihatan seawal pukul 12pm dan menjadi klimaks pada setengah jam terakhir. Suasana di luar pusat penamaan calon lengang berikutan pertindihan acara dengan EDX ke-24 (Engineering Design Exhibiton) yang berlangsung pada hari yang sama di kompleks Chancellor.

2.00 pm - 3.00 pm : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berehat sebentar sementara menunggu proses bantahan. Setelah proses penamaan tamat, pilihan raya kali ini menyaksikan persaingan enam segi di kerusi umum untuk merebut lima kerusi. Tiada pertandingan untuk di kerusi program. Tidak ada calon dari program ICT dan juga Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (EE).

3.00 - 3.30 pm : Proses bantahan bermula, kelihatan orang ramai, memerhati dan meneliti borang-borang calon yang dipamerkan di salah satu ruang pusat penamaan calon tersebut.

3.30 - 4.00 pm : Penamaan calon kali ini menyaksikan pencalonan tanpa bantahan. Senario ini kontra dengan apa yang berlaku dalam proses penamaan calon tahun lepas selepas semua sepuluh bantahan, hanya dua bantahan yang diterima, tetapi masih melayakkan kesemua sebelas calon untuk bertanding dalam pilihanraya pada tahun lepas.


24,Oktober,2009 (Khamis)
Malam Manifesto Calon - Seawal pukul 8 malam, semua kelab penyokong bersama kain-kain rentang mereka mula memenuhi kelompongan tempat duduk di Dewan Chancellor UTP untuk menzahirkan tanda sokongan mereka kepada calon masing-masing. Semua calon kerusi Umum seramai enam orang menyampaikan manifesto mereka dengan cara tersendiri. Perjalanan majlis dihangatkan lagi dengan kehadiran dan sokongan kelab penyokong setiap calon. Pelbagai bentuk sokongan dan sorakan dilontarkan untuk menterjemahkan sokongan mereka kepada calon pilihan mereka. Sesi soal jawab dibuka selepas calon diberi masa lebih kurang 7-10 minit untuk menyampaikan manifesto. Pelbagai bentuk soalan dilontarkan, ada yang berbentuk pujian, provokasi, cadangan dan tidak kurang juga soalan yang berbentuk skeptik kepada calon. Ternyata kesemua calon mempunyai cara tersendiri untuk menjawab soalan-soalan yang diberikan.
















0 comments: