Recent Posts

October 26, 2009

Pendekatan Sentimen dalam berkempen.. memBANTU atau memBANTUT ??


Assalamualaikum wbt..

Nampaknya, walaupun jumlah calon hanya enam orang, tetapi tetap menjamu dan menjanjikan persaingan yang hebat dalam kempem-kempem mereka. Ada antara calon yang berani menggunakan sentimen untuk menjuarai hati para pengundi. Ternyata strategi-strategi yang dicaturkan oleh beberapa pihak untuk menyisihkan seorang dalam perang enam segi ini penuh dengan sifir dan juga rumus. PRK pada kali ini bukan sahaja menarik dengan kemeriahan perang posternya, tetapi hebat dengan perang-perang saraf melalui emel-emel, dan poster-poster sentimen yang disebarkan di kalangan pelajar UTP.

Sentimen Batch
Sentimen ini bermaksud menggunakan batch sebagai bahan provokasi untuk memberi keuntungan kepada calon yang datang daripada batch yang mendominasi pencalonan. Calon ke 2, 3 & 4 berada dalam batch yang sama iaitu batch tahun pertama semester kedua , manakala calon ke 5 & 6 berada dalam batch tahun kedua semester pertama, dan calon pertama berada dalam batch yang jauh lebih senior iaitu batch tahun ketiga semester kedua yang sedang berpraktikal sekarang. Kalau dihisab menggunakan sifir ini, sudah tentu calon pertama akan kalah teruk kerana dia merupakan satu-satunya calon perseorangan dari batch beliau tambahan lagi penyokong-penyokong wajib beliau (rakan-rakan sama batch) sedang praktikal dan tidak berpeluang untuk mengundi beliau.



Sentimen Jantina
Sentimen ini berasas jantina sebagai bahan provokasi. Kalau dilihat daripada semua calon kerusi umum, hanya ada dua orang perempuan iaitu calon ke 4 & 5 berbanding 4 calon yang lain. Sudah tentu ini menarik untuk dianalisis sebagai satu acuan yang akan membentuk rima dan corak pengundi mereka. Sudah tentu undi-undi dikalangan wanita akan banyak disalurkan kepada 2 calon ini bagi meletakkan wakil golongan hawa dalam barisan kepimpinan Majlis Tertinggi MPP UTP yang akan datang. Saya melihat tidak ada keretakan atau kelompongan hubungan di antara dua calon ini kerana merela pernah berkerja dalam satu pasukan Fasi Minggu Aluan Siswa (MAS) Mei dan juga Julai 2009 dan mereka merupakan gandingan yang mapan dan kukuh. Bermakan, pengaruh pengundi mereka tidak akan berpecah kepada dua, bahkan masing-masing akan mendapat manfaat simbiosis daripada senario ini.


Sentimen Bangsa
Pencalonan kali ini juga menjanjikan satu nafas baru dalam barisan calon yang bertanding. Jika pemisahnya adalah Melayu dan Bukan Melayu, maka keuntungan akan berpihak kepada calon ke 5 , kerana dia satu-satunya berada dalam gengsi Bukan Melayu, dan dia memecah tradisi sebagai orang pertama wakil dari orang bukan orang melayu yang layak bertanding untuk PRk pada kali ini. Ini ditambah lagi dengan penglibatan beliau dalam aktiviti-aktiviti bersama pelajar dan pembawaan dan imej diri beliau yang mesra dan rendah diri memberi sedikit kredit kepada beliau. Pelajar UTP telah lama mendahagakan calon yang berasal dari bukan Melayu untuk bertanding dan seterusnya melayakkan diri untuk turut serta duduk sebaris bersama ahli Majlis Tertinggi MPP yang lain mengemudi MPP UTP. Bonus diberikan kepada calon ini kerana lebih 25 peratus pelajar UTP adalah pelajar asing antarabangsa yang dijangkakan akan menyokong beliau.

Sentimen Diri
Pendekatan ini merupakan pendekatan yang menyerang kredibiliti calon lain. Secara holistiknya, semua calon mempunyai trek rekod diri yang positif dan cemerlang, tidak ada isu peribadi yang boleh digunakan untuk menyerang sesama calon. Serangan lebih berupa propaganda dengan mendoktrinkan pengundi supaya meragui komitmen dan kredibilti cemerlang semua calon.

8 comments:

Saya merasakan provokasi ini hanya dicipta oleh si penyokong! Mungkin benar Jan08 betul2 bersatu. Malah merekalah antara batch yang paling berani! Aku vote 2 je kot dari batch tu! ahahhaha

Memang provokasi merupakan satu aset yang digunakan oleh penyokong untuk meraih lebih banyak pengundi. Tetapi kalau calon betul-betul optimis yang dia mewakili semua, tidak perlu mengemis undi dengan mendagangkan nama batch sebagai modal kempem. Adakah kehadirannya dalam MPP atas sokongan batch sendiri semata atau undi semua mahasiswa UTP?

hi saya gagak.
saya berpendapat pelajar utp adalah katak di bawah tempurung. kita dijaga dibawah tempurung, diberi makan diberi keselesaaan dan malas berfikir. mudah terpengaruh dgn budaya dan pemikiran luar tapi malas berfikir malah tiada identiti yg dapat dibanggakan. mmp pula adalah ketua bagi katak2 ini. tolong la selamatkan utp, kita terlalu takut dgn management, sehingga tangan kaki diikat, mulut di tutup... apa kejadahnya....

Salam, terima kasih gagak atas pendapat tu, kita sendiri mengakui kita dah selesa, tetapi kita masih kurang bersyukur dengan apa yang ada, internet dll..Mudah terpengaruh dgn budaya luar, may be kt blh define budaya luar, apa dia?? Game Dota? hiburan melampau? Konsert? atau apa yang dimaksudkan dengan budaya luar sebenarnya..? Bagi saya, x salah klu kita t'pengaruh dgn budaya luar, tapi persoalannya, adakah, budaya itu membina atau sebaliknya..Kalau baik, kita terima, kalau x, kita sama2 tolak.. Satu perkongsian ketika di Zaman sahabat Nabi, seorang sahabat bertanya kepada Saidina Ali, 'Wahai Ali kenapa di zaman Rasulullah tdk berlaku huru-hara seperti di zaman pemerintahan engkau?' Saidina Ali menjawab, 'Di zaman aku, rakyat2nya seperti aku, tetapi di zaman pemerintahan aku, rakyat2ku seperti engkau'. Rakyat2 di zaman Saidina Ali hanya tahu menudingkan jari menyalahkan orang bila terdapat masalah, tanpa sedikit pun membantu bersusah bersama menyelesaikan masalah. Rakyat2 di zaman Nabi, semuanya bersusah payah bersama Nabi untuk mencapai kejayaan. Kalau kita rasa kita layak jadi MPP yang dpt mengubah UTP nie, apa salah kita calonkan diri utk jd calon Pilihanraya, biar orang undi kita, kalau xdpt jd MPP pun, jgn hanya tahu menuding jari, tetapi tdk berbuat apa.. MPP adalah pilihan pelajar, so, hormati keputusan pelajar, kalau kita tidak menghormati mereka, bermakna kita tidak menghormati pelajar lain yang juga sahabat2 kita..

salam,
Saya warga JAN08.
Kagum melihat rakan - rakan bertanding MPPUTP
Sejauh mana mereka boleh pergi?Itu bukan persoalan untuk mengundi hari ini.
Saya agak kesal dengan beberapa isu yg timbul sepanjang PRK ini. Ada rakan junior saya memaklumkan bahawa masih ada isu ingat nombor calon, politik gula - gula, politik coki coki.
Adakah ini imej yang di bawa pemimpin masa depan?
Lebih malang ada yang memburukkan calon - calon lain. Adakah ini politik bersih?
Saya kira MPPUTP yang akan dilantik ini perlu membersihkan isu isu ini sebelum PRK tahun depan.

~kemenangan melalui kemampuan bukan keburukan lawan~

Terima Kasih!

itulah dinamakan ke tidak matangan dalam sistem utp... bagi mereka fail is not an option... tp bg kita yg baru belajar ni perlu belajar dari kesalahan.... perlu ada pengalaman. tetapi bagi mereka(management utp) menganggap mereka lebih baik sedangkan mereka dahulu bukan la sesiapa pon... cakap berdasarkan pengalaman mereka yg tidak pernah memegang jawatan tersebut malah cuma pandai cari masalah org shja, bg sy ini tidak adil. demokrasi rimba adalah. sampai bila kita nk dijajah oleh pentadbiran utp? tolonglah, kami pelajar terasa tertekan sebab tiada kebebasan bersuara di utp ni.... bg kritikan dorg balas dgn saman.. plz la dunia ni bulat dan tuhan itu maha adil.

gagak

siapakah mamat yg brani gne nm gagak nih?ko ni mmg btul2 org pggl gagak or men tibai je nm yg ko nmpk kt dc++?.kalo ye plz r stop gne nm ak yer.da r tuan punye blog ni kwn rumet ak.kang x psl2 gado plak.

Salam.

tuan blog ini terlupa memasukkan isu "Sentimen Kroni" yang melibatkan "ingat nombor calon, politik gula - gula, politik coki coki" - quoted from anonymous, October 28, 2009 (12:28 AM)

Sekiranya tidak keberatan minta tuan blog ini memberi penjelasan terhadap isu ini.