Assalamualaikum,
Alhamdulillah, pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih atas teguran yang insyaallah, saya akan terima dengan hati terbuka. Saya daripada segenap pancaindera saya, ingin memohon maaf kepada mereka semua pembaca setia blog saya kalau ada yang tersinggung perasaan dengan teguran ataupun kritikan melampau, dan saya ucapkan terima kasih juga kerana sudi mendengar luahan idea dan perkongsian perasaan saya yang diukir dalam post-post penulisan saya. Namun, saya masih mengharapkan agar kita sama-sama bermuhasabah diri, kerana sesungguhnya tidak semua yang kita suka, bermanfaat kepada kita, dan tidak semua yang kita tidak suka tidak bermakna kepada kita.
Banyak teguran secara terbuka dan tidak kurang juga secara sisipan dianakpanahkan kepada saya. Alhamdulillah, masih ada golongan yang bertanggungjawab untuk memperbetulkan yang salah. Saya pun insan yang dahagakan teguran , berpesan-pesanlah kita kepada kebenaran.
'Demi masa. Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran'
Surah Al-Asr
Salam Kemaafan.
Insan Hina dan Pelupa.
0 comments:
Post a Comment