Recent Posts

November 28, 2009

Nuansa Mahasiswa.

1974 : Bantahan rakyat miskin di
Baling akhirnya merebak ke tengah kota.
Pelajar-pelajar sedang berdemo di hadapan Masjid Negara.

Assalamualaikum wbt, sesungguhnya sejarah mahasiswa di negara ini mengalami pasang surut perjuangan, ada suram dan ada kelam dalam kerencahan pelbagai jalur ideologi. Setiap dekad mempunyai warna masing-masing yang dilatari dengan peristiwa yang berlaku dalam lingkungan masa tersebut. Oleh itu, perlu ada satu proses mengartikulasi kekuatan dan kelemahan gerakan mahasiswa di setiap dekad terpilih supaya kita lebih adil dalam menilai sejarah.

Anwar Ibrahim, Presiden ABIM sedang
menerangkan sesuatu. Anwar merupakan
ikon gerakan pelajar di Malaysia,
beliau beberapa kali mendekam dalam
tahanan ISA. Anwar adalah sebahagian
potret 'mahasiswa menggugat' di
akhir era 60an dan awal 70an

Ketika zaman imperialisme Barat, anak-anak muda bangkit menentang penjajah di seluruh belahan dunia, Jose Rizal yang mengungkapkan idealismenya lewat karyanya 'Noli Me Tangere'(1887) dan 'El Filibusterismo' (1891) merupakan ikon perjuangan menentang penjajah di Filipina sehingga menyaksikan kepada pembunuhan yang tragis. Seterusnya 'huk balahap' dan gerakan katipunan terus mengempur penjajah malah gerakan mahasiswa di Filipina terus menggempurpenjajah malah gerakan mahasiswa di Filipina terus bernadi dan bernyawa di Zaman Marcos sehingga regim Marcos berantakan lewat demonstrasi anak-anak.

Sheikh Muhamad Abduh pula mengembangkan idea-idea Pan Islamosme denbgan dilatari oleh Universiti Al-Azhar sehingga dipecat daripada universiti Islam paling berprestij itu akibat kekuatan idea Pan Islamisme yang mengancam hegemoni Barat yang sedang menguasai Mesir Barat. Hassam Al-Banna (1906-1949) juga adalaha merupakan anak muda ketika menubuhkan Ikhwanul Muslimin di Ismailiah, Mesir pada tahun 1928 sehingga gerakan ini sangat fenomenal pada abad ke-20. Almarhum yang merupakan lulusan Darul Ulum telah memindahkan markas operasi Ikhwanul Muslimin ke Kaherah pada tahun 1933 kerana mempertimbangkan penyebaran pengaruh Ikhwanul Muslimin kepada pelajar-pelajar Universiti Al-Azhar yang datang dari segenap penjuru dan belahan dunia. Ternyata eksperimen ini berjaya apabila pelajar-pelajar yang mendapat fikrah Ikhwan telah menyebarkan idea-idea perjuangan Ikhwan ke negara asal masing-masing.

Di Indonesia pula, anak-anak kampus telah menjadi citra perjuangan menentang imperialis Belanda samada yang berpendidikan Islam ataupun sekular. Raden Anjeng kartini dengan gerakan sosialnya sangat muda ketika meninggal dunia, Omar Said Chokroaminoto pula anak muda intelektual yang mengasaskan Sarekat Islam yang dianggotai oleh ribuan anak-anak muda , sebuah gerakan tersohor di negara kepulauan itu pada awal abad 20 sehinggalah diresapi oleh unsur komunis (Sarekat Islam Merah) yang membaham struktur parti Islam itu dengan tindakan keras daripada penjajah Belanda. Soekarno adalah pemimpin mahasiswa dinamis yang yang dikeluarkan dari Kolej Teknologi BAndung, pidatonya yang memukau telah membangkitkan semangat anak-anak muda untuk berjuang dan berkorban di bawah panji 'Sang Saka Merah putih'. Seterusnya memimpin perang Revolusi 1945 sehingga membawa kepada kemerdekaan Indonesia. Juga tidak lupa peranan angkatan muda dalam Majlis Syura Muslimin (MASYUMI) yang meniupkan semangat jihad kepada anak-anak muda untuk mennetang penjajah dan menegakkan syariat Islam di Indonesia.

Sejarah Indonesia terus dipahat dengan citra anak muda yang rusuh dan berani menyanggah. Pada tahun 1965 ketika Soekarno digulingkan oleh Jeneral Suharto maka anak muda kampus menggerakkan kesedaran politik rakyat sehinggalah kebobrokan pemerintahan regim Suharto maka sekali lagi anak-anak kampus daripada jalur ideologi yang pelbagai telah merentap kekuasaan Suharto pada era reformasi 1998 (kumpulan daripada aliran sosialis seperti FORKOT dan KAMMI daripada aliran dakwah)Sehingga kini kampus-kampus universiti di Indonesia terus memunculkan kesedaran kepada rakyat tentang hak-hak mereka, bersama dengan denyut nadi rakyat dalam pelbagai isu. Badan Dakwah Kampus (BDK) sangat dominan di kampus malah menjadi agen penyemai kesedaran beragama bahkan sebagai katalis ideologi transnasional di bumi seribu bencana itu.

Di negara China pula, tokoh-tokoh kampus seperti Mao Tze Tung, Li Ta Chao dan Chen Tu Shiu adalah penggerak kepada peristiwa 4 Mei 1919 yang akhirnya telah berjaya meledakkan kebangkitan Komunisme sehingga tertegaknya Republik Rakyat Komunis pada tahun 1949 di China. Sejarah juga telah memcatatkan Revolusi Bolshevik 1917 di Russia telah digerakkan oleh anak-anak muda kampus yang telah diindoktrinkan dengan fahaman komunisme, Tzar Nicholas akhirnya menggelongsor daripada sangkar merak kayangannya.

Di Burma pula kampus telah menjadi medan utama sebagai markas menentang penjajahan British, beberapa orang anak muda intelegensia yang mempunyai kesedaran politik telah menubuhkan Persatuan Pemuda Buddha (YMBA)pada tahun 1906. Gerakan pemuda ini sangat ditakuti oleh penjajah British lantas mengharamkan keanggotaannya kepada orang awam namun idealisme dan daya juang anak-anak muda kampus ini sangat tinggi dan mencabar British dengan mengadakan mogok dan boikot yang akhirnya turut disertai oleh orang awam.

Di Thailand, negara gajah putih ini juga tidak lekang daripada pengaruh gerakan politik pelajar semenjak awal abad 20 sehingga pada tahun 1932 telah berjaya melakukan Revolusi Thai yang telah mengakhiri imuniti raja. Istana terpaksa tunduk kepada desakan anak-anak muda yang mahukan raja berpelembagaan. Kebangkitan anak-anak muda yang mendapat pendidikan dari luar negara yang membuka dimensi berfikir yang lebih luas tentang konsep negara bangsa , nasionalisme, sosialisme, hak asasi manusia, liberalisme, kapitalisme dan sebagainya. Akhirnya, pada 24 Jun 1932, revolusi Thai telah menggelegak tanpa pertumpahan darah dan anak-anak muda yang menggelarkan mereka sebagai 'partai rakyat' menjadi kerajaan sementara untuk meletakkan Thailand sebagai 'negara baru' yang dimodelkan dengan konsep raja berpelembagaan ala barat.

Arus kesedaran untuk membaiki diri bangsa yang terpuruk dan membebaskan Tanah Melayu daripada penjajahan pada awal abad ke 20 telah digerakkan oleh anak-anak kampus al-Azhar seperti Syed Sheikh Al Hadi, Sheikh tahir Jalaludin, Abbas Kalali sehingga kelompok mereka sangat dicurigai. Melalui pembinaan madrasah-madrasah moden ala Mesir dan penulisan, kelompok ini telah menebarkan kepedulian sosial politik masyarakat Melayu untuk merdeka. Bapa kemerdekaan Tanah Melayu, Almarhum Dr Burhanuddin al-Helmi pula semenjak belajar di Universiti Aligargh, India adalah anak muda yang sarat dengan idealisme akibat pergaulannya yang luas dengan tokoh-tokoh nasionalisme di India daripada Liga Muslim India. Kepulangan beliau ke tanah air telah melonjakkan momentum perjuangan kemerdekaan. Menerusi akhbar 'Taman Bahagia' beliau telah melontarkan kritikan bernas terhadap Inggeris sehingga dipenjara pada tahun 1937.

Di bumi Afghanistan, bumi jihad yang berlatarbelakangkan bukit-bukit kontang, menyaksikan kebangkitan mahasiswa menentang penjajahan Russia pada tahun 1979. Gulbuddin hekmatyar seorang pemimpin kampus Universiti Kabul telah menyeru perang jihad kepada teman-teman kampus yang lain sehingga sepuluh tahun berikutnya, 'beruang merah' Russia angkat kaki dari bumi jihad itu pada tahun 1989.

Di Algeria, bumi yang merdeka daripada Perancis pada tahun 1962 telah menyaksikan keberanian anak-anak muda kampus, berselut lumpur menentang kezaliman. Dalam dekad kebangkitan Islam pula, kampus-kampus telah menjadi medan latihan berpolitik dan pusat kebangkitan Islam sehingga memunculkan Front Islamic Salvation (FIS) pada penghujung dekad 1980an antara lain bekas pimpinan mahasiswa seperti IR Abdul Kader Hachani dan Ustaz Ali Benhaj.

Catatan di atas hanyalah sekelumit sketsa dan potret perjuangan anak-anak kampus menggerakkan arus perubahan rakyat. Regim tirani di sepanjang denai sejarah sering tersungkur berhadapan dengan gerakan pelajar dan inilah menjadi alasan mengapa regim yang korup akan merantai dan mengatup rapat suara daripada kampus. Bahkan lebih sadis, mereka sanggup membasahkan aspal dengan darah anak-anak muda kampus yang menuntut keadilan dan kebenaran sepertimana yang berlaku di Medan Tianmen pada tahun 1990, jalanraya-jalanraya di Tehran pada tahun 1979, Jakarta pada Mei 1998 dan di segenap penjuru belahan dunia.

Suara mahasiswa adalah suara keramat yang menjadi cerminan kepada kegelisahan rakyat marhain. Laungan nyaring mereka adalah derak hati yang merindui masyarakat adil tertegak di atas muka bumi tercinta ini.

Reactions:

4 comments:

Salam... abg Madi. Muhammad di sini.
Ketajaman dan kematangan abg Madi dalam melontarkan idea umumnya dan khususnya dlm topik gerakan mahasiswa ini amat saya kagumi. Cuma satu persoalan yg saya rasa abg madi mampu berikan jawapan dan penjelasan kepada sy yg bingung ini. soalan tersebut ialah:
- Apakah ideologi yg diperjuangkan oleh Mahasiswa masakini?
- Apakah pembaharuan yg mahasiswa masakini cuba laksanakan.

Assalamualaikum wbt Muhammad.. Lama x dgr khabar?? Terima kasih sebab sudi membaca pos abg.. Insyallah, ini jawapan berdasarkan pendapat abg tentang dua soalan Muhammad tue. Abg boleh katakan bahawa kita (di Malaysia) merupakan kita merupakan Mahasiswa generasi ketiga yang mempunyai waqi' (pembawaan) yang berbeza dengan generasi2 mahasiswa sebelum kita. Berbeza dengan generasi di zaman 60an dan 70an, dan tak sama dengan generasi di zaman 80an dan 90an. Ini kita perlu menelusuri susur galur sirah perjalanan kronologi gerakan mahasiswa mengikut pergerakan masa, baru dapat kita menghayati dan memahami.

Mahasiswa masakini tidak lagi menerima hegemoni politik, ekonomi, sosial, pendidikan dll berdasarkan rasis dan tempatan. Mahasiswa mutakhir lbey kritis dengan limpahan maklumat yang tidak bersempadan dan berpagar. Mahasiswa kini menolak unsur ketidaktelusan, mereka mahukan semuanya transparensi dan telus. Manfaatnya disebarkan secara holistik kepada semua org tidak mengira agama, bangsa, fahaman politik dan sesiapa sahaja.

Mereka tidak mahu masyarakat dilokapkan dengan geriji besi perkauman, kerana semua kaum di Malaysia ini telah menganggap inilah tempat asal mereka walaupun nenek moyang mereka merupakan imigran ke tanah ini.

Justeru kita patut membangun negara dan masyarakat ini bersama-sama..

Menjawab x soalan Muhammad??

W,salam wbt...
Terima kasih atas jawapan Abg Madi.
Jadi kita sebenarnya:

1-Now, at this very moment, we are here. There's no use to still saying that some of us are not belong here (non-bumiputra- Chinese, Indian, etc). the point is to propel forward no matter what race we are or where our ancestors came from.

2-We do not tolerate with the culture of hiding-the-agenda
(intransparency).

3-We want BALANCE IN DEVELOPTMENT. The distribution of the nations wages should be fairly divided and there should be no double standard.
"let the best man win" which means, the opportunity should go to those who deserve it rather than according to race.

MOVE FORWARD TOGETHER AS MALAYSIANS.(not as Malays, chinese or Indians)


Terima kaseh abg Madi... =)

Yes, you 360 degree correct... Pembangunan x salah, tapi biarlah rakyat tidak miskin, dan pembangunan rohani dan sahsiah rakyat diutamakan, jgn biar pembangunan fizikal memunggah jatidirii, maruah dan tamadun dari kehidupan kita..