Recent Posts

January 29, 2010

Mereka Dalam ICU??

Assalamualaikum. Saya tidak pasti samaada tajuk atau entri yang saya pilih ini sudah lapuk ataupun sudah usang usianya, kerana ianya berkait rapat dengan PRU yang ke-12 yang telah berlalu lebih kurang dua tahun yang lepas. Tetapi, atas dasar wacana ilmiah, apa salahnya kita duduk bersemuka di layar maya internet untuk mencambahkan pemikiran kita.

Berdasarkan posmortem kendiri yang saya lakukan, termuntah beberapa alasan daripada kotak minda saya yang akhirnya mencetuskan tajuk seperti tertera di atas.Antaranya :
  1. Pertama, kerajaan BN Abdullah kehilangan empat kerajaan negeri di samping Kelantan.
  2. BN Pulau Pinang pimpinan Abdullah kehilangan Kerjaan Negeri Pulau Pinang.
  3. Kerajaan BN pimpinan Abdullah menyaksikan lima kabinetnya (termasuk dua presiden parti komponen BN) tewas dalam PRU 12.
  4. Kerajaan BN pimpinan Abdullah gagal menunaikan janjinya untuk mengurangkan rasuah dan kronisme.
  5. Kerajaan BN pimpinan Abdullah menimbulkan perpsepsi umum bahawa ekonomi Malaysia hari ini seolah-olah sedang diasak oleh sebuah kuasa asing serantau yang tertentu.
  6. Malaysia pimpinan Abdullah yang menjadi pengerusi OIC dan NAM kelihatan tidak memberikan perjuangan yang berkesan di pelantar antarabangsa.
  7. Kerajaan BN pimpinan Abdullah menggula-gulakan rakyat jelata dengan projek-projek koridor mega yang trilion ringgit kosnya semata-mata untuk menutup kesilapan besar akibat pelancaran WPI.
  8. Dan banyak lagi.
Itu adalah pemerhatian dari segi pencapaian yang boleh dihujahkan. Sekarang mari kita memerhati dan meneliti dari tona sejarah pula. Ingat!!! Sejarah tidak pernah menipu.

Hegemoni BN (sebelumnya Perikatan) selama 53 tahun kini mula berada di ambang berantakan dan pengecutan cengkaman, sebagaimana nasib kepada parti-parti senior di India (Parti Kongres) , GOLKAR di Indonesia, LDP di Jepun, PLN di Algeria. Parti-parti yang telah lama bergelumang dengan kuasa ini akhirnya mula ditolak oleh rakyat akibat kerakusan kuasa, penyelewengan , rasuah serta pelbagai sisi hitam yang lain. Biasanya dalam tempoh 50 tahun rakyat akan kembali menilai (revisited) tentang keupayaan parti-parti pemerintah manakala parti-parti oposisi akan kembali menawan hati rakyat sebagaimana yang berlaku di negara-negara membangun atau dunia ketiga. Di Mesir, contohnya, Ikhwanul Muslimin pada Disember 2005 telah berjaya memenangi 88 kerusi Parlimen di kawasan-kawasan bandar dan kawasan kelas menengah yang ramai. Regim pemerintah hanya masih berkuku di kawasan pedalaman yang disinonimkan dengan kemiskinan dan kejahilan.

Lambang Partai Keadilan Sejahtera (PKS)
Berasaskan Islam dan popular di kalangan Mahasiswa
dan kaum cendiakawan muda Islam.

Begitu juga di Turki, AK Parti telah menang di kawasan-kawasan bandar seperti Anatolia, Ankara, Istanbul dan kawasan-kawasan bandar yang lainnya di seluruh Turki. Begitu juga dalam pilihanraya di Pakistan baru-baru ini apabila parti oposisi telah memenangi kawasan-kawasan bandar di mana masyarakatnya lebih terdedah dengan maklumat. Sama juga di Indonesia, Parti Keadilan Sejahtera (PKS) berkuku di bandar-bandar seperti Bandung.

Kini trend yang serupa telah berlaku di Malaysia, kawasan-kawasan bandar dan sub-bandar telah di menangi oleh Barisan Alternatif (BA) seluruhunya. Parlimen Wilayah Persekutuan daripada 13 parlimen, 11 daripanya telah dimenangi oleh BA. Parlimen bandar seperti Shah Alam, Kota Raja, Klang, Ampang, Gombak, Kuantan, Seremban, Kota Bharu, Kuching, Ipoh, dan Pulau Pinang. Secara keseluruhannya BA menguasai bandar-bandar di negara ini dan sudah tentu trend ini akan merebak ke luar bandar untuk tempoh lima tahun dari sekarang.

Kesimpulannya, apa yang pasti, walau apa pun yang bakal berlaku, kita perlu menyahkan banduan politik wang dari terus menjadi golongan ekspatriat dari terus memerintah negara, dan menyingkirkan mereka dari terus mengurat akarkan amalan-amalan jijik dan hina seperti kronisme, rasuah, mengongkong golongan lemah bermaharajalela dan menjadi Ad-Deen mereka. Nauzubillah..

Reactions:

4 comments:

Salam jad, ha2.. cepatnyer hantar comment..he..tq2.. sebab sudi membaca blog nie..

Maaf, saya tidak bersetuju jika dikatakan dalam tempoh lima tahun akan datang, fenomena PR menang di bandar akan merebak ke luar bandar.

Perkara tersebut hampir mustahil untuk berlaku dalam tempoh lima tahun akan datang. Ditambah pula Kerajaan BN masih lagi memegang tampuk pemerintahan Pusat.

Memegang Pusat bermaksud memegang media. Mengikut statistik yang dilaporkan, 60% daripada rakyat Malaysia masih bergantung sepenuhnya kepada media elektronik. 80% daripadanya adalah masyarakat di luar bandar. Nak beli suratkhabar, kena keluar duit. Nak tengok internet, kena pasang streamyx.

Tengok TV lagi mudah. Tekan nombor 1, keluar Warta Perdana. Tekan nombor 3, keluar buletin utama. Tekan nombor 9 keluar Berit Di 9.

Dan seperti biasa, isi kandungannya hampir sama. Pertama sekali aktiviti Perdana Menteri pada hari tersebut. Kedua aktiviti Timbalan Perdana Menteri pada hari tersebut. Ketiga Aktiviti menteri-menteri pada hari tersebut. Keempat aktivit2 UMNO pada hari tersebut. Oh, isu2 rakyat berada di nombor lima rupanya.

Nampak gayanya, kempunan lagilah Pakatan Rakyat pada 2012 nanti...

Terima kasih atas pandangan yg ikhlas dan rasional dr saudara gukawe. Namun, saya ingat masih ada peluang untuk PR meraih undi dari kalangan luar bandar. Pilihan raya kecil Machap dan Ijok telah memberi isyarat lampu hijau kepada PR, BN gagal menang walaupun Machap dan Ijok dapat diklasifikasikan sebagai kawasan pinggir bandar.

Satu faktor yang boleh kita pakejkan dalam kajian pilihanraa kita adalah taburan pengundi di kalangan kaum India, Cina dan bangsa2 selain Melayu.

Sokongan masyarakat India mula pudar terhadap kredibiliti MIC yang menjadi salah satu tiang seri (main pillars) BN selain MCA dan UMNO dlm m'perjuangkan kebajikan dan membaca nadi kehidupan kaum ini.Bermula dengan perarakan aman yang dikemudikan oleh Hindu Rights Action Force (HINDRAF) pada 25 Nov 2007 yg telah menarik penyertaan sekitar 30 000 org India yg menjadi mimpi ngeri kepada pihak kerajaan.

Masyarakat Cina pula dilihat lebih terkehadapan dalam arus pemodenan termasuk dalam bidang teknologi maklumat berbanding kaum2 yang lain. Tambahan, mereka merupakan golongan yang anti-establishment yang menolak faktor peminggiran politik masyarakat cina di negara ini.

Namun, tdk dpt dinafikan, selagi mana media utama dikudai dan dikeldai oleh BN, selagi itu mereka akan terus memuntahkan propaganda dan fitnah terhadap seteru mereka bertubi-tubi. Justeru, method yang bersifat konvensional dengan mengadakan ceramah2 politik, mengedarkan risalah2 perlu diperkasakan untuk menerangkan dan menjawab semua isu2 yang dibangkitkan..