Recent Posts

December 22, 2008

Rindu Pada-Nya..

Assalamualaikum, Tak sangka, terlalu pantas masa berlalu, rasanya baru sahaja saya menulis artikel yang bertajuk 'Lambaian Kaabah' yang mengisahkan perasaan ketika mak dan ayah saya berlepas ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan haji. Pagi 22,Disember,2008 Alhamdulillah, mereka telah selamat pulang ke tanah air. Saya tertarik dengan beberapa kisah yang sempat dikongsi bersama mereka yang mengisahkan kebesaran Allah yang sempat disaksikan sepanjang...

December 19, 2008

Pinjaman Yang Dipulangkan...

Assalamualaikum...Alhamdulillah, bagaimana rasanya perasaan seorang ayah apabila baru sahaja menimang seorang cahaya mata? Bagaimana pula rasanya perasaan seorang ibu yang mengandungkannya sembilan bulan, dan menggadai nyawa pula ketika melahirkannya? Gembira, lega, risau, atau bagaimana? Tiada Frasa yang bisa menterjemah Rasa.Sebenarnya, ucap syukur Alhamdulillah banyak-banyak, kerana tanggal 19,Disember,2008 (Jumaat) satu lagi hari bersejarah buat...

December 17, 2008

We Care We Share

Assalamualaikum...Alhamdulillah, 15-16 Dis 2008 yang lepas, saya baru sahaja menjadi fasilitator untuk 'Program We Care We Share' 2008 bersama pelajar-pelajar Kolej Matrikulasi Labuan (KML). Program yang diadakan selama dua malam itu antara lain sebagai satu wahana kepada Alumni KML untuk 'turun padang' untuk bertemu adik-adik yang sekarang tengah melanjutkan pelajaran di KML. Program ini telah diadakan hanya pada sebelah malam. Modul SWOT (Strength,Weakness,Opportunity,Threat)...

December 12, 2008

One MILE , Thousands SMILES

Assalamualaikum, bak kata Imam Ghazali, benda yang paling jauh dari kita adalah masa lalu. Ada kebenarannya disebalik jawapan kepada persoalan itu. Walau jauh beribu batu pun, manusia bisa menggapai bulan. Namun, bagaimana pula dengan masa lalu? Justeru, sama-samalah kita isi masa mendatang kita dengan perkara yang bermanfaat walaupun ianya pedih dan sedih. Saya terpanggil untuk berkongsi beberapa potret yang menterjemah pelbagai memori kepada saya.Selepas...