Recent Posts

January 30, 2011

ETS..

Bergambar di hadapan ETS di stesen Batu Gajah, Perak.

Alhamdulillah, nampaknya impian yang tersimpan dari tahun lepas terlangsaikan juga iaitu, keinginan untuk merasai satu alternatif pengangkutan terbaru dari Seremban ke Ipoh melalui Kuala Lumpur. Tren yang dikenali sebagai ETS (Electric Train Service) telah memulai operasi pada 11,Ogos,2011. Dengan kelajuan purata 110km/j dan kelajuan maksimum 160km/j. ETS pastinya pastinya menjadi pilihan pengguna kerana ia memberi pengalaman dan menjamin keselamatan penumpang.

Kesempatan ini diambil ketika saya ingin ke Kuala Lumpur untuk menghadiri satu seminar. Sebelum naik ETS, saya terlebih dahulu menunaikan solat di Masjid Perak Tengah, Bandar Universiti, Seri Iskandar.
Bergambar selepas solat jumaat di Masjid Perak Tengah.

Beberapa fakta menarik tentang ETS :
  1. ETS boleh memuatkan 350 orang dalam satu perjalanan.
  2. Dilengkapi dengan CCTV bagi setiap gerabak.
  3. Terdapat kemudahan untuk Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tandas dan lantai rata.
  4. Soket elektrik untuk penggunaan laptop.
  5. Kemudahan WiFi utk setiap gerabak.
  6. Gerabak cafe untuk membeli makanan dan minuman.
Berdiri disebelah banting ETS.
Berada di dalam gerabak ETS

0 comments: