Recent Posts

January 11, 2011

Ziarah Ke Rumah Kak Nadrah.

Kenangan ahli PSS bersama ahli keluarga Kak Nadrah.

Selepas selesai mesyuarat Persatuan Siswazah Sabah pada 9 Jan 2011 lalu, sempat menziarahi kenduri kesyukuran Kak Nadrah di Inanam,Sabah. Kak Nadrah baru sahaja menamatkan pelajarannya di Universiti Malaysia Sarawak (UniMAS). Kak Nadrah merupakan salah seorang ahli Persatuan Siswazah Sabah. Sambil menikmati hidangan yang disediakan, mendengar pengalaman ayah Kak Nadrah yang telah lama bekerja di SEDCO dan sekarang sudah pencen. Ayah Kak Nadrah berkongsi pengalaman tentang penyalahgunaan pemilikan tanah di Sabah dan kualiti penjagaan alam yang teruk yang mengakibatkan banyak tanah runtuh dan bencana alam lain yang berlaku di Sabah. Selamat kembali ke bumi Sabah kepada Kak Nadrah.

3 comments:

Syukran ya dik ... ini kak nadrah.. hehe

P/s: saya tiada dalam gambar.. haha

Afwan Kak Nadrah.. tue r psl.. Syukran sebab sudi terima kehadiran kami..