Semua pelajar PASTI Nur Mawaddah gembira
memulakan sesi persekolahan mereka.
Assalamualaikum wbt, nampaknya, hari nie 3 Jan 2011, hari bekerja pertama di tahun baru 2011 terutama bagi kakitangan kerajaan, dan begitu juga dengan pelajar-pelajar sekolah termasuklah kebanyakkan IPTA yang memulakan sesi persekolahan dan pengajian pada hari ini. Jalan-jalan raya mulai sesak. Alhamdulillah, saya sempat menziarahi salah satu Pusat Asuhan Tunas-tunas Islam (PASTI) yang terletak di Papar, Sabah ,"..Dan hendaklah takut (kepada Allah) orang-orang yang sekiranya mereka meninggalkan keturunan yang lemah di belakang mereka yang mereka kuathir terhadap kesejahteraannya.." iaitu PASTI Nur Mawaddah. Seawal 6.30 pagi lagi guru PASTI telah terpacak di depan pagar PASTI menanti dan meraihkan anak-anak murid untuk sesi pendaftaran. Seramai enam orang guru PASTI menjadi tunjang utama yang menggerakkan PASTI ini. Saya sempat meluangkan masa bersama mereka pada hari pertama. Secara peribadi, memang bukan senang menjadi seorang guru dan pendidik. Pening dan penat melayan ragam murid yang pelbagai, yang pemalu, yang nakal, yang rajin bercerita, seribu satu dugaan dan cabaran buat insan yang bernama guru. Namun, mereka tetap tabah demi melahirkan satu generasi yang hebat di masa akan datang. Teringat satu firman Allah , "Dan hendaklah takut (kepada Allah) orang-orang yang sekiranya mereka meninggalkan keturunan yang lemah di belakang mereka yang mereka kuathir terhadap kesejahteraannya. Oleh sebab itu, hendaklah mereka bertaqwa kepada Allah, dan hendaklah mereka berbicara dengan tutur kata yang benar."- Surah An-Nisa, Ayat 9.
Lawatan seketika itu, mengimbau banyak kenangan silam. Kerana Guru, Aku menjadi Aku sekarang. Terima kasih guru. Kepada adik-adik, semoga belajar bersungguh-sungguh, dan jadilah manusia yang bermanfaat kepada manusia lain.
Beberapa gambar yang sempat dikongsikan :
PASTI Nur Mawaddah,Papar, Sabah
Sempat menunjukkan ibu jari tanda gembira di hari pertama persekolahan.
Kenapa adik seorang tue menangis?
Sedang mewarna lukisan.
Tidak kekok dengan kawan baru.
Sama-sama menadah tangan dan membacakan doa makan.
Adik Akmal menunjukkan makanan yang dibekalkan ibunya.
Adik nie seronok apabila waktu makan.
Salah seorang Guru PASTI yang sangat prihatin dengan anak muridnya.
Adik Daniel menangkat tangan ketika Cikgu sedang mengambil kehadiran murid.
Adik Amir menunjukkan beg barunya.
Adik Daniel gembira dengan beg barunya.
Ada juga adik baru yang menangis kerana pertama kali berpisah dengan Ibu Bapanya.
Tidak sabar memulakan kelas.
Gembira bertemu kawan setelah cuti sekolah yang panjang.
Nakalnya adik nie..
Dari kiri : Adik Syah, Akmal dan Farhan
Entri berkaitan boleh tekan di sini.
Sila saksikan video ini.
0 comments:
Post a Comment