Recent Posts

January 24, 2011

Minggu Aluan Siswa UTP Jan 2011..

Para Fasilitator Lelaki MAS Jan 2011 dengan gaya Walky-Talky.

Alhamdulillah, akhirnya Minggu Aluan Siswa Januari 2011, Universiti Teknologi PETRONAS, telah melabuhkan tirainya. Bermula dengan Training of Trainees (TOT) pada 13 hingga 16 2011, dan MAS Jan 2011 pada 17-23 , Januari , 2011 . Seramai 64 orang fasilitator telah bersedia berkhidmat dan menyambut kehadiran pelajar-pelajar baru seramai 466 orang pelajar. Daripada jumlah tersebut, seramai 323 orang akan melanjutkan pelajaran dalan Foundation dan selebihnya meneruskan pengajian dalam Degree. Seramai lebih kurang 50 orang International Students juga turut serta dalam MAS Jan 2011 ini, antaranya daripada negara Sudan, Yaman, Bahrain, Turkmenistan, Indonesia, Singapura, Tanzania, India, Ghana, Iran, Cameroon, Saudi Arabia, Iraq, Nigeria dan Kazastan. Sememangnya, pengalaman bersama semua fasilitaor dan Freshies memberi sekeping kebahagiaan dan kegembiraan saya. Saya selaku Head of Fasilitator memohon maaf atas segala kecacatan dan kakhilafan sepanjang saya mengemudikan MAS Jan 2011. Semoga pertemuan dan perpisahan kita dalam MAS Jan 2011 membawa manfaat kepada kita semua. Sedikit gambar kenangan MAS Jan 2011.

Official Montage of Fasilitator MAS Jan 2011, sila tekan di sini.
Tekun & penuh berdedikasi sungguh para fasilitator.
Para fasilitator sedang sibuk melakukan MAS Packaging.
Sedang membuat persiapan sebelum MAS Packaging bermula.

Post para fasi.
Afiq(Melayu Coklat) & Shamsuri (Melayu biru) bersama seorang Freshies.
Pok Cek daripada Discipline Department dengan gaya bersahajanya.
Wajah gembira para Fasilitator setelah tamatnya MAS Jan 2011 secara rasminya.
Fasilitator Lelaki beraksi di hadapan lensa kamera.
Pantang nampak kamera.
Sekali lagi.
Herman(Berbaju Melayu) bersama Freshies.
Fasi mesra bersama pelajar-pelajar baru.
Helmi (aka Bongek) & Pok Cek bersama dua orang pelajar baru.
Seorang pelajar baru menunjukkan ibu jari menandakan gembira bersama fasilitator MAS Jan 2011.
Saudara Azim bersama seorang pelajar baru.
Wajah sedih bergaul gembira seorang fasi bersama Freshies.
Tough (Melayu Merun) bersama pelajar-pelajar baru.
Saudara Azim antara fasi yang terkenal di kalangan para pelajar.
Sesi bersalam-salaman sambil bermaaf-maafan selepas majlis penutupan MAS Jan 2011.
Mesra tanpa mengira bangsa dan warna kulit.
Saudara Asram bersama kumpulannya.
Saudara Karem bersama ahli kumpulannya.

0 comments: