Recent Posts

January 24, 2011

Sabah Yang Dicintai..

Bersama Ayah, Azizul & Ibu tersayang.

11.1.11, 11 pagi , tarikh dan masa yang menandakan ketikanya saya sekali lagi perlu meninggalkan bumi Sabah yang dicintai. Menghabiskan cuti semester selama 45 hari di bumi tanah kelahiran sendiri, merupakan kali pertama menghabiskan masa cuti sebegitu lama berbanding cuti-cuti semester sebelum ini. Namun masa bergerak pantas, dan terasa sekejap sahaja berada di Sabah. Namun, Alhamdulillah, pelbagai aktiviti dan program yang sempat saya ikuti terutama bersama program ilmiah anjuran Persatuan Siswazah Sabah. Disebabkan terdapat beberapa komitmen yang perlu dilangsaikan di kampus, maka, saya terpaksa kembali ke kampus untuk melaksanakan komitmen tersebut.

Memeluk ayah tersayang.
Wajah tenang seorang ibu.
Sempat memalingkan muka sebelum masuk ke kaunter pemeriksaan keselamatan.

Gambar Ihsan dari Azizul Julirin.

0 comments: