Bergambar di hadapan pintu pagar Balai Cerap Al-Biruni Sabah.
Segalanya berlalu tanpa dirancang, tidak terdetik pun di hati untuk keluar ke mana-mana pada waktu siang hari kedua dalam tahun baru 2011 M ini. Segalanya berlaku apabila ayah saya mengajak untuk keluar berjalan-jalan. Saya pun menyatakan hasrat saya untuk turut serta keluar berjalan-jalan di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu dan berkemas.
Destinasi utama kami adalah Tamu Minggu di Gaya Street,Kota Kinabalu, Sabah. Memang sudah lama saya tidak ke sana. Untuk sesiapa yang tidak tahu apa itu Tamu Minggu, ia seperti Pasar Malam Mega, tetapi ianya diadakan pada waktu siang. Diadakan setiap hari ahad dari pagi hingga tengahari. Bermacam-macam barang dijual termasuklah, barangan kraftangan, binatangan ternakan, bunga-bungaan, barangan dapur, baju, makan, minuman dan banyak lagi. Pendek kata, memang tidak menang tangan dan mata melihat semua barang yang dijual.
Sebelum kami ke Tamu Minggu, kami sempat singgah ke beberapa tempat iaitu, tiga buah projek yang berada di sekitar Kota Kinabalu. Secara kebetulan ayah saya bekerja di Jabatan Kerja Raya, dan saya sendiri sedang melanjutkan pengajian dalam bidang Kejuruteraan Awam,"Tidak berlaku (terjadi) Hari Qiamat sehingga umat-Ku, bermegah-megah (dengan binaan) masjid." maka informasi tentang projek dan juga bangunan merupakan kecenderungan kami. Projek pertama yang kami singgahi adalah satu masjid baru di Pekan Putatan, K. Kinabalu. Masjid itu hampir siap tetapi belum siap sepenuhnya kerana mengikut perancangan akan siap pada 7 Jun 2011. Masjid dua tingkat itu mampu menampung kapasiti yang lebih besar dan lebih banyak aktiviti boleh dilakukan. Mudah-mudahan masjid ini menjadi masjid yang didirikan di atas dasar taqwa sepertimana Masjid Quba' . Teringat satu hadis Rasulullah SAW, yang bersabda, "Tidak berlaku (terjadi) Hari Qiamat sehingga umat-Ku, bermegah-megah (dengan binaan) masjid." Umat manusia sekarang hanya berbangga hanya dengan bangunan dan keindahaan masjid sahaja, tidak kepada dengan ibadat, solat berjemaah dan pengisian ilmu, dan lain-lain.
Persinggahan kami yang seterusnya pula ialah ke Balai Cerap Al-Biruni Negeri Sabah. Di sinilah bulan dicerap terutama bagi menentukan tarikh bermulanya Bulan Ramadhan dan Hari Raya Aidilfitri bagi Negeri Sabah. Tempatnya Inilah masjid yang kita mahu, pengimarahan dengan program-program ilmu dan ibadah.cantik di tepi pantai dan di atas bukit. Bersebelahan dengan Balai Cerap tersebut terdapat sebuah masjid yang nampak seakan-akan bukan masjid. Sekali pandang, seperti surau pun bukan, hanya nampak seperti sebuah pondok usang sahaja. Masjid itu ialah Masjid Al-Hilal. Tetapi sempat saya mengintai banner-banner dan poster-poster yang digantung dan ditampalkan di sekitar masjid itu, banyak program yang telah disusun untuk mengimarahkan masjid tersebut. Inilah masjid yang kita mahu, pengimarahan dengan program-program ilmu dan ibadah. Saya baru perasan, rupa-rupanya, di sebelah masjid itu ada satu projek merekabentuk dan membina semula masjid tersebut, kita doakan semoga masjid itu selamat siap dan dapat menggerakkan ummah ke arah pengislahan.
Persinggahan terakhir kami sebelum ke Tamu Minggu adalah ke Tapak Projek Kompleks Penyiaran RTM K. Kinabalu. Besar sungguh kawasan dan projek tersebut. Mengikut papan tanda projek itu, projek itu dijangka siap pada 31 Disember 2010. ..agar bidang penyiaran dan kewartawanan ini dapat bekerja secara telus dan profesional.Sekarang kita telah melangkah ke tahun 2011, tetapi saya melihat projek itu masih banyak yang belum disiapkan. Di manakah salahnya, saya tidak mahu menuding jari kepada mana-mana pihak, cuma saya selaku rakyat, sentiasa menagih kewajaran supaya projek ini disiapkan mengikut jadual yang telah ditetapkan. Penyiaran memainkan peranan penting dalam menyampaikan maklumat kepada rakyat. Maklumat yang disampaikan akan membentuk fikrah atau pemikiran masyarakat dan rakyat. Oleh itu, saya berdoa agar bidang penyiaran dan kewartawanan ini dapat bekerja secara telus dan profesional.
Berada di tepi papan tanda projek Kompleks Penyiaran.
Kompleks Penyiaran K. Kinabalu sedang dalam pembinaan.
Akhirnya, kami sampai ke Tamu Minggu, sesampai sahaja kami di Gaya Street, kami dikejutkan dengan dua ekor ular besar yang dijadikan bahan pameran kepada khalayak. Saya secara peribadi memang takut dengan ular, hatta melihat pun meremang bulu roma, apatah lagi memegangnya. Melihat ular yang besar sebesar paha itu teringat satu hadith panjang yang berbunyi , "Seorang mukmin jika diletakkan dikubur maka diperluaskan kuburnya itu hingga 70 hasta ..dikirimkan kepadanya ular segemuk leher unta, maka makan dagingnya sehingga habis dan sisa tulang semata-mata..dan ditaburkan padanya bunga-bunga dan dihamparkan sutera, dan bila ia hafal sedikit dari Al-Quran cukup untuk penerangannya, jika tidak maka Allah memberikan kepadanya nur cahaya penerangan yang menyerupai penerangan Matahari, dan di dalam kubur bagaikan pengantin baru, jika tidur maka tidak ada yang berani membangunkan kecuali kekasihnya sendiri, maka ia bangun dari tidur itu bagaikan masih kurang masa tidurnya dan belum puas. Adapun orang kafir maka akan dipersempit kuburnya sehingga menghancurkan tulang rusuknya dan masuk ke dalam perutnya lalu dikirimkan kepadanya ular segemuk leher unta, maka makan dagingnya sehingga habis dan sisa tulang semata-mata, lalu dikirimkan kepadanya Malaikat yang akan menyiksa iaitu yang buta tuli dan bisu dengan membawa puntung dari besi yang akan dipukulkannya, sedang Malaikat itu tidak mendengar suara jeritannya dan tidak melihat keadaannya supaya tidak dikasihinya, selain itu lalu dihidangkan siksa neraka itu setiap pagi dan petang." Empat perkara yang harus dilakukan untuk selamat dari siksa kubur iaitu menjaga solat lima waktu, banyak bersedekah, banyak membaca Al-Quran dan banyakkan bertasbih. Dan empat perkara yang harus ditinggalkan iaitu dusta, khianat, adu-adu dan menjaga kencing.
Suasana sesak di Tamu Minggu juga mengingatkan saya keadaan di Padang Masyhar kelak. Manusia yang hidup dari zaman Nabi Adam sehinggalah yang hidup ke hari Kiamat akan dihimpunkan dan menerima buku amalan masing-masing. Suasana sesak, panas dan berhimpit di Tamu Minggu itu cukup mengundahkan apatah lagi di Padang Masyhar nanti. Semoga ianya menginsafkan kita.
Berikut beberapa potret yang sempat dikongsikan :
Video yang berkaitan sila tekan di sini.
0 comments:
Post a Comment