Recent Posts

December 31, 2010

Family Outing..

Kenangan sekeluarga di Gayang Seafood RestaurantNampaknya, tirai tahun 2010 M disimpulkan dengan Family Outing. Bertolak dari rumah ke Gayang Seafood Restaurant, Tuaran, Sabah. Mungkin Family Outing ini juga sebagai menyambut kepulangan adik saya yang akan pulang ke kampus Universiti Teknologi Malaysia pada 2 Jan 2011 ini. Ini adalah pertama kali saya ke Gayang Seafood ini, dan tertanyata tempat sebegi berjaya menambat hati saya yang sukakan suasana...

December 29, 2010

TAHNIAH!! Malaysia Juarai Piala AFF Suzuki!!

Skuad Harimau MalayaAssalamualikum wbt, pertama sekali. TAHNIAH kepada pasukan Harimau Malaya (Walaupun sebagai anak jati Sabah, sedikit tersinggung dengan gelaran tersebut, seperti dipinggirkan..) kerana berjaya menjuarai Piala AFF Suzuki dengan kemenangan agregat 4-2. Sebenarnya susah saya ingin mengambil isu semasa untuk ditaakul dan ditelaah dalam blog ini, tetapi akhirnya saya memutuskan untuk meminjam berita tentang kemenangan skuad bola sepak...

Kuliah Fekah - 28 Disember 2010

Ustaz Hj Muchlish Ali Kassim sedang menyampaikan kuliahAssalamualaikum, kali ni saya ingin berkongsi tentang kuliah Fekah pada 28 Disember 2010 lalu di Bilik Kuliah 2, Masjid Negeri Sabah. Kuliah disampaikan oleh Ustaz Hj Muchlish Ali Kassim mengupas tentang Zakat dengan menggunakan Kitab Fekah Mazhab Syafie sebagai rujukan. Alhamdulillah, kali ini, sesuatu yang menarik dapat dilihat iaitu kehadiran hadirin yang agak ramai daripada biasa. Hinggakan...

Ziarah Nenek di kampung..

Bersama Ibu tersayang di depan rumah nenek.Assalamualaikum wbt, rindu rasanya ingin melawat nenek sebelah emak di kampung. Khabarnya kondisi kesihatan nenek kurang sihat dengan batuk-batuk, selsema dan kadang-kadang demam. Rasanya kali terakhir jumpa nenek pada bulan Jun yang lepas, ketika perkahwinan abg saya. Nenek tinggal di rumah kampung, Menumbok, Sabah. Alhamdulillah, beru-baru ini, pada 29 Disember 2010, saya, adik dan emak berpakat untuk...

December 27, 2010

Liqo' Bersama Al-Habib Syed Abd Qadir Al-Joofre

Al-Habib Ustaz Syed Abdul Qadir bin Syed Husain Al-JoofreAssalamualaikum wbt, baru teringat, pada 19 Disember 2010 yang lepas, saya sempat bertemu dengan Al-Habib Ustaz Syed Abdul Qadir bin Syed Husain Al-Joofre di Surau Riyadhus Solihin, Taman Austral, Kota Kinabalu, Sabah. Beliau merupakan Pegawai di Majlis Syura Ulama dan AJK Pengurusan Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA). Beliau juga merupakan ulama muda ASWJ, Ahlul Bait, Sufi dan...

Kuliah Akhlak & Tasawuf - 27 Disember 2010

Ustaz Hj Mohd Mursal Mokhtar sedang menyampaikan kuliahAssalamualaikum wbt, Alhamdulillah, pada 27 Disember 2010 (Tarikh yang sama tahun 537 M - Bangunan Aya Sophia dirasmikan) yang lalu, saya berkesempatan mengikuti kelas pengajian Akhlak dan Tasawuf bertempat di Bilik Kuliah 2, Masjid Negeri Sabah. Kuliah ini bermula pada pukul 8.30 hingga 9.30 malam. Kuliah pada malam tersebut telah disampaikan oleh Ustaz Hj Mohd Mursal Mokhtar yang membawa tajuk...

December 26, 2010

Ziarah KML 2010' ..

Berada di Jeti Menumbok berlatarbelakangkan Feri.Assalamualaikum wbt, segalanya berlaku dengan tidak disedari, pada 25 Disember 2010, 11 pagi, di sekitar Sepanggar,Sabah ketika itu tengah mesyuarat PSS KK, tiba-tiba Abg Fezri mengajak saya menziarahi adik-adik di Kolej Matrikulasi Labuan (KML), saya tanpa memikir panjang terus memberikan persetujuan untuk menemaninya ke Labuan. Padahal, mengikut perancangan, sejurus selepas mesyuarat tu, saya telah...

Seminar Pemantapan Dakwah 2010'

Dari Kiri : Azizul, Insyirah, Haslinah & Hasmadi (saya) wakil dari PSSAssalamualaikum wbt, nampaknya tiada masa renggang untuk berehat cuti ini. Alhamdulillah saya berpeluang untuk mengikuti satu lagi seminar iaitu Seminar Pemantapan Dakwah 2010' yang bertempat di Hotel Taha (Tabung Haji) D'Bayu, Kota Kinabalu pada 23-24 Disember 2010 yang lalu. Seminar dua hari ini mengumpulkan banyak NGO Islam seperti Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi-institusi...