Al-Habib Ustaz Syed Abdul Qadir bin Syed Husain Al-Joofre
Assalamualaikum wbt, baru teringat, pada 19 Disember 2010 yang lepas, saya sempat bertemu dengan Al-Habib Ustaz Syed Abdul Qadir bin Syed Husain Al-Joofre di Surau Riyadhus Solihin, Taman Austral, Kota Kinabalu, Sabah. Beliau merupakan Pegawai di Majlis Syura Ulama dan AJK Pengurusan Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA). Beliau juga merupakan ulama muda ASWJ, Ahlul Bait, Sufi dan Haraki. Orangnya masih muda tetapi sudah mempunyai PhD.
Dari apa yang saya dengar, walaupun Habib berada di Kota Kinabalu selama 48 jam, namun Alhamdulillah, 7 program berjaya dirancang dan mendapat sambutan yang cukup memberansangkan dari masyarakat. Semoga bumi Sabah sentiasa mendapat rahmat dengan kunjungan para Ulama' Ahlul Bait/Habaib (ASWJ).. Insyaallah..
Sebenarnya pada hari yang sama, ISC 2010' baru sahaja melabuhkan tirainya, dan sebagai AJK sememangnya penat dengan kerja-kerja mengemas tapak program dan menghantar pulang peserta-peserta program ke tempat tinggal masing-masing. Namun kepenatan hilang seketika apabila mendapat tahu tentang kehadiran Habib melalui kiriman sms Abg Amir Fadhli pada petangnya. Setelah selesai solat Isyak dan makan malam bersama keluarga, saya bergegas ke surau berkenaan dengan menaiki Myvi kepunyaan kakak saya yang acapkali menemani saya ke tempat-tempat program yang saya hadiri. Mujur perjalanan tidak memakan masa yang panjang hanya dalam 10 minit perjalanan, saya selamat sampai ke surau tersebut.
Antara intipati pengisian ilmu yang disampaikan oleh Habib adalah mengenai ayat dari Surah At-Taubah ayat 39-42. Pesannya, bersyukurlah kita kerana kita tercalon menjadi hambanya yang Islam dan mengislamkan orang lain. Kalau kita tidak berusaha untuk menyampaikan dakwah ini, maka tunggulah azab Allah di akhirat nanti. Dan beliau turut berpesan kepada semua abnaul harakah supaya mengemudi gerak kerja dakwah ini dengan bersungguh-sungguh dan penuh iltizam. Bukan hanya sekadar melakukannya seperti melepaskan batuk di tangga. Dan habib turut menambah, melalui ayat ke 42, sememangnya kerja dakwah ini tidak senang. Andai jalan dakwah ini mudah, sudah tentu ramai yang memilih jalan ini.
Dalam hal yang lain, habib juga menyentuh budaya masyarakat yang suka menilai sesuatu isu setiap isu yang timbul dalam masyarakat itu perlu dilihat dari segi Maqasid Syar'iyah dahulu sebelum melihatnya dari segi Maqasid Akliyyah.yang timbul dengan akal dahulu. Seharusnya, setiap isu yang timbul dalam masyarakat itu perlu dilihat dari segi Maqasid Syar'iyah dahulu sebelum melihatnya dari segi Maqasid Akliyyah. Apa yang terjadi sekarang orang melihat dari segi akal dahulu kemudian baru disesuaikan dengan Syar'iyah. Jangan menjadi seperti Mu'tazilah moden.
Alangkah tenangnya melihat wajah Ahlul Bait. Menambahkan rindu kepada Rasulullah SAW melihat mereka. Marilah sama-sama kita mendampingi ulama dan semoga hidup kita mendapat pimpinan ulama. Semoga keberadaan mereka di negeri kita membawa rahmat kepada kita semua.
Entri tentang kedatangan Habib ke Sabah juga boleh dibaca melalui link ini..
0 comments:
Post a Comment