Recent Posts

December 29, 2010

Ziarah Nenek di kampung..

Bersama Ibu tersayang di depan rumah nenek.

Assalamualaikum wbt, rindu rasanya ingin melawat nenek sebelah emak di kampung. Khabarnya kondisi kesihatan nenek kurang sihat dengan batuk-batuk, selsema dan kadang-kadang demam. Rasanya kali terakhir jumpa nenek pada bulan Jun yang lepas, ketika perkahwinan abg saya. Nenek tinggal di rumah kampung, Menumbok, Sabah. Alhamdulillah, beru-baru ini, pada 29 Disember 2010, saya, adik dan emak berpakat untuk balik menziarahi nenek di kampung. Perjalanan dari rumah kami di Putatan, Sabah ke kampung memakan masa lebih kurang 2 jam 30 minit. Perjalanan pergi agak baik kerana keadaan lalu lintas yang kurang kenderaan melancarkan lagi perjalanan.

Setelah sampai di kampung, nampaknya nenek baru selesai mandi. Setelah beberapa ketika berborak dengan nenek, kelihatan nenek dalam keadaan letih dengan kondisi kesihatan yang kurang baik. Maka saya pun ingin memberi ruang kepada nenek untuk merehatkan badan. Tiba-tiba ingatan saya terimbau saat ketika mana saya masih kecil lagi, nenek selalu keluar rumah menziarahi sahabat-sahabat, dan jiran-jirannya di kampung itu. Nenek juga seorang yang sangat rajin membuat kuih terutama Kuih Sepit dan Bahulu. Saya selalu mengambil kesempatan untuk menolong nenek membuat Kuih Sepit. Orang kampung selalu membuat tempahan kuih terutama ketika musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri. Nampaknya kemahiran membuat kuih juga diturunkan kepada anak-anaknya termasuk emak saya selaku anak sulung dalam keluarga itu. Nenek juga mempunyai sifat keibuan yang sangat tinggi. Nenek pasti akan menelefon anak-anaknya untuk menanyakan khabar mereka. Sekarang nenek ditemani Pak Cik saya yang bongsu bersama isteri dan dua orang anaknya.

Saya pernah juga teringat nenek berkata kepada saya , "Ming (panggilan saya di kalangan keluarga terdekat),"Dan setiap umat mempunyai ajal (batas waktu). Apabila ajalnya tiba, mereka tidak dapat meminta penundaan atau percepatan sesaat pun" - Surah Al-A'raf, ayat 34 nanti kalau nenek meninggal, Aming jangan lupa bacakan nenek bacaan Quran dengan Yassin k. Nenek pun dah macam-macam penyakit ni, rasa macam tak lama lagi.." , tiba-tiba saya terkedu dan terpaku mendengar kata-kata yang terpancul dari mulut nenek itu. Urusan bila ajal kita akan tiba bukan urusan kita, bahkan Ayah Rasulullah SAW meninggal sebelum Rasulullah SAW sempat melihat bulan dan matahari. Ingatlah Allah berfirman "Dan setiap umat mempunyai ajal (batas waktu). Apabila ajalnya tiba, mereka tidak dapat meminta penundaan atau percepatan sesaat pun"- Surah Al-A'raf, ayat 34. Dan Rasulullah selalu berpesan tentang umur, antaranya dalam satu hadis yang selalu kita dengar, ingat lima perkara sebelum lima perkara, antaranya, rebutlah waktu muda sebelum waktu tuamu". Dalam hadith ke-40, karangan Imam Nawawi pun ada mengingatkan tentang rebutlah peluang masa hidupmu sebelum matimu.

Semoga nenek dikurniakan kesihatan yang baik, dan dipanjangkan usia. Amiinn..
Singgah sekejap rumah di Kota Klias,Beaufort, Sabah
Bergambar bersama sepupu yang nakal.
Berhati-hati di jalan raya. Ingatlah orang yang tersayang. Ingatlah Mati.

2 comments:

peringtn yg terkhir tu bgus.
apaun,best suasan kgmu kan..:)

Yerp, saya memang suka suasana kg.. Kg memang tenang..