Skuad Harimau Malaya
Assalamualikum wbt, pertama sekali. TAHNIAH kepada pasukan Harimau Malaya (Walaupun sebagai anak jati Sabah, sedikit tersinggung dengan gelaran tersebut, seperti dipinggirkan..) kerana berjaya menjuarai Piala AFF Suzuki dengan kemenangan agregat 4-2. Sebenarnya susah saya ingin mengambil isu semasa untuk ditaakul dan ditelaah dalam blog ini, tetapi akhirnya saya memutuskan untuk meminjam berita tentang kemenangan skuad bola sepak ini sebagi satu daripada entri saya. Walaupun banyak isu dan kontroversi timbul dalam penganjuran perlawanan bola sepak Piala AFF Suzuki ini, namun masih banyak perkara positif yang boleh diambil daripada kemenangan sulung Malaysia ini.
Mungkin bagi sesiapa yang selalu mengikuti blog saya, mereka boleh menyedari, saya banyak mengenengahkan pendapat dari perspektif sebagai orang dan golongan muda. Mungkin satunya, kenalah tema dan address blog saya madi2mudamudi.blogspot.com (dibaca dari Madi kepada ["to,2"] pemuda & pemudi). Ternyata percaturan berani jurulatih skuad bola sepak negara K Rajagobal membariskan muka-muka baru dan muda membuahkan hasil yang mungkin saya boleh katakan tidak pernah terfikir di fikiran kita bahawa arena bola sepak kita sehangat pasukan-pasukan gergasi dunia. Namun Piala AFF Suzuki membuktikan situasi itu telah berubah.
Saya teringat kata-kata salah seorang pensyarah saya yang mengajar subjek "Dalam sejarah dunia, ada tiga golongan yang berjaya menghasilkan revolusi dunia, iaitu golongan Ulama, golongan pekerja buruh dan akhir sekali golongan Mahasiswa (Orang Muda)." Malaysian Studies di UTP, Dr Raja Iskandar, beliau pernah mengatakan "Dalam sejarah dunia, ada tiga golongan yang berjaya menghasilkan revolusi dunia, iaitu golongan Ulama, golongan pekerja buruh dan akhir sekali golongan Mahasiswa (Orang Muda)." Kejayaan anak muda yang telah memberi nafas baru kepada arena bola sepak nasional seolah-olah telah mengiyakan pernyataan pensyarah saya itu walaupun skopnya mungkin hanya terhad dalam bidang bola sepak sahaja. Namun ianya ternyata menjadi buah perbualan di kalangan rakyat Malaysia. Mana tidaknya, sejurus selepas kemenangan pasukan nasional kita, komen-komen di Facebook, Twitter, blog-blog amatur dan peribadi, siaran-siaran TV, Dj-Dj radio, surat-surat khabar, hatta melihat ribuan penyokong Malaysia yang memenuhi Dataran Merdeka serta kedai-kedai Mamak dan Maplay yang menyaksikan perlawanan akhir pusingan kedua pada malam perlawanan bagaikan Histeria meraikan kemenangan pasukan negara yang dicintai.
Saya membayangkan anak muda yang digelar dengan 'Generasi abad 21' dan ada juga menggelarkan 'Generasi Y' , terus bangkit membawa agenda revolusi dalam banyak lagi penjuru yang mendahagakan muka-muka orang muda, seperti dalam bidang akademik, perusahaan hatta ke bidang politik sekalipun. Kita sama-sama menoreh bakat dan kemampuan idea dan fizikal yang kita miliki dan kita serapkan dalam agenda pemutihan dan pembugaran ke arah masyarakat, bangsa dan ummah yang lebih baik dan hebat.
Untuk entri yang berkaitan boleh tekan link di bawah :
"Hidup Orang Muda untuk semua."
0 comments:
Post a Comment