Recent Posts

December 26, 2010

Bicara Hijrah : Membongkar Ajaran Qadiani, Sihir & Bomoh.

Kenangan bersama Ustaz Ismail Kamus (Duduk)

Assalamualaikum wbt, pada 21 Disember 2010 yang lalu, satu Bicara Hijrah yang membincangkan tentang Ajaran Qadiani, Sihir & Bomoh telah diadakan di Dewan Sa'adah Wisma Muis, Kota Kinabalu. Seminar sehari itu telah menjemput tiga orang panel untuk membentangkan kertas kerja masing-masing.

Kertas kerja yang pertama bertajuk Ajaran Qadiani : 'Sejarah, Ciri-ciri & Ancamannya' oleh Ustaz Haji Bungsu Aziz Jaafar, Pusat Pemikiran Kefahaman Islam UiTM Kota KInabalu.

Kertas kerja yang kedua pula bertajuk 'Menangani Ajaran Qadiani : Pengalaman Negeri Selangor' oleh Ustaz Azezul Zul Azmi, Bahagian Penyelidikan & Pembangunan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)'.
Kenangan bersama Ustaz Azezul Zul Azmi dari JAIS

Manakala kertas kerja yang ketiga pula bertajuk 'Sihir & Amalan perbomohan dalam masyarakat Islam' oleh Tbhg Dato' Ustaz Haji Ismail Kamus, Pusat Perubatan Islam Darussalam.
Pembentangan kertas kerja oleh Ustaz Ismail Kamus

Sedikit info tentang Ajaran Qadiani :
  1. Diasaskan oleh Mirza Ghulam Ahmad Qadiani di Qadian, Gusdapur, India.
  2. Diasaskan pada tahun 1889 M.
  3. Diisytiharkan ajaran sesat (Terkeluar dari Islam) oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada 29 April 1975.
  4. Mirza Ghulam Ahmad (MGA) meninggal pada tahun 1908 M.
  5. Ajaran ini dibawa oleh Maulana Muhammad Sadiq bin Barakatullah ke Malaysia pada tahun 1949 M.
  6. Di Sabah, bergiat cergas di beberapa daerah seperti Sandakan, Kota Kinabalu, Ranau & Beaufort.
  7. Ketua gerakan ini dipanggil Khalifatul Massih - Pengganti MGA .
  8. Beriktikad MGA sebagai Imam Mahdi, Nabi, & Jelmaan Krisyna (Tuhan Hindu).
  9. Menganggap MGA sbg Imam Mahdi yang bertemu keturunan dengan cucu Rasulullah SAW iaitu Hassan bin Ali.
  10. MGA menghapuskan Jihad - Untuk mendapat sokongan Inggeris.
  11. Mendakwa dirinya Krisyna - Untuk mendapat sokongan Hindu.
  12. Beri'tikad bahawa Allah turunkannya kitab suci At-Tazkirah - Kitab rujukan Qadiani.
  13. Beri'tikad MGA mempunyai Mukjizat.
  14. Mengubah ayat Al-Quran seperti mengubah ayat pertama Surah Al-Qadr.
  15. Menganggap Malaikat sbg pancaindera Allah SWT.
  16. Menganggap Qadian tempat suci & tempat mengerjakan Haji.
  17. Menganggap Nabi Isa meninggal dunia & dimakamkan di Srinegar, India.
  18. Menganggap Nabi Isa disalib, diselamatkan oleh pengikutnya, mengembara & meninggal di India.
  19. Menghukum kafir selain dari Qadiani.
  20. Beri'tikad Nabi Adam Nabi yang pertama tapi bukan manusia yang pertama.
  21. Menganggap MGA Nabi tapi bukan Rasul.
  22. Percaya Zoroaster, Kristina, Buddha, & Confucius.
  23. Percaya Nabi Muhammad SAW rasul terakhir tapi bukan Nabi terakhir.
  24. Semua orang berdosa tanpa mengira agama akan masuk neraka & kemudian akan masuk syurga selepas dihukum.
  25. Neraka bukanlah tempat pembalasan yang kekal abadi.
  26. Percaya evolsi Darwin.
  27. MGA mengisytiharkabn dia 'The Promised One' - Juru selamat yang dijanjikan dalam semua agama.
  28. Motto Ahmadiyyah - 'Love for All, Hatred for None'.
  29. Menganggap Najis dari binatang yang halal dimakan, tidak perlu disucikan.
Insyaallah sedikit perkongsian info tentang ajaran Qadiani. Mudah-mudahan kita dikurniakan aqidah yang sejahtera, ibadah yang betul, akhlak yang baik dan bermanfaat kepada orang lain.

Berikut beberapa gambar yang sempat diambil ketika seminar tersebut :
Seminar di Dewan Sa'adah, Wisma Muis, Kota Kinabalu, Sabah
Salah seorang peserta yang melontarkan soalan kepada panel.

Entri berkaitan boleh tekan link di bawah :

1 comments:

http://barahinahmadi.blogspot.com/2010/12/bicara-hijrah-isu-isu-aqidah-siri-1.html