Assalamualaikum wbt, nampaknya tiada masa renggang untuk berehat cuti ini. Alhamdulillah saya berpeluang untuk mengikuti satu lagi seminar iaitu Seminar Pemantapan Dakwah 2010' yang bertempat di Hotel Taha (Tabung Haji) D'Bayu, Kota Kinabalu pada 23-24 Disember 2010 yang lalu. Seminar dua hari ini mengumpulkan banyak NGO Islam seperti Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi-institusi Pengajian Tinggi Malaysia (HALUAN), CONCERN, Persatuan Siswazah Sabah (PSS), ABIM, YaPEIM, Yayasan Amal, SAHABAT, Persatuan Ibu-ibu tunggal, IKRAM, JIM dan banyak lagi. Saya bersama tiga lagi sahabat saya menghadiri program ini atas kapasiti wakil kepada PSS.
PSS diwakili oleh Hasmadi Hasbi, Azizul Julirin, Insyirah dan Haslinah. Antara objektif seminar ini adalah untuk mewujudkan suasana interaksi antara pendakwah di Sabah, meningkatkan pengetahuan serta pengalaman berdakwah khususnya di Sabah, serta memugar dan memantapkan peranan yang perlu dimainkan oleh para pendakwah di Sabah.
Empat kertas kerja telah dibentangkan oleh empat orang penceramah yang telah diundang dan pakar dalam bidang masing-masing.
Kertas kerja pertama bertajuk 'Dakwah dan Tarbiyyah asas pemantapan para Daie' yang telah disampaikan oleh Dr Abdullah Sudin bin Abdul Rahman, Presiden Rahman.
Kenangan bersama Dr Abdullah Sudin Abd Rahman (Batik Ungu)
& Ustaz Mohd Zamree Kautis Abdullah (Batik Hijau berkaca mata)
Kertas kerja kedua pula telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Zamree Kautis bin Abdullah, Penolong Pengarah Operasi j-QAF, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Negeri Sabah yang bertajuk 'Ciri-ciri Pendakwah Abad ke-21'.
Kertas kerja ketiga pula mengupas tentang 'Peranan Para Daie dalam Kegiatan Dakwah di Malaysia' oleh Ustaz Abu Hurairah Abdurrahman, Pengarah Dakwah, Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA).
PSS bersama Ustaz Abu Hurairah Abdurrahman
Manakala, kertas kerja keempat bertajuk 'Cabaran,Permasalahan dan Penyelesaian kegiatan dakwah di Sabah' telah dibentangkan oleh Tuan Hj Awaluddin bin Nasution, Penolong Pengarah, Bahagian Dakwah (JHEAINS).
Pada sebelah malam (23 Disember 2010), satu forum telah diadakan dengan membawa tajuk 'Dakwah di Sabah : Ke Mana Hala Tujunya?' yang telah menampilkan Dr Azizan bin Ahmad (HALUAN) sebagai moderator, Tuan Hj Awaluddin bin Nasution (JHEAINS) dan Tn Hj Sainuri bin Yahmin (Pengerusi CONCERN) sebagai ahli panel.
Dari Kiri : Dr Azizan bin Ahmad ,Tuan Hj Awaluddin bin Nasution
& Tn Hj Sainuri bin Yahmin
Sebelum majlis perasmian penutupan, satu bengkel tentang analisis SWOT Pemantapan Dakwah di Sabah telah dibuat. Para peserta seminar telah dibahagikan kepada kumpulan dan pembentangan dari kumpulan yang terpilih dilaksanakan. Banyak isu-isu telah dibangkitkan oleh para peserta yang membuka minda semua orang.
Peserta seminar.
SAHABAT, PSS, ABIM, Yayasan Amal
Saudara baru dari SAHABAT
Alfi Kautsar (YaPEIM), Hasmadi (PSS), Sharrizal
Untuk melihat lebih banyak gambar sila tekan di sini.
0 comments:
Post a Comment